Ahad, 30 Disember 2012

Suara hati penghujung 2012

Renner nota musical (Background Images)
Imej By Google



Tahun 2013 akan menjelma sebentar lagi.  Tahun 2012 bakal meninggalkan kita semua.  Sudah bertahun-tahun juga aku mendalami bidang ini, namun hingga saat ini aku masih belum dapat menguasainya dengan sepenuh hati.  Biarpun aku telah cuba mengambil peperiksaan dan lulus dengan jayanya tetapi untuk menghadaminya seperti insan seni lain rasanya masih tidak terjangkau oleh tangan.  Walau bagaimanapun jiwa dan raga ini masih belum punah untuk menekuni bidang yang sukar ini.

Selasa, 25 Disember 2012


Bayangkan aku ada rak buku sebegini....wah tak lena tidur ni....  Cantik dan kreatif bukan.  Imej by Google

Selasa, 11 Disember 2012

12.12.12

Tarikh 12.12.12 ini sungguh cantik.  Kita tidak akan bertemu lagi dengan tarikh ini pada tahun-tahun mendatang.  Kalau tahun depan kita jumpa juga tapi tarikh lain...1.3.13;3.3.13;13.3.13; 31.3.13....ni pun cantik juga.  Hari ini semua orang memperkatakan tentang tarikh ini....bosku yang jarang bercakap denganku pun sempat komen tarikh ini.....alahai 12.12.12.

Mesti ramai yang buat program yang macam-macam ikut kesesuaian masing-masing; sama ada makan-makan candle light dinner, merisik, bertunang, berkhatan dan berkahwin + nikah....


Ahad, 9 Disember 2012

....opisku ke arah iso

Hari ini aku menjawab beberapa soalan yang dimajukan untuk bahagianku oleh juruaudit SIRIM....semuanya telah kujawab dengan tenang.  Moga-moga pejabatku dapat iso...yang penting bahagianku sudah lepas....


Ahad, 4 November 2012

Panduan Menulis Cerpen

Cerpen bukan sekadar kata, tetapi bertukar menjadi suara. Membaca pembaca menjadi watak. Penutupnya tidak berakhir pada noktah. Terus menjadi cerita pembacanya. Sentujan penulis cerpen unggul, Jasni Matlani didedahkan satu per satu sehingga ia menjadi tumpuan pembaca. Panduan Menulis Cerpen membantu kita menguasai lima langkah penulis unggul; Langkah 1: Menjana cerpen yang mencetuskan rasa mahu yang mendalam oleh penerbit. Langkah 2: Cetuskan 'situasi magnet' yang mengikat pembaca apabila membaca cerpen kita pada kali pertama. Langkah 3: Cipta ikatan emosi penulis dan pembaca yang mencipta gelombang rasa yang sama. Bayangan cerita jelas depan mata. Langkah 4: Pecahkan tembok halimunan yang menyekat kreativiti karya. Cipta banjir idea yang membawa barisan cerpen berkualiti tinggi. Langkah 5: Naikkan potensi dicetak oleh media tempatan dengan strategi pilih dan kirim. Bukan sekadar teori, tetapi ramuan kejayaan yang diadun dan dihidangkan oleh penulisnya sendiri. Satu per satu kejayaan kini dinikmati penulis cerpen tempatan.

Ini pula memang saya copy dari laman web PTS.  Buku ini telah saya miliki dan amat berguna untuk pencinta cerpen.

...Panduan Mengirim Manuskrip Cerpen

Saya sengaja meletakkan di sini.  Untuk pengetahuan, entri ini saya copy daripada blog Tuan Uthaya SB.  Tujuannya agar nota yang berguna ini dapat dimanfaatkan dan juga sekadar mengingatkan diri saya bahawa saya harus banyak lagi membaca.  Mohon izin diletakkan di entri saya ya Tuan Uthaya.  Terima kasih.

 

Panduan Mengirim Manuskrip Cerpen

Sejak dahulu, saya sentiasa mengalu-alukan sesiapa yang berminat dan berbakat menulis cerpen Bahasa Malaysia, mengirim manuskrip kepada saya untuk dinilai dan dikomen.
.
Bagaimanapun, saya sentiasa mengingatkan mereka supaya mementingkan aspek bahasa, kerana bahasalah wahana tunggal yang digunakan untuk menyampaikan keseluruhan cerita.
.
Aspek “bahasa” yang dimaksudkan termasuklah ejaan, tanda baca, imbuhan, kata sendi, perenggan, dialog dan kesilapan menaip.
.
Sekiranya ada mana-mana penulis baru yang mahu mengirim manuskrip cerpen kepada saya untuk dinilai dan dikomen, sila patuhi KESEMUA panduan berikut:
.
1. Pastikan anda sedia menerima komen dan kritikan pedas.
.
2. Taip manuskrip menggunakan Microsoft Word.
.
3. Jika tidak tahu menggunakan komputer, tolong belajar.
.
4. Gunakan fon (font) Century Gothic, Arial atau Times New Roman, saiz 12. Jangan gunakan fon yang sukar dibaca!
.
5. Gunakan langkau dua (double spacing) sahaja.
.
6. Pastikan judul cerpen, nama penulis, nombor telefon dan alamat e-mel dinyatakan pada manuskrip cerpen yang mahu dikirim kepada saya. Hubungi uthayasb@yahoo.com.my untuk mendapatkan contoh manuskrip.
.
7. Jangan kirim keseluruhan cerpen kepada saya. Kirim dua halaman sahaja. Ulang: dua halaman sahaja. (Kecuali saya secara khusus meminta anda mengirim keseluruhan cerpen.)
.
8. Kalau manuskrip yang sudah ditulis panjangnya sepuluh halaman sekalipun, kirim dua halaman sahaja kepada saya.
.
9. Jangan pula menulis sebuah cerpen yang panjangnya dua halaman sahaja!
.
10. Kalau cerpen belum siap sepenuhnya, tidak mengapa. Kirim dua halaman sahaja yang sudah siap ditulis.
.
11. Tolong tahu apa yang dimaksudkan dengan “cerpen”. Jangan kirim karya yang bukan cerpen.
.
12. Biasakan membaca cerpen bermutu supaya manuskrip yang dikirim kepada saya adalah cerpen bermutu.
.
13. Belajar menulis perenggan dengan betul. Tugas saya bukan mengajar anda mengenai cara membuat perenggan.
.
14. Sebagai panduan umum, setiap perenggan tidak melebihi lima baris.
.
15. Semak dua halaman manuskrip itu sekurang-kurangnya 10 kali sebelum dikirim kepada saya.

16. Kirim manuskrip cerpen (dua halaman sahaja) kepada saya secara lampiran (attachment) ke alamat e-mel uthayasb@yahoo.com.my
.
17. Pastikan cerpen yang dikirim adalah karya asli.
.
18. Setiap e-mel yang selamat diterima pasti akan dibalas sebagai pengesahan penerimaan.
.
19. Saya akan membaca manuskrip dua halaman itu apabila ada masa.
.
20. Sekiranya manuskrip lebih daripada dua halaman dikirim, saya tidak akan membacanya.
.
21. Sila KLIK DI SINI untuk panduan penggunaan kata sendi “dari” dan “daripada”. Pastikan tidak ada langsung kesalahan penggunaan “dari” dan “daripada” pada manuskrip yang dikirim.
.
22. Sila KLIK DI SINI jika mahu tahu mengapa tanda baca sangat penting.

23. Sekiranya terdapat lebih daripada 10 kesalahan bahasa (termasuk kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan, kata sendi, perenggan, dialog dan kesilapan menaip) pada manuskrip sepanjang dua halaman itu, maka saya tidak akan memberi apa-apa komen/penilaian.
.
24. Sekiranya ada lebih daripada 10 kesalahan bahasa, saya akan nasihatkan si pengirim belajar Bahasa Malaysia sebelum mula cuba menulis cerpen Bahasa Malaysia.
.
25. Komen, kritikan dan penilaian yang saya beri adalah pedas dan objektif. Jangan kirim manuskrip kepada saya jika mengharapkan pujian.
.
26. Manuskrip yang dicetak dan kirim melalui pos tidak dilayan.
.
27. Jadikan kamus teman setia.
.
28. Jika mahu menjadi penulis, berfikirlah seperti seorang penulis!
..
29. Sila KLIK DI SINI untuk panduan penggunaan imbuhan "pe-an" dan "per-an". Pastikan tiada kesilapan penggunaan imbuhan pada manuskrip.
.
30. Baca, fahami dan patuhi kesemua panduan di atas sebelum mengirim manuskrip cerpen kepada saya.
.
Tentulah segala panduan dan syarat yang ditetapkan ini kelihatan/kedengaran “amat menakutkan”. Apa pun, itulah pendirian saya. Saya hanya mampu membantu sesiapa yang bersedia untuk membantu dirinya sendiri.
.
Sedangkan Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Agung “sudi” dan “sanggup” permudahkan urusan untuk hamba-hamba-Nya, siapalah kita! Baca lagi DI SINI.
.
Sila KLIK DI SINI untuk ke blog saya yang memuatkan pelbagai bahan panduan penulisan; termasuk panduan menulis perenggan pertama.
.
Sila KLIK DI SINI untuk membaca sinopsis 14 cerpen Bahasa Malaysia yang dihasilkan Sasterawan Kavyan.
.
Sila KLIK DI SINI untuk sedikit panduan menulis perenggan pertama.
.
Anda lebih suka "bercerita" berbanding "menulis"? Sila KLIK DI SINI untuk kisah itu.
..
Panduan paling asas menulis karangan cereka peringkat kanak-kanak boleh dirujuk DI SINI.
..
Secara umum, panjang manuskrip cerpen kanak-kanak adalah 6 halaman dan panjang cerpen remaja adalah 9 halaman.
.
Manuskrip wajib ditaip langkau dua menggunakan fon Times New Roman, Arial atau Century Gothic dan saiz fon adalah 12.
..
Individu yang berminat digalakkan menyertai Bengkel Sehari Penulisan Cerpen anjuran Kavyan dari semasa ke semasa di pelbagai lokasi.
...
Sudilah menghubungi saya melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau talian 016-3288142 jika ada sebarang pertanyaan.
.
Nota: SMS akan dibaca tetapi tidak dibalas.

Ahad, 28 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Haji

Kepada semua umat Islam di seluruh dunia, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Haji. Semoga sihat sejahtera, aman bahagia dan sentiasa mendapat kebarkatan sempena dengan sambutan hari raya korban ini....Amin
Imej By Google

Selasa, 25 September 2012

mendengar syarahan sarjana pelawat....

Semalam saya berkesempatan mendengar syarahan sarjana pelawat ini. Saya amat mengkagumi kefasihan beliau menyampaikan syarahannya dengan menggunakan bahasa Melayu. Terfikir juga dibenak saya, berapa lama beliau boleh fasih bertutur begitu. Beliau juga menjawab setiap pertanyaan dengan yakin dan tidak teragak-agak....

Isnin, 30 Julai 2012

Pagi nan dingin....

Pagi ini bermula dengan langit di luar sana bagaikan nak runtuh ke bumi....gelap hitam pekat dan menakutkan.... tiba-tiba terburai isi muatannya membasahi bumi... Lalu kedinginan di luar benar-benar terasa hingga tertusuk ke sukma, agak sukar juga untuk memandu dengan keadaan hujan yang lebat begitu...biar lampu kereta terpasang terang benderang di luar... akhirnya aku sampai juga ke pejabat biar memandu dengan keadaan perlahan dan amat berhati-hati. Mungkin, ini ada rahmatnya sempena dengan Ramadan yang mulia ini.
Imej by google

Ramadan datang lagi....

Hujung minggu lalu, aku memotong-motong bunga (berbaur-baur harumannya berdasarkan kepelbagaian bunga yang didapati di laman kecil kami) dan dicampurkan dengan beberapa helai daun pandan yang diracik-racik halus untuk dibawa ke tanah perkuburan....jua berbekalkan sama sehelai tikar, kertas surat khabar, topi besar, dua botol air sejuk dan 4 naskhah surah yasin.... Tiada siapa pun insan lain di tanah perkuburan tersebut kecuali sang gagak yang asyik membuat bising di atas dahan pohon sana saat memerhatikan gelagat kami.... Tegaknya panas mentari di kepala sedikit pun tidak menghalang kami anak beranak untuk membaca surah yasin dan mengaminkan doa yang dibaca untuk aruah kedua-dua orang tua yang telah pergi. Al-Fatihah aruah mak dan bapak. Apatah lagi, majlis kecil ini turut lebih bermakna sekali kerana disertai oleh putera puteriku yang baru saja pulang dari negara Kremlin.... Bulan Ramadan ini terasa sedikit sebak dan sedih kerana masih lagi terkenang-kenang dengan hilai tawa dan pedas masin tawar masakan mertua...justeru adalah wajar kami anak beranak menziarahi mereka yang telah pergi ini di tempat mereka disemadikan. Semoga dengan sedikit ingatan ini, aruah akan memberkati kehidupan kami anak beranak. Amin.
Imej By Google

Jumaat, 15 Jun 2012

....Warisan Hadis Ulama Nusantara

Warisan Hadis Ulama Nusantara...(Penerbit UKM: 2012). Maka kepada semua pembaca diharapkan dapat menikmati hasil suntingan terkini Prof. Madya Dr. Mazlan, dan rakan-rakannya di Fakulti Pengajian Islam. Siap sahaja buku ini, aku ditelefon kerana mahukan harga. Dalam kerasnya hatiku ini berkata,...aiii...ada peminat gak buku ini....keesokan harinya harga masih tak siap-siap lagi kerana aku belum memasukkan jumlah harga bacaan pruf dan bayaran kepada penyunting luar....rupa-rupanya sudah tiga orang menunggu di kedai buku untuk mendapatkan naskhah ini... Pada pengamatanku....buku ini mungkin sangat bagus untuk dimiliki...khususnya bagi mereka yang ingin tahu perjalanan hidup ulama Nusantara....buku ini boleh dimiliki dengan membayar RM35.00.

Jumaat, 1 Jun 2012

Wah! Sudah agak lama tidak menulis.... tiba-tiba aku teringin nak berjalan-jalan mengambil angin di luar sana Kalau kita terlalu rajin bekerja dan dianggap orang sebagai kerja kita itu tidak berkualiti pun tidak berguna juga....Ayuh...MAS...TUNGGU KEDATANGANKU...

Wacana Bahasa Kebangsaan

Wacana mengenai isu-isu terkini Bahasa Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2012, bertempat di Bilik Majlis, UKM. Panel yang hadir terdiri daripada: Tuan Haji Borhan Md. Zain Setiausaha 1 Gapena Encik Ahmad Fedtri Yahya Pengamal Media YBhg. Prof Dr. Teo Kok Seong Felo Penyelidik Utama ATMA Majlis ini dianjurkan oleh ATMA dan masuk percuma.........

Selasa, 8 Mei 2012

Hari Ibu 2012

Sempena dengan kedatangan Hari Ibu aku telah berkesempatan membawa ibuku untuk sama-sama di percutian santai kami hujung bulan lalu. Walaupun berada di tengah-tengah hiruk pikuk kota raya...tetapi hati tua si ibu tetap mampu tersenyum dan berasa amat-amat sejuk apakala melangkah ke kamar yang telah ditempah....duhai ibu...inilah antara kemeriahan yang harus kita kongsi bersama sempena hari ibu....
imej by google

Isnin, 9 April 2012

mahukan pagar rumah sebegini...

Imej By Google
...teringin dan terbayangkan kalau-kalau inilah pagar rumah aku....

Isnin, 2 April 2012

....hadiah untukmu


Ini adalah hadiah yang anakandaku terima...terima kasih cuti-cuti Malaysia

sungguh cute dan cantik...

Pesta Buku Kuala Lumpur 2012


Imej By Google

Dimaklumkan bahawa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 27 April - 6 Mei 2012
Masa: 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Ahad, 1 April 2012

Menadah Ilmu Baru... Ilmu SPSS

Foto Kredit BY Prof Madya Dr Aina
Kesempatan hujung minggu lalu (31/3 - 1/4/2012 hari Sabtu dan Ahad), bertempat di Makmal Kewartawanan, FBMK, UPM, aku gunakan sepenuhnya masa tersebut untuk menekuni ilmu baru ini...Perisian SPSS...bunyinya macam nak jadi penyelidik sains sosial pulak kan...

Agak bagus, cuma aku terlambat menemui ilmu baru ini...hehe..tapi tak apa, biar lambat asalkan selamat gitu...

Walau bagaimanapun akan kucuba gunakannya untuk mana-mana kesempatan dan keperluan penulisan akan datang...

Untuk Prof. Madya Dr. Aina yang tidak jemu-jemu mengajar kami...Terima kasih tidak terhingga kerana ilmu yang bermanfaat ini...

Jumaat, 30 Mac 2012

Dapur Idaman...

Imej by Google
Wah...inilah dia dapur idaman....

Boleh jadi tempat memasak dan menuai ilham resepi apakah yang akan lahir daripada dapur secantik ini....

Ubi Kayu Rebus


Imej By Google

...petang ini mahu mencari ubi dan merebusnya....

yes, menu petang ini ubi kayu rebus...rasa macam zaman Jepun pulak dah...

Rembesnya gerimis...


Imej by Google

Pagi tadi sejuknya yang amat-amat. Rupa-rupanya di luar sana sang hujan sedang bercengkerama bersama alam. Namun perjalanan perlu diteruskan demi mencari sesuap nasi... biar hujan pasti diredah jua.

Khamis, 29 Mac 2012

...mari berbalas pantun




...Selamat berpantun kepada peminat pantun....

Jemput Hadir kepada yang sudi

Ilham Rasa Stephen R. Covey


Tengah hari Rabu, 28 Mac 2012 lalu, Prof. Madya Dr. Zariat...pengarang buku Seksualiti dalam Novel Melayu...menghadiahkan aku buku di atas untuk aku baca.....
Insya-Allah saya akan habiskan membaca buku ini. Terima kasih.

al-Fatihah

Imej Tan Sri Mazlan By google

Pada 23 Mac 2012, negara kehilangan Tan Sri Mazlan Nordin ... saya mengenalinya secara rapat kerana aruah pernah bekerja di Penerbit UKM sebagai Karyawan Tamu dan beliau menggunakan sepenuh masanya di sini untuk menulis di akhbar Mingguan Malaysia... al-Fatihah

Keesokan harinya pula negara kehilangan pula mantan bos saya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah...beliau juga pernah menjadi mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...al-Fatihah....secara rincinya seperti yang tercatat di ruangan takziah UKM ...

Dukacita dimaklumkan bahawa Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff bin Hussain, mantan Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM dan juga Bapa kepada Izzaty Farhana Mohammed Yusoff, Penolong Pengurus Asrama, Kolej Burhanuddin Helmi telah kembali ke rahmatullah pada 24 Mac 2012 jam 3.55 petang di Hospital Putrajaya. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg. Tangkas (Baru) pada hari yang sama.

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.

... untuk kedua-dua insan yang pernah saya kenali secara rapat ini...semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan al-Fatihah. Semoga keluarga mereka tenang menerima dugaan ini.

Isnin, 19 Mac 2012

Formula 1 Malaysia...

Imej By Google
Litar KLIA kembali bergegar...

Nah...hujung minggu ini mari kita saksikan gegarannya....

Selamat menonton....

Rabu, 14 Mac 2012

Tentang Penerbitan Buku....

Imej By Google
Dalam satu minggu ada dua kali program ke fakulti:

6 Mac 2012 ke Fakulti Undang-undang

8 Mac 2012 ke Fakulti Pendidikan

Apa yang dibuat di sana? Biasalah....penerbitan buku......

Kepada sesiapa yang telah berkenalan denganku di kedua-dua fakulti....maka janganlah malu-malu menghantar manuskrip untuk dijadikan buku ye....nanti orang cakap saya ni tak ada kerja pulak...

Bengkel Foto...Fotografi Digital

Imej By Google

Pagi ni, aku sengaja mencuri waktu menadah telinga untuk mendegar kuliah tentang fotografi digital. Dah lama dah ikut kuliah fotografi.

ni ada sedikit catatan...

lens & bukaan lens
aperture
shuttle speed
program mood breket
pengimejan
kualiti dan saiz imej
white balance
kompak kamera
mm
jpeg


... cukup-cukuplah setakat ni dulu....

Panas...memang panas....

Imej By Google
Mulai 8 Mac 2012 lalu pejabat aku ni dah tidak ada hawa dingin.....yang ada cuma di bilik mesyuarat (kerana hawa dinginnya berasingan)...bilik aku lagi lama dripada itu...sampai penutup hawa dinginnya pun dibuka oleh jurutekniknya...dan entah di mana disimpannya. Aku memang kuat bising pasal benda-benda yang aku tak berkenan ni. biar orang kata aku jahat tak apa yang penting orang lain boleh selesa dengan apa yang aku komplin. Pagi ni aku komplin lagi sambil minta kipas berdiri di pejabat berkenaan...kata yang mengangkat telefon tak boleh dah nak kasi kipas pasal kipas selalu hilang........hey itu masalah anda dan anda tanggunglah sendiri. Kenapa tak diambil sahaja usai majlis. Barulah tak hilang...belum habis kita bercakap diletaknya telefon....hey....u...maka aku dengan hati panas ni menulis di sini biar satu dunia tau....

Selasa, 13 Mac 2012

al-Fatihah

Imej By Google
Al-Fatihah untuk isteri saudara Ahmad Shukeri (aruah Kak Mai). Sudah 15 tahun beliau bertarung dengan sakitnya. Beruntungnya kerana beliau mempunyai seorang suami yang boleh mengubatinya secara tradisional dan menjaganya dengan penuh kasih sayang sepanjang dirinya tidak sihat. Dalam masa yang sama beliau juga dirawat dengan cara moden. Banyak kenangan yang saya simpan bersama aruah terutamanya beliau juga adalah tukang jahit yang mahir. Beliau banyak menjahit baju-baju saya dan bonda saya. Saya cuma kirimkan ukuran baju yang telah siap kepada suaminya dan selang tidak berapa lama saya akan mendapat semula baju yang telah siap. Harga pula berpatutan. Cuma apabila beliau sudah mulai tidak sihat... jahitannya sudah tidak lagi berapa menarik dan saya terpaksa mencari tukang jahit yang lain. Rakan-rakan juga berbuat begitu. Faktor kesihatan menyebabkan beliau kehilangan punca untuk meneruskan rezeki mengambil upah menjahit.

Namun Tuhan lebih menyayanginya...dan beliau pergi dengan tenang saat usai azan Asar petang Sabtu 9 Mac 2012 lalu. Harap beliau tenang di sana. al-Fatihah. Semoga saudara Shukeri tabah menghadapi dugaan yang maha berat ini. Saya menerima berita sedih ini agak lewat malam sekitar jam 12.00 melalui teman sepejabat. Saya tidak berkesempatan untuk ziarah kerana berada di Johor untuk satu lagi urusan keluarga - majlis akad nikah anak saudara - yang juga telah kehilangan bapanya (abang saya). Jadi saya harus memberi sokongan moral untuk hadir ke majlis tersebut.

Petikan lewat ruangan Takziah di UKM

Dukacita dimaklumkan bahawa Isteri kepada Encik Ahmad Shukeri bin Mohamed, kakitangan Pusat PERMATApintar Negara, UKM telah kembali ke rahmatullah pada 10 Mac 2012(Sabtu).

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al Fatihah.

(ewarga/bul/bil.13032012-04)

Hujan pagi...

Imej By Google
Pagi ini bumi Bangi dibasahi hujan lagi...dingin....

Sepanjang perjalananku untuk mencari rezeki, jalan raya agak basah dan licin ...

Tiba-tiba ada kemalangan yang tidak diduga berlaku di hadapanku...harap-harap si mangsa berada di dalam keadaan baik biarpun kenderaannya agak teruk kesan daripada kemalangan tersebut....semoga tabah hendaknya...

Mungkinkah Suatu Hari Nanti...Part 5

Imej By Google
Wah! Tiba-tiba remang petang ni menyentak dan meniupkan pawana si angan-angan mat jenin untukku...

Isnin, 12 Mac 2012

Mungkinkah suatu hari nanti....part 4

Imej By Google
Tiba-tiba aku teringin untuk memiliki gajet terkini ini...wah...bunyi macam angan-angan di puncak ledang aja tu....siapa yang mahu aku telefon...siapa yang akan menelefon aku...apa yang aku nak buat dengan telefon secanggih ini....hey...hello siapa di sana?

Mungkinkah suatu hari nanti....part 3

Imej by google
Suatu hari aku berangan-angan untuk memiliki kamar bacaan di dalam rumah sebesar ini....mungkinkah impian ini menjadi realiti....sesiapa boleh membaca di kamar bacaanku di rumah ini...hehehe...wah...banyaknya koleksi buku....

Mungkinkah suatu hari nanti....part 2

Imej By google

suatu impian...suatu inspirasi mungkinkah suatu hari nanti menjadi kenyataan....
ini hanya mimpi mainan tidurku...

Ahad, 11 Mac 2012

Mungkinkah suatu hari nanti....part 1


Imej by google
Semakin hari semakin banyak buku-buku yang aku beli. Sampai tempat nak simpan buku pun dah tak tahu nak letak mana....maka ... sebagai sumber inspirasi.... aku nak tampal foto yang aku google ni untuk menjadi tempat letak buku aku....wah...cantiknya jika ini benar-benar menjadi realiti

Ahad, 4 Mac 2012

alahai kenanga....

Imej by google
...aku mencipta lagi satu e-mel dengan menggunakan nama bunga sewaktu kursus google online yang lalu...alahai kenanga

...biarpun aku tahu ini bunga yang selalu aku petik sewaktu di jalanan tetapi aku lupa namanya........baunya harum...bagai menggoda kalbu

Sabtu, 11 Februari 2012

Maulidur Rasul...

Khamis pagi, 9 Februari 2012, aku dan empat lagi rakan-rakan sepejabat telah berada di luar panggung seni bersama-sama dengan ahli kumpulan yang lain begitu sabar kerana sebentar nanti perarakan akan dimulakan...tiba-tiba diluar sana trafik jem cukup keras...mengalahkan Kuala Lumpur gitu.

Kami berpakaian sedondon warna biru muda. Kami juga diberikan tudung indon dan kerongsang. Manakala si teruna memakai pakaian ala-ala Raihan dengan samping gaya Johor. Songkok berlilit riben biru. Semuanya lawa, tampan dan kacak bergaya.

Perarakan dimulakan....bacaan selawat tidak henti-henti...wah...kontigen dibelakang kami bukan main kuat lagi. Siap berlagu-lagu sepanjang jalan...jadi sah-sah le grup ni yang akan menjadi juara. Nah! Ternyata mereka menjadi johan dengan kelebihan markah pada bacaan selawat yang begitu merdu.

Jumaat, 3 Februari 2012

Biografi Tun Razak: Negarawan & Patriot




Blurb

Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot. 2011. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-948-05 (kulit keras). 414 halaman. ISBN 978-967-94. Nik Anuar Nik Mahmud, Muhammad Haji Salleh & Abd Ghapa Harun.
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua ialah arkitek utama dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia. Ketika memimpin Malaysia, setelah terjadinya peristiwa 13 Mei 1969, beliau menyusun strategi serampang dua hala supaya negara mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan mantap serta memulakan langkah penyusunan semula struktur ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang kaum. Beliau memperkenalkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang terbukti berjaya membantu proses pembangunan negara untuk jangka panjang. Buku ini memaparkan liku-liku kehidupan, perjuangan, visi, misi dan pengorbanan Tun Abdul Razak sebagai seorang negarawan dan patriot Malaysia. Antara tajuk penting yang dipaparkan dalam buku ini adalah; kelahiran seorang patriot, pengalaman di bawah pemerintahan Jepun, menimba ilmu di England, berjuang dalam UMNO, penggubalan Perlembagaan Persekutuan, pembentukan Malaysia, menangani kontrontasi Indonesia, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, politik permuafakatan Barisan Nasional dan banyak lagi. Kebanyakan nukilan dalam biografi ini ialah hasil penyelidikan dan pengumpulan maklumat yang komprehensif dan berwibawa oleh tiga tokoh akademik yang berpengalaman luas. Banyak perkara yang dinukilkan belum pernah diketahui umum sebelum ini.

