Selasa, 25 September 2012

mendengar syarahan sarjana pelawat....

Semalam saya berkesempatan mendengar syarahan sarjana pelawat ini. Saya amat mengkagumi kefasihan beliau menyampaikan syarahannya dengan menggunakan bahasa Melayu. Terfikir juga dibenak saya, berapa lama beliau boleh fasih bertutur begitu. Beliau juga menjawab setiap pertanyaan dengan yakin dan tidak teragak-agak....

Isnin, 30 Julai 2012

Pagi nan dingin....

Pagi ini bermula dengan langit di luar sana bagaikan nak runtuh ke bumi....gelap hitam pekat dan menakutkan.... tiba-tiba terburai isi muatannya membasahi bumi... Lalu kedinginan di luar benar-benar terasa hingga tertusuk ke sukma, agak sukar juga untuk memandu dengan keadaan hujan yang lebat begitu...biar lampu kereta terpasang terang benderang di luar... akhirnya aku sampai juga ke pejabat biar memandu dengan keadaan perlahan dan amat berhati-hati. Mungkin, ini ada rahmatnya sempena dengan Ramadan yang mulia ini.
Imej by google

Ramadan datang lagi....

Hujung minggu lalu, aku memotong-motong bunga (berbaur-baur harumannya berdasarkan kepelbagaian bunga yang didapati di laman kecil kami) dan dicampurkan dengan beberapa helai daun pandan yang diracik-racik halus untuk dibawa ke tanah perkuburan....jua berbekalkan sama sehelai tikar, kertas surat khabar, topi besar, dua botol air sejuk dan 4 naskhah surah yasin.... Tiada siapa pun insan lain di tanah perkuburan tersebut kecuali sang gagak yang asyik membuat bising di atas dahan pohon sana saat memerhatikan gelagat kami.... Tegaknya panas mentari di kepala sedikit pun tidak menghalang kami anak beranak untuk membaca surah yasin dan mengaminkan doa yang dibaca untuk aruah kedua-dua orang tua yang telah pergi. Al-Fatihah aruah mak dan bapak. Apatah lagi, majlis kecil ini turut lebih bermakna sekali kerana disertai oleh putera puteriku yang baru saja pulang dari negara Kremlin.... Bulan Ramadan ini terasa sedikit sebak dan sedih kerana masih lagi terkenang-kenang dengan hilai tawa dan pedas masin tawar masakan mertua...justeru adalah wajar kami anak beranak menziarahi mereka yang telah pergi ini di tempat mereka disemadikan. Semoga dengan sedikit ingatan ini, aruah akan memberkati kehidupan kami anak beranak. Amin.
Imej By Google

Jumaat, 15 Jun 2012

....Warisan Hadis Ulama Nusantara

Warisan Hadis Ulama Nusantara...(Penerbit UKM: 2012). Maka kepada semua pembaca diharapkan dapat menikmati hasil suntingan terkini Prof. Madya Dr. Mazlan, dan rakan-rakannya di Fakulti Pengajian Islam. Siap sahaja buku ini, aku ditelefon kerana mahukan harga. Dalam kerasnya hatiku ini berkata,...aiii...ada peminat gak buku ini....keesokan harinya harga masih tak siap-siap lagi kerana aku belum memasukkan jumlah harga bacaan pruf dan bayaran kepada penyunting luar....rupa-rupanya sudah tiga orang menunggu di kedai buku untuk mendapatkan naskhah ini... Pada pengamatanku....buku ini mungkin sangat bagus untuk dimiliki...khususnya bagi mereka yang ingin tahu perjalanan hidup ulama Nusantara....buku ini boleh dimiliki dengan membayar RM35.00.

Jumaat, 1 Jun 2012

Wah! Sudah agak lama tidak menulis.... tiba-tiba aku teringin nak berjalan-jalan mengambil angin di luar sana Kalau kita terlalu rajin bekerja dan dianggap orang sebagai kerja kita itu tidak berkualiti pun tidak berguna juga....Ayuh...MAS...TUNGGU KEDATANGANKU...

Wacana Bahasa Kebangsaan

Wacana mengenai isu-isu terkini Bahasa Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2012, bertempat di Bilik Majlis, UKM. Panel yang hadir terdiri daripada: Tuan Haji Borhan Md. Zain Setiausaha 1 Gapena Encik Ahmad Fedtri Yahya Pengamal Media YBhg. Prof Dr. Teo Kok Seong Felo Penyelidik Utama ATMA Majlis ini dianjurkan oleh ATMA dan masuk percuma.........

Selasa, 8 Mei 2012

Hari Ibu 2012

Sempena dengan kedatangan Hari Ibu aku telah berkesempatan membawa ibuku untuk sama-sama di percutian santai kami hujung bulan lalu. Walaupun berada di tengah-tengah hiruk pikuk kota raya...tetapi hati tua si ibu tetap mampu tersenyum dan berasa amat-amat sejuk apakala melangkah ke kamar yang telah ditempah....duhai ibu...inilah antara kemeriahan yang harus kita kongsi bersama sempena hari ibu....
imej by google

Isnin, 9 April 2012

mahukan pagar rumah sebegini...

Imej By Google
...teringin dan terbayangkan kalau-kalau inilah pagar rumah aku....

Isnin, 2 April 2012

....hadiah untukmu


Ini adalah hadiah yang anakandaku terima...terima kasih cuti-cuti Malaysia

sungguh cute dan cantik...

Pesta Buku Kuala Lumpur 2012


Imej By Google

Dimaklumkan bahawa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 27 April - 6 Mei 2012
Masa: 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Ahad, 1 April 2012

Menadah Ilmu Baru... Ilmu SPSS

Foto Kredit BY Prof Madya Dr Aina
Kesempatan hujung minggu lalu (31/3 - 1/4/2012 hari Sabtu dan Ahad), bertempat di Makmal Kewartawanan, FBMK, UPM, aku gunakan sepenuhnya masa tersebut untuk menekuni ilmu baru ini...Perisian SPSS...bunyinya macam nak jadi penyelidik sains sosial pulak kan...

Agak bagus, cuma aku terlambat menemui ilmu baru ini...hehe..tapi tak apa, biar lambat asalkan selamat gitu...

Walau bagaimanapun akan kucuba gunakannya untuk mana-mana kesempatan dan keperluan penulisan akan datang...

Untuk Prof. Madya Dr. Aina yang tidak jemu-jemu mengajar kami...Terima kasih tidak terhingga kerana ilmu yang bermanfaat ini...

Jumaat, 30 Mac 2012

Dapur Idaman...

Imej by Google
Wah...inilah dia dapur idaman....

Boleh jadi tempat memasak dan menuai ilham resepi apakah yang akan lahir daripada dapur secantik ini....

Ubi Kayu Rebus


Imej By Google

...petang ini mahu mencari ubi dan merebusnya....

yes, menu petang ini ubi kayu rebus...rasa macam zaman Jepun pulak dah...

Rembesnya gerimis...


Imej by Google

Pagi tadi sejuknya yang amat-amat. Rupa-rupanya di luar sana sang hujan sedang bercengkerama bersama alam. Namun perjalanan perlu diteruskan demi mencari sesuap nasi... biar hujan pasti diredah jua.

Khamis, 29 Mac 2012

...mari berbalas pantun




...Selamat berpantun kepada peminat pantun....

Jemput Hadir kepada yang sudi