Ahad, 21 Februari 2010

Apabila Tali Biolaku Longgar....


Foto Ads By Google
Biar telingaku belum pandai menangkap perbezaan bunyi di antara satu tali ke satu tali, tetapi aku telah dapat merasakan ada tali biolaku yang longgar dan tidak sedap bunyinya apabila digesek...

Mungkin kerana setiap malam aku asyik bermain biola tanpa henti...rasa amat seronok dan terhibur...kesannya aku sudah mula malas membaca...hahahahaha....

Khamis, 18 Februari 2010

1Malaysia 1Limau

Foto Ads By Google
Hujung minggu lepas aku ke Hospital Selayang kerana melawat birasku yang sedang dirawat. Sewaktu menunggu giliran masuk ke wad ICU aku telah disapa oleh seorang perempuan Tionghua...hai Selamat Hari Raya...Eh! Jawapku...bukan sayalah...awaklah hari raya....dia pun tertawa...kami berbual-bual dan terakhirnya dia telah memberikan aku sebiji limau yang diambil daripada bungkusan hadiah yang hendak dibawa masuk ke dalam wad...dalam erti kata lain....hadiah tersebut untuk si pesakit yang bakal dilawatinya sebentar lagi.

Beriya-iya benar beliau mahu memberikan aku sebiji limau tersebut...lalu aku pun ambillah kerana telah diberi...IMalaysia ILimau...katanya bapanya sedang koma di dalam sana...berperang dengan keadaan yang tidak menentu....mohon aku doakan supaya bapanya sembuh...

Mulia sungguh hati beliau. Semoga bapanya cepat sembuh.

Selasa, 16 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Foto Add By Google
Untuk dua hari ini (14-15/2)...aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Terima kasih kerana limau-limau yang diterima.

Hari Jadi Bos


Foto By Raai Osman and by creativity @renem
Baru-baru ini timbul idea untuk meraikan hari jadi bos di pejabat...pagi-pagi lagi PA bos sudah round dari tingkat atas ke bawah...menjemput sambil mengutip sedikit sumbangan untuk membeli kek hari jadi. Akhirnya dapatlah jumlah yang aku agak-agak boleh beli 3-4 biji kek hari jadi. Bajetnya tu biarlah semua anak buah bos yang dalam anggaran 40 orang tu yang sudi menyumbang tu dapat merasa sepotong kek seorang.
Sepanjang pagi tu, kami bertiga (CT, PA bos dan aku) telah survey ke hulu ke hilir satu Bandar Baru Bangi untuk mencari kek yang sesuai dengan bajet yang diperoleh.

Akhirnya dapatlah beli 4 biji kek - satu kek untuk CT kerana hari jadinya jatuh pada bulan Januari. Dah petang-petang sikit baru CT potong kek dia...Aku suruh dia pilih-pilih kek dia tak mau...malu sangat-sangat. Untuk makna bagi ketiga-tiga kek itu, aku telah memberi kapsyennya yang ala-ala penuh makna gitu...sama ada orang suka atau tidak terpulanglah....kek pertama adalah untuk hari terakhir bos bekerja pada hari semalamnya (10/2), kek kedua untuk ucapan selamat datang bagi pekerjaan barunya (ala-ala welcome home) dan kek ketiga untuk ucapan Selamat Hari Lahir. Semasa upacara memotong kek dan meniup lilin, aku duduk di belakang...memerhati apa yang berlaku di hadapan mata....dan akhirnya aku dapatlah makan sepotong kek birthday bos....

Apa-apa pun Selamat Hari Jadi Boss...semoga panjang umur dan murah rezeki...

