Ahad, 21 Februari 2010

Pembangunan Modal Insan: Isu dan Cabaran


Pembangunan Modal Insan: Isu dan Cabaran (Cetakan Kedua). 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-840-7 (kulit lembut). 218 halaman. Yahaya Ibrahim.

Teori dan bukti empirik lampau tentang sumbangan pelaburan pendidikan dan latihan pembangunan modal insan kepada peningkatan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi dilihat selari dangan hasrat mencapai status negara maju menjelang 2020. Modal insan adalah suatu elemen penting yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Pelaburan dalam pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan di Malaysia adalah sangat penting dalam menyediakan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran. Kejayaan masa hadapan negara sangat bergantung kepada kualiti modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga keperibadian. Justeru, modal insan menjadi peneraju utama membentuk sebuah negara yang maju serta seimbang pembangunan ekonomi dan sosialnya, memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Langkah yang lebih agresif dan berkesan dalam pelaburan di sektor pendidikan modal insan dan pelaburan bagi modal fizikal dijangka dapat meningkatkan daya serap teknologi agar terus mengukuhkan daya saing negara dalam pasaran antarabangsa. Buku ini secara khusus memaparkan pelbagai isu dan cabaran dalam pembangunan modal insan yang perlu ditangani dalam proses perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negara. Liputan isu dan cabaran yang dipilih melibatkan sektor awam, swasta, masyarakat dan individu pada peringkat local dan global. Buku ini juga membincangkan tentang peranan modal insan yang berkualiti dalam memberikan sumbangan yang diperlukan oleh sesebuah negara yang sedang membangun bagi mempertingkatkan produktiviti ke arah kemajuan dalam pelbagai bidang.

YAHAYA IBRAHIM (Ph.D) kini Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Terengganu. Beliau adalah Profesor dalam bidang pelancongan, pembangunan komuniti dan keusahawanan. ABD. HAIR AWANG (Ph.D) adalah Pensyarah kanan di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Fokus penyelidikan beliau adalah perancangan dan pembangunan insan serta kominiti desa.

Buku ini adalah cetakan kedua. Cepat betul buku ini habis di pasaran....

Tiada ulasan: