Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Selasa, 9 Julai 2013
Selamat Berpuasa
Tanggal 10 Julai 2013 ini umat Islam mula berpuasa. Maka saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan kepada semua....Selamat Berpuasa dan beribadah Tarawikh pada sebelah malamnya. Kalau ada masa lapang...banyak-banyakkanlah mengaji al-Quran supaya genap aja 30 hari berpuasa kita boleh khatam al-Quran.
Rabu, 5 Jun 2013
Labu
Malam tadi saya menonton rancangan masak-masak daripada luar negara....AFC. Wah! Rupa-rupanya banyak betul jenis labu ni. Kalau yang dekat pasar tu biasa-biasa aja saiznya. Saya memang pernah lihat labu sebesar gajah kat dalam televisyen tu masa duduk di Belgium dulu. Tapi tak terfikirlah pulak boleh dimasak dengan pelbagai resepi. Ah! Ceteknya pengetahuan saya tentang resepi tentang labu. Kalau nak tau, orang kampung mertua saya pula siap boleh buat lepat atau kuih kuci labu masa majlis-majlis perkahwinan. Gotong royong lagi tu. Saya ni senyap-senyap akan saya bawa balik atau minta terus daripada tuan rumah...(muka tak malu ni). Biasanya dia orang akan bungkuskan untuk saya....eh....ambik ambik...ambik...makanlah.... saya puji-pujilah cakap sedaplah....itulah inilah.....ayat mesti power gitu. Walaupun asalnya saya hanya minta satu aja....kerana dah tak boleh nak makan dek kerana kekenyangan makan nasi.
Berbalik kepada rancangan masak-masak di televisyen ni...sebetulnya saya jarang dapat melihat pelbagai rancangan masak-masak setanding AFC ni. Untuk program malam tadi saya boleh ikut sampai ke akhir pertandingan terhebat Iron Chef tu....kira baguslah tu saya boleh faham bahasa orang putih....chewah....makcik ni cuba-cuba memahami. Sejujurnya memang bagus juga rancangannya. Saya dapat ilmu pengetahuan yang cukup luas. Dalam rakan fb saya ada Chef Norman yang saya ikut apa juga programnya lewat apa yang dicatatkan. Dulu ada Chef Wan...tapi Datuk ni dah tutup pulak akaun dia. Coretannya bagus dan kita akan tergelak-gelak bila baca. Oh ya...saya ni mungkin terpengaruh dengan rancangan Masterchef Seleberiti Malaysia atau Masterchef Malaysia. Nak kata pandai masak tu entahlah....tetapi memang saya suka memasak. Kalau diberi peluang saya pun sanggup 'mengorbankan diri bercuti' demi memasuki rancangan ini....alahai.
Imej By Google.
Berbalik kepada rancangan masak-masak di televisyen ni...sebetulnya saya jarang dapat melihat pelbagai rancangan masak-masak setanding AFC ni. Untuk program malam tadi saya boleh ikut sampai ke akhir pertandingan terhebat Iron Chef tu....kira baguslah tu saya boleh faham bahasa orang putih....chewah....makcik ni cuba-cuba memahami. Sejujurnya memang bagus juga rancangannya. Saya dapat ilmu pengetahuan yang cukup luas. Dalam rakan fb saya ada Chef Norman yang saya ikut apa juga programnya lewat apa yang dicatatkan. Dulu ada Chef Wan...tapi Datuk ni dah tutup pulak akaun dia. Coretannya bagus dan kita akan tergelak-gelak bila baca. Oh ya...saya ni mungkin terpengaruh dengan rancangan Masterchef Seleberiti Malaysia atau Masterchef Malaysia. Nak kata pandai masak tu entahlah....tetapi memang saya suka memasak. Kalau diberi peluang saya pun sanggup 'mengorbankan diri bercuti' demi memasuki rancangan ini....alahai.
Imej By Google.
Selasa, 4 Jun 2013
Berkongsi pengalaman....
Bulan lalu saya agak sibuk menghadiri beberapa buah seminar, bengkel, kursus dan persidangan. Macam-macam rasa ada mengikut mood sesi yang saya hadiri. Ada yang dibuat di dalam kampus dan ada yang menghantar jiwa saya ke luar kampus sehingga ke Melaka, Seremban dan Langkawi sana. Cuma saya paling suka jika dapat hadir di Danau atau pun Puri Pujangga. Dekat dan menjimatkan masa saya. Caranya sama sahaja iaitu untuk memandaikan diri saya. Saya juga berkesempatan hadir di bengkel yang dianjurkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehingga sampai satu tahap saya macam tidak bekerja sepanjang bulan lepas dek kerana kesibukan tersebut. Secara kebetulan banyak betul program yang masuk hampir serentak.
Tak apalah sesekali berehat-rehat, makan-makan free dan bertemu ilmuan bidang lain. Seronok juga macam ni. Cuma manuskrip buku-buku ni semakin hari semakin banyak. Saya pun tak tahu sampai bila nak habis ditimpa dek manuskrip buku yang banyak ni. Apa yang nyata.....saya sudah semakin lama semakin bosan dengan dunia ini......tiada apa-apa kecemerlangan yang boleh saya cipta di sini, lagi pun saya bukanlah pekerja yang baik.....kerja saya hanya membaca sahaja....cukup masa buku terbit dan esok begitu lagi...membaca lagi......yeah. Kalau pejabat saya nak jatuh berkecai pun saya dah tak kisah....hah...ganas sekali bunyinya bukan. Siapa pun yang datang dan pergi biarlah....Sekian.
Tak apalah sesekali berehat-rehat, makan-makan free dan bertemu ilmuan bidang lain. Seronok juga macam ni. Cuma manuskrip buku-buku ni semakin hari semakin banyak. Saya pun tak tahu sampai bila nak habis ditimpa dek manuskrip buku yang banyak ni. Apa yang nyata.....saya sudah semakin lama semakin bosan dengan dunia ini......tiada apa-apa kecemerlangan yang boleh saya cipta di sini, lagi pun saya bukanlah pekerja yang baik.....kerja saya hanya membaca sahaja....cukup masa buku terbit dan esok begitu lagi...membaca lagi......yeah. Kalau pejabat saya nak jatuh berkecai pun saya dah tak kisah....hah...ganas sekali bunyinya bukan. Siapa pun yang datang dan pergi biarlah....Sekian.
Selasa, 12 Februari 2013
Middle C
Imej By Google
Untuk sesiapa yang mahu belajar piano...hah....wajib tahu nota ini.
Ingat ye ...
middle C..........
middle C.........
middle C....
berapa banyak kali mahu ulang daaaa
Selasa, 8 Januari 2013
Ahad, 30 Disember 2012
Suara hati penghujung 2012
| Imej By Google Tahun 2013 akan menjelma sebentar lagi. Tahun 2012 bakal meninggalkan kita semua. Sudah bertahun-tahun juga aku mendalami bidang ini, namun hingga saat ini aku masih belum dapat menguasainya dengan sepenuh hati. Biarpun aku telah cuba mengambil peperiksaan dan lulus dengan jayanya tetapi untuk menghadaminya seperti insan seni lain rasanya masih tidak terjangkau oleh tangan. Walau bagaimanapun jiwa dan raga ini masih belum punah untuk menekuni bidang yang sukar ini. |
Labels:
Dunia muzikku,
Hiburan Semasa,
peribadi,
santai,
Tips
Ahad, 4 November 2012
...Panduan Mengirim Manuskrip Cerpen
Saya sengaja meletakkan di sini. Untuk pengetahuan, entri ini saya copy daripada blog Tuan Uthaya SB. Tujuannya agar nota yang berguna ini dapat dimanfaatkan dan juga sekadar mengingatkan diri saya bahawa saya harus banyak lagi membaca. Mohon izin diletakkan di entri saya ya Tuan Uthaya. Terima kasih.
Panduan Mengirim Manuskrip Cerpen
Sejak dahulu, saya sentiasa mengalu-alukan sesiapa yang berminat dan berbakat menulis cerpen Bahasa Malaysia, mengirim manuskrip kepada saya untuk dinilai dan dikomen.
.
