Sabtu, 11 Februari 2012

Maulidur Rasul...

Khamis pagi, 9 Februari 2012, aku dan empat lagi rakan-rakan sepejabat telah berada di luar panggung seni bersama-sama dengan ahli kumpulan yang lain begitu sabar kerana sebentar nanti perarakan akan dimulakan...tiba-tiba diluar sana trafik jem cukup keras...mengalahkan Kuala Lumpur gitu.

Kami berpakaian sedondon warna biru muda. Kami juga diberikan tudung indon dan kerongsang. Manakala si teruna memakai pakaian ala-ala Raihan dengan samping gaya Johor. Songkok berlilit riben biru. Semuanya lawa, tampan dan kacak bergaya.

Perarakan dimulakan....bacaan selawat tidak henti-henti...wah...kontigen dibelakang kami bukan main kuat lagi. Siap berlagu-lagu sepanjang jalan...jadi sah-sah le grup ni yang akan menjadi juara. Nah! Ternyata mereka menjadi johan dengan kelebihan markah pada bacaan selawat yang begitu merdu.

Jumaat, 3 Februari 2012

Biografi Tun Razak: Negarawan & Patriot




Blurb

Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot. 2011. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-948-05 (kulit keras). 414 halaman. ISBN 978-967-94. Nik Anuar Nik Mahmud, Muhammad Haji Salleh & Abd Ghapa Harun.
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua ialah arkitek utama dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia. Ketika memimpin Malaysia, setelah terjadinya peristiwa 13 Mei 1969, beliau menyusun strategi serampang dua hala supaya negara mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan mantap serta memulakan langkah penyusunan semula struktur ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang kaum. Beliau memperkenalkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang terbukti berjaya membantu proses pembangunan negara untuk jangka panjang. Buku ini memaparkan liku-liku kehidupan, perjuangan, visi, misi dan pengorbanan Tun Abdul Razak sebagai seorang negarawan dan patriot Malaysia. Antara tajuk penting yang dipaparkan dalam buku ini adalah; kelahiran seorang patriot, pengalaman di bawah pemerintahan Jepun, menimba ilmu di England, berjuang dalam UMNO, penggubalan Perlembagaan Persekutuan, pembentukan Malaysia, menangani kontrontasi Indonesia, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, politik permuafakatan Barisan Nasional dan banyak lagi. Kebanyakan nukilan dalam biografi ini ialah hasil penyelidikan dan pengumpulan maklumat yang komprehensif dan berwibawa oleh tiga tokoh akademik yang berpengalaman luas. Banyak perkara yang dinukilkan belum pernah diketahui umum sebelum ini.

NIK ANUAR NIK MAHMUD adalah mantan Protesor Sejarah dan Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. MUHAMMAD HAJI SALLEH berkhidmat di Pusat Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. ABD. GHAPA HARUN adalah pensyarah kanan di Program Sejarah, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

Buku Biografi Tun Razak: Imej Digital Board

Khamis, 2 Februari 2012

Anugerah Buku Negara 2012

Saya petik daripada e-warga UKM.

Tahniah-Penerbit UKM Terima Anugerah Buku Negara, ketegori Buku Biografi Terbaik [atas]
Tahniah diucapkan kepada Penerbit UKM, kerana telah dipilih sebagai penerima Anugerah Buku Negara, ketegori Buku Biografi Terbaik. Tajuk buku yang memenangi anugerah ini ialah Biografi Tun Abdul Razak : Negarawan dan Patriot. Anugerah ini telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Ketua Penerbit UKM, YBhg Prof Dr. Kamaruddin M. Said di Persidangan Buku Antarabangsa, Ekspo Buku 1Malaysia dan anugerah Buku Negara 2012 bertempat di PWTC Kuala Lumpur.
Syabas !
(ewarga/bul/bil.02022012-03)

Apa-apa pun sebagai orang yang bertanggungjawab di atas pengurusan penerbitan buku ini sebermula daripada manuskrip menjadi buku...pada kesempatan pagi-pagi Jumaat ini al-Fatihah saya untuk kegigihan pengarang utama buku ini Allahyarham Profesor Emeritus Datok Dr. Nik Anuar Nik Mahmud...