Khamis, 12 Mac 2009

Barack Obama - "Obama and the American Dream"



Foto Add By Google

Barack Obama adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Kehadiran beliau meneraju negara "uncle sam" itu bagaikan suatu mimpi ngeri, mimpi menjadi nyata...beliau mempunyai aura yang tersendiri. Gaya kacak beliau memikat pengundi. Beliau mempunyai kata-kata yang tersendiri untuk mendekati pengundinya di setiap lorong, jalan dan kawasan....di seluruh Amerika ditawannya dengan kelunakan syarahannya yang memikat.

Aura Obama diserlahkan lagi dengan 'Obama and the American Dream' di PP & P. Saya begitu terkesima mendengar patah-patah kata yang dilontarkan lewat wacana PP & P yang diadakan pada 12 Mac 2009. Apa lagi wacana tersebut disampaikan dengan gaya santai oleh Ms. Cody C. Taylor (Public Diplomacy Officer (Cultural Affairs) Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur dan Prof. Dr. Kamarudin M. Said (Ketua PP & P). Lebih manis lagi kedua-dua ahli antropologi/sosiologi ini diapit bicaranya oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Kamarulnizam Abdullah (Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi) selaku pengerusi wacananya.

Agak menarik juga wacana mengenai Obama ini biarpun hampir 99% dilontarkan di dalam bahasa Inggeris. Menariknya kerana ada audiens yang sudi untuk sama-sama menyemarakkan wacana dengan mengambil bahagian dalam sesi soal jawab.

2 ulasan:

CikLieYzaOnline berkata...

salam.tumpang tanya,bukan nak tanya tentang Obama. hehehe. Tapi,Rozeman tu pensyarah di bawah pusat psikologi ke?ada tak bukunya tentang rempit.sbb setahu saya,ada pensyarah ukm yg menulis tentang rempit.ada hasilkan kajian...manalah tahu ada jual bukunya...tkasih.

Tanpa Nama berkata...

Sdri Liza, Encik Rozeman adalah bekas guru, ahli sejarah dan kini pensyarah di Open University. Beliau byk menulis tentang Tun Razak dan hal-hal berkaitan sejarah. Jd psikologi bukan bidang beliau. Cuba cari jurnal2 atau buku2 psikologi di Kedai Buku Penerbit UKM. Tajuk buku Penerbit UKM yg khusus tentang rempit belum ada. tq