Bagaimanapun, saya sentiasa mengingatkan mereka supaya mementingkan aspek bahasa, kerana bahasalah wahana tunggal yang digunakan untuk menyampaikan keseluruhan cerita.
.
Aspek “bahasa” yang dimaksudkan termasuklah ejaan, tanda baca, imbuhan, kata sendi, perenggan, dialog dan kesilapan menaip.
.
Sekiranya ada mana-mana penulis baru yang mahu mengirim manuskrip cerpen kepada saya untuk dinilai dan dikomen, sila patuhi KESEMUA panduan berikut:
.
1. Pastikan anda sedia menerima komen dan kritikan pedas.
.
2. Taip manuskrip menggunakan Microsoft Word.
.
3. Jika tidak tahu menggunakan komputer, tolong belajar.
.
4. Gunakan fon (font) Century Gothic, Arial atau Times New Roman, saiz 12. Jangan gunakan fon yang sukar dibaca!
.
5. Gunakan langkau dua (double spacing) sahaja.
.
6. Pastikan judul cerpen, nama penulis, nombor telefon dan alamat e-mel dinyatakan pada manuskrip cerpen yang mahu dikirim kepada saya. Hubungi uthayasb@yahoo.com.my untuk mendapatkan contoh manuskrip.
.
7. Jangan kirim keseluruhan cerpen kepada saya. Kirim dua halaman sahaja. Ulang: dua halaman sahaja. (Kecuali saya secara khusus meminta anda mengirim keseluruhan cerpen.)
.
8. Kalau manuskrip yang sudah ditulis panjangnya sepuluh halaman sekalipun, kirim dua halaman sahaja kepada saya.
.
9. Jangan pula menulis sebuah cerpen yang panjangnya dua halaman sahaja!
.
10. Kalau cerpen belum siap sepenuhnya, tidak mengapa. Kirim dua halaman sahaja yang sudah siap ditulis.
.
11. Tolong tahu apa yang dimaksudkan dengan “cerpen”. Jangan kirim karya yang bukan cerpen.
.
12. Biasakan membaca cerpen bermutu supaya manuskrip yang dikirim kepada saya adalah cerpen bermutu.
.
13. Belajar menulis perenggan dengan betul. Tugas saya bukan mengajar anda mengenai cara membuat perenggan.
.
14. Sebagai panduan umum, setiap perenggan tidak melebihi lima baris.
.
15. Semak dua halaman manuskrip itu sekurang-kurangnya 10 kali sebelum dikirim kepada saya.
16. Kirim manuskrip cerpen (dua halaman sahaja) kepada saya secara lampiran (attachment) ke alamat e-mel uthayasb@yahoo.com.my
.
17. Pastikan cerpen yang dikirim adalah karya asli.
.
18. Setiap e-mel yang selamat diterima pasti akan dibalas sebagai pengesahan penerimaan.
.
19. Saya akan membaca manuskrip dua halaman itu apabila ada masa.
.
20. Sekiranya manuskrip lebih daripada dua halaman dikirim, saya tidak akan membacanya.
.
21. Sila KLIK DI SINI untuk panduan penggunaan kata sendi “dari” dan “daripada”. Pastikan tidak ada langsung kesalahan penggunaan “dari” dan “daripada” pada manuskrip yang dikirim.
.
22. Sila KLIK DI SINI jika mahu tahu mengapa tanda baca sangat penting.
23. Sekiranya terdapat lebih daripada 10 kesalahan bahasa (termasuk kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan, kata sendi, perenggan, dialog dan kesilapan menaip) pada manuskrip sepanjang dua halaman itu, maka saya tidak akan memberi apa-apa komen/penilaian.
.
24. Sekiranya ada lebih daripada 10 kesalahan bahasa, saya akan nasihatkan si pengirim belajar Bahasa Malaysia sebelum mula cuba menulis cerpen Bahasa Malaysia.
.
25. Komen, kritikan dan penilaian yang saya beri adalah pedas dan objektif. Jangan kirim manuskrip kepada saya jika mengharapkan pujian.
.
26. Manuskrip yang dicetak dan kirim melalui pos tidak dilayan.
.
