Minggu ini tersiar cerpen "Waqwaq" karya SM Zakir...beliau seorang pengarang tersohor yang pernah sampai ke kamar kerjaku kerana menghantar buku-buku tulisannya yang kubeli lewat panggilan telefon. Cuba anda bayangkan bagaimana perasaan anda sekiranya seorang pengarang terkenal boleh datang dan menghantar sendiri karyanya untuk kita beli. Mungkin orang lain tidak akan menjadi sepertinya...maka aku tabik hormat kepada budi bahasa dan tatacara kerjanya...biarpun dalam nada sopan beliau memberikan alasan sering datang ke Bangi kerana emaknya juga duduk di Bangi....maka dia boleh santai-santai begitu....
Tetapi setelah mendengar ceramah penulisannya, (dalam suatu bengkel penulisan di Ulu Langat), maka sekali lagi terserlah dan aku ketahui bahawa beliau ni bukanlah seorang yang terlalu berkira sangat dan terlalu mengejar status tinggi kepengarangannya...(biarpun beliau boleh sahaja bertindak ego mahupun sombong dengan statusnya yang sudah menjadi penulis Sea Write Award)...aku harap beliau boleh mengekalkan keperibadiannya ini biarpun suatu ketika nanti sudah bergelar Sasterawan Negara...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan