Rabu, 24 Februari 2010

Aduhai Februari

Imej Ads By Google
Bulan Februari dikatakan bulan CINTA...bulan menganyam cinta...bulan meraikan cinta...

Ikhlas saya katakan....saya juga suka kepada bulan ini....mak abah saya memilih bulan ini untuk menyatukan cinta kami...Nah! Ulang tahun meraikan cinta kami...satu jiwa, satu suara, satu perjuangan, satu harapan...dan meraikan 25 tahun (Jubli Perak) perkahwinan kami pada 8 Februari 2010....satu kejutan....biar anak-anak tidak bersama namun ucapan bertalu-talu daripada mereka sungguh mengujakan...terima kasih anak-anak kami. Biar jauh beribu batu namun tetap ingat kepada ulang tahun mak dan abah...

Hari ini 25 Februari 2010...juga genap pemergian abah tersayang...ke rahmatullah...semoga roh abah tenang bahagia di sana....al-Fatihah...AMIN...

Hari ini juga 25 Februari 2010...saya sungguh bertuah dapat hadir Sepetang Bersama Sasterawan Negara di UM dan mendengar seminar penerbitan dan dihujung sesi dapat pula minum teh bersama Sasterawan Negara Ke-10 Dato' Anuwar Ridhwan, Prof. Madya Dr. Hamidi, Khalid, dan Salleh di Universiti Malaya...terima kasih Khalid, JD, dan Dr. Hamidi....suatu ceramah yang sangat bermakna untuk kerjaya seharian saya.

Bulan ini juga bulan Maulud Nabi Muhammad saw... 12 Rabiul Awal...

Untuk bulan ini saja...saya ditanya tentang ejaan...

Macam mana nak eja Februari....macam inikah atau macam ini....

ADUHHHHHH

Ejaan sebenar untuk Februari adalah Februari bukan Febuari....bukan FEB...tu macam sabun FEB...bergaduh-gaduh dalam telefon pun tak guna...sila semak Kamus DEWAN......susah sangat ke nak tengok kamus duhai tuan-tuan dan puan-puan....

Sudah banyak kali saya membetulkan ejaan ini....termasuk yang terkini pada suatu majlis yang besar...dihadiri oleh orang besar...dan saya kebetulan berada di situ kerana ada urusan lain....dengan tak malunya saya minta pegawai yang bertanggungjawab membetulkan ejaan tersebut....nampaknya pada keesokan harinya bunting besar yang salah eja itu sudah dibetulkan...terima kasih saya ucapkan kerana sudi menerima teguran saya...walaupun ketika kami bercakap itu seperti macam tak serius bunyinya....

Ahad, 21 Februari 2010

Rupa dan Gaya: Busana Melayu




Rupa dan Gaya: Busana Melayu (Edisi Kedua). 2009. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-901-5 (kulit keras). 376 halaman. Azah Aziz.

Kreativiti dan keunikan cita rasa busana dan tekstil Melayu garapan Azah Aziz terungkai indah dalam Rupa dan Gaya: Busana Melayu. Budayawan negara ini begitu mencintai warisan Melayu. Lalu beliau mengambil daya usaha menghimpun dan mengumpulkan ciri-ciri, unsure-unsur, sifat-sifat, adat resam dan artifak yang dirasakannya dapat memancarkan nilai-nilai keindahan yang menjadi warisan orang Melayu sejak zaman silam. Istimewanya karya ini digarap dan disulam bersama keindahan syair, pantun, gurindam, ungkapan dan pelbagai bahan bacaan kegemarannya. Minatnya dalam memancarkan warna-warni pengalaman dan jiwa peribadi pengarang. Karya ini bolehlah dianggap magnum opus beliau. Harapan pengarang semoga himpunan busana Melayu yang tidak ternilai ini dapat terus dipelihara.

SHARIFAH AZAH BINTI SYED MOHD ALSAGOFF atau lebih dikenali sebagai Puan Azah Aziz dilahirkan pada 21 Ogos 1928. Azah Aziz adalah tokoh budayawan Malaysia yang telah Berjaya mempopularkan pakaian tradisional Melayu melalui ceramah, seminar dan pertunjukan pakaian kepada masyarakat setempat dan antarabangsa. Beliau juga banyak menghasilkan rencana berkaitan budaya dan seni yang diterbitkan dalam majalah tempatan seperti Wanita dan Jelita. Azah Aziz adalah seorang wartawan yang dikenali pada tahun 1950-an semasa beliau bertugas dengan Berita Harian (16 tahun) dan kemudian Utusan Melayu (4 tahun). Selepas berhenti dari Utusan Melayu pada 1978 beliau bergerak sebagai penulis bebas. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih 10 buah buku dan yang terkini ialah Sayang: Pantun dan Seloka Kanak-kanak (2008).

Biografi Aminuddin Baki: Arkitek Pendidikan Negara


Biografi Aminuddin Baki: Arkitek Pendidikan Negara (Cetakan Kedua). 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-849-0 (kulit lembut). 246 halaman. Rozeman Abu Hassan.

Aminuddin bin Baki adalah seorang insan yang cukup istimewa dalam kalangan warga pendidik di Malaysia. Beliau meninggal dunia lebih 40 tahun lamanya tetapi jiwa pendidik yang dimiliki oleh Aminuddin Baki dikatakan telah mengalir secara berterusan kepada guru-guru di negara ini. Ketokohan dan kegigihan Aminuddin Baki dalam memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dari segi pelajaran dan meningkatkan martabat bangsa Melayu sendiri amat dikagumi. Aminuddin adalah tokoh yang terkenal dengan perjuangannya dalam pertubuhan GPMS. Perjuangan beliau dianggap sebagai ‘vanguard’ iaitu pelapor dalam membangkitkan semangat perjuangan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran. Niat murni Aminuddin Baki telah melahirkan satu semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu untuk berjaya dan meningkatkan status bangsa Melayu. Bagi golongan pendidik, Aminuddin Baki dianggap sebagai Bapa Pemodenan Pelajaran kerana cetusan idea-idea beliau yang telah menyumbang sehingga merintis kepada lahirnya ‘Dasar Pelajaran Kebangsaan’ di Malaysia. Sebagai seorang pendidik dan pentadbir, Aminuddin telah banyak berjasa kepada bangsa dan Negara terutamanya kepada bangsa Melayu. Tidak salah jikalau beliau diiktiraf sebagai ‘Arkitek Pendidikan Negara’ bagi mengenang segala sumbangan yang pernah dilakukan.

ROZEMAN ABU HASSAN, Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia. Belaiu berpengalaman berkhidmat sebagai seorang Guru Siswazah di Negeri Sembilan, Pegawai Peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia, Pensyarah Sejarah dan Felo Penyelidik di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Buku ini juga merupakan buku cetakan kedua...cepat betul buku ini habis di pasaran. Mungkin juga orang ingin tahu kisah Aminuddin Baki...

Pembangunan Modal Insan: Isu dan Cabaran


Pembangunan Modal Insan: Isu dan Cabaran (Cetakan Kedua). 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-840-7 (kulit lembut). 218 halaman. Yahaya Ibrahim.

Teori dan bukti empirik lampau tentang sumbangan pelaburan pendidikan dan latihan pembangunan modal insan kepada peningkatan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi dilihat selari dangan hasrat mencapai status negara maju menjelang 2020. Modal insan adalah suatu elemen penting yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Pelaburan dalam pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan di Malaysia adalah sangat penting dalam menyediakan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran. Kejayaan masa hadapan negara sangat bergantung kepada kualiti modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga keperibadian. Justeru, modal insan menjadi peneraju utama membentuk sebuah negara yang maju serta seimbang pembangunan ekonomi dan sosialnya, memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Langkah yang lebih agresif dan berkesan dalam pelaburan di sektor pendidikan modal insan dan pelaburan bagi modal fizikal dijangka dapat meningkatkan daya serap teknologi agar terus mengukuhkan daya saing negara dalam pasaran antarabangsa. Buku ini secara khusus memaparkan pelbagai isu dan cabaran dalam pembangunan modal insan yang perlu ditangani dalam proses perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negara. Liputan isu dan cabaran yang dipilih melibatkan sektor awam, swasta, masyarakat dan individu pada peringkat local dan global. Buku ini juga membincangkan tentang peranan modal insan yang berkualiti dalam memberikan sumbangan yang diperlukan oleh sesebuah negara yang sedang membangun bagi mempertingkatkan produktiviti ke arah kemajuan dalam pelbagai bidang.

YAHAYA IBRAHIM (Ph.D) kini Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Terengganu. Beliau adalah Profesor dalam bidang pelancongan, pembangunan komuniti dan keusahawanan. ABD. HAIR AWANG (Ph.D) adalah Pensyarah kanan di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Fokus penyelidikan beliau adalah perancangan dan pembangunan insan serta kominiti desa.

Buku ini adalah cetakan kedua. Cepat betul buku ini habis di pasaran....

MEMOIR ARENAWATI: ENDA GULINGKU


Memoir Arena Wati: Enda Gulingku (cetakan kedua). 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-216-0 (kulit keras). 1000 halaman. Arena Wati. RM200.00

Memoir Arena Wati: Enda Gulingku menemukan peristiwa sejarah dengan isu politik dan sosiobudaya masyarakat Melayu Nusantara dari 1925 hingga 1986. Berlatarkan daerah Nusantara, Amerika, Eropah dan Jepun memoir ini dimulai dari tempat Arena Wati bermain sewaktu kecil, di Makasar. Keluarganya dicurigai Belanda dan ini menghalangnya untuk terus bersekolah. Darah pelaut datuknya yang bergelora dalam tubuhnya telah menghantar semula beliau ke laut. Berkemudilah beliau ke seluruh Nusantara. Beliau mendalangi perjuangan kemerdekaan dan gerila di Singapura, Jakarta, Saigon, Rangoon dan Brunei. Begitu beliau berlabuh di Singapura pada awal tahun 50-an, bermulalah kemudi hidupnya di darat, sebagai penulis, wartawan dan sasterawan sehinggalah digelar Sasterawan Negara Malaysia.

Ini adalah buah tangan terakhir aruah Pak Arena yang hanya disiapkan setelah beliau kembali ke rahmatullah...Biarpun cuma cetakan kedua, namun aruah tetap ada menitipkan pesannya buat saya sewaktu saat-saat akhirnya berperang dengan sakit yang ditanggung...akhirnya sempena dengan setahun kepergiannya, satu majlis tahlil diadakan dan tika itu juga saya ke rumahnya di Ulu Langat bagi menyerahkan 10 naskhah pengarang...saat itu, ibu Halimah sudah boleh tersenyum lebar, gembira dan tiada lagi titis air mata...sangat teruja menerima kehadiran buku tebal yang berharga RM200 senaskhah itu....tahniah untuk aruah sekeluarga atas kehadiran buku ini....

Kepelbagaian Dimensi Linguistik



Kepelbagaian Dimensi Linguistik. 2009. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-921-3 (kulit lembut). 294 halaman. Nor Hashimah Jalaluddin, Mohamad Fadzeli Jaafar & Harishon Radzi. (suntingan).

Buku Kepelbagaian Dimensi Linguistik ini adalah kumpulan hasil penyelidikan peneliti bahasa dari pelbagai institut pengajian tinggi di Malaysia. Ilmu linguistik di Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan lnguistik semasa di dunia. Bersesuaian dengan tajuknya, buku ini menawarkan kepelbagaian cabang kajian dalam linguistik, termasuklah linguistik teoritis dan linguistik aplikasi. Cabang linguistik teoritis dalam buku ini mencukupi aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik, manakala cabang linguistik aplikasi meliputi aspek sosiolinguistik, pragmatik, analisis wacana kritis, stilistik, antropologi linguistik dan analisis kesalahan bahasa. Kesemua cabang linguistik ini dibincang dan dibahas berdasarkan kerangka bahasa yang tertentu dan diaplikasikan terhadap bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Isu bahasa dalam buku ini telah dibahas secara ilmiah melalui paparan data bahasa. Gelombang kemajuan linguistik menjadi lebih realistik dengan kehadiran pelbagai dana penyelidikan yang menyokong pengkajian bahasa. Melalui data bahasa ini, maka penemuan oleh peneliti bahasa dapat menggambarkan hakikat penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Beberapa penemuan dalam buku ini turut mengemukakan persoalan, pandangan dan pengertian yang baru tentang sesuatu isu bahasa di Malaysia. Menariknya analisis data bahasa dalam buku ini dibuat berdasarkan teori bahasa yang terkini, misalnya pendekatan frasalogi, analisis tatabahasa peranan dan rujukan, analisis semantik kognitif, pendekatan wacana Fairclough dan kerangka nahu fungsian. Kepelbagaian dimensi menganalisis bahasa yang ditawarkan dalam buku ini dapat membantu para pembaca memahami bagaimana sesuatu teori beroperasi. Buku ini turut memberikan tinjauan yang jelas tentang perkembangan teoritis dalam kajian bahasa. Sekaligus, hal ini dapat membantu pembaca mengikut aliran atau mazhab dalam disiplin linguistik dan implikasinya terhadap perkembangan ilmu linguistik di Malaysia khusunya. Kepelbagaian perspektif penyelidikan linguistik memberi kesan positif kepada penghasilan analisis linguistik. Kehadiran buku ini diharap dapat member manfaat bukan sahaja kepada pengkaji bahasa, peneliti bahasa dan pelajar bahasa di institusi pengajian tinggi dan di sekolah, malah peminat dan pengguna bahasa juga dapat mengikuti perkembangan isu bahasa di Malaysia. Penerbitan buku ini juga diharap akan mempergiat para penyelididk dalam kajian bahasa bagi menambahkan lagi khazanah ilmu linguistik.

NOR HASHIMAH JALALUDDIN, Ph. D., ialah profesor dalam bidang semantik dan pragmatik. MOHAMMAD FADZELI JAAFAR, Ph. D., ialah pensyarah kanan yang mengkhusus dalam bidang stilistik dan pragmatik. HARISHON RADZI ialah penyarah kanan yang mengkhusus dalam bidang morfologi dan linguistik komunikasi. Mereka adalah tenaga pengajar di Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

Kepada semua peminat linguistik...SELAMAT MEMBACA....SEMOGA KEHADIRAN BUKU INI AKAN MEMBERI MANFAAT.

Apabila Tali Biolaku Longgar....


Foto Ads By Google
Biar telingaku belum pandai menangkap perbezaan bunyi di antara satu tali ke satu tali, tetapi aku telah dapat merasakan ada tali biolaku yang longgar dan tidak sedap bunyinya apabila digesek...

Mungkin kerana setiap malam aku asyik bermain biola tanpa henti...rasa amat seronok dan terhibur...kesannya aku sudah mula malas membaca...hahahahaha....

Khamis, 18 Februari 2010

1Malaysia 1Limau

Foto Ads By Google
Hujung minggu lepas aku ke Hospital Selayang kerana melawat birasku yang sedang dirawat. Sewaktu menunggu giliran masuk ke wad ICU aku telah disapa oleh seorang perempuan Tionghua...hai Selamat Hari Raya...Eh! Jawapku...bukan sayalah...awaklah hari raya....dia pun tertawa...kami berbual-bual dan terakhirnya dia telah memberikan aku sebiji limau yang diambil daripada bungkusan hadiah yang hendak dibawa masuk ke dalam wad...dalam erti kata lain....hadiah tersebut untuk si pesakit yang bakal dilawatinya sebentar lagi.

Beriya-iya benar beliau mahu memberikan aku sebiji limau tersebut...lalu aku pun ambillah kerana telah diberi...IMalaysia ILimau...katanya bapanya sedang koma di dalam sana...berperang dengan keadaan yang tidak menentu....mohon aku doakan supaya bapanya sembuh...

Mulia sungguh hati beliau. Semoga bapanya cepat sembuh.

Selasa, 16 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Foto Add By Google
Untuk dua hari ini (14-15/2)...aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Terima kasih kerana limau-limau yang diterima.

Hari Jadi Bos


Foto By Raai Osman and by creativity @renem
Baru-baru ini timbul idea untuk meraikan hari jadi bos di pejabat...pagi-pagi lagi PA bos sudah round dari tingkat atas ke bawah...menjemput sambil mengutip sedikit sumbangan untuk membeli kek hari jadi. Akhirnya dapatlah jumlah yang aku agak-agak boleh beli 3-4 biji kek hari jadi. Bajetnya tu biarlah semua anak buah bos yang dalam anggaran 40 orang tu yang sudi menyumbang tu dapat merasa sepotong kek seorang.
Sepanjang pagi tu, kami bertiga (CT, PA bos dan aku) telah survey ke hulu ke hilir satu Bandar Baru Bangi untuk mencari kek yang sesuai dengan bajet yang diperoleh.

Akhirnya dapatlah beli 4 biji kek - satu kek untuk CT kerana hari jadinya jatuh pada bulan Januari. Dah petang-petang sikit baru CT potong kek dia...Aku suruh dia pilih-pilih kek dia tak mau...malu sangat-sangat. Untuk makna bagi ketiga-tiga kek itu, aku telah memberi kapsyennya yang ala-ala penuh makna gitu...sama ada orang suka atau tidak terpulanglah....kek pertama adalah untuk hari terakhir bos bekerja pada hari semalamnya (10/2), kek kedua untuk ucapan selamat datang bagi pekerjaan barunya (ala-ala welcome home) dan kek ketiga untuk ucapan Selamat Hari Lahir. Semasa upacara memotong kek dan meniup lilin, aku duduk di belakang...memerhati apa yang berlaku di hadapan mata....dan akhirnya aku dapatlah makan sepotong kek birthday bos....

Apa-apa pun Selamat Hari Jadi Boss...semoga panjang umur dan murah rezeki...

