Khamis, 4 Ogos 2011

Kemenangan

Pada tanggal 30 Julai lalu, bertempat di Persada Johor, saya difahamkan buku ini memenangi anugerah Hadiah Sastera Johor Darul Takzim.

Tahniah kepada semua pemenang dan pengarang buku ini. Semoga terus berkarya.




Jumaat, 29 Julai 2011

Pesta Makan-makan sebelum Ramadhan.......

Jumaat yang mulia ini merupakan hari terakhir pesta makan-makan di opis aku........

Sekitar jam 11.00 pagi sudah diadakan pesta makan-makan....sebelum itu diadakan bacaan Yassin untuk aruah yang telah pergi meninggalkan kita semua. Aku sempat memberikan senaskhah surah Yassin untuk semua rakan-rakan di opis kerana kebetulan memang aku menempah lebih untuk diberikan kepada saudara mara dan kenalan semua. Semoga aruah ibu bapa mertua dan aruah bapaku tenang di sana ...


Kemudiannya, sekitar jam 4.00 petang, sekali lagi kami berpesta buah... mereka mencari raja buah di Bangi lama.......aduh.....aku memang gila dengan raja buah ni... namun ada rakan-rakanku yang tak tahan dengan baunya... maka aku ucapkan selamat tinggal kepada mereka kerana secara tidak langsungnya mereka ini kehilangan nikmat kelazatan, keenakan dan keharuman raja buah... ada yang ketakutan, ada yang berani... itulah penangan raja buah...

Rabu, 27 Julai 2011

Aku dan pengarang....

Minggu ini tersiar cerpen "Waqwaq" karya SM Zakir...beliau seorang pengarang tersohor yang pernah sampai ke kamar kerjaku kerana menghantar buku-buku tulisannya yang kubeli lewat panggilan telefon. Cuba anda bayangkan bagaimana perasaan anda sekiranya seorang pengarang terkenal boleh datang dan menghantar sendiri karyanya untuk kita beli. Mungkin orang lain tidak akan menjadi sepertinya...maka aku tabik hormat kepada budi bahasa dan tatacara kerjanya...biarpun dalam nada sopan beliau memberikan alasan sering datang ke Bangi kerana emaknya juga duduk di Bangi....maka dia boleh santai-santai begitu....


Tetapi setelah mendengar ceramah penulisannya, (dalam suatu bengkel penulisan di Ulu Langat), maka sekali lagi terserlah dan aku ketahui bahawa beliau ni bukanlah seorang yang terlalu berkira sangat dan terlalu mengejar status tinggi kepengarangannya...(biarpun beliau boleh sahaja bertindak ego mahupun sombong dengan statusnya yang sudah menjadi penulis Sea Write Award)...aku harap beliau boleh mengekalkan keperibadiannya ini biarpun suatu ketika nanti sudah bergelar Sasterawan Negara...

Malaysia VS Singapura



Kebetulan hari ini aku cuti. Aku ke Bukit Jalil kerana menemani puteraku untuk membeli tiket perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Singapura. Usai membayar parking kereta sebanyak RM2.00 aku pun menuju ke barisan yang seramai-ramai amat manusia untuk bersama-sama mereka membeli tiket perlawanan bola. Kami membahagi dua, puteraku di barisan yang lain dan aku di barisan yang lain...
Namun, di pertengahan jalan barisan yang aku sedia beratur telah habis jualan tiketnya...manusia bersorak sakan kerana kecewa.
Aku beralih ke barisan puteraku pula sambil memberinya kentang goreng dan air suam... setelah seperti tidak bergerak, puteraku pun kecewa dan mengajak aku pulang dengan perasaan yang amat kecewa kerana gagal untuk mendapatkan tiket.
Katanya kepadaku, "Dulu tak seperti ini...mengapa terlalu ramai orang". Dia memang pernah pergi menonton bola sebelum ini...tapi keadaan yang berlaku sebentar tadi benar-benar di luar dugaan...aku pun turut sama terjebak di dalam ribuan manusia yang berebut-rebut membeli tiket............wah seumur hidup pun aku tak akan lupa peristiwa ini....orang yang beratur nak beli tiket tu kerja ke tak kerja.....wah mulalah aku buat prasangka sendiri neh...Puteraku amat-amat kecewa...kerana dia juga membawa pesan untuk membelikan tiket rakan-rakannya...dan membebel sepanjang-panjang jalan menuju ke kereta....itulah perubahan minda orang Malaysia terhadap pertandingan bolal sepak...
Setelah puas mengambil gambar di sana sini...(suasana ramainya orang beratur seperti ular kena palu...dan jeritan manusia yang marah-marah kerana ada yang potong Q...).... akhirnya aku pulang seperti lebai malang.............

Rabu, 8 Jun 2011

Selamat Hari Jadi puteriku Nadia....

Hari ini hari jadi puteriku Nurul Nadia....9 Jun 2011. Biar sudah nampak dewasa tetapi masih lagi bersifat keanak-anakan! Biar berada di luar negara, namun hatinya masih tetap bersama kami di Malaysia...mahu dimanja, diingati, ditelefon, disms dan dilayan seperti berada di hadapan mata.....gitu. Nah! Di sini sudah banyak hadiah untukmu yang menanti.... Cuma seperti biasa, untuk kali ini kita tidak dapat makan bersama-sama....lain kali pasti kita sama-sama meraikannya dengan makan-makan di bawah pokok pisang.....bersulam asap, berbaur rasa gembira gitu...... Jua, sudah pasti puteriku mahu kami mengucapkan Selamat Hari Lahir untuknya....dan pastinya pabila ke kuliah keesokan harinya beliau boleh tersenyum lebar kerana usianya sudah menginjak ke setahun lagi...menjadi dirinya seperti yang dicita-citakan.

Rabu, 11 Mei 2011

Akhirnya Sasterawan Negara Ke-11 diumumkan....

Imej BY google

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) kerana telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang ke-11. Saya kerap berselisih dengan beliau ketika ke FBMK, UPM...beliau sering menegur saya walaupun saya tau beliau memang tidak mengenali saya. Saya suka membaca apa yang dilekatkan di papan kenyataannya di hadapan biliknya. Pada saya beliau tidak sombong biarpun telah mempunyai nama besar dalam dunia sastera...Tahniah Dato' Kemala....semoga dunia sastera akan terus bersinar dengan kehadiran namanya sebagai Sasterawan Negara.

Jumaat, 22 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Pesta buku di PWTC sudah bermula mulai semalam 22 April sehingga 1 Mei 2011. Kepada semua pencinta buku...diharapkan manfaatkan peluang ini dengan mencari buku-buku yang bermutu. Laburkan duit kita dengan membeli buku... harapannya agar kita boleh menjadi insan yang berguna dengan banyak membaca...selamat membeli belah di PWTC...pastinya membeli buku bermutu.....gunakan akal saat memilih buku yang sesuai dengan jiwa nurani kita...

Hari Buku Sedunia

Hari ini 23 April 2011 adalah hari buku sedunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO. Kepada semua pencinta buku...hargailah buku kerana buku boleh memberi persona kepada kita. Kita boleh mencerdaskan minda dengan banyak membaca buku-buku yang bermutu. Fikiran menjadi matang dan segala tindakan kita akan memberi faedah yang lumayan kepada diri sendiri.

Memoir Tun Mahathir....pemikirannya 1 dalam sejuta

Buku ini harus dibaca oleh orang bijak pandai...dan sila cabar diri sendiri untuk menulis sepertinya....


Foto Kredit By Google:



Buku masa kini yang harus dibaca...



Sesungguhnya bagaikan tidak percaya...kini aku memiliki naskhah ini...aku sedang berusaha untuk menghabiskan bacaannya biar sehelai sehari...



Yah! 843 halaman..............Tun Mahathir hanya satu dalam sejuta....

Khamis, 21 April 2011

Permata Hariku...


Ini team bola sepak yang disertai oleh permata hatiku di universitinya...rakan-rakannya mula ramai... seingat-ingat aku dulu dia tidak pernah mewakili pasukan bola sepak di sekolahnya...dulu hanya suka membaca novel Inggeris, menonton filem (kini minatnya mula bercambah lebih kepada mengembara, fotografi, FI, bola sepak dan futsal...)




Ini juga permata hatiku juga..mula berani mengembangkan sayapnya untuk mengembara sendiri ke negara yang ada temannya dari Malaysia. Berani mencuba perkara baru...khususnya berfesyen, masak memasak...ini juga tidak pernah dilakukannya sebelum ini...dulu hobinya hanyalah mengulit novel Melayu dan Inggeris yang dihimpunkannya melebihi daripada 100 judul...membaca dengan tekun sehingga selesai sesebuah novel dan tidak tahu berhenti membaca biar petir berdentum....




Ini tempat belajarnya di Russia sewaktu musim salju...pasti kedinginan...ini juga peristiwa baru yang dilaluinya kerana di Malaysia tidak pernah berlaku salju turun...



Bermain dengan dengan penuh minat...selain berminat dengan gajet komputer, ...dunia telekomunikasi dan fotografi juga mula berminat dengan sukan...



Foto Kredit: By Permata Hatiku



Inilah permata hatiku... semakin mereka remaja maka pelbagai aktiviti yang mereka lakukan...sesuai dengan jiwa muda mereka.. mereka juga mula dengan dunia mereka sendiri yang sukar untuk ditebak... Mereka mula mengenal erti kasih sayang, rindu kepada keluarga dan paling penting amat sibuk dengan pelajaran yang menurutnya semakin hari semakin sukar...hanya dititipkan doa semoga permata hatiku berjaya di luar sana...

Selasa, 19 April 2011

Ekonomi Islam

Ekonomi Islam Satu Pendekatan Analisis ialah buku terbitan terbaru Penerbit UKM. Boleh didapati di kedai Penerbit UKM.

Ahad, 13 Mac 2011

...Berbagi rasa tentang kesedihan warga dunia

Earthquake-triggered tsunamis sweep shores along Iwanuma in northern Japan on Friday, March 11. The magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's eastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. - sumber Google

Rabu, 2 Mac 2011

Manisnya Mengulit Rindu Seorang Rafik

Imej buku by Google
Saya telah selesai membaca buku ini. Hah... terkesima. Himpunan cerpen yang terdapat di dalam buku ini sangat menarik. Wajah kulitnya manis..si merah jambu...benar-benar kewanitaan gitu. Kebanyakan cerpen yang dihimpun telah memenangi pelbagai hadiah peringkat negeri dan nasional. Untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia penulisan cerpen sila baca buku ini sebagai pembakar semangat. Lihat dengan mata hati dan mata kasar...kenapa cerpen-cerpennya boleh memenangi hati juri.

Ya, terima kasih kepada Puan Nisah Haji Haron atas pemberian buku ini kepada saya lewat teman sekuliahnya yang juga teman sepejabat saya. Saya bercadang untuk mengulasnya bila saya ada masa lapang. Sekarang ini saya agak sibuk sedikit. Insya-Allah. Secara peribadinya saya menganggap buku ini sebagai hadiah personal kepada saya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan saya yang ke-26. Pengarangnya menuliskan tarikh keramat tersebut di dalam buku yang diberikannya kepada saya tanpa mengetahui tarikh yang dituliskannya adalah amat bermakna dalam sejarah hidup saya. Terima kasih lagi sekali. Saya amat menghargainya. Saat paling manis kerana saya membawa sama buku ini dan menghabiskan pembacaannya ketika berada di pantai sewaktu percutian di Phuket baru-baru ini. Saya sendiri dengan tegar menjadikan membaca sebagai suatu budaya biasa dalam hidup tanpa mengira dalam tempoh percutian mahupun tidak.

Isnin, 28 Februari 2011

Phuket dalam kenangan



Alangkah indahnya percutian ini...memang tidak dijangkakan bahawa suatu hari kelak aku akan berada di Phuket...

Cerita Tiga Rasa

Tarikh 25 Februari 2011 ini mempunyai 3 rasa:

1. Ini adalah tarikh ayahandaku Haji Jaffar bin Esa meninggal dunia 11 tahun yang lampau. Aku masih teringat lagi tarikh inilah kuabadikan di dalam tesis sarjanamudaku pada tahun 2000 dahulu. Di kampungku di hujung Semenanjung telah diadakan majlis memperingati pemergian ayahanda dengan bacaan yassin di surau Kampung Anjung Batu. Doa anakanda, semoga roh ayahanda akan tenang, aman dan bahagia di sana. Al-Fatihah.

2. Kira-kira jam 11.30 pagi aku ke Hospital Kajang kerana ibu saudara sebelah bapaku sedang sakit tenat di situ. Sepupuku Itah menelefon/sms mengatakan bondanya mungkin tiada harapan untuk meneruskan hayat di dunia ini....setelah berbalas-balas sms lewat tengah malam aku mengambil keputusan untuk melawat bonda saudaraku yang ku panggil sebagai mak usu di Hospital Kajang usai sahaja percutianku di Port Dickson. Namun setelah melihat dengan sendirinya aku dapat mengagak yang memang hayatnya mungkin tidak panjang...
Sekembalinya aku di pejabat aku bercerita tentang hal ini dengan beberapa teman...dan kegusaranku menjadi nyata apakala jam 12.oo tengah malam Itah menelefonku mengatakan bondanya telah pergi buat selama-lamanya. Itulah satu-satunya bonda saudaraku yang masih tinggal pada sebelah abahku. Al-Fatihah. Tanggal 26 Februari aku pulang ke Tangkak untuk menziarahi aruah buat kali terakhir kerana keakrabanku dengan Itah semenjak kami sama-sama bersekolah rendah, menengah dan beliau juga menjadi pengapitku semasa hari perkahwinanku...

3. Hari lahir teman di bilik sebelah di kantorku...pegawai tadbir muda yang biasa ku sapa sebagai Salle jua yang bercita-cita mahu menjadi sasterawan...aku doakan agar cintanya kepada sastera akan mekar sempena dengan hari lahirnya...katanya kepadaku pada keesokkan harinya akulah orang pertama yang mengucapkan tahniah sempena dengan hari lahirnya...semoga dikau sasterawan muda akan bertambah matang bersama usiamu.