Foto: By Ibnu Ariff
Bulan Ramadan yang mulia ini kenangan berlegar di sekitar pemergian insan penulis yang prolifik ...
Pada malam 30 Julai 2008 lalu, kira-kira jam 2.15 pagi saya menerima SMS tentang pemergian Sasterawan Negara S. Othman Kelantan. Beliau meninggal di Hospital Serdang. Kemudiannya pagi2 lagi saya sebarkan pula SMS itu kepada kalangan teman-teman yang lain.
Pada 1 Ogos 2008, kira-kira jam 10.00 pagi, saya juga menerima panggilan telefon mengenai pemergian Prof. Dr. Hassan Langgulung (penulis buku Psikologi dan Kesihatan Mental di Sekolah-sekolah - 1980) yang tinggal di Gombak. Beliau tersohor dalam bidang motivasi dan pendidikan. Jadi dalam masa dua hari berturut-turut saya menerima berita yang menyedihkan itu.

Pak Rustam Sani juga meninggalkan kita pada 23 April 2008 di Gombak. Beliau saya kenali ketika mengendalikan buku arwah bapanya Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api.
Sebelum itu, saya lupa tarikhnya, saya juga telah kehilangan teman yang menulis buku Komedi dalam Trilogi Drama Zakaria Ariffin - Allahyarhamah Rosna Mohd. Khalid. Beliau begitu komited ketika menyiapkan bukunya bersama-sama saya. Selalu sms saya dan mengajak saya hadir ke majlis-majlis ilmu khususnya di DBP. Tidak hairanlah jika bukunya menang untuk Anugerah Sastera Darul Takzim. Beliau antara penulis muda yang gigih dan kini telah kembali disisi-Nya. Al-Fatihah.

Saya bukanlah dikenali sangat seperti mereka, tetapi setiap berita tentang pemergian penulis-penulis tanah air saya pasti antara yang terawal menerima berita tersebut. Syukur saya kepada Tuhan kerana ada insan-insan yang sudi menelefon saya. Adalah lebih baik, sempena Ramadan ini kenangan kita berlegar di sekitar rumah masa depan....mengingatkan kita kepada kematian.
2 ulasan:
Selamat hari jadi yang ke-48. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Salam Kak Saadah
ya, selamat panjang umur (tak mahu sebut angkanya, tapi Salle dah beritahu!). semoga terus sihat, riang dan berbakti! hey, dah ada blog ya! wah...
Catat Ulasan