Isnin, 8 Februari 2010

...semangat yang tinggi

Hari Sabtu lepas, 2 kali saya menaiki ambulans - sesi pagi dan sesi petang...dpd DECTAR tu kerana pelajar kelas muzik pengsan semasa kelas berlangsung...kita tidak mengenali satu sama lain, tidak tahu siapa waris mereka dan sekarang budak tu masih di HS. Dah sakit, dah dapat MC pun boleh datang balik ke kelas...Nah! Pengsan lagi... Wah! Terkejut badak semua...semangatnya tu semua rakan-rakan 'bakal ahli muzik' ni berjiwa mulia saling bantu membantu, mengangkat, menelefon, memanggil ambulans dsbnya....terakhirnya seronok juga saya dapat naik ambulans yang dipasang lampu di atasnya....lajunya memecah kesunyian kampus...yang sakit dah le terlantar tak sedar-sedar walau dipanggil berkali-kali...al-kisahnya...semangatnya yang kuat tu yang menjadi penawar.

Selasa, 2 Februari 2010

Aku dan Keluarga Pengarang



Minggu lepas, genap pemergian aruah bapak Arena Wati selama setahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Pada hari itu juga aku menghantar sejumlah 10 naskhah buku cetakan kedua Memoir Arena Wati: Enda Gulingku yang boleh dibuat bantal tidur. Cukup-cukup tebal. Naskhah untuk pengarang itu diterima oleh ibu Halimah. Baliknya aku dibekalkan dengan nasi dan lauk pauk....aduh! Beliau sendiri sangat bangga dengan kehadiran buku tersebut. Saat ingin menyiapkan cetakan kedua itu, aku telah berdepan dengan aruah yang tika itu sedang sangat tenat sekali berperang dengan sakitnya di HUKM. Kini, tinggal kenangan semua yang aku lihat di hadapan mata. Aruah meminta itu dan ini pada memoir tersebut. Untuk menjaga mutu buku itu aku ikutkan sahaja apa yang perlu asalkan jangan lari daripada konsep cetakan kedua buku tersebut. Aku sendiri beranggapan menyiapkannnya ibarat memenuhi wasiatnya...

Aku sebenarnya sangat sibuk. Masa yang dijanjikan aku tidak boleh datang kerana ada komitment lain. Namun, aku pergi juga ke rumahnya setelah ditelefon dan dipesan berkali-kali supaya datang...biarpun lambat...jangan tak datang...yah! Aku sebenarnya sangat sibuk menggesek biola dan pelajaran yang lain...yang masih belum pandai-pandai. Aku gagahi juga ke rumahnya demi untuk memenuhi impian ibu Halimah.

Memoir tersebut juga diletakkan jaket yang di kiri kanannya diterangkan mengapa buku tersebut harus dicetak untuk kali kedua... kemenangan yang dicapai oleh pengarang dan sebagainya. Memang aku berperang dengan perasaan saat untuk menyiapkan buku itu. Namun, alhamdulillah, semoga roh aruah tenang setelah buku tersebut berada di pasaran menemui peminatnya yang sekian lama menanti.

Kepada semua...selamat membaca.

Isnin, 1 Februari 2010

al-Fatihah


al-Fatihah untuk al-Marhum Sultan Johor (1932-2010). Semoga roh al-marhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang solihin. Amin. Patik sebagai rakyat Johor yang telah meninggalkan Johor untuk kesekian kalinya menjunjung kasih dan merapak sembah ke atas pemasyhuran Sultan Johor dan Tengku Mahkota yang baru.

Keperluan Berbicara dalam Bahasa Inggeris

Sudah sampai masanya saya memberi sedikit komen tentang penggunaan bahasa Inggeris di dalam kerjaya sehari-harian saya. Saya berasakan saya perlu untuk menguasainya, tetapi saya tiada masa untuk menekuninya kerana kesibukan yang terlampau. Saya menanam azam suatu hari nanti saya pasti dapat melakukan yang terbaik untuk ke arah itu.
Dulu saya teringin untuk belajar bahasa Belanda...saya berjaya melakukannya biarpun merangkak-rangkak...tetapi hingga kini saya masih boleh ingat lagi beberapa perkataan dan ayat-ayat yang simple dalam bahasa Belanda... Agak lucu bila kita berbicara tentang ilmu bahasa ini. Namun, hakikatnya kalau kita hendak mendapatkan sagunya, kita harus pecahkan ruyungnya...barulah dapat kemanisan yang kita mahukan. Tidak rugi kalau kita mempelajari pelbagai bahasa. Semuanya penting, apa lagi jika kita sering berpergian ke sana sini dan bertemu dengan pelbagai rupa bentuk manusia.

Sehingga kini, saya tidak membataskan diri untuk mempelajari apa juga bentuk pelajaran...tidak kira sama ada ianya dapat memberikan faedah kepada diri saya mahupun tidak. Yang penting saya memang suka.

Insya-Allah.

Isnin, 25 Januari 2010

Sembah Takziah dan Salam Takziah

Saya wajar mencatatkannya di sini...saya kehilangan Sultan Johor yang amat dikasihi...Sultan Iskandar yang memerintah Johor Darul Takzim dan kawasan jajahannya - negeri di mana tempat saya dilahirkan hampir setengah abad yang lalu....tempat saya mengenai ABC dan saya wajar berasa sedih biarpun telah lama meninggalkan bumi Johor. Sembah Takziah untuk keluarga diraja Johor. Saya tidak sempat untuk melihat liputan langsung di tv kerana berhalangan dengan perkara yang lain. Berita kemangkatan saya terima ketika usai kuliah di UPM pada 22/1/2010 (Jumaat) - meski tidak percaya namun sms daripada Moscow mengejutkan saya dari lena dibuai mimpi - lalu saya membuka TV3 pada malam itu, dan confirm telah ada siaran mengaji tanda berkabung. Semua pembaca beritanya memakai baju hitam dan melalui warta berita lewat malam juga saya mengikuti perkembangan ini untuk kesahihannya.

Apa-apa pun salam takziah jua untuk keluarga Tun Ghazali Shafie - saya sempat menziarahinya ketika di Subang Jaya beberapa tahun yang lalu. Saat itu Tun sudah berkerusi roda dan agak kurang sihat. Kami menemuinya kerana projek buku terbitan di pejabat saya....hingga kini saya tidak tahu apa perkembangan projek tersebut....sayangnya projek tersebut belum siap-siap ketika hayat beliau masih ada. Kini projek itu telah diberikan kepada orang lain dan saya harap orang yang telah dipertanggungjawabkan itu wajar menyiapkan tugasan tersebut. Pada pandangan saya, sudah semestinya orang yang diberikan tugasan itu lebih berwibawa, berbakat dan handal ilmu penerbitannya daripada saya, jadi dengan sebab itu beliau diberikan tugasan itu. Ini harus saya akui.

Hari ini (25/1/2010) saya berada di Masjid Negara, mengaminkan doa talkin yang dibacakan oleh imam untuk orang yang pernah disanjung, dipuja dan dihormati kedudukannya dalam senario politik negara kita...Aruah kini abadi dalam kenangan yang sukar untuk saya lupakan...

Khamis, 21 Januari 2010

Sibuk Sepanjang Minggu

Jumaat bertemu Jumaat - aku cuba untuk mengkaji semula sepanjang minggu ini apa yang telah aku lakukan - Biasanya pagi-pagi lagi aku telah masak untuk mak tersayang, sama ada mak mahu makan atau tidak aku tak kisah. Yang penting ada makanan di atas meja yang mak aku harus makan. Jika aku balik dan makanan seperti seadanya aku akan marah-marah dengan soalan biasa...mengapa tidak makan....jawapan klise...tunggu aku balik baru nak makan....aduhai...setianya mak aku ni...oleh itu aku harus balik waktu minum pagi...dan kadang kala aku akan singgah di mana-mana kedai untuk membeli lagi makanan seadanya...
Biar lauk telah dimasak seawal pagi, tengah hari mesti ada lauk lain. Aku mesti masak lagi atau beli lagi di restoran yang aku biasa pergi. Aku jarang pergi ke restoran yang aku jarang masuk...lidah aku kurang menerima lauk pauk yang aku tidak biasa...biasanya aku makan secepat mungkin untuk terus tidur dan cepat-cepat pula bangun untuk sembahyang Zohor dan ke pejabat semula...tinggallah mak aku melambai-lambai tangan dan pesanan biasa...balik nanti beli goreng pisang ye...setiap hari sama sahaja rutinnya....seronok juga melayan kerenahnya itu...
Jumaat seperti biasa aku ke pejabat untuk mengedit buku-buku - Wah tahun ini bos perempuan aku tu minta kita siapkan 15 buah buku untuk seorang....apa akan jadi kepada mereka yang malas bekerja atau kerjanya asyik main facebook dan tengok internet...aku bukannya rajin sangat...tercapaikah cita-cita besar tersebut...tersiksakah jiwa dan ragaku...apa-apapun tunggu dan lihat. Siapa yang rajin dan siapa yang malas dan main-main kerjanya....aku mengaku aku bukanlah serajin mana, aku mungkin masuk dalam kategori main-main....minggu ini akan terbit buku Aminuddin Baki bagi cetakan kedua. Insya-Allah. Petangnya seusai orang solat Jumaat aku ke UPM ada kelas statistik...aku terlambat kerana trafik jem. Minggu ni aku mesti keluar awal...bagi mengelakkan daripada kesesakan trafik jem. Jadi bila dah lambat tu tertinggal beberapa latihan...selepas itu ada kelas teori linguistik...dosenku ada beri homework (secara berkumpulan dan persendirian)...
Sabtu...aku mula ke kelas muzik belajar teori dan harmoni dan petangnya belajar ear training...aku terkejut kerana teman-teman sekelas begitu berdisiplin, matang dan seriusnya belajar. Encik Ramlan Imam buat kelakar di kelas pun ada yang gelak ada yang tidak...pendik kata kelasnya amat kelakar, bermotivasi dan telingaku pun dah mula faham apa itu ear training....nasib baik aku ada basic dalam piano...aku fahamlah sikit-sikit pasal ear training....dalam banyak-bayak orang aku pulak kena tanya...nasib baik dia kata betul jawapanku...do re me fa so la ti do....petang Sabtu itu aku ke kelas piano di Yamaha...belajar seperti biasa...aku dah praktis awal-awal di rumah sepanjang minggu jadi tiada masalah di situ, biarpun tidak berapa pandai sangat. Yuranku dinaikkan menjadi RM110.00 sebulan...kata cikguku yang cun tu aku naik gred 2. Pelajaran semakin sukar, teorinya ada yang aku faham dan ada yang tidak....aku tetap mengakui faktor usia menyebabkan aku kurang faham dan tidak ingat...banyak kerja rumah yang diberikan kepadaku untuk dilunaskan.
Ahad...sambung semula kelas muzik. Pada sebelah pagi belajar violin...mula-mula aku masuk grup kedua. Wah ramainya grup kedua ni. Lepas tu aku beralih grup pertama kerana aku sedar aku tidak sepandai mana. Sengaja aku nak pergi kelas basik. Senang belajar dari awal. Seronok juga kerana ada rakan-rakan sekelasku yang ingin mengikut aku masuk ke kelas grup pertama. Belajar memegang bow, mengenal tali dan praktis. Cikgu sibuk tune violin...ada yang baru beli tu...kagum betul aku dengan semangat budak-budak ni...siap bawak kotak violin lagi. Kami habis lewat kerana cikgu lewatkan setengah jam. Petangnya belajar ensemble muzik oleh Cikgu Adzan...Dato' Jo ada hal petang tu... jadi petang itu kami mula mengenai apa dia alat-alat muzik orkestra.
Sepanjang malam aku menghabiskan membuat homework...kadang kala tidur hingga jam 2.30pagi. Statistik adalah pelajaran baru dan susah. Aku mula kenal kalkulator saintifik yang juga aku baru beli di Warta. Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan aku buat latihan dengan tekun dan faham apa yang diajarkan. Sementelahan pula di kelas aku dikehendaki ke hadapan menyelesaikan masalah di papan putih dengan berbekalkan marker dan kalkulator...okey juga pelajaran ni.
Setiap malam aku membuka violin dan diselang seli dengan piano...tak boleh praktis lama kerana aku penat dan kadang kala jemu serta mengantuk....namun aku tetap praktis biarpun sekejap....bising bunyinya. Mak aku bising je, suamiku diam aja. Ada juga sikit-sikit dia bagi komen....biasalah dia kan tau aku memang tak pandai main jadi dia biarkan aja aku praktis walaupun dah malam-malam. Siap dia tanya pada mak aku, ada ke anak-anak atau saudara mara mak yang main muzik macam aku....mak aku pun jawab tak ada...
Malam semalam Jumaat baru aku berkesempatan ke perpustakaan mencari bahan untuk homework teori. Aku kena paksakan diri untuk mencari bahan tersebut biarpun cuaca tidak mengizinkan kerana hujan. Aku sangat kagum dengan semangat budak-budak UKM ni...mereka tekun belajar biarpun sudah malam-malam....aku balik setelah pihak perpustakaan tutup pintu untuk malam itu! Sekian.

Isnin, 18 Januari 2010

Cerita Pasal Gerhana Matahari

Baru-baru ini berlaku gerhana matahari - waktunya mak aku cakap dalam pukul 3.00 petang, Jumaat (15 Januari 2010). Mak aku cakap lepas dengar khutbah Jumaat di tv, orang tu cakap akan ada sembahyang sunat gerhana matahari. Oh! Ya ke aku cakap dengan mak aku. Masa tu aku sibuk memasak... Aku ni terlalu sibuk sampai kena diingatkan oleh mak aku. Baguslah mak aku ni...aku kena puji-puji selalu mak aku ni, kerana kadang-kadang aku selalu lupa daratan mana nak berlabuh....kena selalu diingatkan perjalanan hidupku ini...
Apa-apa pun aku tak nampak pun gerhana matahari tu, dunia jadi gelap seketika agaknya...aku sibuk masa tu. Tak boleh keluar dari dewan...ada kelas...entah berapa tahun lagi aku dapat menyaksikan peristiwa seperti itu.

Khamis, 14 Januari 2010

Muzik dan Aku

Aku memang sangat berminat untuk mendalami bidang muzik. Cuma aku tidak ada peluang untuk menerjah ke bidang itu sewaktu zaman kanak-kanak dan remajaku. Oleh sebab faktor usia dan keluarga maka baru sekarang aku berpeluang untuk belajar selok belok tentang dunia muzik. Agak mencabar dan susah. Bertahun-tahun lamanya aku mendalami dunia ini - semenjak aku asyik berulang alik ke Yamaha Music School menghantar anak-anakku belajar muzik dan menduduki peperiksaan muzik di situ. Sehinggalah anak-anakku terpaksa ke sekolah berasrama penuh dan melanjutkan pelajaran ke luar negara -rutin itu aku sambung pula dengan mengabadikan diri sendiri untuk cuba berjinak-jinak dengan dunia baru ini.

Dulu, sesungguhnya aku tidak pernah tahu sama ada anak-anakku benci atau suka dengan tindakanku menghantar mereka ke kelas muzik. Yang penting aku gembira apabila mereka lulus peperiksaan dan boleh bermain piano dengan baik. Aku mengeluarkan modal yang cukup besar. Melaburkan duit yang banyak untuk yuran kursus dan peralatan muzik untuk hobi yang satu ini. Aku tidak tahu mengapa. Namun yang pasti aku gembira mendedahkan mereka dengan dunia muzik yang mencabar ini. Sekarang baru aku tahu bertapa sukarnya untuk memahami nota-nota muzik dan sekali gus menjalani praktikal ke atas alat muzik. Aku respek habis dengan pemuzik-pemuzik yang dalam masa yang sama boleh menyanyikan lagu-lagu beserta dengan persembahan pentas yang menarik pula. Itu sebenarnya bakat semula jadi yang dikurniakan Tuhan kepada insan seni seperti ini. Ya! Aku tabik.

Kini, setelah bertahun-tahun berulang-ulang alik ke kelas piano aku rasakan baru setitis ilmu yang ku peroleh dari sehampar lautan irama yang tak terjangkau oleh tanganku. Biar aku praktis setiap hari, namun agak sukar untuk aku menguasainya. Guru pianoku tidak pernah jemu menurunkan ilmu kepadaku biarpun mereka seusia dengan anak bujangku.

Apakah aku menjadi tamak dengan dunia muzikku sendiri? Aku tidak tahu. Aku mula menerjah ke gerbang yang lebih berani lagi...aku memberanikan diri mendaftar di kelas Sijil Muzik di UKM. Aku diminta untuk bermain violin. Aku memang ada violin -dibelikan oleh anak bujangku. Aku menjalani temu duga dan uji bakat. Tika itu aku bermain piano untuk dua lagu. Aku juga diminta untuk mengenali nota-nota muzik dan menjawab pelbagai soalan mengenai aku dan dunia muzikku. Aku rasakan akulah orang yang paling tua sekali berada di kelas tersebut. Tetapi nampaknya ada juga warga seangkatanku yang mungkin usianya lebih dewasa daripadaku ataupun hampir-hampir seusia. Aku menerima cabaran baru ini dengan mengikuti kelas violin di sini - pengambilan pelajar sulung kursus muzik di UKM. Susah memang susah. Aku kena membahagi-bahagikan masa antara suami (rumah tangga + kaum keluarga), kuliah kedoktoranku, bidang penulisan, pembacaan buku (mengedit buku) dan dunia muzik. Aku harap aku akan dapat menggalas beban ini dengan hati yang terbuka dan indah seindah pelajaran bahasa Melayu dan muzik yang sedang aku renangi. Ya! Allah berikanlah aku kekuatan. Kepada-Mu aku berserah.

Isnin, 4 Januari 2010

Saat Menyaksikan Irama Warisan Kita...

Sabtu, 12 Disember 2009, usai kelas piano, aku kembali ke rumah menukar pakaian dan sebagainya...lepas Maghrib aku meninggalkan perkarangan Hospital Kuala Lumpur menuju ke KLCC. Mencari-cari di mana letaknya tempat Malaysian Philharmonic Orcestra bakal berlangsung. Guru pianoku telah memberi arahan begini, begitu dan sebagainya...mungkin aku kurang kerap ke KLCC jadi apa-apa yang dibicarakan aku angguk sahaja...sebelum itu kelas dimulakan dengan apa itu orkestra....bukan main cikguku mengajar... Beliau mengeluarkan buku khusus mengenai orkestra...Wah...rasa macam budak-budak pula ketika itu. Semua alat muzik yang bakal berada di pentas ditunjukkan kepadaku. Gaya pemain, konduktornya duduk di mana, pengacaranya di mana, dan penyanyinya juga di mana-mana dinyatakan kala itu.

Jam 8.30 malam dewan telah mula penuh dengan peminat-peminat irama warisan. Hari itu aku bagaikan tidak percaya dapat menyaksikan persembahan yang bertaraf dunia. Memang aku kagum. Aku bagaikan tidak percaya yang orang-orang Barat boleh mempersembahkan irama warisan kita dengan begitu baik sekali di atas pentas MPO. Gabungan MPO dan MPYO memang sangat unik. Mereka bergabung mengalunkan irama tanpa mengenal siapa dan di benua mana mereka berasal. Irama Melayu yang sangat unik bergema...muzik benar-benar menyatukan antara hati-hati kita...

Yah! Malam itu penuh dengan VVIP dan VIP...aku dapat rasakan mereka berkedudukan kerana ada antara penontonnya memang aku kenal mukanya...kadang kala tidak sangka pula mereka juga akan menonton konsert tersebut sepertiku.

Pengarang buku Memoir Johari Salleh: Tegar Meladeni Industri Muzik dengan penuh gaya berdiri megah di hadapan khalayak untuk memimpin orkestra - YBhg. Dato' Johari Salleh. Aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan seakan-akan tidak percaya pengarang yang bukunya aku tangani di Penerbit UKM kini berada di pentas berprestej untuk memimpin orkestra. Persembahan dimulakan dengan Sabah Overture kemudian Seri Mersing, Cindai, Tunggu Sekejap, Bahtera Merdeka, Joget Kenangan manis, Pahlawanku, Tudung Periuk, Warisan, Getaran Jiwa...kemudian ada lagi lagu-lagu yang aku tidak berapa ingat...dek faktor usia.

Buku atur caranya ada, tapi telah disimpan kerana di dalamnya terdapat tanda tangan Lah Ahmad, Aishah dan Dato' Johari. Mungkin Dato' agak terkejut dengan kedatanganku dan suami ketika itu. Aku mengajak suamiku menonton konsert ini kerana guruku berkata, konsert ini harus ditonton dan akhirnya aku benar-benar berasakan tidak rugi berada di sana menikmati irama warisan kita yang begitu indah sekali.

Sekali lagi...tahniah atas kerja keras Dato' Johari dan semua yang menjayakan konsert tersebut.

Ahad, 3 Januari 2010

Majlis Anugerah Buku Kebangsaan 2008



Foto By Raai
Saat menerima faks undangan ke Majlis Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2008, hatiku benar-benar terkesima....Rupa dan Gaya Busana Melayu (2006) karya Azah Aziz bakal dinobatkan kemenangannya...
Banyak sebabnya menjadikan diriku begitu....
Pertama-tamanya kerana buku yang benar-benar mengugat jiwa dan ragaku telah dinobatkan sebagai buku terbaik...menang empat anugerah sekaligus. Hati mana yang tidak tersayat..biar aku bukan pengarangnya (Puan Azah), tetapi saat menyiapkan buku ini aku seakan-akan berada bersama-sama untuk susah senang kerana penerbitannya.
Buku ini memenangi anugerah berikut:

Buku Terbaik Keseluruhan
Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Anugerah Editor Terbaik
Anugerah Buku Non-Fiksyen Terbaik

Detik yang paling membahagiakan bagi buku tersebut jatuh pada 22 Disember 2009 lalu. Majlis diadakan di Seri Pacific dan hadiah diberi oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Hadiah Mak Ungku, Puan Azah Aziz disambut oleh suaminya Profesor Ungku Aziz. Agak berbaloi juga kerana karyanya itu menang berganda. Naib Canselor UKM turut hadir memeriahkan majlis.

Untuk 12 anugerah yang ditawarkan, Penerbit UKM menerima 5 anugerah daripadanya termasuk kategori buku ilmiah terbaik bagi buku Wacana Mahathir Mohamed tulisan Prof. Madya Dr. Idris Aman.

...Menjelang Tahun Baru 2010



Menjelang malam tahun baru aku menaiki monorel menuju ke Pusat Bandar Kuala Lumpur...bermula daripada stesen Medan Tuanku ke Bukit Bintang....agak sesak juga keadaannya ketika itu.Aku menemui pelancong daripada Medan, Indonesia yang telah telah seminggu berada di Malaysia. Sebelum ini mereka berada di Sunway Lagoon dan Genting Highland. Kini, berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur...naik turun monorel katanya....wah...aku kira...ini pastinya pelancong yang mempunyai wang gitu...
Keadaan kian sesak...lemas....dan menyesakkan....penuh dengan orang ramai yang berpusu-pusu menuju ke kota raya untuk menyambut 2010...aku bersama-sama mereka di lautan manusia ini....Kemudian aku pulang ke hotel kerana malas berada di dalam kepanasan begitu...