Selasa, 9 Julai 2013

Setem

Pagi ini saya ke Pos Malaysia.  Agak lama saya tidak ke pejabat pos untuk mengepos surat atau membeli setem.  Saya harus catatkan di sini harga-harga setem yang diberitahu oleh petugas kaunter Pos Malaysia supaya saya tidak lupa.

Setem untuk poskad dalam negeri:  .30 sen
Setem untuk poskad ke luar negeri  .50 sen

 Imej By Google

Saya ada beli banyak poskad.  Jadi saya nak poskan kepada diri sendiri sebagai simpanan atau kepada kawan-kawan yang rajin menghantar poskad kepada saya.  Saya banyak dapat poskad daripada luar negara juga.  Sekarang ni saya tampalkan di dinding bilik saya.  Serasa seolah-olah berada di tempat yang tertera di dalam poskad tersebut.  Terima kasih kepada teman-teman yang menghantar poskad kepadaku.  Jasamu dikenang.
Imej By Google


Keluar daripada pintu Pos Malaysia saya ditahan oleh dua orang pemuda Bangladesh.  Saya  tak takut kerana saya tak bawa beg tangan.  Mereka menghulurkan sampul surat cinta kepada saya (sampul yang belang-belang biru merah)...  Cuma cakap tak tau tak tau tak tau....berulang-ulang kali di luar pintu pos Malaysia.  Saya ingat mereka ni nak minta derma ke apa-apa ke bila menahan saya.  Jadi saya berpatah balik dan layan jugalah dia walaupun nampak gayanya mereka ni memang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.  Oleh sebab saya sudah acap kali berada di India, maka saya sudah faham budaya masyarakat sana.  Memang tak jauh bezanya.  Saya pun selalu bertanya itu dan ini kalau tak faham bila berada di perantauan.  Saya tanyakan beberapa kali kepadanya apa yang mereka mahu.  Rupa-rupanya nak pos surat, tetapi takut nak masuk ke pejabat pos.  Minta saya poskan suratnya.  Saya takut gak.  Saya ni kan banyak membaca,  jadi nanti diperdayanya saya.  Takut juga saya.  Tapi saya tenguk macam okey jer.  Jadi, sekali lagi, saya bawa dia masuk ke Pos Malaysia dan ambikkan nombor giliran.  Saya suruh dia buat sendiri.  Saya pun tak mahu tanggung risiko.  Baik hati, baik hati juga.  Tapi kena sentiasa beringat juga.  Saya bertutur dalam bahasa Inggeris kepadanya...sekali dengan bahasa isyarat sambil menunjukkan jika nombor itu timbul dan apabila dipanggil kamu berdua harus pergi ke kaunter dan buat bayaran.  Tanya terus kepada petugas dan sampul surat itu perlu ditimbang terlebih dahulu.  Kemudian saya suruh mereka duduk di kerusi dan perhatikan nombor giliran naik.  Wah...mereka ikut pula tu cakap saya.  Semua orang tenguk saya...Saya malas nak tunggu kerana agak lama nombor itu naik.  Lagi pun tadi saya dah tunggu lama bila nak berurusan di sana.  Saya harap berjayalah mereka menghantar surat tersebut kepada temannya.....

rutin harian

Oleh sebab hari ini permulaan puasa, jadi saya berasa agak letih sedikit setelah sekian banyak membaca halaman-halaman manuskrip ...  ****....**** yang perlu disunting.  Manuskrip ini sudah sekian lama berada di pejabat saya, tetapi untuk tugasan kepada diri saya maka baru petang semalam diserahkan....(9 Julai 2013)....walaupun saya tidak suka kepada manuskrip di atas, saya kena buat juga...alasannya kerana saya orang bawahan .....maka saya harus akur dan  ambil saja tugasan ini.  Jadi saya harus mencatatkan di ruang peribadi saya di sini sebagai rekod.  Orang akan mencari kesalahan saya kerana lambat siap atau kesilapan di mana-mana....saya memang akur dengan perkara tersebut.  .....al-maklumlah saya pun manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan di mana-mana.  Sementelahan pula saya ni bukanlah seorang pekerja yang rajin.  Cukup masa saya balik.....kalau mood saya baik dan saya kesian dengan seseorang pengarang itu yang tidak banyak kerenah dan songel....maka saya juga akan respek kepada dia.  Setakat ini pengarang-pengarang saya baik-baik.  Lambat siap.  Dah hantar lama.  Bila nak siap.... Minggu depan saya nak pakai untuk kuliah.....wah....wah.... wah....begitulah....Itu tidak termasuk lagi saya ke sana sini atas tugasan rasmi dan di selang seli dengan tugasan tidak rasmi.....

Selamat Berpuasa

Tanggal 10 Julai 2013 ini umat Islam mula berpuasa.  Maka saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan kepada semua....Selamat Berpuasa dan beribadah Tarawikh pada sebelah malamnya.  Kalau ada masa lapang...banyak-banyakkanlah mengaji al-Quran supaya genap aja 30 hari berpuasa kita boleh khatam al-Quran.

Khamis, 6 Jun 2013

Rabu, 5 Jun 2013

Buku Persalinan Rasmi Orang Besar Empat



Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Peluang bertemu dan berbual-bual dengan Tuanku Puteri amat bermakna sekali bagi diri patik.  Biarpun saat itu memang berlangsung secara tidak sengaja atau dirancang.  Patik memang tidak dikenali di mata pihak istana.  Siapalah patik jika hendak dibandingkan dengan pegawai-pegawai atasan di tempat kerja patik.  Kini saat itu sudah setahun berlalu.  Rupa-rupanya saat itu bagaikan suatu mimpi indah yang berlalu dalam detik masa yang cukup pantas.
Saat manis berlangsung ketika patik melangkahkan kaki memasuki Istana Negara.  Itu pun kerana patik berpeluang mengiringi suami patik kerana anugerah yang diberikan kepadanya oleh Yang Dipertuan Agung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Patik hanya dapat menyatakan rasa gembira kerana diberi peluang membantu pejabat tempat patik bekerja bagi mengedit dan menyiapkan buku Tan Sri Tuanku Puteri. Sejujurnya patik amat terharu kerana diberi tanggungjawab mengedit buku ini yang pengarang asalnya adalah Prof. Madya Dr. Haziyah Hussin - seorang pengarang yang amat dedikasi, rajin, komited dan mementingkan kualiti kerja.  Ini mengingatkan diri patik kepada saat-saat menyiapkan buku Rupa dan Gaya Busana Melayu bersama aruah Puan Azah Aziz beberapa tahun yang lalu.  Kulit buku yang cantik ini direka bentuk oleh Encik Khalid Hashim yang saat ini sedang berada di Itali kerana mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang reka bentuk anjuran pihak Universiti Kebangsaan Malaysia.

Labu

Malam tadi saya menonton rancangan masak-masak daripada luar negara....AFC.  Wah!  Rupa-rupanya banyak betul jenis labu ni.  Kalau yang dekat pasar tu biasa-biasa aja saiznya.  Saya memang pernah lihat labu sebesar gajah kat dalam televisyen tu masa duduk di Belgium dulu.  Tapi tak terfikirlah pulak boleh dimasak dengan pelbagai resepi.  Ah!  Ceteknya pengetahuan saya tentang resepi tentang labu.  Kalau nak tau, orang kampung mertua saya pula siap boleh buat lepat atau kuih kuci labu masa majlis-majlis perkahwinan.  Gotong royong lagi tu.  Saya ni senyap-senyap akan saya bawa balik atau minta terus daripada tuan rumah...(muka tak malu ni).  Biasanya dia orang akan bungkuskan untuk saya....eh....ambik ambik...ambik...makanlah.... saya puji-pujilah cakap sedaplah....itulah inilah.....ayat mesti power gitu.  Walaupun asalnya saya hanya minta satu aja....kerana dah tak boleh nak makan dek kerana kekenyangan makan nasi.

