Selasa, 13 Mac 2012

al-Fatihah

Imej By Google
Al-Fatihah untuk isteri saudara Ahmad Shukeri (aruah Kak Mai). Sudah 15 tahun beliau bertarung dengan sakitnya. Beruntungnya kerana beliau mempunyai seorang suami yang boleh mengubatinya secara tradisional dan menjaganya dengan penuh kasih sayang sepanjang dirinya tidak sihat. Dalam masa yang sama beliau juga dirawat dengan cara moden. Banyak kenangan yang saya simpan bersama aruah terutamanya beliau juga adalah tukang jahit yang mahir. Beliau banyak menjahit baju-baju saya dan bonda saya. Saya cuma kirimkan ukuran baju yang telah siap kepada suaminya dan selang tidak berapa lama saya akan mendapat semula baju yang telah siap. Harga pula berpatutan. Cuma apabila beliau sudah mulai tidak sihat... jahitannya sudah tidak lagi berapa menarik dan saya terpaksa mencari tukang jahit yang lain. Rakan-rakan juga berbuat begitu. Faktor kesihatan menyebabkan beliau kehilangan punca untuk meneruskan rezeki mengambil upah menjahit.

Namun Tuhan lebih menyayanginya...dan beliau pergi dengan tenang saat usai azan Asar petang Sabtu 9 Mac 2012 lalu. Harap beliau tenang di sana. al-Fatihah. Semoga saudara Shukeri tabah menghadapi dugaan yang maha berat ini. Saya menerima berita sedih ini agak lewat malam sekitar jam 12.00 melalui teman sepejabat. Saya tidak berkesempatan untuk ziarah kerana berada di Johor untuk satu lagi urusan keluarga - majlis akad nikah anak saudara - yang juga telah kehilangan bapanya (abang saya). Jadi saya harus memberi sokongan moral untuk hadir ke majlis tersebut.

Petikan lewat ruangan Takziah di UKM

Dukacita dimaklumkan bahawa Isteri kepada Encik Ahmad Shukeri bin Mohamed, kakitangan Pusat PERMATApintar Negara, UKM telah kembali ke rahmatullah pada 10 Mac 2012(Sabtu).

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al Fatihah.

(ewarga/bul/bil.13032012-04)

Tiada ulasan: