Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan
Selasa, 9 Julai 2013
Selamat Berpuasa
Tanggal 10 Julai 2013 ini umat Islam mula berpuasa. Maka saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan kepada semua....Selamat Berpuasa dan beribadah Tarawikh pada sebelah malamnya. Kalau ada masa lapang...banyak-banyakkanlah mengaji al-Quran supaya genap aja 30 hari berpuasa kita boleh khatam al-Quran.
Rabu, 5 Jun 2013
Buku Persalinan Rasmi Orang Besar Empat
Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Peluang bertemu dan berbual-bual dengan Tuanku Puteri amat bermakna sekali bagi diri patik. Biarpun saat itu memang berlangsung secara tidak sengaja atau dirancang. Patik memang tidak dikenali di mata pihak istana. Siapalah patik jika hendak dibandingkan dengan pegawai-pegawai atasan di tempat kerja patik. Kini saat itu sudah setahun berlalu. Rupa-rupanya saat itu bagaikan suatu mimpi indah yang berlalu dalam detik masa yang cukup pantas.
Saat manis berlangsung ketika patik melangkahkan kaki memasuki Istana Negara. Itu pun kerana patik berpeluang mengiringi suami patik kerana anugerah yang diberikan kepadanya oleh Yang Dipertuan Agung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Patik hanya dapat menyatakan rasa gembira kerana diberi peluang membantu pejabat tempat patik bekerja bagi mengedit dan menyiapkan buku Tan Sri Tuanku Puteri. Sejujurnya patik amat terharu kerana diberi tanggungjawab mengedit buku ini yang pengarang asalnya adalah Prof. Madya Dr. Haziyah Hussin - seorang pengarang yang amat dedikasi, rajin, komited dan mementingkan kualiti kerja. Ini mengingatkan diri patik kepada saat-saat menyiapkan buku Rupa dan Gaya Busana Melayu bersama aruah Puan Azah Aziz beberapa tahun yang lalu. Kulit buku yang cantik ini direka bentuk oleh Encik Khalid Hashim yang saat ini sedang berada di Itali kerana mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang reka bentuk anjuran pihak Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selasa, 4 Jun 2013
Tahniah - Dato' Baha

Imej By Google
Biarpun terlambat, tapi secara peribadinya saya masih juga ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain di atas penganugerahan tertinggi negara dalam bidang penulisan sebagai Sasterawan Negara ke-12 pada 28 Mei lalu. Kalau nak tau, saya telah mengenali puisi-puisi beliau semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Masa tu saya kat Tangkak lagi tu. Sekarang ni saya dah jadi orang Kuala Lumpur gitu. Itu menunjukkan bertapa lama masanya saya mengenali nama besar ini. Kali terakhir saya nampak beliau ialah semasa pengumuman Timbalan Perdana Menteri tentang bajet penerbitan buku yang bernilai jutaan ringgit
beberapa hari sebelum menjelang pilihan raya ke-13. Saya nampak beliau amat merendah diri, baik dan bak kata orang sesuai sangatlah dengan tarafnya sebagai Sasterawan Negara ke-12. Maklumlah masa tu ramai lagi Sasterawan Negara lain yang turut hadir. Adalah sikit rasa hormat saya padanya. (Walaupun tak pernah kenal secara peribadi). Nanti saya akan cuba cari peluang untuk mendekatinya....sekurang-kurangnya untuk menambahkan lagi bilangan Sasterawan Negara yang pernah saya kenal sebelum beliau. Hah....kalau nak tau saya dah pernah kenal dengan aruah SN Dr. Arenawati (mengedit buku Cakra Waruga dan saya selalu hadir beberapa majlis pelancaran bukunya), SN Dato' Dr. Shahnon Ahmad (rumah anaknya dekat rumah saya....chewah...!!!!cucunya kawan anak-anak saya dan saya peminat tegar Ranjau Sepanjang Jalan), SN Dato' Dr. A. Samad Said pula selalu bertemu di Pesta Buku, beli buku-bukunya, dapat minta tanda tangan dan anak saya cakap selalu terjumpa di stesen komuter...ahh tak kisahlah mana-mana pun terjumpa - yang penting tulisannya sudah mewarnai kemeriahan dunia sastera negara), SN S. Othman Kelantan (dulu-dulu zaman hayatnya selalu terserempak di UKM dan di Warta maklumlah dah macam sekampung jer gitu...satu Bangi satu supermarket), SN Prof. Emeritus Dr. Hj. Muhamad Haji Salleh (mengedit buku Biografi Tun Razak dan bertemu di majlis ilmu), SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan (selalu terjumpa di rumah Pak Arena dan beberapa majlis-majlis ilmu khususnya tentang penerbitan dan yang paling tak boleh saya lupa ketika saat Dato' ni dan suami saya bersama-sama mengusung jenazah aruah Pak Arena naik ke masjid Wilayah Persekutuan), SN Dato' Dr. Kemala (selalu nampak beliau tekun menulis dan membaca di kamarnya di UPM kerana biliknya bersebelahan dengan bilik mentor saya dan Dato' ni selalu menegur saya kalau saya menunggu mentor saya).... Jika nak dibandingkan dengan sasterawan yang sebelum ini saya rasa-rasa macam tak layak pulak saya nak minum-minum berdiri bersama dengan mereka ni....wah! Sasterawan yang lain tu saya kenal juga kerana saya ni banyak membaca -karya-karya mereka. Jadi rasa macam kenal semualah. (Wah! Dah macam watak perasan habis makcik ni bila menulis)....
Berbalik kepada Dato' Baha ni, dari kejauhan dunia saya ni saya nampak beliau ni orangnya amatlah kaya dengan pengalaman penulisan, khususnya dunia sastera dan puisi....maklumlah pernah jadi Presiden PENA...(kena baca Dewan Sastera bulan Mei 2013 - kalau tak silaplah..... gaya bahasanya amat puitis, romantik dan cantik sekali. Membuai-buai perasaan anak dara dan mak dara...sang teruna dan pak Malau.
Kreativitinya dalam bidang penulisan ilmiah juga luas, ilmu dan kemahiran sastera serta gaya penulisan yang tinggi dan kreatif. Pendek kata layaklah beliau diangkat sebagai Sasterawan Negara. Agak-agak saya boleh tak menjadi sepertinya....adalah sedikit angan-angan Mat Jenin yang terjuntai lewat puncak Gunung Ledang neh....
Inilah wajah terbaru beliau pada malam Anugerah Sasterawan Negara baru-baru ini.
Senarai Penerima Anugerah Sasterawan Negara Malaysia
(ni sengaja saya letak di sini - senang nak ingat tahun-tahun penganugerahan dan saya petik melalui carian google)
- 1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
- 1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
- 1983 : Datuk (Dr.) Usman Awang
- 1985 : Datuk (Dr.) A. Samad Said
- 1987 : (Dr.) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
- 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
- 1993 : Datuk Noordin Hassan
- 1996 : Datuk Abdullah Hussain
- 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
- 2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
- 2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
- 2013 : Datuk Baha Zain
Khamis, 21 Februari 2013
Salam Perpisahan....
Layari http://youtu.be/sWzJBCWY22
Bertemu dan berpisah menerusi laman web by google
Aduhai!
Bertemu dan berpisah memanglah adat manusia biasa
Bos pergi dan bos datang juga perkara biasa dalam hidup saya
Saya tetap begini dan begini walau bos bertukar ganti
Aktiviti harian juga berjalan seperti biasa
Sebagai kakitangan biasa,
bagi kami bezanya setiap kali bertukar bos
sudah pasti datangnya dengan membawa pemikiran masing-masing yang tersendiri
yang sukar untuk saya rungkaikan dan biasanya
kita sebagai anak buahnya harus turuti menurut kesesuaian waktu
Ini adalah YBhg. Prof. Dr. Kamaruddin M. Said
(mendengar ucapannya sangat-sangat
membuka minda saya -
orangnya berfikiran jauh dan sangat terbuka.
Saya juga harus banyak berterima kasih kepadanya
kerana saya juga banyak belajar daripadanya untuk bersikap jujur dengan
sesuatu yang menimpa diri kita.
Kita tidak perlu menjadi hipokrit untuk menjadi orang lain)
Berikut adalah foto antara anak buah bos yang sempat
mengiringi majlis perpisahan semalam
(tiada dalam foto adalah staf unit video dan beberapa rakan lain
yang ada tugasan dan ada antara mereka
sedang melaksanakan tugasan di DECTAR)
Biasanya ini adalah rutin harian saya yang kerjanya
suka mencatat dan menconteng sesuatu.
Saat ini juga orang suka dan gemar bermain-main
dengan telefon bimbit masing-masing,
namun saya sejujur-jujurnya
lebih senang untuk tidak membawa telefon bimbit
dan 'berasmara' dengan kertas dan pena
kerana itu adalah jiwa saya yang sentiasa kacau
Dedikasi Foto oleh Unit Foto Penerbit UKM
Khamis, 7 Februari 2013
Kenangan mengusik jiwa....
Bila hujan-hujan lebat begini teringat pulak pada aruah Pak Haron Johari. Beliau adalah mantan karyawan tamu di pejabat saya suatu ketika dahulu. Apa yang mengingatkan diriku dengan kenangan tersebut adalah ketikan mesin taip buruknya.....Bila kita lalu di hadapan biliknya mesti kita akan dengar ketikan mesin taip tersebut. Baginya menggunakan mesin taip merupakan suatu cara yang mudah biarpun ketika itu sudah ada komputer. Beliau akan menaip dan menyerahkan salinan manuskrip yang ditaipnya kepada bos. Aruah sungguh rajin menaip. al-Fatihah
Khamis, 10 Januari 2013
Selamat Hari Lahir
Selamat hari lahir untuk anakanda NAQQIB. Semoga menjadi insan yang disenangi ramai kerana telah memulakan kerjaya baru yang sesuai dengan pelajaran yang ada. Amin.
Isnin, 3 Januari 2011
SELAMAT TINGGAL 2010 SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2011
2010 meninggalkan pelbagai kisah suka duka - 2011 menanti dengan pelbagai juadah cerita...yang mahu diisi dengan jalur yang kita bina sendiri landasannya.
Langgan:
Catatan (Atom)







