Jumaat, 29 Julai 2011

Pesta Makan-makan sebelum Ramadhan.......

Jumaat yang mulia ini merupakan hari terakhir pesta makan-makan di opis aku........

Sekitar jam 11.00 pagi sudah diadakan pesta makan-makan....sebelum itu diadakan bacaan Yassin untuk aruah yang telah pergi meninggalkan kita semua. Aku sempat memberikan senaskhah surah Yassin untuk semua rakan-rakan di opis kerana kebetulan memang aku menempah lebih untuk diberikan kepada saudara mara dan kenalan semua. Semoga aruah ibu bapa mertua dan aruah bapaku tenang di sana ...


Kemudiannya, sekitar jam 4.00 petang, sekali lagi kami berpesta buah... mereka mencari raja buah di Bangi lama.......aduh.....aku memang gila dengan raja buah ni... namun ada rakan-rakanku yang tak tahan dengan baunya... maka aku ucapkan selamat tinggal kepada mereka kerana secara tidak langsungnya mereka ini kehilangan nikmat kelazatan, keenakan dan keharuman raja buah... ada yang ketakutan, ada yang berani... itulah penangan raja buah...

Rabu, 27 Julai 2011

Aku dan pengarang....

Minggu ini tersiar cerpen "Waqwaq" karya SM Zakir...beliau seorang pengarang tersohor yang pernah sampai ke kamar kerjaku kerana menghantar buku-buku tulisannya yang kubeli lewat panggilan telefon. Cuba anda bayangkan bagaimana perasaan anda sekiranya seorang pengarang terkenal boleh datang dan menghantar sendiri karyanya untuk kita beli. Mungkin orang lain tidak akan menjadi sepertinya...maka aku tabik hormat kepada budi bahasa dan tatacara kerjanya...biarpun dalam nada sopan beliau memberikan alasan sering datang ke Bangi kerana emaknya juga duduk di Bangi....maka dia boleh santai-santai begitu....


Tetapi setelah mendengar ceramah penulisannya, (dalam suatu bengkel penulisan di Ulu Langat), maka sekali lagi terserlah dan aku ketahui bahawa beliau ni bukanlah seorang yang terlalu berkira sangat dan terlalu mengejar status tinggi kepengarangannya...(biarpun beliau boleh sahaja bertindak ego mahupun sombong dengan statusnya yang sudah menjadi penulis Sea Write Award)...aku harap beliau boleh mengekalkan keperibadiannya ini biarpun suatu ketika nanti sudah bergelar Sasterawan Negara...

Malaysia VS Singapura



Kebetulan hari ini aku cuti. Aku ke Bukit Jalil kerana menemani puteraku untuk membeli tiket perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Singapura. Usai membayar parking kereta sebanyak RM2.00 aku pun menuju ke barisan yang seramai-ramai amat manusia untuk bersama-sama mereka membeli tiket perlawanan bola. Kami membahagi dua, puteraku di barisan yang lain dan aku di barisan yang lain...
Namun, di pertengahan jalan barisan yang aku sedia beratur telah habis jualan tiketnya...manusia bersorak sakan kerana kecewa.
Aku beralih ke barisan puteraku pula sambil memberinya kentang goreng dan air suam... setelah seperti tidak bergerak, puteraku pun kecewa dan mengajak aku pulang dengan perasaan yang amat kecewa kerana gagal untuk mendapatkan tiket.
Katanya kepadaku, "Dulu tak seperti ini...mengapa terlalu ramai orang". Dia memang pernah pergi menonton bola sebelum ini...tapi keadaan yang berlaku sebentar tadi benar-benar di luar dugaan...aku pun turut sama terjebak di dalam ribuan manusia yang berebut-rebut membeli tiket............wah seumur hidup pun aku tak akan lupa peristiwa ini....orang yang beratur nak beli tiket tu kerja ke tak kerja.....wah mulalah aku buat prasangka sendiri neh...Puteraku amat-amat kecewa...kerana dia juga membawa pesan untuk membelikan tiket rakan-rakannya...dan membebel sepanjang-panjang jalan menuju ke kereta....itulah perubahan minda orang Malaysia terhadap pertandingan bolal sepak...
Setelah puas mengambil gambar di sana sini...(suasana ramainya orang beratur seperti ular kena palu...dan jeritan manusia yang marah-marah kerana ada yang potong Q...).... akhirnya aku pulang seperti lebai malang.............