Berbalik kepada rancangan masak-masak di televisyen ni...sebetulnya saya jarang dapat melihat pelbagai rancangan masak-masak setanding AFC ni.  Untuk program malam tadi saya boleh ikut sampai ke akhir pertandingan terhebat Iron Chef tu....kira baguslah tu saya boleh faham bahasa orang putih....chewah....makcik ni cuba-cuba memahami.  Sejujurnya memang bagus juga rancangannya. Saya dapat ilmu pengetahuan yang cukup luas.  Dalam rakan fb saya ada Chef Norman yang saya ikut apa juga programnya lewat apa yang dicatatkan.  Dulu  ada Chef Wan...tapi Datuk ni dah tutup pulak akaun dia.  Coretannya bagus dan kita akan tergelak-gelak bila baca.  Oh ya...saya ni mungkin terpengaruh dengan rancangan Masterchef Seleberiti Malaysia atau Masterchef Malaysia.  Nak kata pandai masak tu entahlah....tetapi memang saya suka memasak.  Kalau diberi peluang saya pun sanggup 'mengorbankan diri bercuti' demi memasuki rancangan ini....alahai.

Imej By Google.

Selasa, 4 Jun 2013

surprise

Imej By Google

Wah....cantik gak Grand Paragon Johor Bahru ini.....teringinlah pulak nak tidur kat sini.  Mesti boleh tenguk-tenguk Singapura bukan.  Petang-petang boleh jalan-jalan di Danga Bay .... makan-makan di tepi pantai tu.  So...sweet....

Tahniah - Dato' Baha



Imej By Google

Biarpun terlambat, tapi secara peribadinya  saya masih juga ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain di atas penganugerahan tertinggi negara dalam bidang penulisan sebagai Sasterawan Negara ke-12 pada 28 Mei lalu.  Kalau nak tau, saya telah mengenali puisi-puisi beliau semenjak di bangku sekolah menengah lagi.  Masa tu saya kat Tangkak lagi tu.  Sekarang ni saya dah jadi orang Kuala Lumpur gitu.  Itu menunjukkan bertapa lama masanya saya mengenali nama besar ini.  Kali terakhir saya nampak beliau ialah semasa pengumuman Timbalan Perdana Menteri tentang bajet penerbitan buku yang bernilai jutaan ringgit 
beberapa hari sebelum menjelang pilihan raya ke-13.  Saya nampak beliau amat merendah diri, baik dan bak kata orang sesuai sangatlah dengan tarafnya sebagai Sasterawan Negara ke-12.  Maklumlah masa tu ramai lagi Sasterawan Negara lain yang turut hadir.  Adalah sikit rasa hormat saya padanya.  (Walaupun tak pernah kenal secara peribadi).  Nanti saya akan cuba cari peluang untuk mendekatinya....sekurang-kurangnya untuk menambahkan lagi bilangan Sasterawan Negara yang pernah saya kenal sebelum beliau.  
Hah....kalau nak tau saya dah pernah kenal dengan aruah SN Dr.  Arenawati (mengedit buku Cakra Waruga dan saya selalu hadir beberapa majlis pelancaran bukunya), SN Dato' Dr.  Shahnon Ahmad (rumah anaknya dekat rumah saya....chewah...!!!!cucunya kawan anak-anak saya dan saya peminat tegar Ranjau Sepanjang Jalan), SN Dato' Dr. A. Samad Said pula selalu bertemu di Pesta Buku, beli buku-bukunya, dapat minta tanda tangan dan anak saya cakap selalu terjumpa di stesen komuter...ahh tak kisahlah mana-mana pun terjumpa - yang penting tulisannya sudah mewarnai kemeriahan dunia sastera negara), SN S. Othman Kelantan (dulu-dulu zaman hayatnya selalu terserempak di UKM dan di Warta maklumlah dah macam sekampung jer gitu...satu Bangi satu supermarket), SN Prof. Emeritus Dr. Hj. Muhamad Haji Salleh (mengedit buku Biografi Tun Razak dan bertemu di majlis ilmu), SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan (selalu terjumpa di rumah Pak Arena dan beberapa majlis-majlis ilmu khususnya tentang penerbitan dan yang paling tak boleh saya lupa ketika saat Dato' ni dan suami saya bersama-sama mengusung jenazah aruah Pak Arena naik ke masjid Wilayah Persekutuan), SN Dato' Dr. Kemala (selalu nampak beliau  tekun menulis dan membaca di kamarnya di UPM kerana biliknya bersebelahan dengan bilik mentor saya  dan Dato' ni selalu menegur saya kalau saya menunggu mentor saya).... Jika nak dibandingkan dengan sasterawan yang sebelum ini saya rasa-rasa macam tak layak pulak saya nak minum-minum berdiri bersama dengan mereka ni....wah!  Sasterawan yang lain tu saya kenal juga kerana saya ni banyak membaca -karya-karya mereka.  Jadi rasa macam kenal semualah.  (Wah!  Dah macam watak perasan habis makcik ni bila menulis)....


Berbalik kepada Dato' Baha ni, dari kejauhan dunia saya ni saya nampak beliau ni orangnya amatlah kaya dengan pengalaman penulisan,  khususnya dunia sastera dan puisi....maklumlah pernah jadi Presiden PENA...(kena baca Dewan Sastera bulan Mei 2013 - kalau tak silaplah..... gaya bahasanya amat puitis, romantik dan cantik sekali.  Membuai-buai perasaan anak dara dan mak dara...sang teruna dan pak Malau.  
Kreativitinya dalam bidang penulisan ilmiah juga luas, ilmu dan kemahiran sastera serta gaya penulisan yang tinggi dan kreatif.  Pendek kata layaklah beliau diangkat sebagai Sasterawan Negara.  Agak-agak saya boleh tak menjadi sepertinya....adalah sedikit angan-angan Mat Jenin yang terjuntai lewat puncak Gunung Ledang neh....


Imej By Google

Inilah wajah terbaru beliau pada malam Anugerah Sasterawan Negara baru-baru ini. 

Senarai Penerima Anugerah Sasterawan Negara Malaysia 

(ni sengaja saya letak di sini - senang nak ingat tahun-tahun penganugerahan dan saya petik melalui carian google)

  1. 1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
  2. 1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
  3. 1983 : Datuk (Dr.) Usman Awang
  4. 1985 : Datuk (Dr.) A. Samad Said
  5. 1987 : (Dr.) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
  6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
  7. 1993 : Datuk Noordin Hassan
  8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain
  9. 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
  10. 2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
  11. 2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
  12. 2013 : Datuk Baha Zain

Berkongsi pengalaman....

Bulan lalu saya agak sibuk menghadiri beberapa buah seminar, bengkel, kursus dan persidangan.  Macam-macam rasa ada mengikut mood sesi yang saya hadiri.  Ada yang dibuat di dalam kampus dan ada yang menghantar jiwa saya ke luar kampus sehingga ke Melaka, Seremban dan Langkawi sana.  Cuma saya paling suka jika dapat hadir di Danau atau pun Puri Pujangga.  Dekat dan menjimatkan masa saya.  Caranya sama sahaja iaitu untuk memandaikan diri saya.  Saya juga berkesempatan hadir di bengkel yang dianjurkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.  Sehingga sampai satu tahap saya macam tidak bekerja sepanjang bulan lepas dek kerana kesibukan  tersebut.  Secara kebetulan banyak betul program yang masuk hampir serentak.

Imej By Google


Tak apalah sesekali berehat-rehat, makan-makan free dan bertemu ilmuan bidang lain.  Seronok juga  macam ni.  Cuma manuskrip buku-buku ni semakin hari semakin banyak.  Saya pun tak tahu sampai bila nak habis ditimpa dek manuskrip buku yang banyak ni.  Apa yang nyata.....saya sudah semakin lama semakin bosan dengan dunia ini......tiada apa-apa kecemerlangan yang boleh saya cipta di sini, lagi pun saya bukanlah pekerja yang baik.....kerja saya hanya membaca sahaja....cukup masa buku terbit dan esok begitu lagi...membaca lagi......yeah.  Kalau pejabat saya nak jatuh berkecai pun saya dah tak kisah....hah...ganas sekali bunyinya bukan.  Siapa pun yang datang dan pergi biarlah....Sekian.


Rabu, 8 Mei 2013

SADJARAH RIOUW LINGGA DAN DAERAH TAALOQNYA

AKAN DATANG.....

Lagu Putih Putih Melati


Saya suka lagu ini...........

Lirik Lagu Putih Putih Melati - ST12

Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Ulang Chorus 3X

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Putih Putih Melati - ST12 @ Lirikami


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/lirik-lagu-putih-putih-melati-st12.html#ixzz2SkbYN7LC

Bandar Baru Bangi 6

Pada 5 Mei 2013 nan lalu, hampir seluruh penduduk Bandar Baru Bangi keluar mengundi.  Oleh sebab itu saya mengambil kesempatan untuk pergi ke Pusat Pembuangan Undi dengan menaiki kereta yang dihantar oleh anak saya.  Ini semata-mata untuk mengelakkan jem.  Kami berempat telah berpecah membuang undi masing-masing mengikut kawasan yang telah ditentukan oleh pihak berwajib.  Destinasi terakhir, saya pulang ke kampung kerana menghantar bonda saya yang akan membuang undi di Dun Ledang.  Di BBB saya beratur selama 2 jam.  Punyalah ramai orang.....rasa-rasanya semua penduduk BBB keluar mengundi....

Isnin, 6 Mei 2013

Hari Mengundi

Imej By Google

5 Mei 2013 adalah tarikh mengundi....PRU-13

Saya telah menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia 
dengan mengundi di tempat tinggal saya
Anak sulung saya juga buat pertama kalinya turut mengundi di sekolah lamanya
...pasti beliau rasa teruja untuk mengundi setelah sekian lama tinggal di luar negara.
Saya juga telah membawa bonda saya untuk turut mengundi di kampung halaman saya
....selebihnya terpulanglah....

Khamis, 21 Februari 2013

Salam Perpisahan....

Bertemu dan berpisah menerusi laman web by google

Aduhai!
Bertemu dan berpisah memanglah adat manusia biasa
Bos pergi dan bos datang juga perkara biasa dalam hidup saya
Saya tetap begini dan begini walau bos bertukar ganti
Aktiviti harian juga berjalan seperti biasa
Sebagai kakitangan biasa, 
bagi kami bezanya setiap kali bertukar bos
sudah pasti datangnya dengan membawa pemikiran masing-masing yang tersendiri 
yang sukar untuk saya rungkaikan dan biasanya
kita sebagai anak buahnya harus turuti menurut kesesuaian waktu 


Ini adalah YBhg. Prof. Dr. Kamaruddin M. Said
(mendengar ucapannya sangat-sangat 
membuka minda saya - 
orangnya berfikiran jauh dan sangat terbuka.  
Saya juga harus banyak berterima kasih kepadanya 
kerana saya juga banyak belajar daripadanya untuk bersikap jujur dengan
sesuatu yang menimpa diri kita.  
Kita tidak perlu menjadi hipokrit untuk menjadi orang lain)

Berikut adalah foto antara anak buah bos yang sempat
mengiringi majlis perpisahan semalam 
(tiada dalam foto adalah staf unit video dan beberapa rakan lain 
yang ada tugasan dan ada antara mereka 
sedang melaksanakan tugasan di DECTAR)


Biasanya ini adalah rutin harian saya yang kerjanya 
suka mencatat dan menconteng sesuatu.
Saat  ini juga orang suka dan gemar bermain-main 
dengan telefon bimbit masing-masing,
 namun saya sejujur-jujurnya
lebih senang untuk tidak membawa telefon bimbit 
dan 'berasmara' dengan kertas dan pena 
kerana itu adalah jiwa saya yang sentiasa kacau


Dedikasi Foto oleh Unit Foto Penerbit UKM

Rabu, 20 Februari 2013

Kepelbagaian Dimensi Linguistik

Beberapa tahun lepas rasanya saya pernah letak buku ini di sini....
Ini adalah cetakan kedua kerana ramai yang berminat untuk memiliki buku ini...
Saya berandaian sendiri bahawa....
Tamai yang telah membaca isi kandungan buku ini...


Untuk pencinta bahasa Melayu diucapkan sila-silalah membaca...


Kepelbagaian Dimensi Linguistik
2009. 
Penerbit UKM: Bangi. 
ISBN 978-967-942-921-3 (kulit lembut). 
294 halaman. 
Nor Hashimah Jalaluddin, Mohamad Fadzeli Jaafar & Harishon Radzi. (suntingan).

Buku Kepelbagaian Dimensi Linguistik ini adalah kumpulan hasil penyelidikan peneliti bahasa dari pelbagai institut pengajian tinggi di Malaysia. Ilmu linguistik di Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan lnguistik semasa di dunia. Bersesuaian dengan tajuknya, buku ini menawarkan kepelbagaian cabang kajian dalam linguistik, termasuklah linguistik teoritis dan linguistik aplikasi. Cabang linguistik teoritis dalam buku ini mencukupi aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik, manakala cabang linguistik aplikasi meliputi aspek sosiolinguistik, pragmatik, analisis wacana kritis, stilistik, antropologi linguistik dan analisis kesalahan bahasa. Kesemua cabang linguistik ini dibincang dan dibahas berdasarkan kerangka bahasa yang tertentu dan diaplikasikan terhadap bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Isu bahasa dalam buku ini telah dibahas secara ilmiah melalui paparan data bahasa. Gelombang kemajuan linguistik menjadi lebih realistik dengan kehadiran pelbagai dana penyelidikan yang menyokong pengkajian bahasa. Melalui data bahasa ini, maka penemuan oleh peneliti bahasa dapat menggambarkan hakikat penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Beberapa penemuan dalam buku ini turut mengemukakan persoalan, pandangan dan pengertian yang baru tentang sesuatu isu bahasa di Malaysia. Menariknya analisis data bahasa dalam buku ini dibuat berdasarkan teori bahasa yang terkini, misalnya pendekatan frasalogi, analisis tatabahasa peranan dan rujukan, analisis semantik kognitif, pendekatan wacana Fairclough dan kerangka nahu fungsian. Kepelbagaian dimensi menganalisis bahasa yang ditawarkan dalam buku ini dapat membantu para pembaca memahami bagaimana sesuatu teori beroperasi. Buku ini turut memberikan tinjauan yang jelas tentang perkembangan teoritis dalam kajian bahasa. Sekaligus, hal ini dapat membantu pembaca mengikut aliran atau mazhab dalam disiplin linguistik dan implikasinya terhadap perkembangan ilmu linguistik di Malaysia khususnya. Kepelbagaian perspektif penyelidikan linguistik memberi kesan positif kepada penghasilan analisis linguistik. Kehadiran buku ini diharap dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada pengkaji bahasa, peneliti bahasa dan pelajar bahasa di institusi pengajian tinggi dan di sekolah, malah peminat dan pengguna bahasa juga dapat mengikuti perkembangan isu bahasa di Malaysia. Penerbitan buku ini juga diharap akan mempergiat para penyelidik dalam kajian bahasa bagi menambahkan lagi khazanah ilmu linguistik.

NOR HASHIMAH JALALUDDIN, Ph. D., ialah profesor dalam bidang semantik dan pragmatik. MOHAMMAD FADZELI JAAFAR, Ph. D., ialah Profesor Madya yang mengkhusus dalam bidang stilistik dan pragmatik. HARISHON RADZI ialah penyarah kanan yang mengkhusus dalam bidang morfologi dan linguistik komunikasi. Mereka adalah tenaga pengajar di Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

Reset Minda anda sebentar dengan Cucu Menantu....


Reset minda anda dengan cerita ini....CUCU MENANTU

Selamat menonton di saluran Astro 104 jam 6.30 - 7.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat.



Imej By Google

Isnin, 18 Februari 2013

Banjir Besar Johor


Ini adalah kulit untuk buku Banjir Besar Johor yang direka letak
 hasil kreativiti Puan Wana Helena Maria.  
Foto asal  pada kulit buku ini diambil oleh Sdra Raai Osman.  
Beliau terlibat sama dalam projek awal buku ini kerana  
banyak foto-fotonya digunakan oleh pengarang.
Karya ini disunting oleh Prof. Dato' Dr. Baharudin Yatim, 
Prof. Dr. Maimon Abdullah dan Prof. Salmijah Surif.
Buku ini sudah diulang cetak sebanyak dua kali.  
Bermakna ramai peminat buku ilmiah yang sudah memiliki buku ini.  
Saya rasa teruja kerana terlibat sama ketika mengedit buku ini.  
Al-Maklumlah kerana saya orang Johor juga.


Secara ringkasnya untuk keseluruhan kandungan buku, 
maka tuan/puan bolehlah 
membaca blurb buku di atas melalui paparan yang disediakan  ini.  
Kalau nak lebih terang lagi bolehlah beli terus melalui 
Kedai Buku Penerbit UKM melalui talian telefon 03-8921 3138
....nak diposkan pun boleh juga.  
Silalah tuan/puan berurusan dengan staf yang sangat berdedikasi itu....
Selamat membaca ye.

Bandar Baru Bangi - Fasa 5

Bandar Baru Bangi:  19 Februari 2013.  Pagi ini seperti biasa pergi ke tempat kerja agak lewat kerana kesesakan jalan raya bermula daripada simpang rumah saya ke tempat kerja.  Oh, rupanya barulah saya ingat bahawa pelajar UKM  sudah memulakan kuliah baru.  Itulah antara sebab yang menyebabkan jalan menjadi jem.  Aduh!  Bisa telaat ni pak...  memang pun saya sudah terlewat.  Bajet-bajet masa sudah terlebih sudah jam 8.00 pagi.  Kereta masih lagi tidak bergerak-gerak ni.  Mungkin cuaca yang dingin dan ditambah dengan hujan yang masih lagi malu-malu tetap setia turun membasahi bumi.

Sampai sahaja tempat bekas lombong yang sudah ditambah dengan tanah kawasan lain dan didirikan bangunan/perumahan pun masih lagi jem tak bergerak-gerak.  Tasik yang yang terbentang di hadapan mata sesekali menyejukkan mata memandang.  Sebelum ini kawasan itulah yang menjadi tumpuan apabila tidak ada air di Bandar Baru ini.  Ramai yang suka mandi manda di situ, terutama pelajar UKM.  Itu suatu ketika dahulu.  Kini, tidak lagi.  Banyak pula rumah kongsi di kawasan itu.  Pada pandangan saya, mereka ni rasa-rasanya menggunakan tasik bekas lombong itu.....

Kalau sebelah petang ada juga yang rajin memancing.  Saya pun tak tahu mereka ni dapat ikan atau tidak.  Tapi adalah juga kereta yang parking di kawasan rumah contoh dan memancing di kawasan lombong tinggal itu.  Dengar-dengarnya ada cerita seram di situ....kawan-kawan saya cakap kalau dia pergi memancing di situ, ada 'orang tak nampak' baling-baling batu ke tengah tasik.  Itu tidak dapat saya pastikan.  Kena cuba dulu memancing di situ, baru ada pengalaman dan mungkin boleh cerita di sini.  Hah! Itulah satu-satunya lombong tinggal yang masih ada.  Selebihnya sudah ditambak dan dijadikan kawasan perumahan.  Hai!  Kita tidak tahu apa akan jadi kepada mereka yang membeli rumah itu.  Harap-harap mereka semua baik-baik kerana mereka sudah melabur wang yang cukup besar kerana membeli rumah tersebut.  Hampir semua wang dicurahkan untuk memiliki rumah itu.

Oleh sebab sudah agak lewat maka saya pun terlupa di mana saya letakkan telefon genggam.  Sebelum itu saya menyiapkan sarapan pagi.  Aduh...di mana ye...saya terlupa di mana saya letak telefon genggam saya.  Jadinya sepagi-pagi ini saya tidak diganggu oleh sebarang deringan telefon.  Rasa seperti orang bercinta tanpa oksigen pun ada ni.  Rupanya tanpa telefon genggam agak menyukarkan pergerakan kita untuk menghubungi sesiapa atau mahu mengetahui siapa yang menghubungi kita.  Sedangkan sebelum ini kalau timbul nombor-nombor yang saya tidak dikenali kadang kala malas juga saya mahu mengangkatnya.  Tambahan pula kalau ketika itu saya sedang sibuk dengan urusan rasmi yang memang saya tidak gemar langsung untuk berkomunikasi dengan sesiapa.  Saya selalu fokus kepada kerja dan saya jadi mual dengan rakan-rakan yang sibuk berbalas tweet ataupun melayan fb....apa lagi menjawab telefon secara tidak malu-malu bercakap dengan suara yang kuat.

Pagi yang dingin ini jiwa saya agak tersentuh hati apabila makcik yang sering menyapu kamar kerja saya bertanya tentang bagaimana saya memasak nasi goreng.  Saya pun berhenti menaip dan mengajarnya supaya memasukkan itu, ini dan jangan hanya tumbuk bawang dengan cili.  Kena letak sekurang-kurangnya 15 bahan masakan!  Maka makcik pun ketawa geli hati.  Agaknya makcik ingat saya ni bercanda di pagi hari.  Seperti biasa selepas dia menyapu bilik saya, saya hulurkan bekalan saya kepadanya.  Kalau saya makan seorang mesti tak habis-habis.  Tambah-tambah pula kalau saya makan banyak tentu akan menjadi-jadi bertambahlah berat badan ini....

"Ni, hah makcik bahagian saya masih ada lagi..."  kata saya kepadanya.

Jujurnya saya selalu masak nasi goreng kerana itulah antara sarapan pagi yang cukup mudah selain daripada makan roti bakar atau roti goreng.  Biarpun saya hampir empat tahun bermastautin di Belgium, tetapi hati dan jiwa saya tetap Melayu.  Saya masih lagi makan nasi setiap hari.  Ketika di luar negara pun saya memang suka mencari nasi.  Biasanya kalau ada nasi beryani pun saya sapu juga.  Maklumlah ramai orang Turki, Arab atau lain-lain bangsa yang Muslim membuka restoran nasi ala-ala selera mereka di mana-mana di dunia ini.  Kalau setakat goreng jemput-jemput bawang tu saya kurang minatlah....
Notes

(Treble and Bass Clef)


Imej By Google


Ahad, 17 Februari 2013

Selamat membaca...



Beginilah rupanya....

Banyak yang mahu dibaca....
Banyak yang perlu diingati....

Konsep ini pada asalnya direka bentuk oleh Encik Khalid Hashim yang kemudiannya beliau jadikan untuk konsep kulit buku untuk buku Novel Intertekstual Melayu karya Prof. Madya Dr. Mawar Safei.

Inilah rutin harianku


Foto By Ikhwan Hashim

Selasa, 12 Februari 2013

Falsafah Akhlak



Selamat membaca....buku ini ditulis oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd. Nasir Omar.  Terbitan Penerbit UKM.  Kulit buku direka bentuk oleh Puan Insyirah.  Untuk makluman, saya pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Prof. Dr. Nasir semasa beliau menjadi Ketua Jabatan di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Middle C

Imej By Google


Untuk sesiapa yang mahu belajar piano...hah....wajib tahu nota ini.  
Ingat ye ...
middle C..........
middle C.........
middle C....  
berapa banyak kali mahu ulang daaaa               

Bandar Baru Bangi - Fasa 4

Bandar Baru Bangi:  13 Februari 2013 - Kita kerja, kita dapat gaji. Oleh sebab itu, mana-mana kita nak beli barangan keperluan dapur  itu juga menjadi hak peribadi kita.  Kalau kita membeli belah di pusat membeli belah tidak menjadi masalah rasanya kalau kita mempunyai wang yang banyak.... tetapi kalau kita membeli belah di pasar malam sudah nampak lain... Ada perbezaan di antara membeli belah di pusat membeli belah untuk kedua-dua tempat ini....pendek kata ada kelas-kelas yang tersendiri.  Itu semua bergantung kepada pusat membeli belah yang bagaimana rupanya....Siapa yang datang belanja dan siapa yang menjualnya.

Untuk kes penduduk di Bandar Baru Bangi ini, mereka sudah terbiasa membeli belah di Warta dan Billion.  Dua buah pusat membeli belah ini agak sinonim dengan penduduk asal BBB.  Apa sahaja ada di sini.  Biarpun nampak macam tak ada kelas bila kita membeli di sini tetapi jiwa agak tenang dan senang membeli.  Parking pun tak payah bayar.  Kecuali di Billion ada sekat sana sekat sini.  Saya dah lama tak ke sana sejak ada palang-palang kat bawah tempat parking tu.  Ada pulak yang dikhaskan untuk pegawai-pegawai petugas yang entah datang ke entah tidak ke tempat kerja.  Sudahlah susah nak parking....tempat parking pun terhad.  Saya pulak  malas nak parking kat luar.  Saya lebih suka pergi ke Warta.  Di sini, kita boleh mengambil apa sahaja dan terus pulang.  Fikiran kita perlu fokus kepada apa yang kita nak beli.  Tempatnya kecil tetapi telah mengalami banyak anjakan paradigma yang begitu menakjubkan.  Ada banyak tempat makan.  Itu bagi pencinta makanan segeralah.  Saya beli dan balik masak sendiri.  Ikut mood sayalah.  Malas nak makan-makan kat situ.  Kalau nak makan KFC pun saya bungkus dan bawa balik.  Tetapi sejak akhir-akhir ini saya dah macam terasa loya nak makan KFC.  Ini semua gara-gara saya terlihat sekeping gambar yang dipostkan di wall fb saya.  Agak meloyakan bila saya tenguk foto tersebut.  Tak payahlah saya nak cerita di sini.  Tetapi memang ada kesan kepada saya.  Untuk orang lain saya tak tahu. Terpulanglah.  Bagi saya, janganlah disekat-sekat rezeki orang ni.  Itu saja.

Suatu ketika dahulu, penduduk BBB, tidak kira apa jawatannya sama ada makcik suri rumah, pakcik pencen ke, Profesor ke, Profesor Madya ke, Dr. ke atau pensyarah ke...kerani ke, par ke dengan isteri-isterinya sangat suka membeli sayur-sayur segar di pasar malam dan pasar tani.  Setahu saya, ramai yang dah berpangkat besar sekarang.  Sekarang ni mungkin kerana saya tidak lagi kerap ke pasar malam saya tidak lagi terjumpa dengan orang-orang yang sama.  Dulu mereka ni siap membawa bakul/raga.  Ada satu profesor tu siap pakai terendak lagi....(dah aruah dah)...aruah dato' ni memang suka sangat membeli sayur di pasar malam.  Mungkin pasar malam belakang rumahnya sahaja.  Kemudian pasar malam berpindah randah.  Ada banyak pulak seksyen di BBB ini dan ada banyak pulak hari-harinya.  Jadi sudah tak ada nilai eksklusif lagi.  Ada pasar malam Ahad dan Selasa dekat Shell, pasar malam Rabu dekat Fasa 4 dan lain-lain itu tidak ada dalam minda saya kerana saya tidak tahu.  Dulu fasa malam Ahad dekat dengan Restoran Adam Seafood - dekat depan  rumah YB Adun Bangi Dr. Shafie,.  Saya jalan kaki sahaja masa itu.  Kerana saya pun duduk menyewa dekat sangat dengan rumahnya - barisan belakang rumahnya - rumah hujung.  Kita duduk ramai-ramai.  Tak payah masak.  Pergi sahaja ke pasar malam dan bawak balik terus makan.  Sekarang ni ramai pulak mamat dan minah yang pergi ke pasar malam yang saya dah memang tak kenal.  Tambahan pula, pernah kereta saya ditabrak orang di tempat parking di pasar malam fasa 4.  Saya jadi lagi marah dengan orang yang 'tidak bertamadun' ni.  Sudahlah kereta saya ditabrak, ditinggalkan macam tu sahaja.  Bukan sahaja saya  yang kerugian, tetapi menjadi bertambah-tambah sangat marah dengan keadaan itu.  Jadi, itulah yang membuatkan saya malas... dan mungkin itulah juga antara faktornya saya lebih selesa untuk ke tempat lain bagi membeli barangan keperluan dapur.

....akan bersambung


PATAH SERIBU NAMPAKNYA...


Patah Seribu - Shila Amzah


Walau kau tiada di sini

Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku

Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku

Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama

Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu

Namun hatiku tetap rasa

Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku

Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama

Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu

Segera tinggalkanku

Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…






Imej dan lirik lagu 
By Google







Sungguh kasihan dengan kisah percintaan ini...
nampak gayanya sudah berakhir melalui akhbar...
tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku selepas ini...
ni kalau buat filem sangat menarik....
Dalam hal ini kita tidak tahu siapa yang bersalah dan siapa yang benar, 
tetapi saya tabik spring kepada Shanaaz yang ternyata cukup berani dalam berkata-kata 
demi mempertahankan cinta hatinya...
di situ ada sedikit rasa kejujuran yang terbongkar lewat jiwa sasanya.  
Kalau sudah ternyata kita tidak diterima pada peringkat awal lebih baik kita angkat kaki sahaja.   Kita mencuba nasib sahaja...
memang jodoh pertemuan itu semua kerja Tuhan.... 
dibuat macam mana sekalipun kalau dah jodoh tidak ke mana. 
 Memang dalam hidup ini kita mahu sehidup semati berjanji hingga ke akhir hayat dengan bersaksikan bulan dipagar bintang di bawah pohon cemara lagi...
tetapi saat mahu menjolok bulan yang sedang mengambang di puncak cemara tiba-tiba sudah bertebaran sang lebah maka lebih baiklah kita lari....
si gadis pula ternyata agak berani juga...
melalui luahan perasaan dan bahasa badan yang diluahkan  
melalui medium media elektronik zaman kini  turun mengundang kontroversi.   
Saya yakin si bapa mula menyekat kebebasan si anak yang sememangnya amat mencintai si jejaka dan si anak pula mengambil tindakan sendiri-sendiri dalam melahirkan rasa cintanya...
dan kini firasat saya yakin menyatakan  jiwa raganya 'terpasung kaku' untuk terus kreatif dalam berkarya untuk dunia seni yang dicintainya....
aduhai! 
 berserah sahajalah...

saya akhiri dengan kata-kata ini.....
kalau dah jodoh tidak ke mana...
biar waktu yang bersesuaian menentukannya

Khamis, 7 Februari 2013

Kenangan mengusik jiwa....

Imej By Google
Bila hujan-hujan lebat begini teringat pulak pada aruah Pak Haron Johari.  Beliau adalah mantan karyawan tamu di pejabat saya suatu ketika dahulu.  Apa yang mengingatkan diriku dengan kenangan tersebut adalah ketikan mesin taip buruknya.....Bila kita lalu di hadapan biliknya mesti kita akan dengar ketikan mesin taip tersebut.  Baginya menggunakan mesin taip merupakan suatu cara yang mudah biarpun ketika itu sudah ada komputer. Beliau akan menaip dan menyerahkan salinan manuskrip yang ditaipnya kepada bos.  Aruah sungguh rajin menaip.  al-Fatihah

Imej By Google

Rabu, 6 Februari 2013

Rak Buku

Imej By Google

Hah!  Macam mana?  Boleh santai-santai dan ambil saja majalah dan buku yang kita mahu baca.  Nampak moden, mudah dan yang penting sangat cantik.


Isnin, 4 Februari 2013

Bandar Baru Bangi - Fasa 3

Bandar Baru Bangi: 5 Februari 2013 - Sewaktu memulakan perjalanan ke tempat kerja saya rasakan pagi ini cukup dingin sekali.  Langit di atas sana nampak gelap seakan-akan mahu runtuh menyembah bumi sebentar nanti.  Saya rasa bila-bila masa sahaja akan melimpah ke serata Bandar Baru Bangi ini.  Dulu saya tidak pernah takut jika mahu ke tempat kerja dalam keadaan hujan selebat mana sekali pun.  Tetapi sekarang, apakala anda berada di mana-mana kawasan di BBB ini air akan naik mendadak di jalan-jalan raya.  Ramai yang ketakutan apakala hujan turun dengan lebat.

Bayangkanlah pokok yang saya tanam sendiri sudahpun menghasilkan buah dan boleh saya bawa hasilnya untuk dikongsi bersama-sama dengan jiran dan rakan-rakan di pejabat.  Ini menunjukkan tahap kematangan pokok tersebut sehingga sudah boleh berbakti kepada tuannya.  Pokok kelapa yang saya tanam sudah beberapa kali diambil daunnya untuk dibuat ketupat.  Begitu juga ada yang telah saya tebang kerana terlalu besar dan saya risau akan kematangannya yang bakal mengundang bahaya kepada kami sekeluarga.  Upah untuk menebang adalah RM200.00 untuk sebatang pokok kelapa. Umbutnya saya boleh makan dan batangnya saya bakar....(maka pencemaran alam pun berlaku).  Saya bakar sikit-sikit kerana orang yang menebang pokok saya itu melonggokkannya di tepi rumah saya.  Jadi saya terpaksa bakarlah sedikit demi sedikit pada waktu malam.  Pokok nangka saya juga sudah beberapa kali berbuah.  Itu tidak termasuk pokok mempelam, pisang,  jambu air dan lain-lain...  pokok mempelam saya sudah ada yang saya tebang.  Saya gantikan pula dengan pokok mempelam yang lain.  Bunyinya seperti ada kebun, tetapi ketahuilah bahawa saya tanam cuma di sekeliling rumah saya sahaja.  Semuanya sebagai hobi sahaja.

Sekarang ini jika kita mahu ke Universiti Kebangsaan Malaysia dari arah Klinik Kesihatan Kerajaan BBB (Pusat Kesihatan - saya lupa namanya) jalan itu memang selalunya banjir.  Kereta saya pernah terhenti di situ kerana saya melanggar air yang banyak di atas jalan raya sedia ada.  Dalam keadaan hujan yang amat lebat sekali ketika itu memangnya menakutkan sesiapa sahaja.  Kereta saya terhinggut-hinggut tetapi saya tetap menekan pedal minyak.  Akhirnya kereta saya jalan juga biarpun bergegar-gegar kerana mungkin air sudah masuk ke enjin.   Wah!  Bukan main takut sekali.  Semenjak hari itu, saya tidak lagi melalui jalan tersebut ketika hujan lebat.  Saya sanggup tunggu hingga teduh dulu (bak kata Faisal Tehrani - Tunggu Teduh Dulu) barulah saya bergerak untuk ke tempat kerja.  Begitu juga jika kita melalui jalan raya berhampiran dengan Billion berdekatan McDonald.  Di situ juga kerap banjir kilat.  Saya katakan ini berdasarkan kepada pengalaman saya.  Ada juga rumah jiran-jiran saya yang dinaiki air kerana longkang di belakang rumah mereka sudah dipenuhi air.  Longkang tidak diselenggara dengan betul dan tersumbat.  Jadi air akan naik dengan cepat terutama jika hujan terlalu lebat.  Air ini semacam tidak tahu ke mana hendak dituju, jadi melimpahlah ke atas jalan raya bersama-sama arus kereta yang melingkarinya.  Bahaya memang bahaya tetapi pengguna jalan raya terpaksa menghadapi perkara ini kerana mahu cepat menuju ke tempat yang dituju.

Oleh sebab BBB sudah melebihi 30 tahun lebih maka banyaklah pokok-pokoknya yang telah matang.  Saya rasa BBB sudah melebihi 40 tahun atau mahu menyamai angka jubli perak gitu.  Alasan ini  saya berikan jika kita lihat kepada kematangan pertumbuhan pesatnya.  Pokok-pokok yang besar ini benar-benar mengundang ketakutan kepada pemandu kereta mahupun motorsikal.  Bila-bila sahaja dahan pokok akan rapuh dan pokok akan tumbang menghalang pengguna jalan raya.  Begitu juga dengan tanah runtuh.

Pernah juga suatu petang ketika saya pulang daripada tempat kerja berlaku tanah runtuh berhampiran dengan stesen Petronas Fasa 3.  Tanah bukit tersebut runtuh dan tanah yang melimpah ke atas jalan raya hampir-hampir menutup jalan raya.  Agak menakutkan juga.  Saya dengar khabar tanah mangsa merupakan sebuah rumah kepunyaan kakitangan di UKM.  Mungkin benar mungkin tidak.  Sesiapa yang rajin kena siasatlah....

Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kenalah bertindak memotong dahan-dahan dan menebang pokok-pokok yang bakal mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.  Petugas-petugas di MPKj juga harus mengawas dan memantau ke semua pokok-pokok yang telah tua.  Tindakan yang sewajarnya perlu diambil bagi keselamatan penduduk BBB.  Kita semua tidak tahu malang akan berlaku. Saya rasa pihak berkenaan terlalu sibuk maka hal ini boleh diswastakan  semua kerja-kerja ini kepada kontraktor yang berminat.

...akan bersambung

Ahad, 3 Februari 2013

Kunyit

Ini adalah daun kunyit....Kunyit antara tanaman yang senang untuk hidup.  Kunyit boleh ditanam di dalam pasu dan di atas tanah.  Saya menanamnya demi kepentingan untuk memasak.  Tak payah ke pasar untuk membeli sehelai dua gitu.

Bandar Baru Bangi - Fasa 2

Bandar Baru Bangi:  4 Februari 2013 - Pagi ini di bulatan Seksyen 16 Bandar Baru Bangi (BBB) menuju ke UKM berlaku lagi kemalangan jalan raya.  Tempat itu memang biasa terjadi kemalangan.  Ada orang langgar lampu elektrik, langgar belakang kereta orang dan macam-macam lagilah.   Agaknya kawasan itu perlu ada lampu isyarat.  Senang cakap, dalam erti kata lain, sudah terlalu banyak kereta menelusuri jalan-jalan berliku di BBB ini.  Jika kita tinjau pada waktu petang, terutamanya masa orang balik kerja - jemnya mengalahkan Kuala Lumpur.  Semua orang mahu pulang ke 'sarang' masing-masing dengan cepat.  Bulan puasa tak boleh nak cakap lagilah.  Jemnya.....aduh!  sampai kena telan panadol 2-3 biji sekali gus ni.  Ramai pulak orang yang suka duduk di BBB ini.  Entahlah apa tarikannya, saya pun tidak tahu.  Rumah makin banyak, pembangunan kian meningkat dan apa lagi, penduduknya kian bertambahlah.  Ramai yang datang dari pelbagai pelusuk rantau di Malaysia ini mahu menetap di BBB....

Bercakap pasal kemalangan di bulatan ini, anak bujang saya juga pernah mengalami hal yang sama tatkala beliau memandu kereta saya.  Sewaktu kemalangan yang melibatkan kereta saya yang dipandu oleh anak saya itu berlaku saya benar-benar amat terkejut, tetapi tetap akur dengan takdir yang menimpa.  Yangn penting dia tak apa-apa.  Mungkin perasaanya sahaja ketika itu caca marba bersilang baur... Mana-mana pun kemalangan boleh berlaku.  Kereta Kancil yang dilanggarnya dari arah belakang agak teruk dan ini memaksa saya membayar pampasan yang bukan sedikit untuk tuan ampunya kereta.   Sewaktu pulang daripada tempat kerja, saya juga kerap melihat kemalangan kereta berlaku di bulatan itu.  Sekarang ni, pokok-pokok besar yang ditanam di bulatan besar itu sudah pun ditebang. Sayangnya kerana pokok yang sudah begitu besar ditebang dalam sekelip mata sahaja.  Nampak terang benderang pula.  Saya pun tidak tahu untuk projek apa.  Mungkin projek mega barang kali.  Jadi, kita sebagai penduduk BBB kena tunggu dan lihat sahaja apa yang berlaku untuk pembangunan di bulatan itu.

Dahulu sewaktu memandu di Bandar Baru Bangi sedikit pun saya tidak mempunyai perasaan takut.  Tidak banyak kereta dan memandu pun dalam keadaan yang amat tenang sahaja.  Tak sampai 10 minit sudah sampai ke tempat kerja.  Balik pun tak sampai 10 minit.  Kalau hari dah gelap, langit bagaikan nak runtuh, nak angkat kain di jemuran pun sempat lagi.  Hujan tak sempat turun gitu.  Air di tempayan pun sempat dituang ke tanah bagi menadah hujan yang bakal turun...  Yah!  Saya mula belajar memandu pun di BBB dengan Encik Mazlan iaitu tuan punya MAZRIS.  Terkial-kial memandu.  Tetapi sekali jer dah lulus tu.  Saat itu kalau diingat-ingatkan  memang belajar pusing-pusing di BBB sahaja.  Saya pun  tidak ada kereta waktu itu.  Tetapi tetap hati keras bagai kerikil mahu belajar memandu bersama-sama rakan-rakan serumah yang lain.  Sekarang ni, saya pun tidak tahu di mana Encik Mazlan berada.  Ada orang cakap-cakap dan saya dengar-dengar mungkin beliau sudah menjadi seorang usahawan yang terkemuka.  Sesekali bertemu, beliau masih mengenali saya lagi.  Anak-anak saya pun belajar memandu dengan sekolah memandunya.  Wah!  Bayangkanlah - sudah dua generasi tu.  Harap-harap beliau juga sihat sejahtera.  Orangnya sangat baik dan tidak berkira sangat dengan kami.  Apa yang penting kami merupakan 'graduan sulung' sekolah memandunya.  Masa itu memang tidak ada orang yang mahu belajar memandu.  Beliau mencari-cari siapa yang mahu belajar memandu.  Itulah sebabnya semua rakan-rakan kami belajar memandu.  YES! Rasa bangga tu dapat pengajaran terus daripada air tangan guru memandu kami.  Dahulu kami serumah semuanya memang belajar memandu dengan beliau.  Tapi, ada seorang teman serumah saya tu sampai sekarang ni tak lulus-lulus....kesian Ecah,  tapi anaknya dah boleh membawanya ke mana-mana.   Agaknya Ecah malas nak ambil ujian lagi dek kerana gagal dalam ujian memandu.  Encik Mazlan akan mengambil kami seorang demi seorang untuk belajar dan kami juga menjalani ujian memandu jalan raya di Petaling Jaya.  Pagi-pagi lagi sudah ke PJ untuk membiasakan dengan jalan-jalan yang akan di pandu uji.  Wah!  Seronoknya sesekali dapat keluar daripada BBB.

Namun, perlu saya nyatakan di sini bahawa setelah berlaku insiden kereta saya dipecah oleh dua orang pemandu motorsikal yang tidak dikenali serta tidak berhemah langsung, berhampiran lampu isyarat juga di Bandar Baru Bangi menyebabkan saya amat takut  sekali.  Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi wang.  Mujurlah saya tidak mengalami apa-apa.  Memang saya sangat fobia, tetapi hidup mesti diteruskan juga.  Bagi saya, hati budi orang-orang seperti ini yang tinggal di BBB memang sudah tidak lagi berhemah.  Fikiran mereka sudah terarah ke arah itu.  Orang seperti ini tidak patut tinggal di BBB.  Mahu mencari jalan singkat bagi mendapatkan keuntungan.  Insiden, pintu cermin besar untuk masuk ke kedai stesen Petronas di Fasa 3 pun boleh dipecah orang.  Inikan pula cermin kereta.  Perompak sekarang sudah berani beralih arah ke kawasan-kawasan di luar Kuala Lumpur.  Jadi, untuk semua penduduk BBB berhati-hatilah bukan sahaja di rumah, di jalan raya pun sudah tidak selamat lagi.  Berdoa sahajalah apabila memulakan perjalanan.

...akan bersambung

Jumaat, 1 Februari 2013

Pesta Buku 1 Malaysia




Hari ini saya ke Pesta Buku 1 Malaysia yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Keadaannya tidaklah semeriah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur mahupun Pesta Buku Big Bad Wolf.


Rabu, 30 Januari 2013

Singkap Perjuangan Rosli Dhoby


Oleh Saadah Jaffar


ROSLI Dhoby dilahirkan pada 18 Mac 1932 di nombor 94, Kampung Pulo, Sibu. Beliau adalah anak kepada pasangan Dhoby Buang dan Habibah Haji Lamit. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak iaitu Fatimah (1928), Rosli (1932) dan Ainnie (1933). Rosli dibesarkan dalam suasana perkampungan Melayu. Hobinya tidak lekang daripada membaca buku, akhbar, menonton wayang, menonton bangsawan Melayu dan mendengar radio.

Sifatnya yang suka membaca dapat menambahkan pengetahuan dan membuka horizon pemikirannya, selain dapat mempertajam bahasanya. Beliau disifatkan sebagai anak muda yang pintar dan sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Sikapnya yang kreatif dan akrab dengan teman-teman amat menyenangkan pergaulan sesama mereka dengan mudah membangkitkan jati dirinya yang semulajadi berani dan dihormati oleh rakan-rakan seperjuangan.

Tutur kata sopan, baik budi bahasa dan berpengetahuan luas ini secara tidak langsung menonjolkan dirinya untuk bertugas sebagai guru di Sekolah Rakyat Sibu. Mindanya menerawang jauh untuk mempertajamkan ilmu bagi menyediakan diri sebagai seorang guru yang hebat dan pemimpin yang disegani.
Semangat nasionalisme yang tinggi terus-terusan mengalir bagai air lalu dalam jiwa pemuda yang juga berbakat dalam bidang penulisan ini. Jiwa seninya nyata terserlah dalam beberapa buah puisi yang terpapar dalam Utusan Sarawak. Biasanya Rosli menggunakan nama samaran bagi mengelakkan pengenalan dirinya diketahui umum.

Perjuangan dan pengorbanan para pahlawan negeri harus dikenang. Menjelang Hari Kemerdekaan, kerajaan Sarawak akan mengenang jasa para pahlawannya yang berkorban jiwa dan raga demi negara tercinta. Salah seorang daripadanya ialah Rosly Dhoby. Anak muda berusia 17 tahun ini telah memberanikan diri menikam Gabenor Duncan George Steward di Sibu pada tahun 1949 kerana jiwa dan raganya berkobar-kobar ingin menuntut kemerdekaan negara.

Kejadian berani mati yang dilakukan oleh Rosly Dhoby mendapat liputan pelbagai media. Beliau memang merupakan anak muda yang terlalu berani. Ekoran itu, nyawanya melayang di tali gantung di Penjara Pusat Kuching pada bulan Mac 1950 bersama-sama dengan tiga orang lagi rakannya iaitu Awang Rambli, Bujang Suntong dan Morshidi Sidek.

Siasatan dilakukan tanpa mengira siang atau malam, malah kadangkala pada dini hari bagi mengetahui siapakah di sebalik dalang kepada perancangan dan konspirasi pembunuhan itu. Rumah Rosly di Kampung Pulo segera digeledah pihak polis bagi mendapatkan bukti. Tiba-tiba keadaan di Sibu umpama diserang garuda. Polis mengawal setiap simpang siur jalan di Sibu termasuk membawa masuk anggota tambahan dari rumah pasung Kuching.

Rakyat Sarawak sentiasa tertunggu-tunggu akan perbicaraan kes yang penuh dengan sensitiviti dan sensasi lagi menggemparkan itu. Mereka ingin tahu keputusan perbicaraan berkenaan dengan memberikan pelbagai ramalan dan jangkaan yang tersendiri. Oleh sebab itu, tidak hairanlah semenjak awal-awal lagi mahkamah penuh sesak dengan orang ramai yang ingin mengikuti kes perbicaraan.

Jeniri menuangkan hampir seluruh dialog perbicaraan kes mengikut catatan dalam prosiding mahkamah. Di sini letaknya ketelitian fakta yang ingin dikongsikan oleh pengarang dan perkara ini jarang dilakukan oleh mana-mana penulis. Watak demi watak yang suatu ketika dahulu memang pernah wujud dalam lipatan sejarah Sarawak ditonjolkan oleh pengarang dalam buku ini.

Peristiwa bersejarah tersebut kemudiannya berlalu pergi dengan damai. Akhirnya, sejarah membuktikan mereka kemudiannya dinobatkan sebagai pahlawan oleh pihak Kerajaan Negeri Sarawak, termasuk pengiktirafan kerajaan negeri dengan memindahkan kubur mangsa yang ketika itu berada di Penjara Pusat Kuching. Usaha menggali semula kubur tersebut dilakukan oleh pihak kerajaan lalu dipindahkan ke Sibu pada 1996.

Biarpun pelbagai spekulasi timbul ekoran usaha pemindahan kubur tersebut, namun yang penting Rosly Dhoby tetap dianggap sebagai wira Sarawak. Membaca buku Rosli Dhoby: Merdeka dengan Darah bakal mendedahkan pelbagai rahsia dan konspirasi Kumpulan Rukun Tiga Belas untuk membunuh Gabenor Duncan Stewart pada 3 Disember 1949 dan lain-lain peristiwa yang berangkai dengan kehidupan Rosli sendiri.

Buku berunsur sejarah yang mengandungi 28 bab ini ditulis berdasarkan pelbagai dokumen yang diperoleh di London, Singapura, Kuala Lumpur dan Sarawak termasuk surat Rosli kepada ibu bapanya, kenyataan Rosli kepada polis dan majistret, minit mesyuarat Majlis Tertinggi Council Negeri pada 1949, prosiding mahkamah dan rakaman kenyataan 26 orang saksi, selain berita yang disiarkan oleh pelbagai akhbar di dalam dan luar negeri ketika itu.

Hasil penyelidikan dan pengumpulan maklumat yang komprehensif dan berwibawa oleh Jeniri Amir yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan dan akademik ini wajar dikongsikan bersama khalayak umum. Penulisannya yang melalui suatu perjalanan nan panjang bagi mendapatkan bukti sahih ini turut menarik perhatian kerana disulam dengan pelbagai temu bual bersama insan-insan terapat Rosly.

Transkripsi perbualan juga ada diselitkan oleh pengarang bagi mencantikkan lagi perjalanan cerita sejarah ini agar pembaca tidak dibebankan dengan pelbagai fakta berat yang menonjol di sana sini. Selaku pengarang yang juga anak Sarawak, Jeniri juga berjaya menemui dan mewawancara mereka yang masih hidup untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kejadian berkenaan.

Sesungguhnya buku ini penuh dengan bukti-bukti sejarah yang agak berani dan akhirnya berjaya didokumentasikan oleh pengarang. Apa yang jelas, banyak watak-watak utama yang wujud suatu ketika dahulu wujud dalam pentadbiran negeri Sarawak berjaya dibongkar. Semuanya demi perjuangan bagi menuntut kemerdekaan Sarawak.

Buku ini juga didedikasikan kepada semua pejuang dan pahlawan negara yang gugur ke bumi termasuk para wira yang tidak didendang. Terlalu banyak paparan terkini dibentangkan khususnya tentang kejadian menggemparkan di bandar Sibu lebih 60 tahun lalu dapat dijadikan sebagai rujukan penting untuk peminat sejarah negara. Begitu juga sorotan tentang pelbagai kisah di sebalik pembunuhan Gabenor kolonial British ketika itu digalurkan dengan agak terperinci oleh pengarang.

*Artikel ini tersiar di akhbar Mingguan Malaysia, 13 Januari 2013.