Isnin, 12 Disember 2011

Oh Ibu.... + guruku

Hujung minggu lalu aku sempat menemui bonda tersayang di kampung... Agak lama tidak menemuinya kerana kesibukan di ibu kota. Sebelum ini bonda berada di rumahku... Apa yang kulihat bonda seperti mahu mengikutku pulang ke ibu kota.... Biarpun bonda kini bersama kekandaku di kampung kerana gilirannya menjaga bondaku tetapi jiwanya seperti sudah menjadi orang kota........kasihan bonda, terpaksa aku lepaskan genggaman tangannya yang begitu kejap memegang lenganku...nanti kita bertemu lagi ya. Bonda boleh datang lagi ke rumah anakanda....bonda menunjukkan beg tangannya yang telah lusuh. Sebenarnya tujuanku ke kamarnya hanyalah untuk memberikan beg tangan yang dimintanya sebelum ini. Aku telah menggantikan beg tersebut dengan yang baru, tetapi bonda tetap mahukan jua beg yang lama itu biarpun tangkainya telah patah....agaknya mesti ada kenangan silam untuk beg yang telah putus itu.

***********

Malam tadi aku berkesempatan menonton Astro 106...ada cikgu Anis menjadi calon tokoh ibu Mithali 2007 di situ....Anak-anak cikgu Anis semuanya pandai-pandai... Ada 6 orang yang telah menjadi doktor dan salah seorangnya bergelar Datuk. Wah. Aku sebenarnya ingat-ingat lupa akan cikgu Anis ini. Tetapi yang pasti cikgu memang pernah mengajar aku.....sekitar tahun 60-an dulu...zaman sekolah rendah.

Ahad, 30 Oktober 2011

Syarahan Kenangan...Nik Anuar Sejarawan dalam Kenangan...

Pagi Jumaat 28 Oktober 2011 yang mulia ini saya berkesempatan menikmati sebuah hidangan minda yang cukup hebat yang dipersembahkan untuk ahli akademik dan khalayak yang berminat dengan sejarah....sebuah pengkisahan tentang Sejarawan dalam Kenangan...sebuah naskhah rentetan sejarah - perjalanan nan panjang insan bernama Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Anuar yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

Syarahan Kenangan Nik Anuar Nik Mahmod ini diadakan bermula jam 9.45 pagi bertempat di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM...genap setahun pemergian beliau ke alam baqa. ATMA mengambil langkah yang cukup bagus dalam mengenang sejarawan seperti beliau. Harap-harap PTJ yang lain juga sensitif dengan majlis-majlis seperti ini...kerana masing-masing mempunyai Profesor Emeritus atau Profesor tersohor yang perlu diketengahkan minda mereka setelah mereka pergi.........Yah!...Menariknya bagi saya majlis ini turut dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Sejarah Malaysia dan mendapat kata-kata suntikan semangat melalui kata alu-aluan oleh Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Sila klik untuk poster.

Cukup wajar majlis ini diadakan sementelahan pula Allahyarham baru sahaja dianugerahkan Profesor Emeritus oleh UKM lewat konvokesyennya pada September 2011 lalu. Tulisan Dato' Nik Anuar mengenai persempadanan negara, Pattani dan sejarah Asia Tenggara cukup banyak meninggalkan kesan luka sejarah yang masih berdarah hingga kini....buah tangan terakhirnya Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot adalah antara catatannya yang dihantar sendiri ke meja saya. Sayang sekali beliau tidak dapat menatap hasil karya tersebut kerana telah dijemput Ilahi ke alam yang kekal di sana. Begitu juga dengan naskhah setebal 68 halaman...Mencari Perdamaian di Asia Tenggara: Merungkai Konflik di Selatan Thailand juga tidak dapat ditatapnya....hanya hadirin yang turut serta dalam majlis syarahan ini sahaja yang mendapat naskhah terakhir yang menjadi minat tegar beliau untuk dijadikan kenang-kenangan....sempena setahun pemergian pensyarah sejarah saya ini...al-Fatihah untuknya. Terasa masih baru sahaja menziarahi jenazahnya...tetapi begitulah hakikatnya. Semoga roh beliau aman, tenang dan berada dalam kalangan orang-orang yang soleh di sana. Amin.

