Imej buku by Google
Saya telah selesai membaca buku ini. Hah... terkesima. Himpunan cerpen yang terdapat di dalam buku ini sangat menarik. Wajah kulitnya manis..si merah jambu...benar-benar kewanitaan gitu. Kebanyakan cerpen yang dihimpun telah memenangi pelbagai hadiah peringkat negeri dan nasional. Untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia penulisan cerpen sila baca buku ini sebagai pembakar semangat. Lihat dengan mata hati dan mata kasar...kenapa cerpen-cerpennya boleh memenangi hati juri.
Ya, terima kasih kepada Puan Nisah Haji Haron atas pemberian buku ini kepada saya lewat teman sekuliahnya yang juga teman sepejabat saya. Saya bercadang untuk mengulasnya bila saya ada masa lapang. Sekarang ini saya agak sibuk sedikit. Insya-Allah. Secara peribadinya saya menganggap buku ini sebagai hadiah personal kepada saya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan saya yang ke-26. Pengarangnya menuliskan tarikh keramat tersebut di dalam buku yang diberikannya kepada saya tanpa mengetahui tarikh yang dituliskannya adalah amat bermakna dalam sejarah hidup saya. Terima kasih lagi sekali. Saya amat menghargainya. Saat paling manis kerana saya membawa sama buku ini dan menghabiskan pembacaannya ketika berada di pantai sewaktu percutian di Phuket baru-baru ini. Saya sendiri dengan tegar menjadikan membaca sebagai suatu budaya biasa dalam hidup tanpa mengira dalam tempoh percutian mahupun tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan