Selasa, 20 Disember 2011

...lahirnya Keistimewaan Dialek Melayu Patani

Sila dapatkan buku Keistimewaan Dialek Melayu Patani tulisan Dr. Ruslan Uthai. Pengarang amat mahir dengan sosiobudaya dan pastinya tentang Pattani sendiri. Seandainya tuan/puan orang Pattani...sila dapatkan buku ini bagi melengkapi perpustakaan di rumah anda. Tidak rugi memilikinya kerana orang Patani atau orang luar kelompok ini boleh tahu akar budi budaya dan bahasa seharian yang digunakan dalam kalangan masyarakat setempat mereka. Buku ini jua amat bagus untuk pengkaji dialek. Buku ini berjaya diterbitkan pada 16 Disember 2011. Boleh didapati menerusi pembelian di kedai buku Penerbit UKM dengan harga RM35.00.....apa yang boleh saya kongsikan saya mengambil satu masa yang relatif panjang untuk menyiapkan buku ini....

...lahirnya minda komuniti maya

Untuk peminat setia Dr. Jusang Bolong dapatkan buku Minda Komuniti Maya. Buku ini sudah berada di pasaran mulai Jumaat 9 Disember 2011. Harganya RM25.00. Boleh dipesan lewat Pejabat Kedai Buku Penerbit UKM atau santai-santai saja menemui penulisnya yang pasti mahu bukunya laris di pasaran....seorang pengarang yang gigih berusaha dan serius dalam berkarya.

...manisnya wajahmu

Saat aku menemui penyeliaku, aku berasa amat tenang, biarpun pelbagai macam yang harus aku lakukan bagi menuju puncak. Sedikit demi sedikit aku lakukan tugasan yang diberikan. Kadang kala semacam tidak percaya itulah yang telah aku lakukan selama bergelar pelajar + pekerja + ibu + adik + kakak + suri....Aku sedar aku sebenarnya sedang merangkak-rangkak di kaki gunung yang aku tidak tahu apakah aku akan berjaya menggapai puncaknya. Aku kadang kala menjadi binggung dengan apa yang telah aku lakukan.....namun setelah bertemu dengan penyeliaku untuk beberapa kali aku menjadi semacam aman dan rela dengan tugasan yang diberikan olehnya. Sebenarnya itulah hakikatnya....setiap perkara yang sukar berjaya dilunaskan setelah bertemunya....Aku harap aku mampu menggapai impian ini seperti orang lain yang telah berjaya....

Isnin, 12 Disember 2011

Oh Ibu.... + guruku

Hujung minggu lalu aku sempat menemui bonda tersayang di kampung... Agak lama tidak menemuinya kerana kesibukan di ibu kota. Sebelum ini bonda berada di rumahku... Apa yang kulihat bonda seperti mahu mengikutku pulang ke ibu kota.... Biarpun bonda kini bersama kekandaku di kampung kerana gilirannya menjaga bondaku tetapi jiwanya seperti sudah menjadi orang kota........kasihan bonda, terpaksa aku lepaskan genggaman tangannya yang begitu kejap memegang lenganku...nanti kita bertemu lagi ya. Bonda boleh datang lagi ke rumah anakanda....bonda menunjukkan beg tangannya yang telah lusuh. Sebenarnya tujuanku ke kamarnya hanyalah untuk memberikan beg tangan yang dimintanya sebelum ini. Aku telah menggantikan beg tersebut dengan yang baru, tetapi bonda tetap mahukan jua beg yang lama itu biarpun tangkainya telah patah....agaknya mesti ada kenangan silam untuk beg yang telah putus itu.

***********

Malam tadi aku berkesempatan menonton Astro 106...ada cikgu Anis menjadi calon tokoh ibu Mithali 2007 di situ....Anak-anak cikgu Anis semuanya pandai-pandai... Ada 6 orang yang telah menjadi doktor dan salah seorangnya bergelar Datuk. Wah. Aku sebenarnya ingat-ingat lupa akan cikgu Anis ini. Tetapi yang pasti cikgu memang pernah mengajar aku.....sekitar tahun 60-an dulu...zaman sekolah rendah.