Khamis, 19 Mac 2009

Sirih Junjung



Foto Ads By Google

Musim perkahwinan bertandang lagi. Sudah lama saya tidak sebuk-sebuk menyiapkan barang-barang hantaran untuk pertunangan mahupun perkahwinan. Saya tidaklah pandai sangat tetapi suka mencuba membuat kerja-kerja tangan yang remeh-temeh ini. Tetiba ada pulak yang berminat untuk menggunakan khidmat saya untuk membuat sirih junjung. Saya rasa hendak tergelak pun ada lucu pun ada, rasa diberi perhormatan pun ada. Yah! Memang kerjanya agak rumit, bermula dengan mencari daun sirih, pinang masak dan kemudian bahan-bahan yang lain seperti kapur dan gambir. Sirih junjung mesti menggunakan daun sirih segar yang agak banyak dan disulam pula dengan bunga segar.

Cara gaya menyediakannya haruslah kreatif. Saya memulakan kerja menyiang pinang (membungkusnya di dalam kain net),memasukkan kapur di dalam plastik (diikat pula dengan kain net, gambir diricih-ricih dan dibalut dengan kain net dan terakhir membersihkan daun sirih (mengelapnya dengan minyak masak supaya berkilat dan menyusun sirih sehelai demi sehelai). Saya memulakan kerja seawal jam 8.00 malam dan kerja-kerja menyusunnya siap jam 3.00 pagi. Kemudian pada pagi ini, mencari bunga segar untuk dibuat hiasan.

Sepan untuk gubahan bunga basah berwarna hijau perlu dibasahkan dan dibalut dengan kertas aluminium. Sepan harus dibalut kemas, diikat dengan dawai pada bakul yang cantik. Ini untuk mempastikan sirih dan bunga agar kelihatan segar.

Kehadiran sirih junjung di dalam majlis-majlis pertunangan dan perkahwinan amat penting. Sirih ini menjadi kepala majlis dan mesti diletakkan di hadapan sekali dan kemudian diiringi dengan barang-barang hantaran yang lain.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sape yg kahwin mak? anyone i know?

Tanpa Nama berkata...

takleh ckp kat cni. rahsia. yg penting sirih junjung tu melatooop. pengantin lelaki tu suka. sampai tak sanggup nak bawa ke KL takut tumbang dlm kereta. Maklumlah tinggi menara KLCC. jd pagi2 kwn dia tolong bawa ke rumah pengantin perempuan untuk acara pernikahan...yg penting campuran sirih tu ..ada kapur, sirih, dan pinang masak tu