Khamis, 23 Disember 2010

Lampin

Huh! Lama rasanya aku tak melihat kain lampin tersidai di ampaian... Dulu kat kampung aku kan, asal ada aje lampin tersidai ... dah sah-sah orang tu ada anak kecik @ tuan punya rumah tu ada anak kecil. Confirmlah... Nah! Tetiba pepagi tadi (kawasan bandar ni)... aku terlihat ada kain lampin berwarna putih tersidai di ampaian... Wah! Nostalgia sungguh makcik ni... kenapa dia tak ikut perkembangan zaman ye... kan sekarang ni orang dah pakai pampers... (pelbagai jenama pulak dah sekarang). Kalau rumah yang aku lalu tu rumah flat tak apa juga..ni banglo beb... hehehehe.... anda fikir-fikirkan... rasa-rasanya kalau cucu aku esok pun aku pakai lampin juga rasanya... ada ke lagi jual lampin jenama.... punya le terlalu lama sampai terlupa jenama tu... hahahaha...

Isnin, 20 Disember 2010

Alahai Novel oh Novel...


Jemari Seni Sdn Berhad dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM telah bermurah hati untuk berkongsi rasa dan mencicip rezekinya dengan bakal penulis novel dalam satu majlis yang sangat mengujakan...pada 12 Disember 2010 bertempat di Makmal PPBKKM, FSSK, UKM.

Oleh itu, sms yang diterima lewat Prof. Madya Dr. Mawar Shafei tidak saya abaikan....

Banyak perkara yang saya belajar lewat Puan Su, ...biarpun baru berkenalan tetapi impaknya cukup besar...terima kasih. Saya juga menerima sijil yang diposkan kepada saya ...Bengkel Asas Pembinaan Kreatif I (Novel Umum)...insya-Allah suatu hari nanti saya akan terjun ke bidang ini....

Patin

Hah! Aku teringin sangat nak makan lauk ikan patin. Lantas, baru-baru ini dalam perjalanan ke Kuantan...aku singgah di hentian rehat dan makan lauk ikan patin. Perggg...semangkuk RM7.00 tu...patin sangkar, kalau patin liar jadi RM12.00. Dek kerana nak makan sangat macam orang mengandung bunting pelamin...


imej dan resepi adds by Google:


Bahan utama:-

1 Ekor Ikan Patin


Bahan untuk di kisar:-

10 Biji Cili Padi

1 Inci Kunyit Hidup

2 Sudu Besar Tempoyak.



Lain-lain bahan:-

Daun Kesum Secukupnya

2 Kuntum Bunga Kantan

Air

Garam Secukup Rasa

5 Biji Limau Nipis

2 Biji Mentimun



Cara membuatnya:

Ikan patin yang siap di potong di basuh dan dibersihkan dengan limau nipis supaya hilang bau. Isi air ke dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar, bunga kantan, daun kesum beserta dengan ikannya sekali. Apabila ikan hampir masak masukkan mentimun dan garam secukup rasa. Setelah masak bolehlah di hidangkan.

Ahad, 19 Disember 2010

Interlok

Imej kulit by Google
Dalam sibuk-sibuk dengan urusan harian, saya sempat juga selak-selak akhbar dan mengikuti perkembangan terkini dunia sastera tanah air. Nah! Isu baru diperkatakan...saya tak tahu nak komen apa-apa cuma saya teringat yang saya pernah memiliki buku ini beberapa tahun nan lalu.

Saya membongkar setiap sudut dan almari rumah bagi mencari di mana letaknya Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Yah! Maklumlah novel ini diasaskan kepada pengalaman hidup SN dan pernah pula memenangi hadiah penghargaan Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka tahun 1967. Akhirnya saya menemuinya dan ingin sekali lagi membongkar isi kandungannya. Novel cetakan kedua, edisi cetakan tahun 1996 ini saya beli sekitar tahun 1997. Pengarangnya menitipkan sayang "...untuk Saroja yang selalu berhati-hati untuk Patria yang sejak kecil selalu keras hati untuk Tariq yang selalu tersenyum tanpa mengerti."

Saya akan mula membaca kembali kisah keluarga Seman, keluarga Cing Huat dan keluarga Maniam....Interlok...

Selasa, 14 Disember 2010

Saat Cinta Menggapai

Suasana petang itu agak kedinginan. Pesawat milik Syarikat La Royal Air Maroc selamat mendarat di Dubai. Penerbangan diteruskan ke Casablanca. Orang kata kota bulan madu. Begitu indah dan mengasyikkan. Damai segala-galanya. Kebenaran itu adalah hakikatnya. Arenim sudah lama berhijrah meninggalkan Malaysia untuk menuntut jurusan sarjana pengurusan perniagaan di Marrakesh.

Bumi asing itu begitu jauh untuk seorang anak gadis. Nah! Benar kata orang. Rupa-rupanya sungguh cantik pemandangan hidup di luar. Arenim tegar menghantar dirinya. Kekuatan diri membaluti benak dan mengatasi segala-gala rintangan yang datang.. Biar bertandang rindu nan silih berganti. Hidupnya terdampar keseorangan sudah menjadi kebiasaan. Saban waktu dan ketikanya hanya ditemani rakan-rakan sekuliah. Ralit berulitkan buku-buku tebal. Kini, kebanyakannya menjadi rakan seperniagaan pula. Kelmarin ditinggalkan. Tiada lagi dalam kamus hidupnya. Hari ini dunia urus niaga mula digauli dan diterjahnya. Inilah mandala barunya.

"Arenim kental jiwanya."

"Arenim ada prinsip sendiri."

"Jati dirinya merentasi segala."

Siang bagai malam. Malam bagai siang. Bulan dan bintang sama sahaja bagi Arenim. Tabah dan kental hati Arenim bersilang baur mewarnai hidupnya. Seusai raya korban 10 tahun yang lampau, kota Marrakesh yang asing dijejaki dengan setia tapak demi tapak. Arif benar Arenim dengan simpang siur bandar pelancongan yang popular di Morroko itu. Kedai Souk dan supermarket Marjane begitu setia dikunjungi saban waktu. Apa ada di sana? Segala keperluan harian mudah diperoleh di situ. Sekali sekala Arenim beralih arah pula ke Casablanca mencari ayam panggang. Denai demi denai laluan berkuda masak dihafalnya. Tegar laluan itu bersarang dalam mindanya.

Bumi itu tidak lagi begitu asing bagi Arenim. Petah berbahasa Perancis dan Belanda memberi input barunya. Sikap tidak malunya ketika bertutur menjadi aset berharga dalam dirinya. Terus terang Arenim katakan dia suka bertutur dalam bahasa asing. Lidahnya kian petah menari-nari menuturkan buah bicara. Semua kliennya hampir tidak mengetahui Arenim adalah orang Asia. Namun, lidah Melayunya masih berbekas dengan nasi lemak sambal sotong. Makan tengah hari yang masih erat bersulam sambal belacannya.

"Ah! Apa yang hendak dimalukan."

"Lidah Arenim lebih Arab dari Arab. Lebih Perancis dari Perancis."

Hobi mempelajari bahasa asing menjadi aset utama Arenim. Ya! Memang tidak rugi bertemankannya saat kesukaran berkomunikasi. Sesiapa sahaja boleh menjadi rakan bicaranya. Sikapnya peramah. Semua mata merenung kaku ke arahnya bila Arenim mula berbicara. Gerak bibirnya memukau. Arenim tidak rasa terhimpit dengan masalah bual bicara. Ini semua mematangkan dirinya di perantauan.

Irama

Hidangan demi hidangan sampai. Selera Arenim mula terbuka. Semuanya enak-enak belaka. Irama dan lagu silih berganti tambah memanaskan lagi halwa telinga. Menariknya penari-penari tradisional Morocco saban waktu bertukar-tukar senyuman. Tidak menjemukan. Ruang restoran bertaraf lima bintang di Fantasia Czes Ali yang dipenuhi oleh para delegasi dunia itu meriah dengan pertunjukan ala-ala tradisional orang Morocco. Macam bunyi ghazal pun ada. Macam bunyi kompang Jawa pun ada. Yang penting irama pukulan gambus sebati dengan alunan muzik mereka.

Untuk seketika terbuai-buai naluri pengunjung dibuatnya. Wah! Memang sungguh ramai pengunjung tika itu. Pelbagai ragam. Senyum dan tawa riang, saling bertebaran di sana sini melihat acara bersilih ganti. Tenggelam Arenim dalam keasyikan. Ralit dibawa irama 1,000 satu malam. Kheeder kembali menguak rasa meneruskan bicara. Bicara yang sering terputus-putus. Irama petikan piano oleh Sebastian lewat lagu "Can't Help Falling In Love" gubahan muzik oleh Carol Klose mengambil tempat dalam situasi yang tidak dijangka. Namun, harapan digantung setinggi mungkin. Bagai menggapai awan nan biru di angkasaraya.

"Kheeder bercakap seperti seorang pemidato yang sedang mempertahankan hujahnya."

"Kheeder memperkatakan tentang masa depan yang harus dibentangkan di hadapan."

"Jalannya seakan-akan lurus."

Kheeder dengan keras merenung keayuan mata Arenim tanpa mengerdip kelopak mata bundarnya. Kheeder tahu Arenim tidak memberi sebarang respons kepada bual bicaranya. Mencabar sungguh mahu dijinakkan hati si dara nan satu ini. Getus Kheeder dalam diam. Mindanya masih waras dan berasakan dirinya tidak mungkin tersungkur ke bumi lantaran dek keegoon Arenim. Tiba-tiba Kheeder diam terpana lalu diajaknya Arenim keluar dari restoran dan menonton persembahan teater terbuka.

Namun, Arenim hanya terpaku kepada kegagahan dan kecekapan penunggang-penunggang kuda anak kelahiran Morocco. Kelihatan begitu gagah dan begitu mempersonakan. Tangkas dan bergaya memacu ke arah yang dituju. Rata-rata ketangkasan pemuda Morocco itu jelas terpamer pada persembahan acara berkuda. Dentuman demi dentuman yang meletus dari muncung senapang yang dibawa pemuda Morocco nan gagah tambah mendebarkan jiwa Arenim. Serta merta nalurinya bergetar. Dengan menghimpun seluruh tenaganya, Arenim menoleh kasihan ke arah Kheeder yang tidak jemu-jemu mengocak jantung hatinya.

Nampaknya Arenim harus akur kepada ketentuan takdir. Puas sudah ditangkis, namun kenyataannya si teruna ini tidak pernah mahu mengalah jua tidak jemu menganyam kasih menyimpul sayang dengan selambanya. Kenapa pemuda ini begitu degil memancing cintanya. Pintar pula mengatur bicara. Murah dengan sejuta senyuman bagaikan perisai pelengkap diri. Adakah ini wajah sebenar kekasih Arenim. Bagaimana lagi kata putus lagi pasti yang mahu diberikan. Cuping telinganya sudah panas dipasak dengan ayat-ayat cinta berlagu rindu bikinan Kheeder.

"Ayuh! Berilah jawapan segera. Mengapa masih membisu."

"Adakah tiada sekelumit ruang di hatimu untukku isi dengan cebisan cinta ini."

Kheeder tetap sabar dan akur. Kekasih yang disukainya itu keras membatu. His! Bagaimana lagi mahu dirayu. Ya, lambat laun pasti gadis Asia ini akan cair, getus naluri Kheeder. Perlukah dihamparkan ambal merah merentasi Czes Ali ke Marjane. Kelihatannya, Arenim begitu berhati-hati. Dan, tiada seorang jejaka di Morocco ini yang berjaya dan berupaya mengetuk pintu hatinya. Walau apapun alasan yang dimuntahkan di hadapannya, Kheeder tetap setia menanti dengan apa jua yang terjadi. Apa istimewanya gadis ini yang diburu hatinya untuk kesekian kalinya. Dadanya berkocak gementar.

Jantungnya berdegup tidak keruan. Bagi Kheeder, ternyata Arenim sudah matang. Mindanya cukup matang sesuai dengan usianya. Kheeder tidak pernah jemu bercerita tentang perancangan masa depan mereka. Dunia perniagaan tinggalan legasi keluarga. Kheeder bakal merubah kehidupan baru yang sedang dicari-cari jalan penyelesaiannya. Tembok kasih yang bakal dibina dipercayai dapat mengutuhkan lagi empayar perniagaan yang terbentang luas di hadapan mata. Semua masalah boleh diatasi. Apa yang penting asalkan Arenim boleh menerima kehendak takdir dan suratan jodohnya. Nah! Ternyata Arenim akur dengan pantun Melayu lama yang berbunyi:

Jika menanam pohon selasih;

Jangan ditebang pohon lenggudi;

Jika hendak orang mengasih;

Hendaklah baik bicara budi.

Demi sekelumit cinta sejatinya, Arenim akur dengan naluri kewanitaannya. Ingin dicintai dan mencintai. Kheeder, pemuda Morocco bertubuh sasa, berjambang lebat yang ditemui setelah beberapa tahun berpisah ketika jamuan makan malam di Czes Ali Marrakesh kembali mengocak naluri kewanitaan merentas jiwa keibuannya. Arenim kurang mengenalinya. Pemuda itu mengasak dengan pelbagai topik. Bicaranya biasa-biasa sahaja. Topik bertukar antara benua. Roti Perancis yang keras kematu terbiar tidak diindahkan. Hidangan kus-kus dihias campuran sayur kentang dan lobak merah masakan tradisional Morocco dijamah sedikit demi sedikit. Agak enak rasanya. Biar asing, namun itulah juga rutin harian makanan Arenim sejak bertapak di Morocco.

Arenim berkhayal. Alam fikirnya menerawang entah ke mana-mana benua. Mindanya menerjah ke bulan, ke bintang. Namun, Kheeder benar-benar amat mengerti jiwanya. Kasih Kheeder tersimpul erat untuk si jantung hati. Bagi Kheeder, Arenim gadis penuh istimewa. Seawal tahun pertama perkenalan lagi Kheeder mengasak cinta Arenim. Benar. Memorinya tidak banyak bertaut. Arenim tidak pernah mahu tahu dunia lain. Tragedi cinta dalam hidupnya amat mematangkan langkah Arenim lebih-lebih lagi setelah berada di Morroko. Onak dan duri pasrah dilalui. Arenim leka dengan nota kuliah hingga lupa dirinya patut dicintai dan mencintai. Lantaran itulah sikapnya yang sebenar. Fokus dan fikirannya tertancap utuh kepada nota-nota pelajaran. Sikapnya yang tetap keras mengental memang tidak suka bersosial dan bergaul. Dunianya hanya buku. Arenim dikenali dalam kalangan rakan-rakannya sebagai melekat dengan sikap ulat bukunya. Kitaran hidupnya hanya berlingkar segar antara universiti, perpustakaan dan asrama penginapan.

Tersenyum

Arenim hanya tersenyum dan sekali sekala membalas setiap pertanyaan yang dilontarkan kepadanya. Jiwa Arenim sudah lama dikebumikan di bumi kelahirannya lantaran tandusnya kasih sayang terhadap keluarga di kampung halaman. Air matanya sudah kering kontang. Tidak lagi meluncur sederas curahan hujan. Ah! Sudah tiada apa yang ingin ditangisi. Tiada siapa yang boleh membantunya kecuali berbekalkan semangat dan motivasinya untuk maju yang cukup tinggi. Tegas hatinya berulang-ulang kali. Langkahnya ingin maju ke hadapan membawa sinar yang kian cerah.

Entah mengapa Arenim tidak mahu pulang ke tanah leluhurnya. Kejayaannya menamatkan pengajian dengan susah payah sepatutnya menjadi kebanggaan. Kecewa dengan pemberontakan jiwanya yang kian parah, mengasak nalurinya untuk terus berkhidmat di Marrakesh. Pasrah benar dengan rezekinya di rantauan. Memang Arenim berwawasan tinggi dan benar-benar tidak mahu pulang. Begitu jitu hati anak gadis ini.

Sekeras-keras kerikil, maka keras lagi naluri dan jiwanya. Teman-teman sekuliah terbiasa memanggilnya sebagai Are. Sikapnya digeruni. Arenim seorang gadis timur yang dilahirkan pintar, berbudi bahasa dan berakhlak tinggi. Bekerja keras. Tahan diuji. Lasak dengan masalah.

Siang di Marrakesh. Seawal suria pagi memancarkan sinarnya, peserta leka berseminar, berdiskusi dan berbual mesra. Kes demi kes dibentangkan di Dewan Karam I, Hotel Kongres, Marrakesh. Kadang-kala kedinginan dewan yang bernada serius diserikan dengan gelak tawa peserta. Serentak dengan itu semua dewan seminar penuh sesak dengan para delegasi perniagaan dari serata dunia membentangkan kes negara masing-masing dalam sesi selari. Sesekali deraian tawa peserta terburai jua di luar dewan oleh peserta yang kedinginan yang masih tidak jemu-jemu menikmati guyuran sinar mentari biar peserta lain di dalam dewan tegar berdiskusi dengan selantang-lantangnya.

Mereka pula leka di luar sambil menjamah biskut disulam dengan kopi o panas. Perdebatan antara peserta kian hangat berlanjutan dalam membicarakan soal-soal pemasaran dan penjenamaan produk masing-masing untuk merentasi antara benua. Jua segar berlingkar sekitar sistem pengurusan perniagaan yang enak dibicarakan bersilang baur dalam sesi acara tidak rasmi di dewan makan. Poster-poster bergantungan. Paling menarik poster kempen ke Malaysia, Indonesia, Korea dan Jepun. Masing-masing melobi untuk mendapat tempat penganjuran peringkat dunia. Arenim juga mendapat kipas percuma tanda mata berkempen sumbangan agensi pelancongan Korea. Beberapa orang si cantik manis kelahiran Bali juga tidak kurang berkempen mewakili negaranya.

Setiap kali langkah dihayun, dada Arenim berkocak gelombangnya. Warna-warni bumi Marrakesh membenamkan cinta Arenim pada keseniannya. Cantik, indah dan menawan. Taman bunganya dipenuhi mawar di sana sini. Merah jambu, putih, merah bersilang baur mewarnai taman. Ah! Keharumannya menusuk-nusuk kalbu. Kota yang rata-rata dipenuhi dengan bangunan yang disinari dengan warna coklat ini tambah menarik menjelang lembayung senja. Setiap sore penduduk tempatan tidak jemu-jemu menatap keindahan taman ini. Pepohonan tamar pula tetap gagah membarisi jalan-jalan utama ke Hotel Kongres, Marrakesh. Hah! Terlalu mengasyikkan dan saujana mata memandang. Aliran kesenian nampak terus berkembang pesat di kota ini menampakkan lagi keindahan seni bina, arca dan lukisannya yang unggul. Kecantikan seninya jelas terserlah di sana sini. Ini menandakan kemajuan kota ini dari segi seni binanya. Semuanya terpana di jiwa Arenim. Setiap apa yang terdampar di hadapannya betul-betul sama dengan apa yang wujud dalam kehidupan seharian Arenim.

Demikianlah. Kembara Arenim berakhir di sini. Arenim menemui cinta baru di Marrakesh. Melihat mentari terbenam ke perut bumi, hati Arenim tersentuh. Kesetiaan Kheeder memadamkan kedegilan hatinya untuk dicintai. Mengapa dahulu Arenim tidak pernah sekelumit pun memikirkan siapakah pasangan hati belahan jiwa untuk masa depannya. Sekian lama, Arenim kelaparan, kehausan dan mengalami kedinginan yang melampau di rantauan. Namun Arenim tetap tabah.

Tersadung hati Arenim melihat ragam manusia. Ada ketikanya Arenim bernasib baik menemui insan yang berhati mulia menghulurkan simpati. Marrakesh yang begitu terkenal dengan kota pelancongan terus menggamit nalurinya untuk terus menapak di denai-denai harapan. Arenim jatuh cinta dengan keindahan alam semula jadinya. Cinta sejati jua ditemui di sini. Inikah yang dikatakan cinta berlainan benua? Benarlah, jauh berjalan luas pandangan. Saat umat Islam sedang sibuk mengerjakan ibadah haji di kota suci Mekah, Arenim akhirnya terkorban dan akur dengan panahan cinta Kheeder. Impiannya agar Marrakesh menjadi kota cinta bagi mereka berdua.

"Ahhh….aku cinta padamu."

"Cintamu maha agung dan luar biasa."

Adaptasi semangat korban tambah menyerlahkan lagi kebahagiaan Kheeder dan Arenim dalam mengenal erti penghayatan sebenar kehidupan mereka yang menanti dengan tenang di hadapan.


Cerpen ini telah diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 5 Disember 2010.

Tips Menulis


Kepada sesiapa yang ingin bertatih-tatih dalam bidang penulisan...sila baca akhbar The Sun hari ini (15 Disember 2010), halaman 19. Puan Nisah menurunkan banyak petua untuk menjadi seorang penulis sepetinya.

Isnin, 13 Disember 2010

Apabila Bos Mencemar Diri....

Imej by google
Aku sangat terkejut dan benar-benar terkejut dengan kedatangan bekas bosku...(dah hampir 10 tahun aku di sini)...inilah kali pertama bos datang ke pejabatku....

Hi! .........sibuk nampak...(ayat selebihnya tak boleh tulis kat sini...) sendiri aja yang tau...heheheh....

Aku rasa sangat terharu dan benar-benar terharu ni...kerana bos sendiri yang datang menyerahkan kad jemputan perkahwinan anak perempuannya...sayangnya aku tak boleh datang bos...aku dah tempah hotel...tetapi insya-Allah sebelum aku bertolak ke destinasi yang akan dituju, aku akan ke rumahnya (walaupun majlis akan diadakan di dewan) bagi mengucapkan tahniah di atas perkahwinan anak perempuannya...kerana aku amat-amat menghormatinya yang sudi dan datang sendiri menjemputku...

Begitulah kalau bos yang baik, walau lama mana kita mengenalinya kita pasti akan terkenang segala kebaikannya.....bos terlalu baik hati, dan sebenarnya aku memang terhutang budi dengan kebaikannya semasa bertugas di tempat lamaku...

Apabila tersiarnya "Saat Cinta Menggapai"...

Tanggal 5 Disember 2010 merupakan hari yang paling indah dalam karier penulisan kreatif dalam hidupku...cerpenku yang berjudul "Saat Cinta Menggapai" telah disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia...halaman 18 (Pancaindera). Rasanya sangat indah, sedih, suka, malu dan segala-galanya bersilang baur. Inilah perjalanan yang sedang aku lalui untuk terus maju dalam bidang penulisan...
Banyak juga komen yang dituliskan di dalam facebook yang dibuat secara senyap dan terbuka oleh orang-orang yang mengenaliku...semuanya aku terima dengan tangan terbuka. Bagiku bukannya senang untuk menembusi lubuk yang temboknya amat utuh binaannya itu...aku amat-amat bersyukur...dan insya-Allah akan terus menulis...

...isu bahasa

Wacana bahasa kebangsaan: Isu-isu bahasa kebangsaan telah didebatkan pada 8 Disember 2010, bertempat di Bilik Majlis, UKM. Aku pergi suka-suka aja, kerana aku minat dengan tajuk yang bakal diwacanakan...tetapi salah seorang daripada pegawai kanan UKM meminta aku menulis tentang wacana ini....Adoooiiiiiiiiiiiiiiii....

Ahad, 5 Disember 2010

Pen

Suatu hari aku ke sebuah restoran untuk makan malam...saat itu aku didatangi oleh seorang lelaki dengan menawarkan harga murah untuk pen yang dibawanya...

Aku mula berminat untuk memiliki pen tersebut setelah mencubanya beberapa kali saat menulis beberapa perkataan...kerana nampak sedap ketika menulis...bukan tak boleh beli di kedai tetapi sengaja gatal nak membeli juga...

Lantas aku pun membelinya....

Ketika aku menconteng-conteng bagi mencuba pen tersebut... aku teringat kepada dua orang penulis tersohor tanah air yang agak akrab dengan aku saat menyiapkan buku-buku penulisannya...

Kata mereka...kita kena ada pen banyak...kalau kita tak ada mood untuk menulis...kita buangkan aja pen tersebut...campak aja ke mana-mana kita suka biarpun masih ada dakwat lagi. Bila mood kita baik, kita ambil balik dan gunakan balik untuk menulis. Mungkin saat itu mood untuk menulis datang kembali...Jadi, kesimpulannya kita kena ada banyak pen untuk menulis....untuk dibaling-baling dan dipungut semula....yang untung adalah penjual pen tersebut....

Rabu, 3 November 2010

Kehilangan Sebutir Mutiara Sejarawan...

Kira-kira jam 11.00 pagi aku bertolak dari UKM menuju ke Bandar Baru Bangi untuk makan-makan. Tetapi naluri dan jiwaku tiba-tiba bertukar. Kotak mindaku berputar mengarahkan diriku ke HUKM untuk melihat guruku, pengarangku yang dikhabarkan kepadaku sedang koma...PROF. Datuk Dr. NIK ANUAR Nik Mahmud di Bilik 2, Wad Warga HUKM. Aku tenang sahaja ketika melihat keadaan beliau. Hampir jam 2.00 aku meninggalkan beliau yang ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu keadaannya dan harapan keluarganya terhadap beliau. Datin begitu tenang dan setia disisi Datuk yang sedang berperang dengan keadaan...Oleh sebab aku pergi seorang diri, jadi aku tiada teman untuk berbual bicara dan berkongsi rasa mengenai kondisi beliau ketika itu.

Namun aku sempat menghantar beberapa SMS kepada beberapa orang tokoh yang patut mengetahui tentang kondisi beliau. Kemudian aku meneruskan derap perjalanan ke kedai makan kerana sejak pagi lagi perutku belum diisi...KFC depan HUKM menjadi destinasiku...

Oleh sebab ketika itu aku sedang leka dengan Chooti Babu di TV8 dan Maghrib, jadi aku tidak perasaan sms aku penuh dengan berita yang sedih lagi mendukacitakan. Guru dan pengarangku yang kini sedang menanti-nanti kelahiran biografi yang ditulisnya yang sedang aku tangani dengan seserius rasa telah pergi untuk selama-lamanya, kembali ke rahmatullah di Hospital Universiti Kebangsaan, Kuala Lumpur, pada jam
6.55 petang - 28 Oktober 2010 - Khamis. Hanya beberapa jam sahaja setelah aku tinggalkan katil hospital tempat beliau dirawat ketika itu. Jenazah beliau dibawa balik ke rumah beliau, di No.3, Jln 1/3D, Bandar Baru Bangi.

Pada pagi Jumaat, 29 Oktober, aku ke rumahnya, tetapi jenazahnya telah dibawa ke Masjid UKM untuk urusan seterusnya...dimandi, dikafan, disembahyangkan dan dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas (perkuburan lama). Dengan perasaan sayu aku melihat perjalanan terakhir pengarang yang suatu ketika dahulu pernah bersama-samaku dan rakan-rakan di Jabatan Sejarah UKM melawat Thailand (ketika itu aku pelajarnya...Pattani, Yala, Naratiwat dll di selatan Siam). Kenangan bersama allahyarham yang sungguh baik hati, peramah dan tegas dengan pandangannya amat aku hormati.

Ketika beliau datang menemui aku untuk menyerahkan manuskrip lewat thumdrive, keadaannya masih sihat. Aku sempat menyapa dan berbual rancak dengannya tentang beliau yang dikurniakan gelaran datuk oleh kerajaan Kelantan. "Wah! Susah tu nak dapat Datuk Kelantan...", kataku padanya suatu ketika dahulu....Namun rasanya beliau memang telah lama layak untuk mendapat gelaran tersebut kerana jasa baktinya dalam bidang penulisan sejarah terlalu banyak.

Al-Fatihah. Semoga keluarganya tabah dan roh aruah datuk tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang solihin.

Rabu, 20 Oktober 2010

Penulis Muda Berbakat Besar....

Mereka adalah pelapis kepada ramai penulis veteran yang pergi meninggalkan kita semua. Ada penulis lama yang kini sudah tidak mahu menulis disebabkan faktor kesihatan. Ada yang merajuk sakan dan ada yang cuma mahu membaca dan melihat perkembangan dunia penulisan Tanah Air.

Sewaktu saya menghadiri seminar di UPM baru-baru ini sudah ada bunyi-bunyi cerita tentang keputusan ini, tetapi sebagai pendengar di bawah (duduk di kerusi peserta ketika itu) saya cuma menjadi pendengar sahaja....

Namun setelah guruh dan petir berdentum...maka ingin saya ucapkan kalungan TAHNIAH kepada dua orang penulis muda tersohor masa kini yang baharu sahaja diumumkan oleh DBP sebagai penerima anugerah sastera. S.M Zakir membawa pulang gelaran Penulis Muda MASTERA sementara Zaen Kasturi meraih SEA Write Award. Saya berharap semoga mereka akan terus menulis dan berbakti kepada mereka yang memerlukan buah fikirnya.

Sejujurnya kedua-dua karya penulis ini saya rasakan ada suatu yang amat bagus untuk dijadikan rujukan oleh penulis-penulis muda. Mereka kaya dengan idea yang sentiasa membuak-buak lahir di kertas.... Kalau sembarangan orang malas mahu pun bosan membacanya kerana karyanya agak berat...seberat batu digalas... Untuk SM Zakir ke manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan menjadi pengganti kepada legasi kepengarangan bapanya S. Othman Kelantan (Prof. Dato' Dr. Hashim cukup berbangga dengan S. Othman Kelantan ni).

Tahniah sekali lagi dan selamat maju jaya.

Ahad, 3 Oktober 2010

...Hujung Minggu yang Sibuk

Tanggal 2-3 Oktober 2010 ni aku banyak menerima undangan makan free...
Ini rentetan apa yang terdaya aku buat bagi memenuhi undangan yang diterima...
Antaranya aku bermula dengan pergi ke rumah jiranku buat majlis kenduri perkahwinan anak bujangnya...kemudian aku ke Bangi Golf Resort...juga ada majlis perkahwinan anak dara jiranku...

Kemudiannya aku malas nak pergi ke rumah yang lagi satu kerana dah terlalu kenyang. Lagi pun aku harus ke kelas piano...dah petang aku harus ke majlis hari jadi anak buahku...sampai di pertengahan jalan aku terpaksa berpatah balik kerana memikirkan sudah terlalu lewat...jemputan jam 2.00 petang, sedangkan di luar sana sudah semakin gelap dan bang Maghrib sudah mula menyusul...(maaf..walaupun tuan rumah menjemput...datang malam pun tak apa...) aku tak jadi pergi kerana harus ke rumah seorang rakan yang akan menunaikan fardu haji....aku nak keberkatan...kerana...teringin juga nak pergi haji...orang sekeliling selalu menyindir aku...satu dunia sudah pusing keliling...

Keesokannya aku masih lagi ada jemputan kenduri majlis perkahwinan dan makan-makan hari raya...tapi hari ini aku menyibukkan diri kerana harus berlatih bermain piano dan membaca...aku sedang prepare untuk pembentangan...akhirnya hingga lewat petang...kemudiannya aku sibuk berkebun.....geram dengan tukang kebun yang biasa buat kerja tetapi sekarang semakin ketwat...sesuka hati sahaja nak potong rumput...kalau ikutkan hati banyak bangla yang nak buat kerja tu...tetapi mengenangkan dia ni dah bertahun-tahun buat kerja ni...jadi aku fikir cuma kesian kat anak-anak dia je...hisshhh geram....

Rabu, 29 September 2010

Tips Lembar Bahasa....1

Saya sering keliru dengan banyak ejaan ketika menyunting...biarpun hari-hari kerjanya asyik membaca.... Ikhlasnya saya selalu lupa dan keliru dan kerap pula lakukan kesalahan ejaan untuk perkataan yang tidak sepatutnya. Ikhlasnya juga, saya selalu ditelefon oleh insan yang malas untuk merujuk Kamus Dewan dan Lembar Bahasa DBP...Di sini kita bermula....saya tulis hanya yang betul....

atur cara
Aidiladha / Aidilfitri
baucar
berserta
boling
cendekiawan
catat
definisi
draf
e-mel
faks
gambar rajah
gembleng
graf
hak milik
ibu bapa
insurans
insya-Allah
jawatankuasa
Johor Bahru bukan Johor Bharu
kereta api
komersial
Kota Bharu bukan Kota Bahru
landskap
leukemia
maksimum bukan maksima
memperoleh bukan memperolehi
minimum bukan minima
nasionalisme bukan nasionalisma
pemprosesan bukan pemerosesan
pelancaran
persaraan
reka bentuk
sebut harga
silaturahim
stesen
stoking
skala
temu bual
urus setia
surat khabar


Sekian....

Selasa, 28 September 2010

Pesta Buku Indore, India

Saya berpeluang menyaksikan Pesta Buku Indore India anjuran National Book Trust India yang berlangsung mulai 18-26 September di Indore, India. Dengan menaiki beca roda tiga dan membayar Rs20 saya sudah pun berada di Pesta Buku Indore. Perjalanan daripada hotel agak sesak juga kerana ramai yang baru pulang daripada kerja. Jarak antara pesta dengan hotel tempat penginapanku tidak jauh rupanya...tetapi disebabkan aku tidak tahu tempat, maka aku lebih rela naik beca...lagi pun kelas juga naik beca ni...hehehe. Si penarik beca ni asyik berludah aja...makan sirih banyak sangat. Geli pulak aku.

Sampai saja di sana, (Shri Madhyabharat Hindi Sahitya Samiti, 11 Rabindranath Tagore Marg Indore) aku terus membelek-belek buku. Namun aku beli sedikit sahaja walaupun dalam hati teringin untuk memborong pelbagai genre buku yang amat menarik. Ni, mesti berat dan lebih muatan bila beli banyak-banyak...sari lagi nak beli...Lantaran pula harganya pula teramatlah murah jika nak dibandingkan dengan Malaysia. Aku terkesima melihat terlalu banyak buku memoir, biografi dan buku autubiografi yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan Hindi (baca...tulisan Tamil...).

Buku-buku muzik pun aku ada beli juga...begitu juga untuk buku pasal editor... aku rasa macam tak percaya pula bila sudah berada di situ kerana bukannya aku nak pergi Pesta Buku Indore sebenarnya...cuma kebetulan aku berada di sana dan terbaca iklan/promosi yang menghantar aku ke pesta buku... ini pengalaman pertama aku ke pesta buku peringkat antarabangsa selain daripada Kuala Lumpur!!!! Pihak atasan aku tak hantar aku ke luar negara pun tak apa...kalau aku ada rezeki aku akan pergi sendiri...kerana itu lebih berkat dan aku akan lebih-lebih amat menghargainya.

Ahad, 26 September 2010

Dabangg...



Foto: Credit to Google
Kunjungan ke Indore, India baru-baru ini melengkapkan percutian kami dengan menonton filem terkini paling termasyhur Bollywood lakonan Salman Khan berjudul Dabangg..

Aku masuk panggung dengan tak tau apa-apa pasal filem ini.... Kamera dan beg disimpan di tempat jaga keselamatan. Tiket yang dibeli pun paling mahal. Tempat duduk pun agak istimewa. Aku pun tak tau pasal apa dia orang bagi tempat yang special yang tak ada orang duduk...hanya aku dan suamiku sahaja di barisan itu. Tukang jual tiket siap cakap...This is Hindi movie...not English movie...yes yes yes...aku memang dah tau...

Agaknya mereka terkejut tengok makcik dan pakcik ni tengok wayang cerita Dabangg...

Aku tersangat enjoy dengan perjalanan cerita dalam filem ini...amat menarik dan aku pun suka dengan hero dan heroin yang berlakon dalam filem ini...

Isnin, 13 September 2010

Salam Lebaran dan My Birthday....

Hari raya tahun ini,aku dan suami menunaikan solat sunat hari raya di Surau al-Madani, Bandar Baru Bangi. Khatib pada hari itu orang tempatan...lupa namanya...dan khutbahnya dibacakan oleh al-Hafiz...Aku lupa namanya juga...khutbahnya menusuk kalbu..indah bahasanya, kandungannya penuh motivasi dan terselit juga katanya dahulu beliau seorang mantan mubaligh Kristian daripada Sabah...mendengarkan bacaan ayat-ayat suci yang dibacakan seperti seakan-akan tidak percaya pun ada. Beliau begitu fasih dan lancar. Pagi raya tahun ini aku masak nasi himpit, sayur campur goreng dan kari ayam...aku jarang masak kari ayam di pagi raya kerana biasanya aku akan masak ayam goreng kicap...

Kemudian aku ke Kelang menziarahi pusara kedua-dua mertuaku...Mula-mula sampai membentangkan kertas surat khabar dan membaca yasin bagi kedua-dua pusara. Kemudian kami mencabut rumput. Agak lama aku tidak ziarah pusara mereka...tidak tahu kenapa tetapi mungkin lupa atau tiada masa kerana sibuk sangat dengan tugasan seharian. Kemudian menjirus air dengan disertai taburan bunga dan daun pandan...Pulang daripada pusara aku ke rumah saudara mara suamiku....bertanya khabar sambil makan-makan kuih raya. Ada yang sihat dan ada yang sakit. Aku berjalan hingga ke malam ke rumah bibik/maman dan semua rumah ipar duaiku...

Hari raya kedua aku bertolak ke Tangkak menemui ibuku...aku menziarahi rumah saudara mara sebelahku pula...kebetulan raya kedua adalah hari lahirku dan aku menerima banyak ucapan selamat hari lahir juga nyanyian hari lahir daripada uncle/antie dan anak-anak saudaraku...Kami juga menziarahi saudara mara hingga ke malam...kakak iparku masak mee hoon sup kegemaranku...sedapnyaaaaa...

Raya tahun ini aku tidak menziarahi pusara abah...al-Fatihah sahaja yang sempat dikirimkan...biasanya aku selalu juga menziarahi pusara abah sebelum ini. Namun kali ini aku tidak berkesempatan untuk menziarahi...Insya-Allah pada lain kesempatan aku akan ziarahi...

Hari raya ketiga, aku ke Batu Pahat...menziarahi kakak dan ipar duaiku di sana...abang iparku belaja makan di Rest House Batu Pahat...waw....terima kasih terima kasih terima kasih...kemudian aku ke rumah adik iparku menziarahi keluarganya Datuk Salleh dan Datin...kami dijamu laksa johor...wau best giler....sedappppp...

Kemudian kami bertolak balik ke Kuala Lumpur...singgah di Restoran Jejentas Air Keruh kerana ada yang nak belanja makan Kentucky untuk my birthday...Aku dan adikku serta anak-anak saudaraku menunggu akan lama juga kerana terlalu ramai orang yang entri menunggu ayam goreng yang sentiasa kehabisan setelah digoreng....perghhhh lama betul...aku siap suruh pekerja tu sapu sampah dan lap meja tempat makan lagi kerana seperti tidak terurus lagaknya...budak tu cakap orang terlalu ramai...tetapi kebersihan tempat makan perlu dijaga. Sampah sarap, tisu, straw dan lain-lain kotoran di lantai mesti dibersihkan kerana kita tidak tahu siapa pelanggan yang bakal makan di kedai kita....wahhhh aku macam penguasa kementerian kesihatan gitu....

Hari semalam aku bekerja seperti biasa...dan si Azrul mengajak aku ke rumahnya...dan geng-geng budak bujang pejabat ni pun dijamu nasi himpit, kuah kacang, ayam goreng kentucy dan rendang...(sedap sungguh rendang yang mak Azrul masak).
Pendek kata, sepanjang raya ni aku tidak jemu-jemu dijamu makan...baik kuih raya, jamuan raya, kek birthday, jambangan bunga, cokelat, hamper, dan hadiah-hadiah yang diluar jangkaanku...Aku juga banyak menerima pesanan ringkas, panggilan telefon dan e-mel birtyday...

Rasanya tahun ini paling indah, bahagia dan bermakna...kerana ramai yang mengetahuinya terutama kenalan rakan-rakan taulan serta anak-anak saudaraku yang memberitahu ibu bapa mereka tentang birthdayku melalui facebook...Aku bukan sahaja juga menerima ucapan hari lahir dan salam hari raya daripada Malaysia, malahan sejauh Indonesia, Belgium dan Russia. Lecturerku Det Deprez yang pernah mengajarku di Belgium juga tidak lupa mengucapkan salam kelahiran untukku...teman baikku Helen Tionardi yang dikenali sewaktu di Belgium, juga mengirim salam untukku...Helen sudah bermenantu...sayangnya beliau lewat menghantar kad undangan untukku...kalau tidak aku pasti ke Indonesia menghadiri hari bahagia anaknya si Gleen...
Sekian...catatan lebaran dan hari kelahiranku yang bermakna sekali tahun ini...2010...

Rabu, 25 Ogos 2010

...kunjungan 2 dalam 1


Hari Isnin lalu aku dikejutkan oleh staf kedai buku, si zizan...mengatakan buku yang aku sunting telah siap dan telah dihantar di pejabatku...

Aku sungguh gembira kerana agak lama juga untuk menyiapkan buku ini...maklumlah buku ini disiapkan hasil rombakan daripada tesis PhD ke buku...tesis Universiti Malaya ini adalah kepunyaan Dr. Zurinah Hassan...

Akhirnya, setelah agak lama, tolak,bahagi, campur, dharab dan sebagainya....buku ini akhirnya berjaya menjengah pasaran atas nama Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden...harga yang diletakkan adalah RM45.00. Foto depan belakang kulit buku itu diambil oleh boss aku...Prof. K...sangat cantik...aku yang memilih foto itu daripada sekian banyak koleksi fotonya...foto itu juga menjadi ikon terkini di dinding Unit Cetak...wahhhh terharu aku....citarasa aku memang kelasssss.....aku tak tau pun foto itu juga yang boss pilih untuk letak di dinding....

Semalam aku berkesempatan mengunjungi pengarang ini di rumah di Shah Alam...aku memang nak menyerahkannya sendiri naskhah pngarang (10 naskhah) ke tangan beliau...kerana katanya beliau tidak sabar untuk terbang ke Bangi sebaik sahaja aku maklumkan buku tersebut telah siap. Setelah berbincang dengan Aina, aku mengambilnya di kedai buku dan terus ke Shah Alam...

Kembalinya aku ke Bangi, maka dibekalkan oleh suami beliau yang amat peramah dan baik hati dengan betik, mangga masak dan mangga muda yang dijolokkannya ditengah-tengah panas terik sekitar jam 12.30 tengah hari. Aku rasa suami pengarang ni cukup rajin bercucuk tanam sayur-sayuran...keliling rumahnya penuh dengan tanaman segar...Ada lagi dipelawanya daun pandan, daun kunyit, daun kaduk...tapi aku tak mahulah...pasal kat umah aku pun banyak benda-benda itu....terima kasih, terima kasih dan terima kasih...terharu aku.

Lantas aku teringat terus kepada abangku yang berada di Tangkak...bila aku nak balik Bangi, abang yang ku panggil Uda akan merayau-rayau keliling rumahnya menjolokkan pelbagai macam buah untuk aku bawa pulang...paling tidak pun buah kelapa...yang siap diparut dan beberapa biji lagi dibukakan kulitnya...aku cakap tak payah kopek tapi uda tetap mengopeknya...aku cakap kat Bangi harga sebiji kelapa parut RM1.70...pergghhh mahalnya kata abangku...lagi le dia masukkan beberapa biji ke dalam bonet keretaku...macam aku menjual nasi lemak pulak....

Nah...Ada sinar gembira di wajah Dr. Zurinah tika menatap buku tersebut...aku siap minta tanda tangan lagi...dan kami bersembang-sembang dalam pelbagai topik....

Ahad, 22 Ogos 2010

...mengikut kata anak-anak....

Beberapa hari lagi anak-anakku akan pulang semula ke tempat pengajiannya setelah usai cuti musim panas....

Oleh sebab tempoh yang tidak lama berada di tanah air, maka mereka mengisi waktu lapang dengan pelbagai aktiviti yang di dalam pengetahuanku dan di luar kotak mindaku...aku tak kisah apa yang mereka buat asalkan yang baik-baik sahaja dan tahu menjaga nama kedua-dua orang tuanya...yang sudah semakin lanjut usia....

Minggu ini sahaja aku mengikut mereka ke mana sahaja yang dikehendaki...membeli belah barang-barang yang hendak dibawa pulang...makan makanan yang enak-enak...pastinya memasak juga untuk menu kegemaran mereka dan yang paling hebat mereka meminta kami membawa mereka bertemu dengan sanak saudaraku khususnya untuk menemui uncle dan auntie mereka...

Maka berkelanalah kami menemukan mereka...pulang ke kampung walau sepicing cuma dan makan bersama-sama mereka...kerana ada barang-barang yang ingin diberikan kepada mereka....walau telah lama berada di luar negara...yang paling penting mereka masih lagi teringat untuk menemui adik beradikku dan adik beradik suamiku...

Kadang-kadang lucu juga bila mengikut rentak anak-anak ini...ke shopping mall, ke kedai komputer, pulang ke kampung halaman, ke panggung wayang, makan mengikut menu mereka di restoran itu dan ini...dan berbual bahasa basi yang kadang-kala aku sendiri pun terlepas cakap...ooopppss terlebih sudah nampaknya...yang aku rasa tidak ada tapisannya...

Akhirnya aku sendiri berfikir...mereka ini nampaknya boleh berfikir sendiri...siapa orang tua mereka ini...

Rabu, 18 Ogos 2010

Perginya Maman Mamat....sebelum Ramadhan

Hujung minggu yang lalu (beberapa hari sebelum puasa) saya ke Kampung Batu 10, Banting...maman Mamat (sebelah suami saya meninggal dunia. Saya nampak ada rona sedih di wajah suami saya. Beliau nampaknya begitu menyenangi perwatakan maman yang juga adik kepada aruah bonda mertua saya. Suami saya bersungguh-sungguh hati membawa maman ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut. Hinggalah kepada suatu tahap pihak Hospital Banting menghantar maman untuk mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur. Nampak suami saya amat gembira dengan perkembangan kesihatan maman yang sudah semakin pulih.

Bibik pula sentiasa berada di katil hospital biarpun maman diletakkan di wad unit rawatan rapi bagi mendapatkan rawatan lanjut....berbulan juga bibik menjaga maman dengan tabah. Maman hanya mahukan bibik disisinya, biarpun maman mempunyai ramai anak lelaki...anak-anaknya silih berganti menjenguk maman dan membawakan makanan untuk bibik...saya lihat keluarga ini amat mementingkan nilai-nilai kekeluargaan. Saya suka cara mereka.

Kini, maman yang baik hati telah pergi buat selama-lamanya. Mengenalinya membuatkan hati saya gembira...maman akan membekalkan saya sayur-sayuran kampung, nenas, nangka dan pelbagai lagi kalau saya mengunjungi rumahnya. Saya pula senang mengunjunginya kerana maman agak peramah biarpun dia tahu aku bukannya pandai bercakap Jawa.

Pada hari terakhirnya, saya lihat perjalanannya ke tanah perkuburan dihantar orang ramai orang. Setelah kembali dari tanah perkuburan, saya mendengar cerita dari bibik sendiri yang maman mengatakan kepada besannya yang dia mungkin tidak sempat untuk berpuasa tahun ini...dan pertanda yang paling nyata sekali, cucunya yang masih tidak mengerti apa-apa dengan sewenang-wenannya pada petang sebelum maman meninggal dunia telah memakai sut lengkap baju Melayu, bersongkok. Maman pula begitu ralit memerhatikan cucu lelaki kembarnya yang berusia 24 hari yang dilahirkan oleh puterinya yang berusia 24 tahun....bibik terus bercerita dan tiada lagi rona sedih terpapar di wajahnya....kebetulan pula kesedihan keluarga ini sempat juga disaksikan oleh kedua-dua orang anakku yang kini masih bercuti musim panas di Malaysia. Entah berapa kali maman menyambut menantu mereka tidak dapat turut serta, tapi saat keluarga ini bersedih mereka dapat turut sama merasainya....

Raya tahun ini...pasti bibik sekeluarga akan bersedih hati....yang pergi biarkanlah pergi...tapi kita yang masih hidup ini...teruskanlah perjalanan ini....

Isnin, 19 Julai 2010

...santai...serius...santai...dengar wacana....

Foto Ads By Google
Hari ini aku berpeluang mendengar Syarahan Sarjana Pelawat Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) - wacana daripada Profesor Dr. Awang Sariyan...Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia - Beijing Foreign Studies University...

Wah! Tidak sia-sia aku mengedit buku cetakan kedua Prof. Dr. Liang Liji...dia sebut tadi...terbitan Penerbit UKM...bangga... bangga... bangga... sekejap....

Rasa terbuka sedikit mindaku mengenai bahasa Melayuku yang amat kusanjung tinggi...

Tadinya aku khyusuk mendengar dan kertas kerja yang disampaikan amat bermakna sekali...

Gambar-gambar yang dipaparkan amat membuatkan aku teruja ...membuatkan aku ingin melawat China lagi....

Bertapa besarnya pengaruh Islam dan ketamadunan Melayu di China...tidak seperti yang diduga...tepatlah seperti apa yang dikata ...sudah berkelana baru tahu...

Sabtu, 17 Julai 2010

Aku dan Dunia MuzikKU 3

Kredit Untuk si suara macho Amar
Semalam (17 Julai 2010) - aku berpeluang menyaksikan Orkestra Universiti ASEAN di UKM...

Pertama kali aku melihat cikguku Mr. Adzan menjadi konduktor muzik orkestra...rasa macam tak percaya pun ada...bila dia mengajar biasa-biasa aja...tetapi bila menjadi konduktor macam lain pulak...so profesional...TAHNIAH.

Kali kedua aku melihat Datuk Johari Salleh menjadi konduktor muzik orkestra secara langsung...kali pertama semasa di Dewan Philharmonik Kuala Lumpur...TAHNIAH...Datuk tetap tiada tandingannya saat ini...dalam berkarya... khususnya dalam dunia muzik.

Kali kedua aku melihat si Amar menjadi juruacara majlis...suara dia best jugak...kali pertama dia jadi pengacara masa majlis Pelancaran Buku Datuk Johari Salleh..jadi aku ambik gambar ni dari blog dia...jangan marah ye....tak payah minta izin ye Amar...pasal dalam foto ni ramai yang aku kenal termasuk rakan-rakan UKM yang ada dalam dunia muzik dan cikgu aku pun ada sekali ni...aku nak abadikan gambar ni di sini...

Isnin, 12 Julai 2010

Pameran Arkitek Muda...



Sewaktu aku berjalan-jalan usai kelas muzik ada pula pameran oleh arkitek muda di sekitar DECTAR...jadi aku pun ambil gambar...selebihnya ada letak pic ni di dalam FB...

Budak-budak ni sungguh kreatif dan berjaya memikat hatiku untuk merakamkan gambar-gambar menarik pameran hasil kreativiti mereka. Tahniah arkitek muda...

Aku dan Dunia Muzikku 2






Pengajian muzik di UKM telah tamat...

Mr. Violin yang macho tu adalah cikgu aku...Mr. Fitra...suara dia sedap bila mengalunkan lagu-lagu Melayu asli...dia tak tau yang aku pernah dengar dia nyanyi masa dia buat show...gesekan biolanya boleh membuai perasaan anak dara...orangnya sabar dan tenang serta baik hati...sabar dengan kehadiran pelajarnya yang tak tau apa-apa pasal violin...

Ini antara foto-foto di dalam kelas...antara aku dan rakan-rakan pemain violin yang masih macam pucuk pisang....

Selasa, 22 Jun 2010

Penjara Pudu oh Penjara Pudu...

Foto Imej By Google
Akhirnya pada malam 21 Jun 2010 monument bersejarah Penjara Pudu (1891) dirobohkan jua...roboh menyembah bumi demi mengejar erti pembangunan di kota raya...penjara ini menjadi korban pembangunan...ah sayang sekali...bangunan warisan bersejarah berusia 119 tahun itu akhirnya pergi jua...biar bangunan tua ini tidak ada makna pada warisan dan seni bina anak bangsa tetapi sepatutnya keunggulannya patut dipertahankan sedikit sebagai memberi makna kepada tamadun bangsa dan negara....untuk menjadi rujukan kepada anak cucu cicit kita. Memang benar, Penjara Pudu itu untuk tempat orang jahat dan tidak bermakna apa-apa kepada orang-orang baik seperti kita, tetapi sewajarnya sedikit tembok/atau pintu gerbangnya patut dikekalkan sebagai tarikan kepada para pelancong yang datang ke kota raya Kuala Lumpur. Semua orang tau yang Penjara Pudu sememangnya menjadi tempat tinggal orang-orang yang melakukan jenayah/tempat penginapan orang jahat, kaki ragut, pengganas, penjenayah, pembunuh dan sebagainya.

Saya yakin ahli sejarah seperti saya amat sedih dengan peristiwa ini...tetapi siapa yang boleh menafikan apa jua keputusan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan...kita tidak boleh bersuara...boleh bersuara tetapi tidak didengari kerana masing-masing mempunyai alasan tersendiri untuk dipertahankan apa jua yang telah dibuat di dalam mesyuarat demi mesyuarat...

Dulu sewaktu kecil, saya bersama-sama rakan-rakan jua guru-guru sekolah saya suka melancong ke Kuala Lumpur, dan bila sudah sampai ke kawasan Penjara Pudu, saya pasti gembira kerana telah pun sampai ke destinasi yang dituju iaitu Kuala Lumpur...satu daya tarikan...biar pun itu tempat orang jahat... mercu tandanya senang untuk dikenal pasti...kami akan bersorak riang di dalam bas..."Yeah yeah yeah dah sampai Kuala Lumpur gitu...."

Apa boleh buat...kita ada mata lihat ajalah apa-apa yang berlaku...sejarah tetap sejarah...apa yang penting sejarah pasti akan berulang...

Rabu, 16 Jun 2010

Hadiah Buku Untuk Diri Sendiri

Baru-baru ini seorang teman sepejabatku telah melancong ke Indonsia, lalu beliau bertanya adakah aku ingin mengirimkan sebarang ole-ole daripada sana. Aku katakan kepadanya yang aku suka buku.

Nah! Sekembalinya beliau ke Malaysia...dibelikannya aku buku-buku (semua judul yang berbeza-beza) dan semuanya mengikut citarasa terkiniku...bagiku wang yang kukirimkan bukanlah yang utama jika dibandingkan dengan penat lelahnya mencari buku-buku tersebut...yang penting bagiku adalah buku yang dibelikan lebih bererti...semuanya buku terkini cetakan tahun 2010.

Antaranya buku-buku muzik terkini...violin, gitar (buku ini akan kuhadiahkan untuk anak daraku) dan buku penerbitan. Semuanya lagu-lagu baru yang disekalikan dengan nota muziknya...aku suka sekali kerana bolehlah merangkak-rangkak menggesek biola bila lapang nanti dengan menggunakan buku-buku tersebut...

Masyarakat di Indonesia rupa-rupanya cukup terkini dengan penerbitan buku-buku...aku dapati lagu-lagu baru seperti Kris Dayanti, Rossa, Anang, Nidji dan sebagainya semuanya sudah dibukukan lagu-lagunya...persoalannya mengapa lagu-lagu terkini di Malaysia tidak dibukukan oleh pemuzik/pencetak di Malaysia. Mesti ada orang yang nak beli jika buku-buku muzik dan notanya dibukukan...percayalah...terutamanya orang-orang macam aku yang mencari-cari buku seperti itu...

Terima kasih kerana berupaya membaca fikiranku dengan membeli buku-buku yang sesuai dengan jiwaku...

Bos Lama


Kira-kira jam 10.00 pagi, 11 Jun 2010 (Jumaat) bersamaan 28 Jamadil Akhir 1431H,
bekas teman sepejabatku Yati memaklumkan bahawa bos lamaku meninggal dunia. Katanya lebih kurang macam nilah..."Kak, dah tau ke bos lama kita dah meninggal dunia malam tadi...." Ya...al-Fatihah untuk Profesor Dr. Muda @ Ismail Ab. Rahman, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam telah kembali ke rahmatullah.

Saya terus ke rumahnya pada pagi itu di Bandar Baru Bangi...tetapi jenazahnya telah dibawa ke surau al-Ehsan dan aku sempat melihat perjalanan terakhirnya menuju ke tempat jenazahnya akan dikebumikan...

Usai solat jenazah aku sempat memeluk isteri beliau...sambil mengatakan rasa sedihku...aku katakan padanya yang aku pernah bekerja sebagai pembantu peribadinya dalam tempoh yang agak lama juga...ketika itu aku masih lagi belum meneruskan pengajian pada peringkat pengajian tinggi. Isterinya seorang ustazah di SMK Bandar Baru Bangi, Jalan 3....juga aku mengenali ustazah isterinya itu ketika aku membuat latihan praktikal mengajar budak-budak tingkatan 1 dan 2 untuk program Diploma Pendidikan UKM.

