Ahad, 14 Disember 2008

Tiba-tiba aku jadi benci...

Tiba-tiba aku menjadi benci kepada kerjaya sebagai editor di sini...bukan membuka pekung di dada, tetapi ini adalah hakikat yang semua harus mengetahuinya. Lahir dari lubuk jiwaku yang penuh lara. Untuk pengetahuan, aku sememangnya jarang cuti rehat, secara ikhlas, aku tidak pernah mengambil cuti sakit ketika di sini, biar aku wewenangnya boleh bisa gapai siapa doktor yang mahu memberikan daku MC!!! Aku pula sememangnya cukup rajin membaca dan membuat kerja dengan penuh minat. Bila bekerja, selalu lupa diri. Syukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan kesihatan yang baik setakat ini. Sekiranya ada sesi editorial, aku sanggup bersengkang mata, khusyuk dan gembira dengan sesi tersebut biarpun dibuat di luar waktu pejabat dan jauh dari Bangi.

Semuanya demi kerana minat dan komited dengan kerja yang diberikan kepadaku. Usai tugasan luar, lalu hari Isninnya jam 8.00 pagi, aku sudah berada semula di tempat kerja tanpa mengambil cuti dan memonteng kerja. kerjaya terus berjalan seperti biasa sepanjang tempoh tersebut dan hari-hari berikutnya.... nah! kenapa aku tiba-tiba menjadi begini...terlalu emosional...jawapannya adalah kerana tarikh 10 Disember 2008...

Lalu aku mengambil cuti rehat untuk menenangkan fikiranku. Untuk sesiapa yang ingin menjadi editor di sini, aku tidak menggalakkan. jujurnya kukatakan. biar kerjaya anda di sini telah membantu seseorang pensyarah menjadi Prof. Madya, daripada Prof. Madya menjadi Profesor, daripada tiada buku kepada memiliki buku... namun apa yang mereka boleh bantu anda di sini.... tiada apa... ini pandangan terus terang. seperti yang pernah dilemparkan kepadaku secara sinis tetapi tajam sekali maknanya kepadaku...bilik tempat kerjaku, kamar kerjaku menjadi stor buku. semuanya kerana aku tiada masa untuk mengemas, banyak tugasan demi tugasan menanti, buku demi buku untuk dibaca, manuskrip bersilang baur sampai untuk diteliti. mata kian kabur menekuni tiap bait-bait ayat.

Hah! Namun semua itu tidak memberi apa-apa erti walaupun telah sesak seperti stor buku.... memang aku suka membaca. mengapa dinafikan kenyataan tersebut. Itu memang lumarahnya. Tiada masa terluang langsung dan tempat yang sempit, dengan sebab itu, aku memadatkan bilikku dengan pelbagai sumber bacaan yang senang untuk kugapai dan kucapai bila-bila perlu. Yah! Anda tidak akan dipedulikan biarpun anda seorang yang cukup berwibawa dan rajin.

Kalau setakat nak tau, sampai mana buku saya, ke mana manuskrip saya hendak dibawa selepas ini, tak payah tanyalah soalan-soalan basi sebegitu... sekarang baru ku sedar, selama ini rupa-rupanya aku terlena dek timbunan buku-buku ... aku silap membuat perhitungan!!! Hah! Rupa-rupanya kejayaan anda akan dicapai sekiranya anda seorang yang malas bekerja, bila suka datang kerja boleh datang sesuka hati dan balik kerja ikut suka, nak minum di luar - silakan sesuka hati - siapa peduli - disel masing-masing, alahai ala-ala hipokrit dan suka membodek gitu, ngobrol-ngobrol sesukanya, paling seronok komputer sorang satu - apa lagi - onlinelah - jiwa muda hati membara siapa peduli - kesukaan memonteng kerja, hai - ambil cuti bila teringin dan buat kerja ala-ala asal dapat gaji sahaja. Nah! Cara begini rupanya anda akan disanjung dan dihormati. Wah! Bisa dapat cemerlang lagi gitu. Kenapa takut pula mengambilnya pada hari yang dinanti-nanti. Kenapa! Tak Percaya! Percayalah... Sekarang telah ada iklan baru dikeluarkan. Sudi-sudilah mohon kalau ingin terjerat di dalam situasi ini...

Kesimpulannya...aku tetap aku, tetap tegar menggapai impian, biar onak dan duri membelasah jiwa, ombak dan gelombang asyik bertarung semahunya... Yah! Pokoknya ya benar, kerana aku terlalu banyak mengutip ilmu di sini, jiwaku terlalu ingin memajukan diri kerana sedar diri kekurangan dan berada di dalam kebodohan yang amat, dengan sebab itulah aku menjadi begini...Nah! Tetiba pula aku menjadi bungkam dan malu dengan keadaan ini, malu mengapa manusia menjadi begitu. Sampai bila duhai insan mahu merubah persepsi ini...

Sekian. Kepada Allah aku bermohon, aku bersyukur dan berserah segalanya. Takdir tuhan menentukan segala-galanya. Terima kasih kerana mengurniakan daku segumpal kekuatan jiwa dan raga setakat ini. Aku percaya segala-gala akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Hah! Nantikan putaran alam, siapa tahu.... Insya-Allah.

2 ulasan:

bangsawan nilai berkata...

dpd manuskrip biasa, editor yg baik mampu mengangkatnya menjadi buku yg baik. tdk dinafi, editor hanyalah ibarat pengarah di balik tabir, yg dpt pujian adalah pelakon atau penulis buku. kuatkan semangat. ramai kalangan staf akademik menulis buku utk diterbitkan demi kenaikan pangkat menjadi PM atau Prof.lumrahnya editor kurang dihargai. lihat shj pelbagai anugerah utk buku terbaik dan penulis terbaik [kononnya] ttp manakah anugerah atau penghargaan utk editor. tiada & tidak akan ada.hanya editor yg memahami hati editor lain.salam editor.

Tanpa Nama berkata...

Sdra. Tg Shaaban
Sesunguhnya, orang selalu berkata..saya menjadi diri saya yang sebenar, dengan sebab itu saya sentiasa kalah...w bmp saya sentiasa berfikiran terbuka,...seperti orang Barat. Namun jiwa ke-Melayuan saya masih kental dan akhirnya saya layu dipagar bintang yang berkerlipan.