....Ini antara nota Kelas Muzik UKM 2010
Early
Medieval (500-1400)
Renaissance (1400-1600)
Baroque (1600-1760)
Common Practice
Baroque (1600 - 1760)
Classical (1730-1820)
Romantic (1815-1910)
Modern and Contemporary
20th-century (1900-2000)
Contemporary (1975-present)
21st-century (2000-present)
Selamat menghafal....aduhhhhh semakin pening kepala.....
Khamis, 11 Mac 2010
Selasa, 9 Mac 2010
Kata-kata semangat....
Aku suka kepada kata-kata semangat ini...menjadi ubat penguat jiwa....
Aku ingin abadikannya di sini supaya aku selalu boleh membacanya...
.... bulan yang cerah gilang gemilang itu akan muncul memancari kita. Kita kena cari jalan keluar, memenuhi masa yang akan menghasilkan buahnya kelak. Jangan buang masa....
... masa itu emas ....
... hujan batu di negeri sendiri lebih baik daripada hujan emas di negeri orang ....
Aku ingin abadikannya di sini supaya aku selalu boleh membacanya...
.... bulan yang cerah gilang gemilang itu akan muncul memancari kita. Kita kena cari jalan keluar, memenuhi masa yang akan menghasilkan buahnya kelak. Jangan buang masa....
... masa itu emas ....
... hujan batu di negeri sendiri lebih baik daripada hujan emas di negeri orang ....
Ahad, 7 Mac 2010
Hujung Minggu yang CERIA
Imej Ads By GoogleHujung minggu ini aku mula membelek-belek nota lama kerana minggu ini akan ada ujian ear training dan mengenal huruf....ah...rasa seronok juga bila ada ujian ni...mula kepala terfikir...macam mana nak kenal bunyi ye...nak bezakan bunyi....
Saya menggunakan latihan di piano untuk persediaan ini...ada lagu yang saya boleh main dengan laju dan ada yang 'tersangkut-sangkut notanya di sana sini'...jadi saya taulah setakat mana bakat yang ada pada diri saya. Saya sendiri menguji bakat saya...saya tak sentuh pun violin untuk minggu ini kerana alat itu lagi baru bagi saya...nak kata merangkak pun tak juga, saya dah kenal tali-talinya...cuma ikhlas cakap saya tak berapa mahir lagi....hehehehe...
Isnin, 1 Mac 2010
...kenapa saya 'memeram dan menetaskan' manuskrip
Imej Ads By GooglePersoalan penting mengapa saya 'memeram dan menetaskan' manuskrip ada banyak:
Banyak sebab, namun...Antaranya...
-saya dipertemukan dengan pengarang yang 'pendiam'
-saya dipertemukan dengan pengarang yang 'pemalas'
-saya dipertemukan denan pengarang yang 'takut-takut' dengan tindakan saya
-saya dipertemukan dengan pengarang yang acuh tak acuh/tak kisah/buat tak tau apa nak jadi dengan manuskrip yang dihantarnya...hilang tanpa berita...nak terbit terbitlah, tak nak terbit biarlah...kononnya banyak lagi penerbit lain yang setia menanti
-saya sendiri yang malas untuk mempercepatkan penerbitannya
-saya bertemu dengan pengarang yang mengata-gata saya...hisss lambatlah kalau hantar kat Penerbit ni...tak tau apa dia buat, malas agaknya....
-saya sendiri berasa bosan dengan kerenah birokrasi yang wujud di sekeliling kerjaya seharian saya
Mengapa manuskrip terus menjadi buku dengan cepat ditangan...hisss.... hisss...hisss... cepatnya terbit:
-saya dipertemukan dengan pengarang yang tersangatlah rajin yang teramat-amat sangat
-saya mendapat arahan/'titah' yang turun dari langit minta dipercepatkan penerbitannya
-saya sendiri suka dengan manuskrip yang diterima dan hendak mempercepatkan penerbitannya
-saya sendiri 'suka dan jatuh cinta' dengan pengarang yang menghantar manuskrip ke tangan saya dengan ikhlas
...cuma saya lebih bersikap terbuka, boleh dihubungi bila-bila masa...untuk bertanya apa dah jadi dengan manuskrip yang dihantar...jua...hanya akan menjawab persoalan jika tidak menjadi terlalu rahsia...
....untuk orang lain... mungkin lain caranya...mungkin lebih baik daripada saya...maka carilah mereka....kerana mereka adalah yang terbaik daripada saya insan yang malang ini...
...oleh itu, fikir-fikirkanlah, saya juga manusia biasa...ada hati dan perasaan....
...ada perasaan sedih kalau karya/tulisan saya dibakulsampahkan oleh editor di penerbitan lain...karya hilang tanpa sebarang berita...tak bolehkah hantar surat jawapan atau sms mengatakan tidak layak untuk diterbitkan...ahhhhh mungkin terlalu susah....atau tiada masa dan untuk menjawabnya.....aduhhhhhh tolongggggg.........
...Mula Memahami Muzik Moden
Imej Ads By GoogleSaya ingin menulis sedikit pasal bermain piano. Apabila kita mula belajar muzik moden (piano), jari-jari mesti sensitif pada white and black key pada mata piano...nak kenal mata ni pun memakan masa berbulan-bulan...usah tipulah kalau sekejapan sahaja sudah pandai...Sekarang saya tak suka orang cakap istilah 'taugeh-taugeh, cacing, cacing'. Bercakap dengan saya kena gunakan istilah yang betul...gunakan istilah nota-nota muzik yang betul...Kalau tak faham sila bertanya...
Apa yang penting, kita mesti kenal huruf-hurufnya iaitu G A B C D E F / Do Re Me Fa So La Ti Do dengan baik...kalau tak tahu sila belajar dan baca. Banyak nota yang boleh dibaca dan dijadikan panduan...dan kemudian kenali pula clef, base dan tahu kedudukan nota C di mana...telinga kena jadi telinga lintah...tangkap mana yang dapat. Kemahiran dan kedudukan huruf C mesti sentiasa diperhatikan. Ini yang penting. Selepas itu kita harus bijaksana menadah telinga bagi menangkap bunyi hasil daripada petikan jejari di mata piano. Transkripsi bunyi semahunya sambil layan perasaan kita sehabisnya…barulah kita tahu bertapa pentingnya mendengar keharmonian dalam muzik...saya bukannya pandai...tetapi cuba untuk aplikasikan serba sedikit ilmu pengetahuan dan apa yang telah diketahui....
Rabu, 24 Februari 2010
Aduhai Februari
Imej Ads By GoogleBulan Februari dikatakan bulan CINTA...bulan menganyam cinta...bulan meraikan cinta...
Ikhlas saya katakan....saya juga suka kepada bulan ini....mak abah saya memilih bulan ini untuk menyatukan cinta kami...Nah! Ulang tahun meraikan cinta kami...satu jiwa, satu suara, satu perjuangan, satu harapan...dan meraikan 25 tahun (Jubli Perak) perkahwinan kami pada 8 Februari 2010....satu kejutan....biar anak-anak tidak bersama namun ucapan bertalu-talu daripada mereka sungguh mengujakan...terima kasih anak-anak kami. Biar jauh beribu batu namun tetap ingat kepada ulang tahun mak dan abah...
Hari ini 25 Februari 2010...juga genap pemergian abah tersayang...ke rahmatullah...semoga roh abah tenang bahagia di sana....al-Fatihah...AMIN...
Hari ini juga 25 Februari 2010...saya sungguh bertuah dapat hadir Sepetang Bersama Sasterawan Negara di UM dan mendengar seminar penerbitan dan dihujung sesi dapat pula minum teh bersama Sasterawan Negara Ke-10 Dato' Anuwar Ridhwan, Prof. Madya Dr. Hamidi, Khalid, dan Salleh di Universiti Malaya...terima kasih Khalid, JD, dan Dr. Hamidi....suatu ceramah yang sangat bermakna untuk kerjaya seharian saya.
Bulan ini juga bulan Maulud Nabi Muhammad saw... 12 Rabiul Awal...
Untuk bulan ini saja...saya ditanya tentang ejaan...
Macam mana nak eja Februari....macam inikah atau macam ini....
ADUHHHHHH
Ejaan sebenar untuk Februari adalah Februari bukan Febuari....bukan FEB...tu macam sabun FEB...bergaduh-gaduh dalam telefon pun tak guna...sila semak Kamus DEWAN......susah sangat ke nak tengok kamus duhai tuan-tuan dan puan-puan....
Sudah banyak kali saya membetulkan ejaan ini....termasuk yang terkini pada suatu majlis yang besar...dihadiri oleh orang besar...dan saya kebetulan berada di situ kerana ada urusan lain....dengan tak malunya saya minta pegawai yang bertanggungjawab membetulkan ejaan tersebut....nampaknya pada keesokan harinya bunting besar yang salah eja itu sudah dibetulkan...terima kasih saya ucapkan kerana sudi menerima teguran saya...walaupun ketika kami bercakap itu seperti macam tak serius bunyinya....
Ahad, 21 Februari 2010
Rupa dan Gaya: Busana Melayu


Rupa dan Gaya: Busana Melayu (Edisi Kedua). 2009. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-901-5 (kulit keras). 376 halaman. Azah Aziz.
Kreativiti dan keunikan cita rasa busana dan tekstil Melayu garapan Azah Aziz terungkai indah dalam Rupa dan Gaya: Busana Melayu. Budayawan negara ini begitu mencintai warisan Melayu. Lalu beliau mengambil daya usaha menghimpun dan mengumpulkan ciri-ciri, unsure-unsur, sifat-sifat, adat resam dan artifak yang dirasakannya dapat memancarkan nilai-nilai keindahan yang menjadi warisan orang Melayu sejak zaman silam. Istimewanya karya ini digarap dan disulam bersama keindahan syair, pantun, gurindam, ungkapan dan pelbagai bahan bacaan kegemarannya. Minatnya dalam memancarkan warna-warni pengalaman dan jiwa peribadi pengarang. Karya ini bolehlah dianggap magnum opus beliau. Harapan pengarang semoga himpunan busana Melayu yang tidak ternilai ini dapat terus dipelihara.
SHARIFAH AZAH BINTI SYED MOHD ALSAGOFF atau lebih dikenali sebagai Puan Azah Aziz dilahirkan pada 21 Ogos 1928. Azah Aziz adalah tokoh budayawan Malaysia yang telah Berjaya mempopularkan pakaian tradisional Melayu melalui ceramah, seminar dan pertunjukan pakaian kepada masyarakat setempat dan antarabangsa. Beliau juga banyak menghasilkan rencana berkaitan budaya dan seni yang diterbitkan dalam majalah tempatan seperti Wanita dan Jelita. Azah Aziz adalah seorang wartawan yang dikenali pada tahun 1950-an semasa beliau bertugas dengan Berita Harian (16 tahun) dan kemudian Utusan Melayu (4 tahun). Selepas berhenti dari Utusan Melayu pada 1978 beliau bergerak sebagai penulis bebas. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih 10 buah buku dan yang terkini ialah Sayang: Pantun dan Seloka Kanak-kanak (2008).
Biografi Aminuddin Baki: Arkitek Pendidikan Negara

Biografi Aminuddin Baki: Arkitek Pendidikan Negara (Cetakan Kedua). 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-849-0 (kulit lembut). 246 halaman. Rozeman Abu Hassan.
Aminuddin bin Baki adalah seorang insan yang cukup istimewa dalam kalangan warga pendidik di Malaysia. Beliau meninggal dunia lebih 40 tahun lamanya tetapi jiwa pendidik yang dimiliki oleh Aminuddin Baki dikatakan telah mengalir secara berterusan kepada guru-guru di negara ini. Ketokohan dan kegigihan Aminuddin Baki dalam memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dari segi pelajaran dan meningkatkan martabat bangsa Melayu sendiri amat dikagumi. Aminuddin adalah tokoh yang terkenal dengan perjuangannya dalam pertubuhan GPMS. Perjuangan beliau dianggap sebagai ‘vanguard’ iaitu pelapor dalam membangkitkan semangat perjuangan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran. Niat murni Aminuddin Baki telah melahirkan satu semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu untuk berjaya dan meningkatkan status bangsa Melayu. Bagi golongan pendidik, Aminuddin Baki dianggap sebagai Bapa Pemodenan Pelajaran kerana cetusan idea-idea beliau yang telah menyumbang sehingga merintis kepada lahirnya ‘Dasar Pelajaran Kebangsaan’ di Malaysia. Sebagai seorang pendidik dan pentadbir, Aminuddin telah banyak berjasa kepada bangsa dan Negara terutamanya kepada bangsa Melayu. Tidak salah jikalau beliau diiktiraf sebagai ‘Arkitek Pendidikan Negara’ bagi mengenang segala sumbangan yang pernah dilakukan.
ROZEMAN ABU HASSAN, Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia. Belaiu berpengalaman berkhidmat sebagai seorang Guru Siswazah di Negeri Sembilan, Pegawai Peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia, Pensyarah Sejarah dan Felo Penyelidik di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
Buku ini juga merupakan buku cetakan kedua...cepat betul buku ini habis di pasaran. Mungkin juga orang ingin tahu kisah Aminuddin Baki...
Pembangunan Modal Insan: Isu dan Cabaran

Pembangunan Modal Insan: Isu dan Cabaran (Cetakan Kedua). 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-840-7 (kulit lembut). 218 halaman. Yahaya Ibrahim.
Teori dan bukti empirik lampau tentang sumbangan pelaburan pendidikan dan latihan pembangunan modal insan kepada peningkatan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi dilihat selari dangan hasrat mencapai status negara maju menjelang 2020. Modal insan adalah suatu elemen penting yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Pelaburan dalam pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan di Malaysia adalah sangat penting dalam menyediakan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran. Kejayaan masa hadapan negara sangat bergantung kepada kualiti modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga keperibadian. Justeru, modal insan menjadi peneraju utama membentuk sebuah negara yang maju serta seimbang pembangunan ekonomi dan sosialnya, memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Langkah yang lebih agresif dan berkesan dalam pelaburan di sektor pendidikan modal insan dan pelaburan bagi modal fizikal dijangka dapat meningkatkan daya serap teknologi agar terus mengukuhkan daya saing negara dalam pasaran antarabangsa. Buku ini secara khusus memaparkan pelbagai isu dan cabaran dalam pembangunan modal insan yang perlu ditangani dalam proses perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negara. Liputan isu dan cabaran yang dipilih melibatkan sektor awam, swasta, masyarakat dan individu pada peringkat local dan global. Buku ini juga membincangkan tentang peranan modal insan yang berkualiti dalam memberikan sumbangan yang diperlukan oleh sesebuah negara yang sedang membangun bagi mempertingkatkan produktiviti ke arah kemajuan dalam pelbagai bidang.
YAHAYA IBRAHIM (Ph.D) kini Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Terengganu. Beliau adalah Profesor dalam bidang pelancongan, pembangunan komuniti dan keusahawanan. ABD. HAIR AWANG (Ph.D) adalah Pensyarah kanan di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Fokus penyelidikan beliau adalah perancangan dan pembangunan insan serta kominiti desa.
Buku ini adalah cetakan kedua. Cepat betul buku ini habis di pasaran....
MEMOIR ARENAWATI: ENDA GULINGKU

Memoir Arena Wati: Enda Gulingku (cetakan kedua). 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-216-0 (kulit keras). 1000 halaman. Arena Wati. RM200.00
Memoir Arena Wati: Enda Gulingku menemukan peristiwa sejarah dengan isu politik dan sosiobudaya masyarakat Melayu Nusantara dari 1925 hingga 1986. Berlatarkan daerah Nusantara, Amerika, Eropah dan Jepun memoir ini dimulai dari tempat Arena Wati bermain sewaktu kecil, di Makasar. Keluarganya dicurigai Belanda dan ini menghalangnya untuk terus bersekolah. Darah pelaut datuknya yang bergelora dalam tubuhnya telah menghantar semula beliau ke laut. Berkemudilah beliau ke seluruh Nusantara. Beliau mendalangi perjuangan kemerdekaan dan gerila di Singapura, Jakarta, Saigon, Rangoon dan Brunei. Begitu beliau berlabuh di Singapura pada awal tahun 50-an, bermulalah kemudi hidupnya di darat, sebagai penulis, wartawan dan sasterawan sehinggalah digelar Sasterawan Negara Malaysia.
Ini adalah buah tangan terakhir aruah Pak Arena yang hanya disiapkan setelah beliau kembali ke rahmatullah...Biarpun cuma cetakan kedua, namun aruah tetap ada menitipkan pesannya buat saya sewaktu saat-saat akhirnya berperang dengan sakit yang ditanggung...akhirnya sempena dengan setahun kepergiannya, satu majlis tahlil diadakan dan tika itu juga saya ke rumahnya di Ulu Langat bagi menyerahkan 10 naskhah pengarang...saat itu, ibu Halimah sudah boleh tersenyum lebar, gembira dan tiada lagi titis air mata...sangat teruja menerima kehadiran buku tebal yang berharga RM200 senaskhah itu....tahniah untuk aruah sekeluarga atas kehadiran buku ini....
Kepelbagaian Dimensi Linguistik

Kepelbagaian Dimensi Linguistik. 2009. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-921-3 (kulit lembut). 294 halaman. Nor Hashimah Jalaluddin, Mohamad Fadzeli Jaafar & Harishon Radzi. (suntingan).
Buku Kepelbagaian Dimensi Linguistik ini adalah kumpulan hasil penyelidikan peneliti bahasa dari pelbagai institut pengajian tinggi di Malaysia. Ilmu linguistik di Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan lnguistik semasa di dunia. Bersesuaian dengan tajuknya, buku ini menawarkan kepelbagaian cabang kajian dalam linguistik, termasuklah linguistik teoritis dan linguistik aplikasi. Cabang linguistik teoritis dalam buku ini mencukupi aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik, manakala cabang linguistik aplikasi meliputi aspek sosiolinguistik, pragmatik, analisis wacana kritis, stilistik, antropologi linguistik dan analisis kesalahan bahasa. Kesemua cabang linguistik ini dibincang dan dibahas berdasarkan kerangka bahasa yang tertentu dan diaplikasikan terhadap bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Isu bahasa dalam buku ini telah dibahas secara ilmiah melalui paparan data bahasa. Gelombang kemajuan linguistik menjadi lebih realistik dengan kehadiran pelbagai dana penyelidikan yang menyokong pengkajian bahasa. Melalui data bahasa ini, maka penemuan oleh peneliti bahasa dapat menggambarkan hakikat penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Beberapa penemuan dalam buku ini turut mengemukakan persoalan, pandangan dan pengertian yang baru tentang sesuatu isu bahasa di Malaysia. Menariknya analisis data bahasa dalam buku ini dibuat berdasarkan teori bahasa yang terkini, misalnya pendekatan frasalogi, analisis tatabahasa peranan dan rujukan, analisis semantik kognitif, pendekatan wacana Fairclough dan kerangka nahu fungsian. Kepelbagaian dimensi menganalisis bahasa yang ditawarkan dalam buku ini dapat membantu para pembaca memahami bagaimana sesuatu teori beroperasi. Buku ini turut memberikan tinjauan yang jelas tentang perkembangan teoritis dalam kajian bahasa. Sekaligus, hal ini dapat membantu pembaca mengikut aliran atau mazhab dalam disiplin linguistik dan implikasinya terhadap perkembangan ilmu linguistik di Malaysia khusunya. Kepelbagaian perspektif penyelidikan linguistik memberi kesan positif kepada penghasilan analisis linguistik. Kehadiran buku ini diharap dapat member manfaat bukan sahaja kepada pengkaji bahasa, peneliti bahasa dan pelajar bahasa di institusi pengajian tinggi dan di sekolah, malah peminat dan pengguna bahasa juga dapat mengikuti perkembangan isu bahasa di Malaysia. Penerbitan buku ini juga diharap akan mempergiat para penyelididk dalam kajian bahasa bagi menambahkan lagi khazanah ilmu linguistik.
NOR HASHIMAH JALALUDDIN, Ph. D., ialah profesor dalam bidang semantik dan pragmatik. MOHAMMAD FADZELI JAAFAR, Ph. D., ialah pensyarah kanan yang mengkhusus dalam bidang stilistik dan pragmatik. HARISHON RADZI ialah penyarah kanan yang mengkhusus dalam bidang morfologi dan linguistik komunikasi. Mereka adalah tenaga pengajar di Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.
Kepada semua peminat linguistik...SELAMAT MEMBACA....SEMOGA KEHADIRAN BUKU INI AKAN MEMBERI MANFAAT.
Apabila Tali Biolaku Longgar....

Foto Ads By GoogleBiar telingaku belum pandai menangkap perbezaan bunyi di antara satu tali ke satu tali, tetapi aku telah dapat merasakan ada tali biolaku yang longgar dan tidak sedap bunyinya apabila digesek...
Mungkin kerana setiap malam aku asyik bermain biola tanpa henti...rasa amat seronok dan terhibur...kesannya aku sudah mula malas membaca...hahahahaha....
Khamis, 18 Februari 2010
1Malaysia 1Limau
Foto Ads By GoogleHujung minggu lepas aku ke Hospital Selayang kerana melawat birasku yang sedang dirawat. Sewaktu menunggu giliran masuk ke wad ICU aku telah disapa oleh seorang perempuan Tionghua...hai Selamat Hari Raya...Eh! Jawapku...bukan sayalah...awaklah hari raya....dia pun tertawa...kami berbual-bual dan terakhirnya dia telah memberikan aku sebiji limau yang diambil daripada bungkusan hadiah yang hendak dibawa masuk ke dalam wad...dalam erti kata lain....hadiah tersebut untuk si pesakit yang bakal dilawatinya sebentar lagi.
Beriya-iya benar beliau mahu memberikan aku sebiji limau tersebut...lalu aku pun ambillah kerana telah diberi...IMalaysia ILimau...katanya bapanya sedang koma di dalam sana...berperang dengan keadaan yang tidak menentu....mohon aku doakan supaya bapanya sembuh...
Mulia sungguh hati beliau. Semoga bapanya cepat sembuh.
Selasa, 16 Februari 2010
Selamat Tahun Baru Cina
Hari Jadi Bos

Foto By Raai Osman and by creativity @renemBaru-baru ini timbul idea untuk meraikan hari jadi bos di pejabat...pagi-pagi lagi PA bos sudah round dari tingkat atas ke bawah...menjemput sambil mengutip sedikit sumbangan untuk membeli kek hari jadi. Akhirnya dapatlah jumlah yang aku agak-agak boleh beli 3-4 biji kek hari jadi. Bajetnya tu biarlah semua anak buah bos yang dalam anggaran 40 orang tu yang sudi menyumbang tu dapat merasa sepotong kek seorang.
Sepanjang pagi tu, kami bertiga (CT, PA bos dan aku) telah survey ke hulu ke hilir satu Bandar Baru Bangi untuk mencari kek yang sesuai dengan bajet yang diperoleh.
Akhirnya dapatlah beli 4 biji kek - satu kek untuk CT kerana hari jadinya jatuh pada bulan Januari. Dah petang-petang sikit baru CT potong kek dia...Aku suruh dia pilih-pilih kek dia tak mau...malu sangat-sangat. Untuk makna bagi ketiga-tiga kek itu, aku telah memberi kapsyennya yang ala-ala penuh makna gitu...sama ada orang suka atau tidak terpulanglah....kek pertama adalah untuk hari terakhir bos bekerja pada hari semalamnya (10/2), kek kedua untuk ucapan selamat datang bagi pekerjaan barunya (ala-ala welcome home) dan kek ketiga untuk ucapan Selamat Hari Lahir. Semasa upacara memotong kek dan meniup lilin, aku duduk di belakang...memerhati apa yang berlaku di hadapan mata....dan akhirnya aku dapatlah makan sepotong kek birthday bos....
Apa-apa pun Selamat Hari Jadi Boss...semoga panjang umur dan murah rezeki...
Langgan:
Catatan (Atom)