Rasa terharu juga kerana aruah diimamkan sembayang jenazah tersebut oleh anaknya...aku memang tau anak-anaknya ramai yang berjaya dalam pelajaran...Saat sihatnya dan aku tidak lagi bekerja dengannya aku selalu berselisih dengannya yang cukup rajin jogging di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi...masih lagi menegur dan di mana-mana pun tetap mengenaliku walaupun beliau telah menjadi seorang profesor.

Kebetulan pula, ketika di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini (Seminar SEAPSIL 2) (7-9/6/2010) aku sempat bercerita mengenainya dengan salah seorang pelajarnya yang sudah pun menjadi pensyarah di UiTM...beliau juga sama-saa menyampai kertas kerja dalam seminar tersebut dan sempat pula menyampaikan kepadaku yang Ustaz Dr. Muda ketika itu sedang sakit. Memang ketika itu aku begitu rancak bercerita tentang pengalamanku bekerja di FPI...terasa seronok bercerita...Aku yakin ramai lagi pelajarnya yang menjadi orang-orang besar dalam bidang pengajian Islam yang tidak tahu tentang pemergiannya ke alam abadi ini...

Dengan sedihnya aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.

Isnin, 14 Jun 2010

Erti Seorang Sahabat....

Semalam sekitar jam 9.00 malam 14 Jun 2010, ada lima anak gadis datang ke rumah saya....

Oleh sebab waktu sudah malam, biasanya saya telah mengunci pintu pagar....

Saya bingkas menerpa ke ruang tamu apakala deringan telefon rumah yang panjang tiada henti-hentinya...kerana saat itu saya sedang menonton televisyen...di ruang tamu yang dibelakang....

"Aunti, saya nak beri hadiah untuk hari jadi Nadia..."

"Minggu depan saya akan bertolak ke England...untuk melanjutkan pelajaran...."

"Tahniah untuk Nabilah...semoga akan terus berjaya..."

Sambil-sambil itu sempat lagi mempelawa ke England biarpun beliau belum lagi berangkat....so sweet anak gadis ini...

Setahu aku, anak gadis ini cukup gigih...pernah bekerja di mana-mana kedai yang dia suka...jadi jurujual Billion, bekerja di kedai makanan segera....menjual cokelat...untuk menampung perbelanjaan sehariannya...gigih mencari wang sendiri...pada hal kalau diikutkan dengan keadaan rumahnya di Mutiara Bangi....aku rasa ibu bapanya sudah mampu untuk memberikan wang secukupnya...

Walau dijemput masuk...kelima-lima anak gadis itu tidak mahu, kerana mahu keluar makan malam bersama-sama....ah meriahnya punya ramai adik beradik perempuan...aku agak salah seorang daripadanya adalah pembantu rumahnya....dah gelap, tak jelas sangat wajah-wajah mereka...kereta pun tidak dimatikan enjinnya...lampu kereta pun terpasang...nak cepat kata mereka...

Itulah...walau anakku tiada disisi, jauh di perantauan mencari ilmu, tetapi masih ada lagi temannya yang ingat akan hari lahirnya...oleh itu duhai Nadia...jangan sedih-sedih....pedulikan semua hal...yang penting...belajar dan berjaya....

"Kirim salam pada uncle ye..."...itulah kata-katanya sebelum menutup pintu kereta.

Kereta hitam yang dipandu meluncur laju meninggalkan aku sendirian sambil memegang hadiah hari jadi anak gadisku...yang ke-21 tahun....

Apa-apa pun terima kasih Nabilah...selamat jalan untuk mencari ilmu....semoga berjaya....

Ahad, 13 Jun 2010

SELAMAT HARI JADI NADIA...

Imej By Google
Tanggal 9 Jun 1989 sudah berlalu...kini tarikh yang sama berulang lagi...dan tarikh itu lahirlah anak perempuanku NADIA.....

Petang itu 9 Jun 2010 (pada tarikh hari lahirnya) aku bersama suamiku makan-makan di persisir pantai di Kota Kinabalu, Sabah sambil menyaksikan matahari terbenam...sempat lagi merakamkan riak matahari terbenam. Sebetulnya pada tarikh tersebut aku ada tugasan ke Sabah kerana membentangkan kertas kerja SEAPSIL 2....aku gembira kerana dalam bertugas pun aku masih ingat lagi tarikh-tarikh penting dalam hidupku...Seminar Antarabangsa Psikolinguistik di Kota Kinabalu...

Saat itu juga aku ingat bahawa, hari itu adalah hari lahirnya....usai makan dan kembali ke hotel...aku cuma dapat mengucapkannya lewat telefon...SELAMAT HARI LAHIR ANAKANDAKU NADIA....SEMOGA BERJAYA UNTUK KEMBARA YANG BEGINI JAUH DALAM MENGEJAR SECANGKIR ILMU.

Namun kami tidak dapat bersama-sama untuk menyambutnya di tepian pantai yang penuh romantik itu...kerana anakku berada di Moscow...dan aku diberitahu oleh abahnya yang kita tidak boleh menganggunya SAAT INI dengan menghantar gambar-gambar kita di sini kepadanya lewat telefon kerana mungkin akan menganggu emosinya...

Kini anakku berusia 21 tahun....harap-harap Nadia sudah matang sesuai dengan usianya.

Setiap kali hari lahirnya aku tetap ingat dan masih terasa-rasa lagi bahawa anakku ini masih lagi kecil dan perlu dibelai...

Ada hadiah yang dimintanya daripadaku...sebuah gitar...kerana anakku ingin membawa violinku tetapi aku masih belum menamatkan pengajian muzikku jadi violin ini sudah sebati dengan jiwaku...aku sudah jatuh cinta dengan violinku...Nanti apakala anakku pulang bercuti kita boleh sama-sama mencari gitar mana yang anakanda suka...dan ibumu akan membayarnya sebagai hadiah hari lahirmu yang ke-21...tidak ada surprise...kerana aku mahu hadiah yang diminta menjadi sebati dengan jiwanya...

Sekali lagi...Selamat Hari Lahir NADIA....muaah muaah muaah....

Selasa, 1 Jun 2010

Penyanyi Rahim Jantan Meninggal Dunia

Semalam 1 Jun 2010 penyanyi Rahim Jantan yang seriing menyanyikan lagu-lagu berentak asli telah kembali ke rahmatullah. Jenazahnya dikebumikan di Melaka - tempat tumpah darahnya. Tokoh pemuzik tradisional ini adalah seorang penggiat muzik tradisional. Beliau dikhabarkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Rahim terkenal setelah memenangi beberapa pertandingan lewat usaha RTM yang sering kali mengasah bakat penyanyi lagu-lagu asli, masri, joget, inang dan zapin. Dunia seni kehilangannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang solihin. al-Fatihah.

Isnin, 31 Mei 2010

Aku dan Dunia MUZIKku

Kursus sudah hampir sampai ke penghujungnya....

Saya ingin copy iklan yang dipaparkan melalui carian google...

Sengaja saya letakkan di sini untuk ingatan saya semata-mata...sebagai tanda bahawa saya adalah salah seorang daripada pelajar yang mengikuti program ini...


KURSUS SIJIL MUZIK
Pertama kali ditawarkan di UKM



• Alat Muzik Utama
• Teori dan Harmoni Muzik
• Aural Amali
• Ensemble Muzik

Secara automatik diiktiraf sebagai ahli orkestra UKM di bawah bimbingan Dato’ Johari Salleh

Kelebihan Mengikuti Kursus:-

3 Kaedah pengajaran yang berkesan
3 Kaedah pembelajaran yang tersusun
3 Studio yang lengkap dan selesa
3 Pakej yuran amat sederhana dan kompetitif
3 Sijil kelulusan dikeluarkan oleh UKM

TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 10 DISEMBER 2009

Untuk keterangan lanjut kursus dan cara memohon, sila hubungi:
En. Shamsul Adzhar Mat Baki : marketingpkp@ukm.my
En. Mohd Adzan Mohd Fadzil : 03-8921 4648 (Pusat Kebudayaan UKM)
Cik Nur Afiza Mohd Radzi : 03-8921 3995 (Pusat Kembangan Pendidikan UKM)

Tempat terhad. Penawaran dibuat hanya kepada calon yang lulus ujibakat yang
akan diadakan secara terbuka dan berumur 18 tahun ke atas.

* - Tidak kira apa orang nak kata...saya membayar yuran sebanyak RM3,000 untuk kursus ini...Akhirnya saya telah pun diuji bakat dengan bermain piano (walaupun saya tahu saya bukannya pandai sangat) ...tetapi saya telah diberi peluang untuk turut serta dan diminta untuk bermain alat muzik violin bagi membolehkan saya mengikuti kursus ini hingga kini...

Saya berharap akan dapat memanfaatkan semua ilmu yang telah dicurahkan oleh semua guru-guru muzik saya yang gigih:

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada:

Cikgu Ramlan Imam (Teori & harmoni dll mengenai muzik)
Cikgu Mohd. Adzan Mohd. Fadzil (Teori dll mengenai muzik)
Cikgu Ahmad Fitra Ramli (Violin) - saya enjoi dengan cara pengajarannya dan tidak berasa tertekan...

Selasa, 25 Mei 2010

Majlis Penyerahan Buku



Foto By Raai Osman
Pejabat saya, Penerbit UKM telah mengadakan Majlis Penyerahan Buku kepada Perpustakaan Tun Razak pada tanggal 10 Mei 2010 sekitar jam 3.00-4.30 petang. Majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM dan YBhg. Dato' Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara. Naib Canselor telah menyerahkan 200 naskhah buku Penerbit UKM untuk disimpan dan digunapakai di Perpustakaan Tun Razak. Saya berasa amat seronok dan gembira sangat-sangat kerana majlis berjalan mengikut perencanaannya...terima kasih untuk semua rakan-rakanku yang terlibat baik secara langsung mahu pun tidak langsung kepada majlis ini.

Wacana Bahasa Kebangsaan...

Saya berkesempatan mengikuti Wacana Bahasa Kebangsaan yang bertemakan Isu - Isu Bahasa Kebangsaan pada:

Tarikh: 25 Mei 2010 / 11 J. Akhir 1431H (Selasa)
Masa: 2.30 - 4.30 petang
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM Bangi

Majlis ini diserikan dengan pembentangan idea oleh ahli panel berikut:
Encik Rusli Abdul Ghani
Pengarah Jabatan Bahasa
Dewan Bahasa dan Pustaka

Prof. Dr. Teo Kok Seong
Felo Penyelidik Utama ATMA

Dr. Zurinah Hassan
Sasterawan

Saya rasa agak menyeronokkan kerana mendengar isu terkini tentang bahasa. Tahniah kepada pihak penganjur (ATMA) kerana penganjuran ini.

Isnin, 24 Mei 2010

Juara

FOTO SHAHIR MELALUI CARIAN GOOGLE
Akademi Fantasia musim ke-8 usai melabuhkan tirainya pada malam 22 Mei 2010 lalu. Isu pelajar yang disingkir dan diserap masuk terus diperkatakan oleh peminat fanatik Akademi Fantasia masa kini. Penonton di kaca televisyen secara tidak langsung boleh mengikuti dan mengenali setiap pelajarnya dan sesekali dapat menelah watak dan perwatakan yang dipertontonkan kepada orang awam lewat diari harian mereka. Kebiasaannya tekaan serta ramalan penonton agak tepat dalam menelah dan menilai seseorang. Mereka juga yang menjadi juri dalam menentukan pemenangnya. Hal ini jelas ditunjukkan dengan kehadiran salah seorang daripada pelajar yang diperkatakan tentang penampilan dan aura seorang pelajarnya iaitu Ahmad Shahir Zawawi. Pada peringkat awal kehadiran beliau kelihatan biasa-biasa saja, tetapi semakin lama semakin menonjol dan terserlah pula aura serta kelebihan yang ada pada dirinya dapat ditunjukkan kepada rakyat Malaysia. Tiba-tiba juga dalam diam-diam nama Shahir yang berusia 21 tahun ini muncul dan menjadi sebutan peminatnya khususnya di Saluran 109 @15 Astro @15....nantikan artikel ini sepenuhnya....

