Selasa, 27 April 2010

Majalah Mutiara MpH


Saya perlu memaparkan majalah ini di dalam blog saya kerana di dalam majalah ini ada cerita tentang dua buah buku yang saya kendalikan. Saya menerima majalah ini daripada seorang sahabat yang sedang belajar di Universiti Malaya. Kedua-dua buah buku itu ialah:
1. Rupa dan Gaya Busana Melayu - Puan Azah Aziz
2. Memoir Rashidah Ismail: Pendeta Zaaba dan Kisah Silam

Terima kasih kepada pihak MpH kerana sudi memaparkan cerita tentang buku tersebut. Hal ini di luar pengetahuan saya. Nasib baik saya dikirimkan majalah ini kalau tidak saya tidak tahu langsung. Apa-apa hal pun saya rasa ini suatu penghargaan di atas buku-buku yang saya kendalikan perkhidmatan penerbitannya...terutama buku Pn Azah yang menang anugerah berganda-ganda....

Sibuk Mengisi Borang

Imej Ads By Google
Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk mengisi borang...

Macam-macam borang yang saya kena isi...

Catatan ini perlu saya letakkan di sini supaya saya boleh ingat borang apa yang saya kena isi...

Buku-buku yang bakal dicari di pasaran...

Saya ambil foto kulit buku ini di blog Dr. Mawar. Jika saya berkesempatan ke kedai buku, saya akan mencari buku-buku ini jika masih ada di pasaran. Wah! Saya menjadi tamak dengan buku ni...untuk pengetahuan, minggu ini saja, saya menerima banyak buku-buku free dan saya tak tahu nak bagi pada siapa kerana ada buku-buku yang saya terima tajuknya sama dan belum sempat saya baca kerana terlalu sibuk. Ada buku-buku yang saya bercadang untuk letak di surau tempat saya tinggal dan ada juga yang saya bercadang untuk sedekahkan di perpustakaan di kampung saya. Bila orang bagi buku saya terima dan tidak hairanlah kelaknya saya tak bernafas dihempap dek buku...itu tidak termasuk lagi buku-buku yang saya beli di Pesta Buku Kuala Lumpur baru-baru ini...bila nak baca buku-buku ni....

Hari Harta Intelek Negara

Foto cover By Ujana Ilmu
Sebagai pencinta dan saban hari mencari sesuap nasi dengan hidup dalam dunia buku, saya wajar mengabadikan blog ini dengan catatan ini...Isnin, 26 April 2010 - dikenang sebagai Hari Harta Intelek Negara. Oleh itu, untuk semua pengarang-pengarang yang bukunya saya kendalikan penerbitannya di Penerbit UKM...sila ingat tarikh ini dan ingat juga karya anda adalah sebahagian daripada harta anda...harta intelek. Untuk itu, untuk semua pengarang tersebut saya sarankan bacalah buku Puan Nisah ini untuk mempertajamkan minda anda akan berertinya mengetahui harta intelek anda semua...selamat membaca...saya sudah memiliki buku ini...

Rasa Insaf...

Foto Ads By Google
Saya baru pulang dari melawat abang ipar di Institut Jantung Negara. Saya tidak pernah ke bangunan ini. Bila masuk ke lobi seolah-olah macam masuk ke hotel lima bintang, tapi apa gunanya kerana saya ke sini hanya untuk melawat pesakit...Apa yang pasti, bangunan indah, suasana nyaman tidak dapat mendamaikan hatiku...Saya mencari-cari kakak saya di situ, ternyata kakak saya telah pulang ke rumah adik iparnya. Tapi tak apa...saya datang tanpa pengetahuannya jadi sudah semestinya ada resikonya kedatangan saya tidak diketahuinya...please on your handphone....

Terus saya menjadi takut dan insaf melihat ramainya pesakit di dalam wad....bagaimana pengakhiran diriku ini....

Bengawan Solo

Foto Ads By Google
Bengawan Solo
by Gesang Martohartono


Bengawan Solo, riwayat mu ini

Sedari dulu, jadi perhatian dewi Sari

Music kemarau, tak berapa airmu

Di musimhujan air meluap sampai jauh




Chorus:

Mata airmu dari Solo,

Terkurung gunung seribu

Air mengalir sampai jauh

Akhirnya kelaut




Itu perahu, riwayatnya dulu

Kaum pedagang selalu

Naik itu perahu

lirik ambil di google

Ahad lepas cikgu mengajar menggesek biola irama Bengawan Solo. Best ni kalau dapat main sorang sorang bawah pokok kelapa...Wah! Macam tak percaya ni...sedap bunyinya gesekan biola cikguku...aku...hahah sendiri mau ingatlah...tapi tetap kontrol praktis....bilalah nak pandai-pandai macam cikgu main ni....

Ahad, 25 April 2010

Amitabh Bachchan dan Kisahku di India

Saya terbaca berita mengenai kesihatan Amitabh Bachchan di akhbar arus perdana...lalu ini mengingatkan saya kepada kenangan kala melawat India beberapa tahun yang lalu. Saya pun tidak ingat entah kali ke berapa. Namun seingat saya waktu itu, saya melihat live surgery di Hospital Hanudja New Delhi. Mungkin itu dinamakan rezeki saya. Itulah pertama kali saya melihat di skrin besar suatu pembedahan yang dipasangkan di dewan seminar untk ditonton dan dipelajari. Saya rasa saya amat bertuah sekali kerana tidak pernah didedahkan dengan ilmu perubatan dan pembedahan, tetapi dapat melihat pembedahan secara langsung di dewan bedah yang dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah neuro daripada Amerika Syarikat bersama beberapa orang pakar bedah tersohor India...saya tak perlu sebutkan nama di sini...yang penting mereka jadi kawan-kawan saya. Saya melihat dari mula hingga ke akhir prosedur itu (lebih kurang 10 jam) dan dapat juga melihat mereka lalu lalang di hadapan saya. Saat mula paremedik mengangkat pesakit, menyiapkan segala kelengkapan dan seterusnya doktor menjalankan proses membedah, mengambil bahagian tisu yang akan digunakan dikepala daripada peha (saya tidak tahu istilah apa) tapi yang saya nampak macam itulah...dan sampai dijahit semula kepala si pesakit. Saat menebuk, membuka tempurung kepala dan sebagainya.... Wah! Wah! Wah! mencabar sungguh saat-saat kritikal ketika itu. Saya yang tengok kat skrin ni kecut-kecut perut, dah makan, bangun, duduk, dah duduk makan, dah sembahyang duduk balik dan tak balik-balik hotel kerana 'seronok menonton dalam ketakutan'...rupa-rupanya ramai juga doktor India beragama Islam yang berhenti sekejap hanya untuk sembahyang dan sambung kerja balik...hiss hiss...hiss...bagusnya mereka ni. Tabiklah saya.

Selepas acara serius itu, (agak-agak dah hilang penat keesokkan harinya, saya mengambil kesempatan untuk ronda-ronda sekitar New Delhi untuk mencari beberapa barangan pelik India untuk dibawa pulang ke Malaysia...supaya menjadi buah tangan. Saya dan beberapa orang mak datin rakan-rakan saya ketika itu menaiki satu teksi dan kami dibawa ke kedai-kedai yang pemandu teksinya rekomen. Kami berbual dalam bahasa Inggeris dan dalam suka-suka berbual itu ini kami melencong cerita kepada acara filem Bollywood. Kami katakan, konon-kononnya kami ini peminat setia filem Hindustan dan kelentong sana kelentong sini nama-nama bintang filem Hindustan seperti Karisma Kapoor, Amitabh Bachchan, Anil, MGR dan lain-lain nama yang kita orang ingat. Pemandu teksi terkejut saat itu sambil ketawa-ketawa gembira. Pemandu teksi dengan ramah tamah telah menunjukkan kepada kami hospital tempat Amitabh Bachchan sedang dirawat ketika itu...kerana katanya aktor itu sekrang ini dah kena bedah dan sedang dirawat. Wah! Terkejut kami semua. Ini bukan main-main tapi betul-betul hospital yang sedang merawat aktor Bollywood itu dan teksi yang kami naiki diberhentikan seketika...kita teruja, teruja dan teruja gembira. Yah! Bangunan itu benar-benar tersergam di hadapan kami. Memang kami tidak boleh masuk, tetapi cukup teruja dapat melihat hospital tempat Amitabh Bachchan sedang dirawat. Ketika itu, memang aktor itu sedang sakit dan di surat khabar dan tv India memaparkan cerita tersebut. Selepas itu, pemandu teksi tersebut membawa kami pusing-pusing kota, kerana dia ingin menunjukkan rumah Shahrukh Khan pulak...(masa itu aktor tersebut belum dapat datuk lagi). Lagi kami teruja, macam tak percaya, tetapi benar-benar berlaku di dalam hidup kami. Oleh kerana terlalu gembira, kami belaja pemandu teksi itu makan tengah hari. Si pemandu teksi tadi kata, ini kali pertama dia masuk makan di restoran yang kami makan. Kami pun terkejut juga. Dia kata tak boleh masuk dan makan sama-sama tapi kami paksa juga dia masuk. Duduklah di mana-mana meja asalkan dia mahu makan...sebabnya dia baik hati, ikhlas, jujur dan tidak menipu kami. Ketika memandu dia menerima panggilan telefon, say sorry dan meminta izin daripada kami untuk singgah di kedai ubat kerana ingin membelikan ubat untuk bapanya yang sedang sakit. Bila kita sudah sampai ke destinasi yang dituju kita suruh dia balik pun dia tak mahu balik dan tetap tunggu kami di hadapan teksinya di hadapan kedai-kedai yang kami borong. Dia kata bapanya tidaklah serius sangat, masih boleh menunggunya sehingga dia selesai tugas. Yang penting dia telah membeli ubat. Ada ketika sanggup pula menjadi jaga kami. Maklumlah kita orang ni takut-takut berani. Dia mengawal kami daripada kena kacau orang lain. Memang kami boleh naik teksi lain tetapi kami tidak tahu mengapa dia sanggup menunggu sampai kami hingga selesai memborong dan dengan sukarela pula tu mengangkatkan semua barang-barang kami hingga ke hotel....itulah kelebihan orang Malaysia yang suka sangat memborong...baik hati...walaupun tidak kenal tetapi tetap ramah semacam dan tahu mencipta idea untuk berbual...Kami sebenarnya terkejut kerana restoran dan kedai-kedai yang kami masuk itu, pemandu teksi tersebut pun tak pernah masuk walaupun dia kata selalu lalu lalang tetapi beliau mengatakan kata tak pernah pun masuk kedai-kedai yang kami borong berbondong-bondong. Kami pula rasa barangannya agak murah dan berbaloi dengan wang yang dibayar. Untuk pemandu teksi yang membawa kami ketika itu...sorry lupa pulak namanya....terima kasih kerana baik hati, tidak menipu dan dapat extra pusing kota Delhi siap dengan cerita-cerita menarik yang dihidangkan di minda kami untuk dibawa pulang serta sudi menunjukkan tempat-tempat istimewa lokasi penggambaran dalam filem Hindustan....pemandu teksi di KL ada berani ke buat macam tu pada pelancong luar....hehehehe.....

Khamis, 22 April 2010

Syarahan Umum

Foto Ads By Google
Pagi ini saya berpeluang mendengar syarahan umum oleh YBhg. Tan Sri Dato' Azman Haji Mokhtar di Bilik Senat UKM. Beliau adalah Pengarah Urusan Khazanah Nasional. Tajuk syarahannya memang agak berbaur keseriusan yang teramat-amatlah sangat. Jadi, tidak hairanlah ramai yang datang mendengar syarahan beliau terdiri daripada orang-orang yang serius dan berprofil tinggi di UKM....Namun saya layan juga mendengarnya...bagi saya tajuk ini memang agak baru, tetapi saya seronok mendengarnya buat menambah ilmu pengetahuan....Catalysing Transformation Through Leadership.

Mari Makan Cendol


Foto Oleh Haji Ismail
Kepada sesiapa yang suka makan cendol, silalah singgah ke Gerai Leman Dawi yang baru saja saya kunjungi usai tugasan di Istana Salatin minggu lepas...orangnya baik, seperti penglipur lara dan saya suka dengan ceritanya. Saya mengujinya dengan pelbagai nama tempat dan beliau dengan automatik dapat bercerita termasuk kisah Puteri Gunung Ledang, Bendera Johor dan beliau juga jujur orangnya apakala tidak dapat bercerita tentang tempat-tempat yang tidak diketahuinya. Kalau saya singgah lagi ke gerainya, saya akan bekalkan dia dengan buku tempat-tempat bersejarah di Malaysia dan saya akan tuliskan tentang sejarah Tangkak untuk beliau ceritakan kepada pengunjung di gerainya. Ya! Bagi saya, ini benar-benar anugerah tuhan terhadap bakat yang ada pada dirinya...saya benar-benar teruja dengan cerita oleh Pak Leman Dawi Cendol...dekat Senawang - Seremban. Sekali pandang, pada saya orangnya cukup ramah dan menyambut kedatangan semua tetamu dengan wajah ceria dan gembira...paling seronok boleh tambah-tambah minum cendol dengan air barli free....semoga tuhan memberkati usaha Pak Leman. Amin.

Boling Boling Boling

Foto By Haji Ismail
Nah....ini dia foto terkini teman-teman sepejabatku dan keluarga mereka yang bersuka ria dengan acara boling...di Kajang.

Rabu, 21 April 2010

ahhh....lama tak menulis

Foto: Carian Oleh Google
Agak lama saya tak up-date blog ni...sibuk sangat.

1. Sibuk buat persiapan untuk praktikal violin...ada exam
2. Miss Tiff - cikguku yang cun dah komplin jejariku di mata piano dah macam merosot..dia tak tau aku dah khusyuk main violin...sori sori sori cikgu.....
3. Sibuk menulis kertas kerja untuk dibentangkan di Sabah...bossku teramatlah baiknya, membenarkan aku pergi ke Sabah...rasa terharu dan ingin berkerja dengan gigih lagi.
4. Sibuk mengemas bilik yang tak kemas-kemas....kalau pengarang ke tetamu ke yang datang asyik komplin bilik ke apa ni...mereka ni tak tau yang aku nak je halau keluar dari bilik ni...biar aku sorang je yang duduk membaca dan buku siap on time....

Selasa, 30 Mac 2010

Boling

Ads by Google
Pejabatku akan menganjurkan Kejohanan Boling Tertutup Penerbit UKM 2010 pada 11 April 2010 di Kajang. Wah!!!!! Sambutan untuk penyertaannya amat meriah. Pertama kali aku main boling tahun lepas di Melaka...memang menyeronokkan. Hari ini ada cabutan undi...dan semua dah tau siapa akan berada di dalam pasukannya...tapi aku sendiri tak main....gitu. lain hari ye saya joint...makcik sibuklah ada kelas ari tu. Tak boleh tinggal kelas, takut rugi...pagi tu kena perform violin lagi...main pun tak mantap, macam mana nak suka-suki.....hahaha selamat melempar bola....

Ahad, 28 Mac 2010

Sesi Bersama Pengarang


Sempena dengan Pesta Buku di PWTC mulai 19-28 Mac 2010 ini saya telah diminta untuk membuat program ini di Gerai MAPIM. Pihak pengurusan memilih buku Novel Intertekstual Melayu (NIM) tulisan Dr. Mawar Shafie untuk acara Sesi Bersama Pengarang pada 20 mac 2010 (Sabtu) 5.00- 7.00 petang. Buku yang sama juga turut dilancarkan di The Legend Grand Ballroom, Hotel Legend, dalam acara Anugerah MAPIM 2009 (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia)bersama-sama dengan karya penulis MAPIM yang lain.

Saya hanya boleh menyertai program pada petang Sabtu kerana saya terlalu sibuk pada hujung minggu.

Praktis Praktis Praktis...

Imej Ads By Google
Hujung minggu yang lalu, usai kuliah sekitar jam 4 lebih ...aku mengajak partnerku Lin ke masjid untuk solat Asar dan seterusnya memulakan latihan praktikal. Mesti praktis....wooo Kami sama-sama praktis violin bersama di gazebo di belakang pejabatku...semenjak aku bekerja di sini, itulah pertama kalinya aku duduk di situ dan praktis hingga menjelang Maghrib. Agak menyeronokkan juga. Tiada gangguan. Di seberang jalan raya kereta memangnya sibuk lalu lalang. Tapi kami tidak mengendahkannya....buzy...buzy...buzy...dengan nota yang diberi oleh guru untuk tujuan prapeperiksaan keesokan harinya. Wah! Guruku memang baik... pasal tu anak muridnya rajin praktis. Cikgu datang lambat sikit pun anak murid semua dah siap sedia buat bising praktis apa yang patut....terkesima tengok semangat kawan-kawan ni...

Memang banyak talian masuk, sms juga banyak, tapi aku buat tak tau aja...kerana yang penting-penting aku mesti angkat...kalau nombor yang tidak dikenali...mungkin kalau dah call sampai 10 kali tu mesti aku balas juga.

Keesokannya hari prapeperiksaan...seorang demi seorang dipanggil... ada yang 15 minit, ada 30 minit, ada yang 20 minit....kira-kira okeylah...memang aku boleh main....siap tanya lagi tu apa masalah nak tanya, nak minta tips apa...tapi aku tak tau apa yang nak ditanya... cuma kelemahannya tali selalu berlaga-laga!!!! Macam tak percaya lak dah ikut kelas ni...cuma aku takut cikgu aku cakap nak ambil hati aku aja!!!...tapi aku ingat cikgu aku ni ikhlas dan baik hati...ala-ala penyanyi jadi belajar pun tak takut-takut. Semua ilmu yang dicurah serap ke dalam otak...masuk semua.... dalam tempoh tak sampai 3 bulan mengenali violin aku boleh juga bermain dengan 50/50 gitu. Pada aku tu kira okeylah dengan keadaan aku yang memanjang aja sibuk tak menentu...siang dan malam...sibuk sibuk sibuk...akhirnya aku tahu kelemahan dan juga kekuatan setelah praktis bersama-sama dengan partnerku. Kami jujur mengkritik antara satu sama lain...

Maka pada kuliah hari Ahad, Cikgu cakap orang-orang di Jerman biasa main alat muzik di gazebo...wah kami sudah terlebih ni...cikgu belum cakap tapi kami dah start dulu praktis di gazebo...akibatnya di kelas, aku dan Lin berpandangan antara satu sama lain dan tersenyum...tidak sia-sia aku mengajak dia berlatih di gazebo tersebut...

nah...kini aku nak buat satu...tagline...practice make perfect....

Ahad, 14 Mac 2010

Hujung minggu yang meletihkan

Hari Sabtu diadakan peperiksaan untuk mengukur sejauh mana pengetahuan pelajar berhubung dengan kuliah yang diajar di dalam program Sijil Muzik UKM 2010....jadinya sepanjang minggu pastinya aku akan membaca dengan bersungguh-sungguh seperti seriusnya pelajaran berbentuk akademik yang biasa aku jalani....mesti tak tidur semalaman...hingga jam 2.00-3.00 pagi....ewahhhhh. Ini memang rutin biasa bagiku...kalau aku tak baca mesti aku akan melopong di dewan peperiksaan. Selepas peperiksaan, aku tak kisah sama ada lulus ke tidak, yang penting aku telah study dan membuat nota kecil untuk tujuan menghafal. Sekurang-kurangnya mesti sangkut di mana-mana di dalam mindaku...banyak kali baca pun tak apa kerana aku memang sedar kemampuan diriku untuk menghafal memang 'tidak muda' lagi...semua nota aku baca termasuk nota-nota yang dimuat turun via internet dan pelajaran muzik di Yamaha Music School Kajang...

Hari Ahad pula aku tidak dapat pergi kenduri kahwin rumah saudaraku...aku cakap ada hal...sebenarnya menjelang Maghrib baru aku balik ke rumah...kerana ada kelas...aku berterima kasih kepada tenaga pengajar yang gigih mengajar tanpa mengenal erti penat dan jemu jua sanggup mengikut rentak dan kemampuan..pelajarnya yang pelbagai watak....terima kasih... terima kasih... terima kasih....