Ahad, 30 Oktober 2011

Syarahan Kenangan...Nik Anuar Sejarawan dalam Kenangan...

Pagi Jumaat 28 Oktober 2011 yang mulia ini saya berkesempatan menikmati sebuah hidangan minda yang cukup hebat yang dipersembahkan untuk ahli akademik dan khalayak yang berminat dengan sejarah....sebuah pengkisahan tentang Sejarawan dalam Kenangan...sebuah naskhah rentetan sejarah - perjalanan nan panjang insan bernama Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Anuar yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

Syarahan Kenangan Nik Anuar Nik Mahmod ini diadakan bermula jam 9.45 pagi bertempat di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM...genap setahun pemergian beliau ke alam baqa. ATMA mengambil langkah yang cukup bagus dalam mengenang sejarawan seperti beliau. Harap-harap PTJ yang lain juga sensitif dengan majlis-majlis seperti ini...kerana masing-masing mempunyai Profesor Emeritus atau Profesor tersohor yang perlu diketengahkan minda mereka setelah mereka pergi.........Yah!...Menariknya bagi saya majlis ini turut dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Sejarah Malaysia dan mendapat kata-kata suntikan semangat melalui kata alu-aluan oleh Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Sila klik untuk poster.

Cukup wajar majlis ini diadakan sementelahan pula Allahyarham baru sahaja dianugerahkan Profesor Emeritus oleh UKM lewat konvokesyennya pada September 2011 lalu. Tulisan Dato' Nik Anuar mengenai persempadanan negara, Pattani dan sejarah Asia Tenggara cukup banyak meninggalkan kesan luka sejarah yang masih berdarah hingga kini....buah tangan terakhirnya Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot adalah antara catatannya yang dihantar sendiri ke meja saya. Sayang sekali beliau tidak dapat menatap hasil karya tersebut kerana telah dijemput Ilahi ke alam yang kekal di sana. Begitu juga dengan naskhah setebal 68 halaman...Mencari Perdamaian di Asia Tenggara: Merungkai Konflik di Selatan Thailand juga tidak dapat ditatapnya....hanya hadirin yang turut serta dalam majlis syarahan ini sahaja yang mendapat naskhah terakhir yang menjadi minat tegar beliau untuk dijadikan kenang-kenangan....sempena setahun pemergian pensyarah sejarah saya ini...al-Fatihah untuknya. Terasa masih baru sahaja menziarahi jenazahnya...tetapi begitulah hakikatnya. Semoga roh beliau aman, tenang dan berada dalam kalangan orang-orang yang soleh di sana. Amin.

Khamis, 20 Oktober 2011

Syarahan Perdana Profesor

Imej By Google


Pagi ini (21.11.2011) berlangsungnya Syarahan Perdana Profesor di Bilik Senat UKM yang disampaikan oleh Profesor Dr. Abdul Ghafar Ismail. Tajuk syarahannya adalah Reka Bentuk Sistem Kewangan islam: Insfrastruktur Pendokong dan Kesan Zakat. Kalau nak tau Profesor Ghafar ni orang Parit Yaani, Yong Peng, Johor....sekampung pulak dengan adik iparku si Lia......


Huh! Terlalu ramai orang hingga aku pun tak boleh nak masuk dengar....lastly aku lepak-lepak kat luar dan balik meneruskan kerja seperti biasa....Selalunya tak ramai, tapi kali ni terlebih-lebih pulak orang nak dengar......hebat hebat hebat... Kalau nak tau, gambar pokok pisang yang akarnya ditaburkan dengan sekian banyak duit syiling...ikon tersebut telah dijadikan sebagai muka depan kulit syarahannya....kononnya itu mewakili duit zaman Jepun...ialah Institusi Kewangan Islam...Persekitaran Perakaunan, Pengawalseliaan dan Persekitaran Perundangan....

Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung

Foto Credit to Raai Othman

Baru-baru ini (20.11.2011) telah berlangsung di Double Tree Hilton syarahan Kepimpinan Profesor Ulung oleh Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin. Beliau telah dinobatkan sebagai Profesor Ulung oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 15 Disember 2010.


Tajuk syarahannya adalah Kesepaduan dalam Kepelbagaian Perpaduan di Malaysia sebagai work-in-progress.


Tahniah Prof.

Rabu, 19 Oktober 2011

Pesta Buku Big Bad Wolf 2011 dan berpesta hari lahir...

Imej by Google




Baru-baru ini saya berpeluang mengunjungi Pesta Buku Big Bad Wolf 2011 di Serdang.


Rasa macam tak percaya........Aduhai, banyak buku-buku yang saya beli - kesemuanya buku kulit keras yang harganya macam duiran runtuh....terlalu murah jika hendak dibandingkan dengan harga pasaran...saya berhabis-habisan berbelanja hingga tidak ingat dunia...........!!!!!!!


Jadi tidak hairanlah selama dua hari berturut-turut saya memanjat bukit di dewan kepunyaan Mardi itu bagi mendapatkan hasil pencarian yang terbaik....


Inilah dia pencaraian buku-buku terbaik yang saya hadiahkan kepada orang tersayang yang menyambut hari lahir pada 16 Oktober 2011.............SELAMAT HARI JADI DARLING..................


Tahun ini tiada kek menanti, tiada jambangan bunga, tiada percutian romantis, tiada makan-makan malam, (bosanle bagi hadiah yang sama tiap-tiap tahun)...tetapi saya hidangkan mindanya dengan berjenis-jenis buku untuk menampakkan kematangan diri saya dalam menyambut hari lahir...yes!!!!


Tidak lupa juga saya seperti biasa turut memainkan lagu Selamat Hari Lahir di piano kesayangan saya...biar saya kehilangan note (tak tahu letak di mana neh dek kerana terlalu buzy ke sana sini)...tetapi saya masih sempat menyalinnya melalui pencarian google di internet....dan akhirnya lahirlah lagu birthday yang saya salin dan mainkan sendiri...untuk mengingati notenya (sambil bermain tanpa melihat note) rasanya masih belum mencapai tahap tersebut....

Lambaian Kaabah...

Imej By google

Bulan ini menunjukkan ramai yang mula berangkat ke Tanah Suci Mekah. Mereka menuju ke sana kerana sudah pun mendapat panggilan dan menyahut seruan untuk mengerjakan ibadah haji. Tahun ini adik perempuanku NJ dan suaminya yang juga adik iparku Prof. Dr. NAR akan berangkat ke Mekah.




Untuk semua teman-teman di UKM, jiran-jiran dan kenalanku yang sudah berada di Mekah dan bakal berangkat ke Mekah saya doakan semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan tenang. Semoga mereka mendapat haji dan mabrur. Selamat berangkat dan selamat pulang ke tanah air. Amin.

Catatan untuk Suatu Kematian

Imej By Google

Hari ini sudah genap seminggu pemergian Biduan Dato' Ahmad Jais meninggal dunia....lambaian terakhirnya sewaktu di Konsert D'Llyod di Istana Budaya yang saya tonton benar-benar membuktikan pemergiannya ke alam yang kekal di sana. al-Fatihah.

Dalam minggu yang sama juga pulangnya ke rahmatullah...ibu mertua kepada adikku MAJ ... seorang Mak Datin yang cukup ceria sepanjang yang kukenalinya.... Pada tahun lepas adalah tahun terakhir Mak Datin yang juga besan bondaku bersama-sama berfoto sempena hari raya.... kala itu Mak Datin sudah pun berkerusi roda.

Minggu tersebut juga perginya, (iaitu sehari sebelum pemergian Mak Datin) besan ibuku yang juga mesra ku panggil sebagai Pak Jusoh pergi buat selama-lamanya ke alam abadi... Beliau juga adalah salah seorang responden yang sudi untuk ku temubual sewaktu projek tesis tahun akhirku di FSKK hampir 11 tahun lalu. Beliau tidak lokek untuk menuang ilmu kepadaku...sehingga selesai penulisan tesisku berkenaan dengan perubatan tradisional...

Untuk semua insan yang telah pergi...al-Fatihah buat mereka dan semoga keluarga terdekat yang menyayanginya sabar dan doakan semoga roh mereka tenang jua aman di sana. Amin.