Ahad, 30 Oktober 2011

Syarahan Kenangan...Nik Anuar Sejarawan dalam Kenangan...

Pagi Jumaat 28 Oktober 2011 yang mulia ini saya berkesempatan menikmati sebuah hidangan minda yang cukup hebat yang dipersembahkan untuk ahli akademik dan khalayak yang berminat dengan sejarah....sebuah pengkisahan tentang Sejarawan dalam Kenangan...sebuah naskhah rentetan sejarah - perjalanan nan panjang insan bernama Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Anuar yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

Syarahan Kenangan Nik Anuar Nik Mahmod ini diadakan bermula jam 9.45 pagi bertempat di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM...genap setahun pemergian beliau ke alam baqa. ATMA mengambil langkah yang cukup bagus dalam mengenang sejarawan seperti beliau. Harap-harap PTJ yang lain juga sensitif dengan majlis-majlis seperti ini...kerana masing-masing mempunyai Profesor Emeritus atau Profesor tersohor yang perlu diketengahkan minda mereka setelah mereka pergi.........Yah!...Menariknya bagi saya majlis ini turut dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Sejarah Malaysia dan mendapat kata-kata suntikan semangat melalui kata alu-aluan oleh Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Sila klik untuk poster.

Cukup wajar majlis ini diadakan sementelahan pula Allahyarham baru sahaja dianugerahkan Profesor Emeritus oleh UKM lewat konvokesyennya pada September 2011 lalu. Tulisan Dato' Nik Anuar mengenai persempadanan negara, Pattani dan sejarah Asia Tenggara cukup banyak meninggalkan kesan luka sejarah yang masih berdarah hingga kini....buah tangan terakhirnya Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot adalah antara catatannya yang dihantar sendiri ke meja saya. Sayang sekali beliau tidak dapat menatap hasil karya tersebut kerana telah dijemput Ilahi ke alam yang kekal di sana. Begitu juga dengan naskhah setebal 68 halaman...Mencari Perdamaian di Asia Tenggara: Merungkai Konflik di Selatan Thailand juga tidak dapat ditatapnya....hanya hadirin yang turut serta dalam majlis syarahan ini sahaja yang mendapat naskhah terakhir yang menjadi minat tegar beliau untuk dijadikan kenang-kenangan....sempena setahun pemergian pensyarah sejarah saya ini...al-Fatihah untuknya. Terasa masih baru sahaja menziarahi jenazahnya...tetapi begitulah hakikatnya. Semoga roh beliau aman, tenang dan berada dalam kalangan orang-orang yang soleh di sana. Amin.

Tiada ulasan: