Isnin, 30 Julai 2012

Ramadan datang lagi....

Hujung minggu lalu, aku memotong-motong bunga (berbaur-baur harumannya berdasarkan kepelbagaian bunga yang didapati di laman kecil kami) dan dicampurkan dengan beberapa helai daun pandan yang diracik-racik halus untuk dibawa ke tanah perkuburan....jua berbekalkan sama sehelai tikar, kertas surat khabar, topi besar, dua botol air sejuk dan 4 naskhah surah yasin.... Tiada siapa pun insan lain di tanah perkuburan tersebut kecuali sang gagak yang asyik membuat bising di atas dahan pohon sana saat memerhatikan gelagat kami.... Tegaknya panas mentari di kepala sedikit pun tidak menghalang kami anak beranak untuk membaca surah yasin dan mengaminkan doa yang dibaca untuk aruah kedua-dua orang tua yang telah pergi. Al-Fatihah aruah mak dan bapak. Apatah lagi, majlis kecil ini turut lebih bermakna sekali kerana disertai oleh putera puteriku yang baru saja pulang dari negara Kremlin.... Bulan Ramadan ini terasa sedikit sebak dan sedih kerana masih lagi terkenang-kenang dengan hilai tawa dan pedas masin tawar masakan mertua...justeru adalah wajar kami anak beranak menziarahi mereka yang telah pergi ini di tempat mereka disemadikan. Semoga dengan sedikit ingatan ini, aruah akan memberkati kehidupan kami anak beranak. Amin.
Imej By Google

Tiada ulasan: