Rabu, 5 Mei 2010

RAMLI SARIP VS ELLA

Foto Carian oleh Google
Aku berkesempatan meluangkan masa santai-santai menonton diary AF8 dan mengikuti konsertnya dari minggu pertama hingga kini....sengaja menghabiskan masa menonton tv. Tujuannya bagi mengisi minda sendiri dengan aktiviti dunia hiburan terkini.

Dalam satu minggu ketika Si Shahir menerima lagu tugasan Ziana Zain, aku dapat rasakan lagu itu benar-benar menyentap jiwa dengan cara pembawakan anak muda kelahiran Perak ini...beliau dapat menghayatinya dengan cara yang cukup cantik dari segi tone suaranya yang masih muda. lagu-lagu yang dibawanya benar-benar menguji vokalnya. Ini tepat seperti apa yang diperkatakan oleh Aznil Hj. Nawawi.

Kemudian beliau diuji lagi dengan lagu Ramli Sarip...(lupa la pulak lagu tu). Namun bagi saya lagu itu memang amat sukar. Jadi untuk berlaku adil beliau didatangkan dengan penyanyi asal lagu tersebut. Keadaan menjadi begitu haru dan pilu apakala si anak muda yang akan membawakan lagu Ramli ini bersungguh-sungguh hati berlatih biarpun berderai air matanya tumpah ke bumi saat ingin menghayati kandungan lagu tersebut. Ramli datang membawakan semangat jitu untuknya. Di situ saya dapat saksikan bertapa anak muda ini begitu sayu dan amat berterima kasih kepada pihak pengurusan AF8 yang membakar semangatnya semarak semangat Ramli sendiri.

Keadaan ini amat berlainan dengan kehadiran Ratu Rock Si Ella. Memang Ella agak rock dari segi penampilannya tetapi si penerima lagu itu Adira tidak seperti si Shahir yang amat bertuah dapat menumpang semangat penyanyi asal. Mungkin genre lagu itu begitu gembira dan Adira pula boleh membawakannya dengan sesungguh hati bersama saat duetnya dengan Ella. Sayangnya, kenapa si Ella memberikan kasutnya kepada Farina. Sepatutnya kasut tersebut menjadi hak Adira, kerana yang ditemui bukan Farina tetapi si Adira. Farina langsung tidak masuk dalam senarai penyanyi baru kesukaan saya kerana cara gayanya dan persembahannya saat di konsert. Aku tidak tersentuh hati kalau dia keluar. Namun aku amat tersentuh dengan keluarnya Shahir dari akademi kerana benar tanggapanku sesuai dengan pandangan Norman KRU, pengetua AF8 di dalam surat khabar Utusan minggu ini. Apa yang diperkatakan oleh Norman benar-benar menyamai pemikiranku. Aku harap beliau mengekalkan personaliti ini setelah bergelar artis.

Sekarang aku kurang minat menonton kesemua pelajar yang tinggal kerana tiada yang menonjol pada pandangan peribadiku. Ada ke tak ada sama sahaja. Cuma yang boleh diharapkan adalah si Adira yang suaranya cukup yunik dan beliau mempunyai masa depan yang agak cerah dalam dunia hiburan masa kini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haaaaa....! mak salah eja perkataan 'unik'... kantoi~~! =P

Unknown berkata...

Lagu Anggapanmu naynyian Ziana Zain tak akan dapat dinyanyikan sebaik penyanyi asalnya...Shahir terpaksa ubah banyak 'part' bagi mempermudahkanyya membawa lagu tersebut...

teratai berkata...

tersasul satu dua perkataan takpe...

Pengetua Norman dan cikgu Adnan memang ubah part tu supaya kena dengan cara gaya Shahir menyanyi..tone suara Shahir tak sama dengan tone Ziana...apa-apa pun akak ko tunggu ketibaan saat meletupnya penyanyi baru ini....seperti akak tunggu si Faizal Tahir...masa dia masuk IMillion dulu.....biasanya akak tak salah meneka dan meramal...kah kah kah...