Isnin, 8 Februari 2010

...semangat yang tinggi

Hari Sabtu lepas, 2 kali saya menaiki ambulans - sesi pagi dan sesi petang...dpd DECTAR tu kerana pelajar kelas muzik pengsan semasa kelas berlangsung...kita tidak mengenali satu sama lain, tidak tahu siapa waris mereka dan sekarang budak tu masih di HS. Dah sakit, dah dapat MC pun boleh datang balik ke kelas...Nah! Pengsan lagi... Wah! Terkejut badak semua...semangatnya tu semua rakan-rakan 'bakal ahli muzik' ni berjiwa mulia saling bantu membantu, mengangkat, menelefon, memanggil ambulans dsbnya....terakhirnya seronok juga saya dapat naik ambulans yang dipasang lampu di atasnya....lajunya memecah kesunyian kampus...yang sakit dah le terlantar tak sedar-sedar walau dipanggil berkali-kali...al-kisahnya...semangatnya yang kuat tu yang menjadi penawar.

Selasa, 2 Februari 2010

Aku dan Keluarga Pengarang



Minggu lepas, genap pemergian aruah bapak Arena Wati selama setahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Pada hari itu juga aku menghantar sejumlah 10 naskhah buku cetakan kedua Memoir Arena Wati: Enda Gulingku yang boleh dibuat bantal tidur. Cukup-cukup tebal. Naskhah untuk pengarang itu diterima oleh ibu Halimah. Baliknya aku dibekalkan dengan nasi dan lauk pauk....aduh! Beliau sendiri sangat bangga dengan kehadiran buku tersebut. Saat ingin menyiapkan cetakan kedua itu, aku telah berdepan dengan aruah yang tika itu sedang sangat tenat sekali berperang dengan sakitnya di HUKM. Kini, tinggal kenangan semua yang aku lihat di hadapan mata. Aruah meminta itu dan ini pada memoir tersebut. Untuk menjaga mutu buku itu aku ikutkan sahaja apa yang perlu asalkan jangan lari daripada konsep cetakan kedua buku tersebut. Aku sendiri beranggapan menyiapkannnya ibarat memenuhi wasiatnya...

Aku sebenarnya sangat sibuk. Masa yang dijanjikan aku tidak boleh datang kerana ada komitment lain. Namun, aku pergi juga ke rumahnya setelah ditelefon dan dipesan berkali-kali supaya datang...biarpun lambat...jangan tak datang...yah! Aku sebenarnya sangat sibuk menggesek biola dan pelajaran yang lain...yang masih belum pandai-pandai. Aku gagahi juga ke rumahnya demi untuk memenuhi impian ibu Halimah.

Memoir tersebut juga diletakkan jaket yang di kiri kanannya diterangkan mengapa buku tersebut harus dicetak untuk kali kedua... kemenangan yang dicapai oleh pengarang dan sebagainya. Memang aku berperang dengan perasaan saat untuk menyiapkan buku itu. Namun, alhamdulillah, semoga roh aruah tenang setelah buku tersebut berada di pasaran menemui peminatnya yang sekian lama menanti.

Kepada semua...selamat membaca.

Isnin, 1 Februari 2010

al-Fatihah


al-Fatihah untuk al-Marhum Sultan Johor (1932-2010). Semoga roh al-marhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang solihin. Amin. Patik sebagai rakyat Johor yang telah meninggalkan Johor untuk kesekian kalinya menjunjung kasih dan merapak sembah ke atas pemasyhuran Sultan Johor dan Tengku Mahkota yang baru.

Keperluan Berbicara dalam Bahasa Inggeris

Sudah sampai masanya saya memberi sedikit komen tentang penggunaan bahasa Inggeris di dalam kerjaya sehari-harian saya. Saya berasakan saya perlu untuk menguasainya, tetapi saya tiada masa untuk menekuninya kerana kesibukan yang terlampau. Saya menanam azam suatu hari nanti saya pasti dapat melakukan yang terbaik untuk ke arah itu.
Dulu saya teringin untuk belajar bahasa Belanda...saya berjaya melakukannya biarpun merangkak-rangkak...tetapi hingga kini saya masih boleh ingat lagi beberapa perkataan dan ayat-ayat yang simple dalam bahasa Belanda... Agak lucu bila kita berbicara tentang ilmu bahasa ini. Namun, hakikatnya kalau kita hendak mendapatkan sagunya, kita harus pecahkan ruyungnya...barulah dapat kemanisan yang kita mahukan. Tidak rugi kalau kita mempelajari pelbagai bahasa. Semuanya penting, apa lagi jika kita sering berpergian ke sana sini dan bertemu dengan pelbagai rupa bentuk manusia.

Sehingga kini, saya tidak membataskan diri untuk mempelajari apa juga bentuk pelajaran...tidak kira sama ada ianya dapat memberikan faedah kepada diri saya mahupun tidak. Yang penting saya memang suka.

Insya-Allah.