Ahad, 31 Ogos 2008

Mengenang Saat Hadir Kolokium Citra Dakwah dalam Novel Popular






Tanggal August 21, 2008 lalu ....

Saat seharian berpeluang menghadiri Kolokium Citra Dakwah dalam Novel Popular di Puri Pujangga UKM, banyak yang dipelajari jua banyak ilmu yang sempat ditadah. Teristimewa berpeluang mendengar pembentangan ilmu oleh YBhg. Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi....tak rugi hadir majlis begini.
Kolokium ini juga membawa saya berkenalan dengan novelis Puan Anis Ayuni, Encik Zaid Akhtar, Puan Shamsiah Mohd. Nor dan lain-lain karyawan yang mungkin saya tidak ketahui namanya. Terasa macam nak tulis novel pun ada!!! Juga bertemu Dr. Mawar Shafei dan Puan Nisah Haron yang sudah banyak kali menang anugerah kerana hasil karyanya diiktiraf oleh pelbagai pihak. Terima kasih untuk Dr. Fariza Md. Sham, Dr. Zamri dan Prof. Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek kerana memberi ruang istimewa ini untuk saya menghargai usaha kalian. Terima kasih, terima kasih, terima kasih.






1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum Puan. Saya Nurul Hilwany pelajar Master Sastera (Kesusasteraan Melayu) di Universiti Putra Malaysia. Saya ingin menanyakan perihal kertas kerja persidangan: Kolokium Citra Dakwah dalam Novel Popular yang dianjurkan di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya sedang menjalankan penyelidikan perihal novel popular di Malaysia dan sedang mencari sorotan kajian lepas untuk memantapkan kajian saya. Namun, bagaimanakah saya boleh mendapatkan kertas persidangan tersebut? Adakah saya boleh mendapatkannya di IKRAB?