NIK ANUAR NIK MAHMUD adalah mantan Protesor Sejarah dan Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. MUHAMMAD HAJI SALLEH berkhidmat di Pusat Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. ABD. GHAPA HARUN adalah pensyarah kanan di Program Sejarah, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

Buku Biografi Tun Razak: Imej Digital Board

Khamis, 2 Februari 2012

Anugerah Buku Negara 2012

Saya petik daripada e-warga UKM.

Tahniah-Penerbit UKM Terima Anugerah Buku Negara, ketegori Buku Biografi Terbaik [atas]
Tahniah diucapkan kepada Penerbit UKM, kerana telah dipilih sebagai penerima Anugerah Buku Negara, ketegori Buku Biografi Terbaik. Tajuk buku yang memenangi anugerah ini ialah Biografi Tun Abdul Razak : Negarawan dan Patriot. Anugerah ini telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Ketua Penerbit UKM, YBhg Prof Dr. Kamaruddin M. Said di Persidangan Buku Antarabangsa, Ekspo Buku 1Malaysia dan anugerah Buku Negara 2012 bertempat di PWTC Kuala Lumpur.
Syabas !
(ewarga/bul/bil.02022012-03)

Apa-apa pun sebagai orang yang bertanggungjawab di atas pengurusan penerbitan buku ini sebermula daripada manuskrip menjadi buku...pada kesempatan pagi-pagi Jumaat ini al-Fatihah saya untuk kegigihan pengarang utama buku ini Allahyarham Profesor Emeritus Datok Dr. Nik Anuar Nik Mahmud...

Khamis, 26 Januari 2012

Antara hasil rombakan tesis ke buku...

Buku ini telah siap dan berada di pasaran. Boleh juga dapatkan daripada saya atau melalui kedai buku Penerbit UKM ... jika nak saya poskan boleh juga tapi kenalah masukkan wang pos sekali ...
Harga: RM65.00
Karya: Prof. Madya Dr. Mohd. Zariat Abdul Rani
Penerbit: Penerbit UKM
Tahun Terbitan: 2011
Jumlah Halaman 515 halaman
Buku ini hasil daripada rombakan tesis ke buku .. sebuah penyelidikan Dr. Zariat sepanjang beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafahnya di ATMA UKM. Kandungannya terlalu sarat dan berat. Orang kata, tidak rugi kalau membeli... alah membeli menang memakai...
Tuan-tuan dan puan-puan selamat membeli dan membaca.

Khamis, 19 Januari 2012

Saat Tokoh Korporat bersuara....

Imej Tan Sri Search By Google


Hari ini saya berpeluang mendengar suara hati tokoh korporat tersohor tanah air...


...lalu untuk mengabadikan kenangan saat-saat mendengar syarahannya itu, saya membeli buku yang dijual di luar Dewan Senat iaitu buku yang dihasilkan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang diterbitkan pada tahun ini (2011) oleh Utusan Publications & Distributers Sdn. Bhd. Harganya RM46.00 aja.




Tan Sri Muhammad Ali Hashim ialah seorang tokoh terkenal di dalam bidang korporat yang dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat oleh UKM pada konvokesyen UKM tahun lepas. Beliau pernah menjadi Presiden/CEO bagi Johor Corporation (1982-2010) dan Presiden Pihak Berkuasa Tempatan, Pasir Gudang (1982-2008).




Saya menjadi kagum dengan ucapannya...cetusan ideanya lunak kedengaran dengan diselangselikan oleh bantuan power point dalam bahasa Inggeris. Hah! Agak lucu juga Tan Sri ni...tu le sape yang tak datang dengar rugi. Bukannya kena bayar pun....pada akhir majlis seperti biasa ada makan free lagi.




Khamis, 12 Januari 2012

...limau







Tahun baru Cina semakin hampir....









Imej by google



dan mulalah berlambak-lambaklah limau dihadiahkan kepada para pelanggannya....



pagi ini....



aku diberikan tiga biji limau...






Rabu, 11 Januari 2012

katanya....Wajah Timur Lidah Barat

Imej Digital Board UKM





Kredit Foto By Raai Osman



Hari ini 12 Januari 2012, ada cerita tentang Wajah Timur Lidah Barat...tajuknya memang sedap. Maklumlah yang beri pun bukan calang-calang orang




SN DATO' DR. ANWAR RIDHWAN

Dekan Fakulti Penulisan

ASWARA


Beliau mengupas tentang permasalahan imperialisme linguistik di Malaysia....


turut dikupas...


"Jumlah penerbitan buku negara ini sewajarnya mencapai panduan umum sejagat, iaitu sekurang-kurangnya pada nisbah 0.1% daripada jumlah penduduk. Dengan penduduk Malaysia dianggarkan 28 juta jiwa, maka judul buku baru setahun wajar mencapai 28,000 judul"


Perghhh..............


Akhirnya.............


"..............Di tengah pentas bahasa dunia, ketika sama-sama meraikan kepelbagaian bahasa antarabangsa, dengan orang-orang Melayunya tetap berwajah timur dan berlidah timur.................."

Selasa, 10 Januari 2012

Menjelang Hari Lahir...........




Anakandaku,


Tanggal 10 Januari....


Tahun ini anakandaku menjangkau ke usia 26 tahun...serasa baru semalam perutku berasa sakit kerana kehadiranmu ke muka bumi ini......

Cepat betul masa berlalu...pejam celik pejam celik sudah masuk jubli perak dan menginjak lagi setahun usiamu...

Bonda harap anakanda akan tambah matang dengan kehadiran tahun 2012 ini...

Tiada apa titipan mahupun catatan hendak diabadikan di sini cuma hanya dengan iringan doa agar anakanda nan jauh di mata berjaya di dalam pelajaran, sihat walafiat dan pulang dengan mengenggam segulung ijazah yang diidam-idamkan...kejayaan yang dinanti-nantikan setelah sekian lama berkelana di bumi asing....

Doa bonda jua ayahanda tetap mengiringi kejayaan anakanda di rantauan...

Jaga diri,
jaga tingkah laku,
jaga adap sopan,
jaga tutur katamu.....

Salam kasih sayang sempena hari lahirmu 10 Januari 2012.....

TITIPAN SERAUT KASIH UNTUK
ANAKANDA NAQQIB

Khamis, 5 Januari 2012

...tentang makanan...tentang sensori

Poster ini ditugaskan kepada aku untuk merealisasikannya...lalu aku telah meminta Sdra Hafiz Tan Sri Aziz untuk melunaskannya...hasilnya suatu kreativiti yang sangat mengujakan bukan. Saat itu aku ditugaskan untuk mengagih-agihkan kerja untuk para pereka....Terima kasih atas kerjasama hingga lahirnya poster ini. Foto pula hasil kerja Sdra Raai.

Namun malangnya, saat aku ingin mengikuti syarahan ini...pintu Bilik Senat membuak-buak keluar dengan kehadiran para peminat Profesor Dr. Aminah Abdullah...yang juga jiranku sesurau di al-Madani...

Lalu aku pun pulang kerana malas nak duduk-duduk aja kat muka pintu. Memang aku dipelawa makan di tempat yang ... ahhhh...seganlah nak tulis.... rasanya aku belum layak untuk makan di situ.... maka aku pun turun ke bawah dan lepas makan-makan di kantin aku balik ke opis.... Begitulah penangan syarahan perdana bekas pensyarahku ini yang kuliahnya pernah ku ikuti saat di tahun 1 (rasanya tajuk kursus macam nilah lebih kurang....lupale pulak...Makanan dan Pemakanan) bagi kursus elektif suatu ketika dahulu....

Tahniah Prof. Aminah... kerana aku tenguk tanggal 6 Januari ini ramai yang bawa jambangan bunga besar-besar, bakul bunga besar dan ada beberapa kotak kuih akuk lagi............

Keep This Spirit....

imej by google

suatu malam, suatu tempat dan sesuatu yang tertinggal....5 January 2012


TIFFANY



....Thank you very much for the photo album. Is very nice and I love it... I hope that you will have a great musical journey in front of you and always keep up with your willing to learn spirit!!! I gonna miss you very much... Hope we will get to meet each other again someday... Sorry if I have done or said anything that you dislike... Is my pleasure to have you as my student...

Selasa, 3 Januari 2012

Modal Insan dan Agihan Pendapatan di Malaysia



Ini buku baru...jemput baca dan beli. Jangan fotostat tau. Selamat membaca.

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Imej by google

...ADUHAI...menginjak lagi usia, bergerak lagi masa dan berinsut lagi tahun. .. Kita sama-sama dewasa, matang membilang hari...berusaha meniti usia untuk tahun 2012 dengan suatu azam dan tekad yang baru. Semoga sihat sejahtera dan aman bahagia hendaknya. Hidup diberkati Ilahi dan terus gigih berusaha menggapai harapan