Jumaat, 3 Februari 2012

Biografi Tun Razak: Negarawan & Patriot




Blurb

Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot. 2011. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-948-05 (kulit keras). 414 halaman. ISBN 978-967-94. Nik Anuar Nik Mahmud, Muhammad Haji Salleh & Abd Ghapa Harun.
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua ialah arkitek utama dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia. Ketika memimpin Malaysia, setelah terjadinya peristiwa 13 Mei 1969, beliau menyusun strategi serampang dua hala supaya negara mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan mantap serta memulakan langkah penyusunan semula struktur ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang kaum. Beliau memperkenalkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang terbukti berjaya membantu proses pembangunan negara untuk jangka panjang. Buku ini memaparkan liku-liku kehidupan, perjuangan, visi, misi dan pengorbanan Tun Abdul Razak sebagai seorang negarawan dan patriot Malaysia. Antara tajuk penting yang dipaparkan dalam buku ini adalah; kelahiran seorang patriot, pengalaman di bawah pemerintahan Jepun, menimba ilmu di England, berjuang dalam UMNO, penggubalan Perlembagaan Persekutuan, pembentukan Malaysia, menangani kontrontasi Indonesia, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, politik permuafakatan Barisan Nasional dan banyak lagi. Kebanyakan nukilan dalam biografi ini ialah hasil penyelidikan dan pengumpulan maklumat yang komprehensif dan berwibawa oleh tiga tokoh akademik yang berpengalaman luas. Banyak perkara yang dinukilkan belum pernah diketahui umum sebelum ini.

NIK ANUAR NIK MAHMUD adalah mantan Protesor Sejarah dan Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. MUHAMMAD HAJI SALLEH berkhidmat di Pusat Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. ABD. GHAPA HARUN adalah pensyarah kanan di Program Sejarah, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

Tiada ulasan: