Selasa, 25 Ogos 2009

Tekiding

Saat ini aku sedang membaca pruf untuk cetakan kali kedua, Enda Gulingku....sepatutnya tak usah dibaca lagi kerana hanya untuk cetakan sahaja, namun atas dasar bertanggungjawab dan ingin mendasari intipati di dalamnya, maka aku gagahi juga menelusuri kandungan memoir Arena Wati ini. Saat ini aku telah tiba di halaman 965. Nyaris sekali aku membuang perkataan tekiding kerana aku tidak faham istilah tersebut.

Oleh sebab aku sudah lama mengenali karya pengarang, maka aku berhati-hati untuk memotong perkataan itu. Setelah aku menyemak kembali rupa-rupanya memang wujud istilah itu, iaitu sejenis raga yang biasanya dibawa oleh mereka untuk mengisi barang-barang. Aku belajar istilah baru hari ini, dan aku akan lebih berhati-hati dengan istilah asing yang baru ditemui - kaji dahulu dan semak di dalam kamus.

2 ulasan:

Unknown berkata...

kamus ibarat pelita dlm gelap..sangat berguna...dan arwah pak arena sgt berjasa krn telah memperkayakan kita dgn istilah sbnrnya wujud ttpi tidak diketahui...

teratai berkata...

terkesima...