Jumaat, 15 Jun 2012
....Warisan Hadis Ulama Nusantara
Warisan Hadis Ulama Nusantara...(Penerbit UKM: 2012). Maka kepada semua pembaca diharapkan dapat menikmati hasil suntingan terkini Prof. Madya Dr. Mazlan, dan rakan-rakannya di Fakulti Pengajian Islam. Siap sahaja buku ini, aku ditelefon kerana mahukan harga. Dalam kerasnya hatiku ini berkata,...aiii...ada peminat gak buku ini....keesokan harinya harga masih tak siap-siap lagi kerana aku belum memasukkan jumlah harga bacaan pruf dan bayaran kepada penyunting luar....rupa-rupanya sudah tiga orang menunggu di kedai buku untuk mendapatkan naskhah ini...
Pada pengamatanku....buku ini mungkin sangat bagus untuk dimiliki...khususnya bagi mereka yang ingin tahu perjalanan hidup ulama Nusantara....buku ini boleh dimiliki dengan membayar RM35.00.
Jumaat, 1 Jun 2012
Wacana Bahasa Kebangsaan
Wacana mengenai isu-isu terkini Bahasa Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2012, bertempat di Bilik Majlis, UKM.
Panel yang hadir terdiri daripada:
Tuan Haji Borhan Md. Zain
Setiausaha 1 Gapena
Encik Ahmad Fedtri Yahya
Pengamal Media
YBhg. Prof Dr. Teo Kok Seong
Felo Penyelidik Utama ATMA
Majlis ini dianjurkan oleh ATMA dan masuk percuma.........
Langgan:
Catatan (Atom)