Apa-apa pun SHAHIR SUDAH MENJADI JUARA AF8...TAHNIAH....

Jumaat, 21 Mei 2010

Pencipta Lagu Begawan Solo

Hari ini (21 Mei 2010) pencipta lagu Begawan Solo meninggal dunia...al-Fatihah Pak Gesang Martohartono ...Aku baru saja belajar lagu keroncong ciptaan beliau lewat violinku...belum pandai lagi tapi penciptanya sudah menemui Illahi....Amin - semoga rohnya dicucuri rahmat.

....AFUNDI

Foto: Carian Oleh Google
Hari ini sibuk SANGAT-SANGAT....baru balik meeting.

Minggu depan kena prepare pembentangan kertas kerja untuk pegawai-pegawai di UKM...tak tau apa nak buat...hah...tapi saya nak gunakan Kebahagiaan dalam Perpisahan (Shahir AF8) sebagai salah satu dalam atur cara kertas kerja saya....untuk semua pegawai-pegawai yang bakal menadah telinga mendengar ceramahku...mengenai Bahasa Melayu...tunggu....

Sekejap lagi nak AFUNDI Shahir...

Makcik ko ni nak bagi Shahir jadi Juara AF8...kasi dia menang....kasi sedekah duit kat ASTRO....

AFUNDI3 SHAHIR HANTAR KE 32999

AFUNDI5 SHAHIR HANTAR KE 32999

AFUNDI10 SHAHIR HANTAR KE 32999

Rabu, 19 Mei 2010

Tiba-tiba Guruku menjadi Popular - On Air

Pagi ini, selepas meletakkan kereta di tempat yang sewajarnya, aku ke cafeteria untuk membeli makanan...

Usai melangkah masuk, tiba-tiba mataku tertancap pada kaca televisyen yang ada di situ dan terkesima kerana yang sedang menyanyi dan bermain violin di Rancangan Malaysia Hari Ini TV3 itu adalah guru violinku...cikgu AF nyanyi lagu asli siap dengan bersongkok tinggi dan lengkap berbaju Melayu kurung cekak musang....hai hai hai....siaplah hari Ahad ni aku nak usik dia... aku cepat-cepat sms kepada rakan-rakan kuliah yang lain supaya menonton tv3 sekarang....nanti adalah modal nak kenakan dia Ahad ni.....

Patutlah kelas Ahad lepas beriya-iya dia menyanyi lagu Aladom...rupa-rupanya nak masuk tv....sebelum ini tak pernah pun dia menyanyi dalam kelas...aku sebenarnya dah tau yang dia ni memang pandai menyanyikan lagu-lagu asli...tapi saja je buat-buat tak tau...

Aku teringat Sabtu lepas, cikguku yang cun lagi seksi...Miss T juga dengan mekap tebalnya mengajar aku piano....aku terkejut melihatnya lain daripada hari biasa....aku lantas dengan tak malunya bertanya...wahhh you look so beautiful, nice and cute...bab yang so sexy tu aku tak sebutlah....rupa-rupanya usai mengajarku dia bergegas ke KLCC kerana ada show jam 7.00 malam...main celo tu..celo tu lebih kurang tinggi dia pulak....kelas betullah guru-guru muzikku ini....

Aku rasa bertuah pulak mereka ni tak malu nak mengajar aku....terima kasih terima kasih dan terima kasih dan Selamat Hari Guru...Tahniah untuk mereka semua....

Selasa, 18 Mei 2010

Mengapa Orang Bercakap Mengenai SHAHIR...

Foto diambil melalui carian Google
Sejujurnya saya sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku dalam dunia muzik masa kini...dengan berbuat demikian kita boleh mempertajamkan minda dan bersikap terbuka kepada dunia luar...Saya tidak kisah apa orang cakap mengenai diri saya...yang penting saya suka. Kalau ada orang yang suka membaca entri ini silakan...kalau tak suka pun tak apa...juga silakan....

Dalam kerjaya seharian, sememangnya saya sentiasa hidup dengan dunia yang penuh keseriusan dan bergulit mahupun bergulir dengan buku-buku ilmiah tulisan para ahli bijak pandai di UKM. Terus terang saya katakan saya seorang yang sangat serius dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Di luar bidang itu, saya jua mendalami bidang muzik di Sekolah Yamaha Muzik Kajang (piano) dan mengikuti program Sijil Pengajian Muzik di UKM (violin)... justeru pengetahuan saya dalam bidang muzik agak banyak membantu diri saya untuk mengetahui sendiri carta alir lagu-lagu popular masa kini yang saya minati di Malaysia. Kekuatan saya dalam bidang pendidikan secara dalaman dan luarannya adalah mengkhusus dalam bidang sejarah, bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu. Saya juga amat suka membaca dan meminati kajian mengenai bahasa-bahasa asing.

Isu terkini yang saya ikuti adalah mengenai Akademi Fantasia 8...saya mengikuti dan mengenali setiap pelajarnya dan sesekali dapat menelah watak dan perwatakan yang dipertontonkan kepada orang awam lewat diari harian mereka.

Kebiasaannya saya agak tepat menelah dan menilai seseorang....dalam blog ini saya ingin memperkatakan tentang penampilan dan aura si SHAHIR dari kaca mata seorang penonton televisyen....pada peringkat awal biasa-biasa saja tetapi semakin lama semakin menonjol pula aura yang ditunjukkan kepada rakyat Malaysia...tiba-tiba nama Shahir menjadi sebutan...

Semenjak dari mula diari dan konsert pertama lagi saya perhatikan Shahir - sejujurnya saya rasa beliau tidak mempunyai latar belakang bidang muzik - cuma bakatnya cukup terserlah dalam bidang nyanyian - jua seorang pelajar lelaki yang muda belia, tampan, baik tingkah laku, menjaga tutur bicara dan bagi saya beliau mempunyai potensi untuk diketengahkan dalam dunia muzik tanah air...namun sayangnya beliau tersingkir kerana kurang mendapat mandat daripada penonton. Untuk lebih maju ke hadapan lagi, selepas ini saya cadangkan beliau mengikuti bidang yang diminatinya - beliau boleh mempelajari selok belok dunia muzik - khususnya alat muzik dan vokal...bagus untuk masa depannya. Saya yang sudah setua ini boleh lakukan, mengapa beliau yang muda belia tidak boleh...anak-anak saya selalu cakap..."Mak Boleh!!! Mak Boleh!!! Mak Boleh!!!" - Nah! Ini satu cabaran untuk Shahir setelah bergelar artis...Shahir...sila sambut cabaran ini...sekurang-kurangnya belajarlah bermain gitar atau violin....cari cikgu muzik atau pergi saja ke sekolah muzik....

Setelah keluarnya Shahir si pemuda yang memakai pendakap gigi besi lagi petah berkata-kata ini daripada Akademi Fantasia 8 - berlakulah suatu fenomena baru yang di luar jangkaan penonton ASTRO - seperti tidak diduga...mereka (peminatnya) seolah-olah 'meroyan habis' kerana kehilangan jejaka yang bernama Shahir ini...secara peribadi saya juga dapati memang benar diari tiada seri dan hilang mood untuk menonton rancangan tersebut...namun apabila berpeluang untuk diadakan AFMASUK BELIAU SEKALI GUS MENEPATI RAMALAN DAN MULA BERAKSI UNTUK konsert selanjutnya...saya perhatikan mungkin keluarnya beliau menemui keluarga di Kampar untuk kesekian kalinya telah menyuntik semangat, jati diri dan azam baru buat pelajar yang dilahirkan pada 5 September 1988 ini.

Bagi saya, kemasukan semula Shahir adalah antara hadiah hari ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia - saya yakin ramai ibu-ibu seperti saya yang ingin menjadikan beliau sebagai calon menantu masing-masing. Renungan matanya bagai menusuk-nusuk penonton lewat kaca televisyen...biar beliau memperkatakan dirinya keras bagaikan kayu tetapi hayunan tarinya semakin hari semakin memikat hati penonton....dan lahirlah fan klubnya yang tersendiri....bakal-bakal ibu mertua di Malaysia...menjadi penonton setia, tidak termasuk anak-anak gadis yang mencuba-cuba nasib selepas ini untuk menggodanya...Namun itu semua adalah lumrah menjadi artis dan pujaan ramai wahai Shahir....selepas ini jaga diri, jaga tingkah laku, adab sopan, hormat pengundimu dan yang paling penting tidak berubah sikap kepada riak dan takabur...untuk semua anak-anak dara semua...memang agak mustahil kerana beliau dan keluarganya mungkin mempunyai pilihan yang tersendiri. Gadis yang bakal terpilih menjadi suri hatinya pasti bertuah kerana bakal jua memiliki hati budi si teruna yang juga mempunyai sikap yang kelakar ini. Bagi saya, beliau boleh juga berlakon untuk watak-watak yang harus beliau pilih sesuai dengan perwatakannya di luar. Jangan hanyut dalam arus populariti yang bakal menanti di luar sana. Onak dan ranjau berduri penuh selumbar jiwa menantimu dalam industri seni tanah air. Bak kata Mawi, hari ini kita disorak, esok lusa kita diboo pula...dia sendiri tidak tahu mengapa...oleh itu duhai anak teruna sulung kepada Encik Zawawi, hati-hati dengan keadaan ini. Namun, dalam usia yang terlalu muda - sejujurnya saya ingin beliau belajar lagi...sesuai dengan kelulusan akademiknya yang cukup baik...ya kelulusannya amat baik sebaik tingkah lakunya yang kita dapat perhatikan.

Ketika beraksi untuk konsert setelah minggu debaran dan minggu selepas penyingkirannya beliau telah mempertontonkan sesuatu yang baru. Beliau amat menjaga apa jua yang berlaku di diari, kelihatan amat sopan jika dibandingkan dengan pelajar lelaki lain dan mungkin itu ada faedahnya setelah beliau keluar. Beliau mungkin telah 'dibancuh mindanya' ketika di luar oleh penonton dan kaum keluarga - memang terdapat sedikit perbezaan di situ dan itulah kelebihan yang beliau peroleh. Saya akui saya memang pemilih dalam meminati artis yang ada di persada seni tanah air ini. Kalau yang terpilih itu, menunjukkan beliau mempunyai kualiti yang saya sendiri cari dan ada sebab mengapa saya memilih mereka untuk duduk di dalam facebook saya.

Mengapa saya memilih Shahir:

Saya rasakan beliau boleh menjadi ikon remaja masa kini...menerusi rancangan trek selebriti beliau telah mempertontonkan kepada umum yang beliau jujur, baik, naif, berbakat dalam mengaji al-Quran dan sekali gus boleh melagukannya dengan baik. Kita tunggu sahaja bulan Ramadan ini, pasti ASTRO ada rancangan istimewa menggunakan ikon barunya ini. Bakat yang ada pada jejaka Perak ini jarang ada pada artis remaja masa kini. Mungkin ada seorang dua tetapi tiada masuk dalam senarai saya. Keluarga bahagianya cukup teratur apabila bercakap dan dalam nada yang boleh diterima umum, ibunya penuh sopan ketika diminta memperkatakan tentang isu pengkritik dan saya yakin ibu bapanya adalah dalang sebenar yang telah mendidik beliau berperwatakan demikian. Saya amat terkilan kerana tidak dapat menonton ibunya di dalam diari ketika hari ibu yang lalu. Semua pelajar didatangkan ibu masing-masing tetapi beliau tiada. Namun beliau boleh terima hakikat itu mungkin baru sahaja insiden diundi keluar/tersingkir daripada konsert. Sebagai seorang ibu, sejujurnya saya suka dengan sikap keluarga ini. Mereka tidak mencampur adukkan hobi anak-anak dengan minat mereka. Kalau diikutkan kelulusan yang ada pada Shahir agak baik juga. Sepatutnya pemuda yang berwatakan pemalu ini masih berada di universiti sekarang ini kerana kelulusan yang ada pada peringkat awal pendidikannya amat baik. Saya pun tidak tahu mengapa beliau memilih untuk menjadi artis sebelum menamatkan pelajarannya ke peringkat universiti. Namun, itu tidak usah risau, beliau boleh memilih untuk berkecimpung dalam bidang yang diminatinya terlebih dahulu dan kemudian apabila telah mempunyai wang yang mencukupi boleh memilih untuk sambung belajar semula. Saya cadangkan agar si kacak bergaya ini belajar di luar negara kerana di sana tiada gangguan daripada peminat di tanah air. Beliau boleh fokus terhadap pelajaran...mungkin gangguan di alam maya boleh dielakkan sekiranya beliau fokus, fokus dan fokus.

Jadi menjelang hari-hari terakhir Shahir menuju ke kemuncak Juara AF8 ini, saya doakan agar Shahir sihat tubuh badan, jaga makan minum, jaga keadaan suara supaya baik dan mendapat sokongan daripada semua ibu-ibu dan rakyat di Malaysia untuk membolehkannya berada di kemuncaknya sebagai Juara AF8. Tidak mustahil suatu hari nanti saya memberikan lirik atau melodi lagu ciptaan saya ala-ala cita rasa saya untuk dinyanyikan oleh beliau lewat Adnan Abu Hassan (juga komposer yang amat saya kagumi ciptaan ilham kreatifnya)...Insya-Allah. Saya memang selalu berangan-angan - sama ada tergapai atau sebaliknya terpulanglah kepada masa dan keadaan yang menentukannya. SELAMAT DATANG KE INDUSTRI MUZIK TANAH AIR - SHAHIR AF8. Perjalanannya baru bermula dan jauh lagi denai berliku yang harus dilaluinya...Saya pasti akan membeli CD lagu-lagu yang beliau nyanyikan ...Kebahagiaan dalam Perpisahan...sebagai sokongan kepadanya untuk menceburi bidang ini. Semoga berjaya menjadi juara AF8...sama-samalah kita rakyat Malaysia dan peminatnya nantikan detik 22 Mei 2010 ini. Insya-Allah.

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang mengajar saya sehingga menjadi insan yang sebegini. Terima kasih. Jasamu akan terus kukenang hingga akhir hayat. Budimu kujunjung dan tunjuk ajarmu kujadikan

Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

Hujung minggu yang damai, usai kelas muzik aku membawa ibu makan-makan - aku sendiri istilahkan sebagai candle light dinner bersama ibu...kebetulan di restoran itu cuma dua meja sahaja yang berisi...satu keluarga datin...aku lupala pulak nama dia...masa aku bertemu si datin, sempat pula bertanya pasal buku biografi suaminya..si dato' tersohor yang sudah meninggl dunia tu....penuh mejanya dengan anak cucu dan menantu....

Tetapi di satu sudut, aku duduk bersama bonda...yang terpingga-pingga kerana aku paksa dia pakai baju dan tudung untuk dibawa keluar makan-makan...kerana aku memang sibuk sentiasa....suami, kakak, adik dan anak-anakku pula sudah mengucapkan selamat hari ibu...wah terima kasih...semua. Sayangnya suamiku tak dapat turut sama makan bersama kerana berada di Johor.

Yang paling lucu, cikgu pianoku yang seksi...miss T turut memberikan hadiah kecil untuk hari bersejarah...i have a small gift for you....heheheheh....

Bondaku seperti biasa, pergi ke sink mencuci tangan, menegur keluarga si datin...menegur budak-budak pekerja restoran....wah ramahnya yang amat....aku je yang tahu mak aku buat apa....

Setelah memikirkan menu apa yang hendak ditempah...aku jadi gusar...apa yang bonda aku nak makan...bukan semua bonda boleh makan....akhirnya aku memesan nasi paprik dan lauk telur dadar....aku pula pesan fish and chips...biasalah tekak teringin...bila makanan sampai...bondaku bising kerana aku tak makan nasi sepertinya tetapi makan kentang...akhirnya bonda mencedukkan separuh daripada nasinya ke pingganku...dan minta dipindahkan sedikit lauk ikan "fish n chip" dan kentang gorengku ke pinggannya....apa-apa pun itulah aku anak beranak pada hari ibu...

Air panas yang berkepul-kepul asapnya naik berwap-wap pun bondaku bising...panas sangat...nasib baik aku tak order milo kegemarannya...aku pun terfikir...sesuaikah nasi dengan milo....apa-apa pun itulah bondaku....

Kami makan sampai habis...yang seronoknya bondaku bersalam lagi dengan mak datin yang makan di meja hujung bila nak balik.....hai pening aku.....

Biarpun apa pun makanan yang aku order...bondaku makan sampai habis sambil makan sambil memandang-mandang keluarga datin....ah...ah....

Rabu, 5 Mei 2010

RAMLI SARIP VS ELLA

Foto Carian oleh Google
Aku berkesempatan meluangkan masa santai-santai menonton diary AF8 dan mengikuti konsertnya dari minggu pertama hingga kini....sengaja menghabiskan masa menonton tv. Tujuannya bagi mengisi minda sendiri dengan aktiviti dunia hiburan terkini.

Dalam satu minggu ketika Si Shahir menerima lagu tugasan Ziana Zain, aku dapat rasakan lagu itu benar-benar menyentap jiwa dengan cara pembawakan anak muda kelahiran Perak ini...beliau dapat menghayatinya dengan cara yang cukup cantik dari segi tone suaranya yang masih muda. lagu-lagu yang dibawanya benar-benar menguji vokalnya. Ini tepat seperti apa yang diperkatakan oleh Aznil Hj. Nawawi.

Kemudian beliau diuji lagi dengan lagu Ramli Sarip...(lupa la pulak lagu tu). Namun bagi saya lagu itu memang amat sukar. Jadi untuk berlaku adil beliau didatangkan dengan penyanyi asal lagu tersebut. Keadaan menjadi begitu haru dan pilu apakala si anak muda yang akan membawakan lagu Ramli ini bersungguh-sungguh hati berlatih biarpun berderai air matanya tumpah ke bumi saat ingin menghayati kandungan lagu tersebut. Ramli datang membawakan semangat jitu untuknya. Di situ saya dapat saksikan bertapa anak muda ini begitu sayu dan amat berterima kasih kepada pihak pengurusan AF8 yang membakar semangatnya semarak semangat Ramli sendiri.

Keadaan ini amat berlainan dengan kehadiran Ratu Rock Si Ella. Memang Ella agak rock dari segi penampilannya tetapi si penerima lagu itu Adira tidak seperti si Shahir yang amat bertuah dapat menumpang semangat penyanyi asal. Mungkin genre lagu itu begitu gembira dan Adira pula boleh membawakannya dengan sesungguh hati bersama saat duetnya dengan Ella. Sayangnya, kenapa si Ella memberikan kasutnya kepada Farina. Sepatutnya kasut tersebut menjadi hak Adira, kerana yang ditemui bukan Farina tetapi si Adira. Farina langsung tidak masuk dalam senarai penyanyi baru kesukaan saya kerana cara gayanya dan persembahannya saat di konsert. Aku tidak tersentuh hati kalau dia keluar. Namun aku amat tersentuh dengan keluarnya Shahir dari akademi kerana benar tanggapanku sesuai dengan pandangan Norman KRU, pengetua AF8 di dalam surat khabar Utusan minggu ini. Apa yang diperkatakan oleh Norman benar-benar menyamai pemikiranku. Aku harap beliau mengekalkan personaliti ini setelah bergelar artis.

Sekarang aku kurang minat menonton kesemua pelajar yang tinggal kerana tiada yang menonjol pada pandangan peribadiku. Ada ke tak ada sama sahaja. Cuma yang boleh diharapkan adalah si Adira yang suaranya cukup yunik dan beliau mempunyai masa depan yang agak cerah dalam dunia hiburan masa kini.

Selasa, 27 April 2010

Majalah Mutiara MpH


Saya perlu memaparkan majalah ini di dalam blog saya kerana di dalam majalah ini ada cerita tentang dua buah buku yang saya kendalikan. Saya menerima majalah ini daripada seorang sahabat yang sedang belajar di Universiti Malaya. Kedua-dua buah buku itu ialah:
1. Rupa dan Gaya Busana Melayu - Puan Azah Aziz
2. Memoir Rashidah Ismail: Pendeta Zaaba dan Kisah Silam

Terima kasih kepada pihak MpH kerana sudi memaparkan cerita tentang buku tersebut. Hal ini di luar pengetahuan saya. Nasib baik saya dikirimkan majalah ini kalau tidak saya tidak tahu langsung. Apa-apa hal pun saya rasa ini suatu penghargaan di atas buku-buku yang saya kendalikan perkhidmatan penerbitannya...terutama buku Pn Azah yang menang anugerah berganda-ganda....

Sibuk Mengisi Borang

Imej Ads By Google
Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk mengisi borang...

Macam-macam borang yang saya kena isi...

Catatan ini perlu saya letakkan di sini supaya saya boleh ingat borang apa yang saya kena isi...

Buku-buku yang bakal dicari di pasaran...

Saya ambil foto kulit buku ini di blog Dr. Mawar. Jika saya berkesempatan ke kedai buku, saya akan mencari buku-buku ini jika masih ada di pasaran. Wah! Saya menjadi tamak dengan buku ni...untuk pengetahuan, minggu ini saja, saya menerima banyak buku-buku free dan saya tak tahu nak bagi pada siapa kerana ada buku-buku yang saya terima tajuknya sama dan belum sempat saya baca kerana terlalu sibuk. Ada buku-buku yang saya bercadang untuk letak di surau tempat saya tinggal dan ada juga yang saya bercadang untuk sedekahkan di perpustakaan di kampung saya. Bila orang bagi buku saya terima dan tidak hairanlah kelaknya saya tak bernafas dihempap dek buku...itu tidak termasuk lagi buku-buku yang saya beli di Pesta Buku Kuala Lumpur baru-baru ini...bila nak baca buku-buku ni....

Hari Harta Intelek Negara

Foto cover By Ujana Ilmu
Sebagai pencinta dan saban hari mencari sesuap nasi dengan hidup dalam dunia buku, saya wajar mengabadikan blog ini dengan catatan ini...Isnin, 26 April 2010 - dikenang sebagai Hari Harta Intelek Negara. Oleh itu, untuk semua pengarang-pengarang yang bukunya saya kendalikan penerbitannya di Penerbit UKM...sila ingat tarikh ini dan ingat juga karya anda adalah sebahagian daripada harta anda...harta intelek. Untuk itu, untuk semua pengarang tersebut saya sarankan bacalah buku Puan Nisah ini untuk mempertajamkan minda anda akan berertinya mengetahui harta intelek anda semua...selamat membaca...saya sudah memiliki buku ini...