Ahad, 25 April 2010

Amitabh Bachchan dan Kisahku di India

Saya terbaca berita mengenai kesihatan Amitabh Bachchan di akhbar arus perdana...lalu ini mengingatkan saya kepada kenangan kala melawat India beberapa tahun yang lalu. Saya pun tidak ingat entah kali ke berapa. Namun seingat saya waktu itu, saya melihat live surgery di Hospital Hanudja New Delhi. Mungkin itu dinamakan rezeki saya. Itulah pertama kali saya melihat di skrin besar suatu pembedahan yang dipasangkan di dewan seminar untk ditonton dan dipelajari. Saya rasa saya amat bertuah sekali kerana tidak pernah didedahkan dengan ilmu perubatan dan pembedahan, tetapi dapat melihat pembedahan secara langsung di dewan bedah yang dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah neuro daripada Amerika Syarikat bersama beberapa orang pakar bedah tersohor India...saya tak perlu sebutkan nama di sini...yang penting mereka jadi kawan-kawan saya. Saya melihat dari mula hingga ke akhir prosedur itu (lebih kurang 10 jam) dan dapat juga melihat mereka lalu lalang di hadapan saya. Saat mula paremedik mengangkat pesakit, menyiapkan segala kelengkapan dan seterusnya doktor menjalankan proses membedah, mengambil bahagian tisu yang akan digunakan dikepala daripada peha (saya tidak tahu istilah apa) tapi yang saya nampak macam itulah...dan sampai dijahit semula kepala si pesakit. Saat menebuk, membuka tempurung kepala dan sebagainya.... Wah! Wah! Wah! mencabar sungguh saat-saat kritikal ketika itu. Saya yang tengok kat skrin ni kecut-kecut perut, dah makan, bangun, duduk, dah duduk makan, dah sembahyang duduk balik dan tak balik-balik hotel kerana 'seronok menonton dalam ketakutan'...rupa-rupanya ramai juga doktor India beragama Islam yang berhenti sekejap hanya untuk sembahyang dan sambung kerja balik...hiss hiss...hiss...bagusnya mereka ni. Tabiklah saya.

Selepas acara serius itu, (agak-agak dah hilang penat keesokkan harinya, saya mengambil kesempatan untuk ronda-ronda sekitar New Delhi untuk mencari beberapa barangan pelik India untuk dibawa pulang ke Malaysia...supaya menjadi buah tangan. Saya dan beberapa orang mak datin rakan-rakan saya ketika itu menaiki satu teksi dan kami dibawa ke kedai-kedai yang pemandu teksinya rekomen. Kami berbual dalam bahasa Inggeris dan dalam suka-suka berbual itu ini kami melencong cerita kepada acara filem Bollywood. Kami katakan, konon-kononnya kami ini peminat setia filem Hindustan dan kelentong sana kelentong sini nama-nama bintang filem Hindustan seperti Karisma Kapoor, Amitabh Bachchan, Anil, MGR dan lain-lain nama yang kita orang ingat. Pemandu teksi terkejut saat itu sambil ketawa-ketawa gembira. Pemandu teksi dengan ramah tamah telah menunjukkan kepada kami hospital tempat Amitabh Bachchan sedang dirawat ketika itu...kerana katanya aktor itu sekrang ini dah kena bedah dan sedang dirawat. Wah! Terkejut kami semua. Ini bukan main-main tapi betul-betul hospital yang sedang merawat aktor Bollywood itu dan teksi yang kami naiki diberhentikan seketika...kita teruja, teruja dan teruja gembira. Yah! Bangunan itu benar-benar tersergam di hadapan kami. Memang kami tidak boleh masuk, tetapi cukup teruja dapat melihat hospital tempat Amitabh Bachchan sedang dirawat. Ketika itu, memang aktor itu sedang sakit dan di surat khabar dan tv India memaparkan cerita tersebut. Selepas itu, pemandu teksi tersebut membawa kami pusing-pusing kota, kerana dia ingin menunjukkan rumah Shahrukh Khan pulak...(masa itu aktor tersebut belum dapat datuk lagi). Lagi kami teruja, macam tak percaya, tetapi benar-benar berlaku di dalam hidup kami. Oleh kerana terlalu gembira, kami belaja pemandu teksi itu makan tengah hari. Si pemandu teksi tadi kata, ini kali pertama dia masuk makan di restoran yang kami makan. Kami pun terkejut juga. Dia kata tak boleh masuk dan makan sama-sama tapi kami paksa juga dia masuk. Duduklah di mana-mana meja asalkan dia mahu makan...sebabnya dia baik hati, ikhlas, jujur dan tidak menipu kami. Ketika memandu dia menerima panggilan telefon, say sorry dan meminta izin daripada kami untuk singgah di kedai ubat kerana ingin membelikan ubat untuk bapanya yang sedang sakit. Bila kita sudah sampai ke destinasi yang dituju kita suruh dia balik pun dia tak mahu balik dan tetap tunggu kami di hadapan teksinya di hadapan kedai-kedai yang kami borong. Dia kata bapanya tidaklah serius sangat, masih boleh menunggunya sehingga dia selesai tugas. Yang penting dia telah membeli ubat. Ada ketika sanggup pula menjadi jaga kami. Maklumlah kita orang ni takut-takut berani. Dia mengawal kami daripada kena kacau orang lain. Memang kami boleh naik teksi lain tetapi kami tidak tahu mengapa dia sanggup menunggu sampai kami hingga selesai memborong dan dengan sukarela pula tu mengangkatkan semua barang-barang kami hingga ke hotel....itulah kelebihan orang Malaysia yang suka sangat memborong...baik hati...walaupun tidak kenal tetapi tetap ramah semacam dan tahu mencipta idea untuk berbual...Kami sebenarnya terkejut kerana restoran dan kedai-kedai yang kami masuk itu, pemandu teksi tersebut pun tak pernah masuk walaupun dia kata selalu lalu lalang tetapi beliau mengatakan kata tak pernah pun masuk kedai-kedai yang kami borong berbondong-bondong. Kami pula rasa barangannya agak murah dan berbaloi dengan wang yang dibayar. Untuk pemandu teksi yang membawa kami ketika itu...sorry lupa pulak namanya....terima kasih kerana baik hati, tidak menipu dan dapat extra pusing kota Delhi siap dengan cerita-cerita menarik yang dihidangkan di minda kami untuk dibawa pulang serta sudi menunjukkan tempat-tempat istimewa lokasi penggambaran dalam filem Hindustan....pemandu teksi di KL ada berani ke buat macam tu pada pelancong luar....hehehehe.....

1 ulasan:

Unknown berkata...

peminat setia!!

:)))