27. Jadikan kamus teman setia.
.
28. Jika mahu menjadi penulis, berfikirlah seperti seorang penulis!
..
29. Sila KLIK DI SINI untuk panduan penggunaan imbuhan "pe-an" dan "per-an". Pastikan tiada kesilapan penggunaan imbuhan pada manuskrip.
.
30. Baca, fahami dan patuhi kesemua panduan di atas sebelum mengirim manuskrip cerpen kepada saya.
.
Tentulah segala panduan dan syarat yang ditetapkan ini kelihatan/kedengaran “amat menakutkan”. Apa pun, itulah pendirian saya. Saya hanya mampu membantu sesiapa yang bersedia untuk membantu dirinya sendiri.
.
.
Sila KLIK DI SINI untuk ke blog saya yang memuatkan pelbagai bahan panduan penulisan; termasuk panduan menulis perenggan pertama.
.
Sila KLIK DI SINI untuk membaca sinopsis 14 cerpen Bahasa Malaysia yang dihasilkan Sasterawan Kavyan.
.
Sila KLIK DI SINI untuk sedikit panduan menulis perenggan pertama.
.
Anda lebih suka "bercerita" berbanding "menulis"? Sila KLIK DI SINI untuk kisah itu.
..
Panduan paling asas menulis karangan cereka peringkat kanak-kanak boleh dirujuk DI SINI.
..
Secara umum, panjang manuskrip cerpen kanak-kanak adalah 6 halaman dan panjang cerpen remaja adalah 9 halaman.
.
Manuskrip wajib ditaip langkau dua menggunakan fon Times New Roman, Arial atau Century Gothic dan saiz fon adalah 12.
..
Individu yang berminat digalakkan menyertai Bengkel Sehari Penulisan Cerpen anjuran Kavyan dari semasa ke semasa di pelbagai lokasi.
...
Sudilah menghubungi saya melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau talian 016-3288142 jika ada sebarang pertanyaan.
.
Nota: SMS akan dibaca tetapi tidak dibalas.
Selasa, 14 Disember 2010
Tips Menulis
Rabu, 29 September 2010
Tips Lembar Bahasa....1
Saya sering keliru dengan banyak ejaan ketika menyunting...biarpun hari-hari kerjanya asyik membaca.... Ikhlasnya saya selalu lupa dan keliru dan kerap pula lakukan kesalahan ejaan untuk perkataan yang tidak sepatutnya. Ikhlasnya juga, saya selalu ditelefon oleh insan yang malas untuk merujuk Kamus Dewan dan Lembar Bahasa DBP...Di sini kita bermula....saya tulis hanya yang betul....
atur cara
Aidiladha / Aidilfitri
baucar
berserta
boling
cendekiawan
catat
definisi
draf
e-mel
faks
gambar rajah
gembleng
graf
hak milik
ibu bapa
insurans
insya-Allah
jawatankuasa
Johor Bahru bukan Johor Bharu
kereta api
komersial
Kota Bharu bukan Kota Bahru
landskap
leukemia
maksimum bukan maksima
memperoleh bukan memperolehi
minimum bukan minima
nasionalisme bukan nasionalisma
pemprosesan bukan pemerosesan
pelancaran
persaraan
reka bentuk
sebut harga
silaturahim
stesen
stoking
skala
temu bual
urus setia
surat khabar
Sekian....
atur cara
Aidiladha / Aidilfitri
baucar
berserta
boling
cendekiawan
catat
definisi
draf
e-mel
faks
gambar rajah
gembleng
graf
hak milik
ibu bapa
insurans
insya-Allah
jawatankuasa
Johor Bahru bukan Johor Bharu
kereta api
komersial
Kota Bharu bukan Kota Bahru
landskap
leukemia
maksimum bukan maksima
memperoleh bukan memperolehi
minimum bukan minima
nasionalisme bukan nasionalisma
pemprosesan bukan pemerosesan
pelancaran
persaraan
reka bentuk
sebut harga
silaturahim
stesen
stoking
skala
temu bual
urus setia
surat khabar
Sekian....
Langgan:
Catatan (Atom)



