Selasa, 2 Februari 2010

Aku dan Keluarga Pengarang



Minggu lepas, genap pemergian aruah bapak Arena Wati selama setahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Pada hari itu juga aku menghantar sejumlah 10 naskhah buku cetakan kedua Memoir Arena Wati: Enda Gulingku yang boleh dibuat bantal tidur. Cukup-cukup tebal. Naskhah untuk pengarang itu diterima oleh ibu Halimah. Baliknya aku dibekalkan dengan nasi dan lauk pauk....aduh! Beliau sendiri sangat bangga dengan kehadiran buku tersebut. Saat ingin menyiapkan cetakan kedua itu, aku telah berdepan dengan aruah yang tika itu sedang sangat tenat sekali berperang dengan sakitnya di HUKM. Kini, tinggal kenangan semua yang aku lihat di hadapan mata. Aruah meminta itu dan ini pada memoir tersebut. Untuk menjaga mutu buku itu aku ikutkan sahaja apa yang perlu asalkan jangan lari daripada konsep cetakan kedua buku tersebut. Aku sendiri beranggapan menyiapkannnya ibarat memenuhi wasiatnya...

Aku sebenarnya sangat sibuk. Masa yang dijanjikan aku tidak boleh datang kerana ada komitment lain. Namun, aku pergi juga ke rumahnya setelah ditelefon dan dipesan berkali-kali supaya datang...biarpun lambat...jangan tak datang...yah! Aku sebenarnya sangat sibuk menggesek biola dan pelajaran yang lain...yang masih belum pandai-pandai. Aku gagahi juga ke rumahnya demi untuk memenuhi impian ibu Halimah.

Memoir tersebut juga diletakkan jaket yang di kiri kanannya diterangkan mengapa buku tersebut harus dicetak untuk kali kedua... kemenangan yang dicapai oleh pengarang dan sebagainya. Memang aku berperang dengan perasaan saat untuk menyiapkan buku itu. Namun, alhamdulillah, semoga roh aruah tenang setelah buku tersebut berada di pasaran menemui peminatnya yang sekian lama menanti.

Kepada semua...selamat membaca.

Tiada ulasan: