Selasa, 13 Mac 2012

Hujan pagi...

Imej By Google
Pagi ini bumi Bangi dibasahi hujan lagi...dingin....

Sepanjang perjalananku untuk mencari rezeki, jalan raya agak basah dan licin ...

Tiba-tiba ada kemalangan yang tidak diduga berlaku di hadapanku...harap-harap si mangsa berada di dalam keadaan baik biarpun kenderaannya agak teruk kesan daripada kemalangan tersebut....semoga tabah hendaknya...

Mungkinkah Suatu Hari Nanti...Part 5

Imej By Google
Wah! Tiba-tiba remang petang ni menyentak dan meniupkan pawana si angan-angan mat jenin untukku...

Isnin, 12 Mac 2012

Mungkinkah suatu hari nanti....part 4

Imej By Google
Tiba-tiba aku teringin untuk memiliki gajet terkini ini...wah...bunyi macam angan-angan di puncak ledang aja tu....siapa yang mahu aku telefon...siapa yang akan menelefon aku...apa yang aku nak buat dengan telefon secanggih ini....hey...hello siapa di sana?

Mungkinkah suatu hari nanti....part 3

Imej by google
Suatu hari aku berangan-angan untuk memiliki kamar bacaan di dalam rumah sebesar ini....mungkinkah impian ini menjadi realiti....sesiapa boleh membaca di kamar bacaanku di rumah ini...hehehe...wah...banyaknya koleksi buku....

Mungkinkah suatu hari nanti....part 2

Imej By google

suatu impian...suatu inspirasi mungkinkah suatu hari nanti menjadi kenyataan....
ini hanya mimpi mainan tidurku...

Ahad, 11 Mac 2012

Mungkinkah suatu hari nanti....part 1


Imej by google
Semakin hari semakin banyak buku-buku yang aku beli. Sampai tempat nak simpan buku pun dah tak tahu nak letak mana....maka ... sebagai sumber inspirasi.... aku nak tampal foto yang aku google ni untuk menjadi tempat letak buku aku....wah...cantiknya jika ini benar-benar menjadi realiti

Ahad, 4 Mac 2012

alahai kenanga....

Imej by google
...aku mencipta lagi satu e-mel dengan menggunakan nama bunga sewaktu kursus google online yang lalu...alahai kenanga

...biarpun aku tahu ini bunga yang selalu aku petik sewaktu di jalanan tetapi aku lupa namanya........baunya harum...bagai menggoda kalbu

Sabtu, 11 Februari 2012

Maulidur Rasul...

Khamis pagi, 9 Februari 2012, aku dan empat lagi rakan-rakan sepejabat telah berada di luar panggung seni bersama-sama dengan ahli kumpulan yang lain begitu sabar kerana sebentar nanti perarakan akan dimulakan...tiba-tiba diluar sana trafik jem cukup keras...mengalahkan Kuala Lumpur gitu.

Kami berpakaian sedondon warna biru muda. Kami juga diberikan tudung indon dan kerongsang. Manakala si teruna memakai pakaian ala-ala Raihan dengan samping gaya Johor. Songkok berlilit riben biru. Semuanya lawa, tampan dan kacak bergaya.

Perarakan dimulakan....bacaan selawat tidak henti-henti...wah...kontigen dibelakang kami bukan main kuat lagi. Siap berlagu-lagu sepanjang jalan...jadi sah-sah le grup ni yang akan menjadi juara. Nah! Ternyata mereka menjadi johan dengan kelebihan markah pada bacaan selawat yang begitu merdu.

Jumaat, 3 Februari 2012

Biografi Tun Razak: Negarawan & Patriot




Blurb

Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot. 2011. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-948-05 (kulit keras). 414 halaman. ISBN 978-967-94. Nik Anuar Nik Mahmud, Muhammad Haji Salleh & Abd Ghapa Harun.
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua ialah arkitek utama dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia. Ketika memimpin Malaysia, setelah terjadinya peristiwa 13 Mei 1969, beliau menyusun strategi serampang dua hala supaya negara mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan mantap serta memulakan langkah penyusunan semula struktur ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang kaum. Beliau memperkenalkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang terbukti berjaya membantu proses pembangunan negara untuk jangka panjang. Buku ini memaparkan liku-liku kehidupan, perjuangan, visi, misi dan pengorbanan Tun Abdul Razak sebagai seorang negarawan dan patriot Malaysia. Antara tajuk penting yang dipaparkan dalam buku ini adalah; kelahiran seorang patriot, pengalaman di bawah pemerintahan Jepun, menimba ilmu di England, berjuang dalam UMNO, penggubalan Perlembagaan Persekutuan, pembentukan Malaysia, menangani kontrontasi Indonesia, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, politik permuafakatan Barisan Nasional dan banyak lagi. Kebanyakan nukilan dalam biografi ini ialah hasil penyelidikan dan pengumpulan maklumat yang komprehensif dan berwibawa oleh tiga tokoh akademik yang berpengalaman luas. Banyak perkara yang dinukilkan belum pernah diketahui umum sebelum ini.

NIK ANUAR NIK MAHMUD adalah mantan Protesor Sejarah dan Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. MUHAMMAD HAJI SALLEH berkhidmat di Pusat Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. ABD. GHAPA HARUN adalah pensyarah kanan di Program Sejarah, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

Buku Biografi Tun Razak: Imej Digital Board

Khamis, 2 Februari 2012

Anugerah Buku Negara 2012

Saya petik daripada e-warga UKM.

Tahniah-Penerbit UKM Terima Anugerah Buku Negara, ketegori Buku Biografi Terbaik [atas]
Tahniah diucapkan kepada Penerbit UKM, kerana telah dipilih sebagai penerima Anugerah Buku Negara, ketegori Buku Biografi Terbaik. Tajuk buku yang memenangi anugerah ini ialah Biografi Tun Abdul Razak : Negarawan dan Patriot. Anugerah ini telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Ketua Penerbit UKM, YBhg Prof Dr. Kamaruddin M. Said di Persidangan Buku Antarabangsa, Ekspo Buku 1Malaysia dan anugerah Buku Negara 2012 bertempat di PWTC Kuala Lumpur.
Syabas !
(ewarga/bul/bil.02022012-03)

Apa-apa pun sebagai orang yang bertanggungjawab di atas pengurusan penerbitan buku ini sebermula daripada manuskrip menjadi buku...pada kesempatan pagi-pagi Jumaat ini al-Fatihah saya untuk kegigihan pengarang utama buku ini Allahyarham Profesor Emeritus Datok Dr. Nik Anuar Nik Mahmud...

Khamis, 26 Januari 2012

Antara hasil rombakan tesis ke buku...

Buku ini telah siap dan berada di pasaran. Boleh juga dapatkan daripada saya atau melalui kedai buku Penerbit UKM ... jika nak saya poskan boleh juga tapi kenalah masukkan wang pos sekali ...
Harga: RM65.00
Karya: Prof. Madya Dr. Mohd. Zariat Abdul Rani
Penerbit: Penerbit UKM
Tahun Terbitan: 2011
Jumlah Halaman 515 halaman
Buku ini hasil daripada rombakan tesis ke buku .. sebuah penyelidikan Dr. Zariat sepanjang beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafahnya di ATMA UKM. Kandungannya terlalu sarat dan berat. Orang kata, tidak rugi kalau membeli... alah membeli menang memakai...
Tuan-tuan dan puan-puan selamat membeli dan membaca.

Khamis, 19 Januari 2012

Saat Tokoh Korporat bersuara....

Imej Tan Sri Search By Google


Hari ini saya berpeluang mendengar suara hati tokoh korporat tersohor tanah air...


...lalu untuk mengabadikan kenangan saat-saat mendengar syarahannya itu, saya membeli buku yang dijual di luar Dewan Senat iaitu buku yang dihasilkan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang diterbitkan pada tahun ini (2011) oleh Utusan Publications & Distributers Sdn. Bhd. Harganya RM46.00 aja.




Tan Sri Muhammad Ali Hashim ialah seorang tokoh terkenal di dalam bidang korporat yang dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat oleh UKM pada konvokesyen UKM tahun lepas. Beliau pernah menjadi Presiden/CEO bagi Johor Corporation (1982-2010) dan Presiden Pihak Berkuasa Tempatan, Pasir Gudang (1982-2008).




Saya menjadi kagum dengan ucapannya...cetusan ideanya lunak kedengaran dengan diselangselikan oleh bantuan power point dalam bahasa Inggeris. Hah! Agak lucu juga Tan Sri ni...tu le sape yang tak datang dengar rugi. Bukannya kena bayar pun....pada akhir majlis seperti biasa ada makan free lagi.




Khamis, 12 Januari 2012

...limau







Tahun baru Cina semakin hampir....









Imej by google



dan mulalah berlambak-lambaklah limau dihadiahkan kepada para pelanggannya....



pagi ini....



aku diberikan tiga biji limau...






Rabu, 11 Januari 2012

katanya....Wajah Timur Lidah Barat

Imej Digital Board UKM





Kredit Foto By Raai Osman



Hari ini 12 Januari 2012, ada cerita tentang Wajah Timur Lidah Barat...tajuknya memang sedap. Maklumlah yang beri pun bukan calang-calang orang




SN DATO' DR. ANWAR RIDHWAN

Dekan Fakulti Penulisan

ASWARA


Beliau mengupas tentang permasalahan imperialisme linguistik di Malaysia....


turut dikupas...


"Jumlah penerbitan buku negara ini sewajarnya mencapai panduan umum sejagat, iaitu sekurang-kurangnya pada nisbah 0.1% daripada jumlah penduduk. Dengan penduduk Malaysia dianggarkan 28 juta jiwa, maka judul buku baru setahun wajar mencapai 28,000 judul"


Perghhh..............


Akhirnya.............


"..............Di tengah pentas bahasa dunia, ketika sama-sama meraikan kepelbagaian bahasa antarabangsa, dengan orang-orang Melayunya tetap berwajah timur dan berlidah timur.................."