Jumaat, 15 Jun 2012
....Warisan Hadis Ulama Nusantara
Warisan Hadis Ulama Nusantara...(Penerbit UKM: 2012). Maka kepada semua pembaca diharapkan dapat menikmati hasil suntingan terkini Prof. Madya Dr. Mazlan, dan rakan-rakannya di Fakulti Pengajian Islam. Siap sahaja buku ini, aku ditelefon kerana mahukan harga. Dalam kerasnya hatiku ini berkata,...aiii...ada peminat gak buku ini....keesokan harinya harga masih tak siap-siap lagi kerana aku belum memasukkan jumlah harga bacaan pruf dan bayaran kepada penyunting luar....rupa-rupanya sudah tiga orang menunggu di kedai buku untuk mendapatkan naskhah ini...
Pada pengamatanku....buku ini mungkin sangat bagus untuk dimiliki...khususnya bagi mereka yang ingin tahu perjalanan hidup ulama Nusantara....buku ini boleh dimiliki dengan membayar RM35.00.
Jumaat, 1 Jun 2012
Wacana Bahasa Kebangsaan
Wacana mengenai isu-isu terkini Bahasa Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2012, bertempat di Bilik Majlis, UKM.
Panel yang hadir terdiri daripada:
Tuan Haji Borhan Md. Zain
Setiausaha 1 Gapena
Encik Ahmad Fedtri Yahya
Pengamal Media
YBhg. Prof Dr. Teo Kok Seong
Felo Penyelidik Utama ATMA
Majlis ini dianjurkan oleh ATMA dan masuk percuma.........
Selasa, 8 Mei 2012
Hari Ibu 2012
Sempena dengan kedatangan Hari Ibu aku telah berkesempatan membawa ibuku untuk sama-sama di percutian santai kami hujung bulan lalu. Walaupun berada di tengah-tengah hiruk pikuk kota raya...tetapi hati tua si ibu tetap mampu tersenyum dan berasa amat-amat sejuk apakala melangkah ke kamar yang telah ditempah....duhai ibu...inilah antara kemeriahan yang harus kita kongsi bersama sempena hari ibu....imej by google
Isnin, 9 April 2012
Isnin, 2 April 2012
....hadiah untukmu
Pesta Buku Kuala Lumpur 2012
Ahad, 1 April 2012
Menadah Ilmu Baru... Ilmu SPSS
Foto Kredit BY Prof Madya Dr AinaKesempatan hujung minggu lalu (31/3 - 1/4/2012 hari Sabtu dan Ahad), bertempat di Makmal Kewartawanan, FBMK, UPM, aku gunakan sepenuhnya masa tersebut untuk menekuni ilmu baru ini...Perisian SPSS...bunyinya macam nak jadi penyelidik sains sosial pulak kan...
Agak bagus, cuma aku terlambat menemui ilmu baru ini...hehe..tapi tak apa, biar lambat asalkan selamat gitu...
Walau bagaimanapun akan kucuba gunakannya untuk mana-mana kesempatan dan keperluan penulisan akan datang...
Untuk Prof. Madya Dr. Aina yang tidak jemu-jemu mengajar kami...Terima kasih tidak terhingga kerana ilmu yang bermanfaat ini...
Jumaat, 30 Mac 2012
Dapur Idaman...
Ubi Kayu Rebus
Rembesnya gerimis...
Khamis, 29 Mac 2012
Ilham Rasa Stephen R. Covey
al-Fatihah
Imej Tan Sri Mazlan By googlePada 23 Mac 2012, negara kehilangan Tan Sri Mazlan Nordin ... saya mengenalinya secara rapat kerana aruah pernah bekerja di Penerbit UKM sebagai Karyawan Tamu dan beliau menggunakan sepenuh masanya di sini untuk menulis di akhbar Mingguan Malaysia... al-Fatihah
Keesokan harinya pula negara kehilangan pula mantan bos saya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah...beliau juga pernah menjadi mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...al-Fatihah....secara rincinya seperti yang tercatat di ruangan takziah UKM ...
Dukacita dimaklumkan bahawa Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff bin Hussain, mantan Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM dan juga Bapa kepada Izzaty Farhana Mohammed Yusoff, Penolong Pengurus Asrama, Kolej Burhanuddin Helmi telah kembali ke rahmatullah pada 24 Mac 2012 jam 3.55 petang di Hospital Putrajaya. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg. Tangkas (Baru) pada hari yang sama.
Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.
... untuk kedua-dua insan yang pernah saya kenali secara rapat ini...semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan al-Fatihah. Semoga keluarga mereka tenang menerima dugaan ini.
Isnin, 19 Mac 2012
Formula 1 Malaysia...
Langgan:
Catatan (Atom)