Khamis, 20 Oktober 2011

Syarahan Perdana Profesor

Imej By Google


Pagi ini (21.11.2011) berlangsungnya Syarahan Perdana Profesor di Bilik Senat UKM yang disampaikan oleh Profesor Dr. Abdul Ghafar Ismail. Tajuk syarahannya adalah Reka Bentuk Sistem Kewangan islam: Insfrastruktur Pendokong dan Kesan Zakat. Kalau nak tau Profesor Ghafar ni orang Parit Yaani, Yong Peng, Johor....sekampung pulak dengan adik iparku si Lia......


Huh! Terlalu ramai orang hingga aku pun tak boleh nak masuk dengar....lastly aku lepak-lepak kat luar dan balik meneruskan kerja seperti biasa....Selalunya tak ramai, tapi kali ni terlebih-lebih pulak orang nak dengar......hebat hebat hebat... Kalau nak tau, gambar pokok pisang yang akarnya ditaburkan dengan sekian banyak duit syiling...ikon tersebut telah dijadikan sebagai muka depan kulit syarahannya....kononnya itu mewakili duit zaman Jepun...ialah Institusi Kewangan Islam...Persekitaran Perakaunan, Pengawalseliaan dan Persekitaran Perundangan....

Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung

Foto Credit to Raai Othman

Baru-baru ini (20.11.2011) telah berlangsung di Double Tree Hilton syarahan Kepimpinan Profesor Ulung oleh Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin. Beliau telah dinobatkan sebagai Profesor Ulung oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 15 Disember 2010.


Tajuk syarahannya adalah Kesepaduan dalam Kepelbagaian Perpaduan di Malaysia sebagai work-in-progress.


Tahniah Prof.

Rabu, 19 Oktober 2011

Pesta Buku Big Bad Wolf 2011 dan berpesta hari lahir...

Imej by Google




Baru-baru ini saya berpeluang mengunjungi Pesta Buku Big Bad Wolf 2011 di Serdang.


Rasa macam tak percaya........Aduhai, banyak buku-buku yang saya beli - kesemuanya buku kulit keras yang harganya macam duiran runtuh....terlalu murah jika hendak dibandingkan dengan harga pasaran...saya berhabis-habisan berbelanja hingga tidak ingat dunia...........!!!!!!!


Jadi tidak hairanlah selama dua hari berturut-turut saya memanjat bukit di dewan kepunyaan Mardi itu bagi mendapatkan hasil pencarian yang terbaik....


Inilah dia pencaraian buku-buku terbaik yang saya hadiahkan kepada orang tersayang yang menyambut hari lahir pada 16 Oktober 2011.............SELAMAT HARI JADI DARLING..................


Tahun ini tiada kek menanti, tiada jambangan bunga, tiada percutian romantis, tiada makan-makan malam, (bosanle bagi hadiah yang sama tiap-tiap tahun)...tetapi saya hidangkan mindanya dengan berjenis-jenis buku untuk menampakkan kematangan diri saya dalam menyambut hari lahir...yes!!!!


Tidak lupa juga saya seperti biasa turut memainkan lagu Selamat Hari Lahir di piano kesayangan saya...biar saya kehilangan note (tak tahu letak di mana neh dek kerana terlalu buzy ke sana sini)...tetapi saya masih sempat menyalinnya melalui pencarian google di internet....dan akhirnya lahirlah lagu birthday yang saya salin dan mainkan sendiri...untuk mengingati notenya (sambil bermain tanpa melihat note) rasanya masih belum mencapai tahap tersebut....

Lambaian Kaabah...

Imej By google

Bulan ini menunjukkan ramai yang mula berangkat ke Tanah Suci Mekah. Mereka menuju ke sana kerana sudah pun mendapat panggilan dan menyahut seruan untuk mengerjakan ibadah haji. Tahun ini adik perempuanku NJ dan suaminya yang juga adik iparku Prof. Dr. NAR akan berangkat ke Mekah.




Untuk semua teman-teman di UKM, jiran-jiran dan kenalanku yang sudah berada di Mekah dan bakal berangkat ke Mekah saya doakan semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan tenang. Semoga mereka mendapat haji dan mabrur. Selamat berangkat dan selamat pulang ke tanah air. Amin.

Catatan untuk Suatu Kematian

Imej By Google

Hari ini sudah genap seminggu pemergian Biduan Dato' Ahmad Jais meninggal dunia....lambaian terakhirnya sewaktu di Konsert D'Llyod di Istana Budaya yang saya tonton benar-benar membuktikan pemergiannya ke alam yang kekal di sana. al-Fatihah.

Dalam minggu yang sama juga pulangnya ke rahmatullah...ibu mertua kepada adikku MAJ ... seorang Mak Datin yang cukup ceria sepanjang yang kukenalinya.... Pada tahun lepas adalah tahun terakhir Mak Datin yang juga besan bondaku bersama-sama berfoto sempena hari raya.... kala itu Mak Datin sudah pun berkerusi roda.

Minggu tersebut juga perginya, (iaitu sehari sebelum pemergian Mak Datin) besan ibuku yang juga mesra ku panggil sebagai Pak Jusoh pergi buat selama-lamanya ke alam abadi... Beliau juga adalah salah seorang responden yang sudi untuk ku temubual sewaktu projek tesis tahun akhirku di FSKK hampir 11 tahun lalu. Beliau tidak lokek untuk menuang ilmu kepadaku...sehingga selesai penulisan tesisku berkenaan dengan perubatan tradisional...

Untuk semua insan yang telah pergi...al-Fatihah buat mereka dan semoga keluarga terdekat yang menyayanginya sabar dan doakan semoga roh mereka tenang jua aman di sana. Amin.

Ahad, 25 September 2011

...Usia bukan penghalang untuk menuju...tangga kejayaan

Imej By Google


Hari ini saya terbaca akhbar Utusan Malaysia yang berjudul...Usia bukan penghalang gapai impian...saya tumpang suka ni....


Patutlah sebelum ini saya sering ternampak beliau di PUSANIKA, makan-makan di situ bersama-sama student lain. Sempat lagi saya jeling-jeling...Datuk ni siap bayarkan budak-budak tu punya nasi lagi...agaknya kalau saya hulurkan pinggan di kaunter pun dia bayar juga! Saya ingatkan mesti bekas YB ni datang tenguk-tenguk anak dia belajar ke, atau ada beri ceramah ke...rupa-rupanya dia belajar.

Apa-apa pun tahniah atas kejayaanya....Cuma saya lebih awal dan muda sedikit dapat ijazah sarjana daripada dia....itu aja yang membezakannya. hehehe....Tahniah kepada Datuk Ruhanie Ahmad (64) kerana berjaya menerima ijazah Sarjana Analisis Strategi dan Keselamatan pada konvokesyen UKM...

Tahniah.......

Imej By Google



...dan hari bersejarah itu pun datang jua....

Pada tahun ini, dua orang anak saudaraku mengenggam ijazahnya..Nan dalam bidang pengkhususannya bahasa Inggeris dan Liyana dalam bidang kejuruteraan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah ke atas kejayaan kedua-dua ibu bapa mereka iaitu adik dan kakakku (dua orang saudara perempuanku...)...aku menanti bila pula giliran anak-anak kepada saudara lelakiku pula...............sabar dan sabar kerana anak-anak mereka masih lagi kecil...

Kebetulan pula saya tidak dapat merayakan kedua-dua hari bersejarah mereka ini kerana berada di Hong Kong dan hanya dapat saya titipkan kalungan bunga tahniah.

Manakala di luar sana, riuh rendah pula dengan para ibu bapa yang sedang menanti anak-anak mereka di DECTAR, UKM....tahniah untuk mereka juga. Inilah harinya bagi anda semua menuai kejayaan...

Sekali lagi sekalung tahniah dari saya untuk harga sebuah kejayaan ini.

Isnin, 19 September 2011

Hari Jadiku

Imej By
Google


Tanggal 11 September aku dilahirkan.... ini bermakna usiaku sudah hampir ke usia persaraan.


Tahun ini kebetulan aku berada di Bengaluru, Bangalore, India mulai 7 - 12 September 2011.


Aku menginap di Hotel Chancery Pavilion - sebuah hotel 5 bintang di Bengaluru.



Tiba-tiba daun pintu hotelku diketuk beberapa kali....kakitangan hotel....memanggilku...Hello Mum...Hello Mum.....Happy Birthday to you Mum....sebuah kek hari jadi dihadiahkan kepadaku oleh pihak pengurusan hotel....kemudian diikuti pula dengan sebakul buah-buahan segar, sebakul biskut dan cokelat oleh pihak hotel....wahhhhhhhhhhhhh....terharu...terharu....sudah setua ini aku tidak pernah diraikan dengan cara suprise begini....berseorangan pula di kamar hotelku kerana suamiku sibuk dengan programnya......


Setelah itu, pada sebelah siangnya aku berkesempatan melawat Pesta Buku Antarabangsa Bangalore....sebagai menghadiahkan diri dengan kerjaya seharianku dalam dunia buku.....


Kemudiannya, aku sibuk membeli kain-kain sari yang dikirimkan oleh rakan-rakanku....terima kasih Muttu yang begitu peramah dan sudi membawa aku ke sana sini..... Sewaktu aku berada di kedai Sari Naina - aku terpandang kata-kata hikmat yang ditampalkan di dinding bersebelahan jurujual.....lebih kurang untuk mengingati hari jadi orang tersayang....

Lalu dengan tak ada rasa segan dan malu-malu aku mengatakan bahawa hari ini adalah hari jadiku....aku tidak ada niat apa-apa, cuma ikhlas mengatakan bahawa hari itu adalah hari jadiku....


Tiba-tiba suasana terus menjadi berubah...aku menjadi malu yang teramat-amat kerana hampir semua kakitangan kedai sari Naina datang berjabat tangan denganku mengucapkan Selamat Hari Jadi....serentak dengan itu juga mereka menyanyi dan lagu hari jadi dimainkan di corong radio...satu shopping complex kedengaran lagu birthday....aku diterjah dengan pelbagai soalan dan sudah semestinya aku menjawab dengan tenang...semua gugupku terus hilang setelah dihidangkan dengan secangkir kopi panas.........

Pesta Buku Bangalore

Imej By Google



Akhirnya untuk kali kedua aku berjaya menjejakkan kaki ke pesta buku di India. Tahun lepas aku ke Pesta Buku di Indore. Pada tahun ini pula iaitu pada 11 September 2011, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pesta Buku Bangalore ataupun dikenali sebagai nama An International Book Festival - World of Books 2011. Tempatnya di Tripuravasini, Palace Ground. Jam masuk antara 11.00 pagi hingga 8.30 malam waktu Bangalore. Pesta buku tersebut diadakan antara 2 - 11 September 2011. Tidak banyak berubah antara pesta-pesta buku di negara kita. Malahan di sana lebih murah buku-bukunya jika dibandingkan dengan pesta buku di negara kita. Banyak potongan diadakan. Kalau tuan-tuan ada masa silalah ke pesta-pesta buku di India untuk di bandar-bandar yang lain pula.

ABRSM

Imej By google


Untuk pertama kali dalam sejarah hidupku, aku mengambil peperiksaan piano ABRSM.... itu pun setelah sekian lama belajar mengenali, menekuni dan menelusuri asam garam dalam bidang muzik... akhirnya aku lulus. Aku mengambil peperiksaan tersebut di bawah pengelolaan Yamaha Music School Kajang dan peperiksaan diadakan di Crystal Oriental Hotel Kajang.....saat paling mendebarkan apabila berdepan dengan pemeriksanya yang didatangkan khas daripada London.....wah Mat Salleh tu....


Kelulusan ini membakar semangatku untuk terus lebih gigih lagi........


Amin.

Selasa, 23 Ogos 2011

...alahai duit raya...

Pagi ini aku beratur untuk menukar duit raya di CIMB Cawangan UKM...aku jarang melakukan perkara-perkara sebegini sebelum ini.... tak tahu kenapa tiba-tiba mood aku bertukar tahun ini kerana sekitar jam 9.00 pagi, usai membuat kerja-kerja rasmi aku pun teringin merasai suasana hari raya menukar duit raya.....hahaha..........selalunya aku belasah jer kasi duit raya buruk-buruk (?????) yang biasanya aku kumpul lebihan daripada baki membeli belah di kedai.........tapi tetap duit juga kan!

Maka, apa yang dapat diperhatikan selepas itu:

1. Wah! Tiba-tiba aku dapat depan ni, tak le jauh sangat beraturnya (tapi sebelum tu...macam pasal gesel jugalah nak dapat masuk dalam bank)...apalah diaorang ni main tolak-tolak....alih-alih aku dapat barisan yang agak-agak dalam kiraan 10 orang gitu....

2. Di luar sana, ramainya umat beratur.....mesti ada yang beratur ni pusing balik....kerana kepenatan....hehehe......dan ada yang dah sampai pun pusing balik bila tenguk terlalu ramainya manusia.......sampai kat UNIKEB tu....semuanya penuh sopan menunggu....tapi kaunter buka 1 jer....minah yang kerja kat kaunter tu pun mesti penat, masam dan malas nak bercakap...cakap pun yang penting-penting jer....sibuklah mengira duit.....takut silap kang dia kena ganti!!!! ....tolong senyum sikit....terlalu masamlah muka cik kak....nasib baik cik kak tak ada cakap kasar-kasar.....buat aja kerja..... Ramai gak yang aku kenal muka-muka pengarang dan rakan-rakan aku yang selalu berurusan denganku....tapi pedulilah....diaorang pun macam aku gak, nak menukar duit raya....berpesta-pestaan sekali setahun gitu.....

3. Sebelum itu, anggapanku sekitar jam 9.00 pagi mesti orang dah ramai beratur ni, kerana aku pun dah datang jam 9.30 pagi orang belum masuk (pintu belum dibuka)...aii...nape belum buka ni...oooo....rupa-rupanya....nak siap-siapkan duit kat dalam le tu...

4. Selepas itu, aku pun beratur di luar pintu yang belum buka (pintu bukak je aku pun macam orang nak beli tiket bola masa Malaysia lawan Singapura................(kerana sebelum ini aku pun dah try beratur untuk dapatkan tiket bola di Bukit Jalil....................)

5. Nampaknya rezeki aku agak ke depan sikit.....mak aiii terkejut gak ni... Aku dapat borang yang orang agih-agihkan ke belakang. Aku ni beratur ikut peraturan tau (yang bestnya tu daripada 4 line tapi lastly jadi satu kat depan...macam mana tu.... orang bank sendiri kena tenguklah......) kitaorang yang ramai-ramai kat luar ni semua pelanggan tetap tau....duit gaji masuk tiap-tiap bulan dan sentiasa berurusan dengan pelbagai urusan bank...........

6. Ewah, tiba-tiba pak jaga pun mula tarik kaunter dan kerusi buat line dan kakitangan bank pun sibuk suruh orang beratur jadi 1 line....agaknya baru dia perasan yang orang belakang ni main tolak-tolak lagi......(ni semua pasal duit sendiri nak tukar duit baru jer...kita orang ni nak kasi orang time raya pulak tu......bukan kita ni nak minta duit orang bank atau kita ni beratur nak minta bubur lambuk Kampung Baru.............)

7. Kemudian, aku yang jadi berbulu biji mata ni...satu orang beratur tapi tukar banyak-banyak borang (ni mesti kes tukarkan duit orang lain)...memang aku nampak orang potong-potong barisan kasi kawan-kawan dia yang kat depan tolong tukarkan (ni mesti orang tak sekolah tinggi pasal diaorang tidak ada perasaan bila memotong-motong barisan.......dia orang tak tau, kita orang yang dah dalam barisan ni dah rupa macam harimau kelaparan.....tiba nak makan orang jer....

8. Aii, tiba-tiba ada pulak minah yang tak tau malu kat depan aku ni yang dengan selamba jer ke kaunter menukar duit...(aku rasa mesti kawan dia kerja kat bank ni)...aku taule sebab aku dengar....yang best tu.....mamat depan aku siap sound direk jer...kalau nak buat peraturan bank buatle betul-betul..............yang sedap tu, bila dah dapat duit siap cakap bye bye lagi.....hah.....tu belum masuk lagi bab-bab insan yang duduk-duduk kat luar alih-alih dah dapat duit raya...(macam mana tu...) dan dapat sampul raya banyak-banyak lagi.....yelah ramai kawan-kawan kerja bank, aku ni orang tak kenal, jadi kenalah ikut peraturan dan beratur.....kalau kita minta nanti dah abis cik, sampul kat kaunter, tak tukar duit tak dapat.....yelah siapalah kita nak merepek-repek minta sampul raya walaupun kita ada banyak akaun kat situ......

9. Tahukah anda bahawa yang beratur ni terdiri daripada pelbagai golongan umat yang terdiri daripada mak-mak datin, pak-pak datuk, pak profesor, pak & mak profesor madya...para pensyarah dan kuli-kuli yang macam aku ni............tu belum masuk lagi orang yang tak ada akaun tapi nak juga tukar duit. Lepas tu siap dapat call lagi, saya dalam barisan ni, cepatle datang kalau nak tukar, saya tak ada duit sekarang.....kalau nak hantar duit sekarang.....kejap lagi datanglah makcik-makcik ofis dia ni....tapi aku tak kisahlah sebab dia belakang aku.....agaknya dia ni office boy yang dia selalu suruh-suruh beli itu ini......

10. Akhirnya dapat juga aku tukar duit raya.........tapi tuan-tuan fikirkanlah...jarak aku memangle tak jauh tapi kenapa berjam-jam baru sampai pada giliran aku.........pihak bank kena fikirkan...................Tuan-tuan dan puan-puan renung-renungkan...jam 11.30 pagi baru aku boleh sampai ke pejabat dan selepas menulis di blog ni aku pun mula mengedit.........(nasib baik tadi aku ada bawa novel kecil jadi bolehlah aku membaca sementara berada di dalam barisan.....wahhh dah macam mat salleh kat oberse pulak....membaca tak tinggal tu...........yang penting banyak helai juga aku dapat......

Renung-renungkan....coretan merepek meraban aku ni....apa yang baik bacalah....apa yang buruk gelaklah.....


Jumaat, 5 Ogos 2011

Ramadhan datang lagi...

Imej buku by Google


Masuk hari ke-4 kita berpuasa. Moodnya tetap sama dan tidak berubah. Pulang daripada penat bekerja aku menuju ke pasar Ramadhan. Saja bagi mood bulan puasa. Pusing kanan, pusing kiri benda yang sama dijual oleh orang-orang yang berbeza... namun untuk menyedapkan hati beli juga satu dua jenis sebagai juadah berbuka puasa. Puteriku mesti pesan, jangan beli kuih lebih daripada RM5.00.............. kerana dia akan memasak di rumah.... manakala anak terunaku pula sempat menyatakan....perjalanan yang panjang mencari roti John yang masih tidak ditemui rasanya yang mencapai tahap selera sedapnya....amboiiiii....


Usai pusing keliling bazar Ramadhan... sampai saja di rumah puteriku memang sudah siap menyediakan juadah untuk berbuka....hari-hari menyediakan menu yang berlainan.... menerusi buku masakan 365 hari yang aku beli di Pesta Buku Kuala Lumpur.... Aku rasa tak rugi aku membeli buku ini... Teman-teman sepejabatku pun membeli buku ini setelah melihat buku ini aku bawa pulang daripada pesta buku.


Jadi kepada anda sekalian, jika sudah beli buku resepi, mengapa malas memasak...



Selamat berpuasa.












Khamis, 4 Ogos 2011

Kemenangan

Pada tanggal 30 Julai lalu, bertempat di Persada Johor, saya difahamkan buku ini memenangi anugerah Hadiah Sastera Johor Darul Takzim.

Tahniah kepada semua pemenang dan pengarang buku ini. Semoga terus berkarya.