Sabtu, 12 Disember 2009, usai kelas piano, aku kembali ke rumah menukar pakaian dan sebagainya...lepas Maghrib aku meninggalkan perkarangan Hospital Kuala Lumpur menuju ke KLCC. Mencari-cari di mana letaknya tempat Malaysian Philharmonic Orcestra bakal berlangsung. Guru pianoku telah memberi arahan begini, begitu dan sebagainya...mungkin aku kurang kerap ke KLCC jadi apa-apa yang dibicarakan aku angguk sahaja...sebelum itu kelas dimulakan dengan apa itu orkestra....bukan main cikguku mengajar... Beliau mengeluarkan buku khusus mengenai orkestra...Wah...rasa macam budak-budak pula ketika itu. Semua alat muzik yang bakal berada di pentas ditunjukkan kepadaku. Gaya pemain, konduktornya duduk di mana, pengacaranya di mana, dan penyanyinya juga di mana-mana dinyatakan kala itu.
Jam 8.30 malam dewan telah mula penuh dengan peminat-peminat irama warisan. Hari itu aku bagaikan tidak percaya dapat menyaksikan persembahan yang bertaraf dunia. Memang aku kagum. Aku bagaikan tidak percaya yang orang-orang Barat boleh mempersembahkan irama warisan kita dengan begitu baik sekali di atas pentas MPO. Gabungan MPO dan MPYO memang sangat unik. Mereka bergabung mengalunkan irama tanpa mengenal siapa dan di benua mana mereka berasal. Irama Melayu yang sangat unik bergema...muzik benar-benar menyatukan antara hati-hati kita...
Yah! Malam itu penuh dengan VVIP dan VIP...aku dapat rasakan mereka berkedudukan kerana ada antara penontonnya memang aku kenal mukanya...kadang kala tidak sangka pula mereka juga akan menonton konsert tersebut sepertiku.
Pengarang buku Memoir Johari Salleh: Tegar Meladeni Industri Muzik dengan penuh gaya berdiri megah di hadapan khalayak untuk memimpin orkestra - YBhg. Dato' Johari Salleh. Aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan seakan-akan tidak percaya pengarang yang bukunya aku tangani di Penerbit UKM kini berada di pentas berprestej untuk memimpin orkestra. Persembahan dimulakan dengan Sabah Overture kemudian Seri Mersing, Cindai, Tunggu Sekejap, Bahtera Merdeka, Joget Kenangan manis, Pahlawanku, Tudung Periuk, Warisan, Getaran Jiwa...kemudian ada lagi lagu-lagu yang aku tidak berapa ingat...dek faktor usia.
Buku atur caranya ada, tapi telah disimpan kerana di dalamnya terdapat tanda tangan Lah Ahmad, Aishah dan Dato' Johari. Mungkin Dato' agak terkejut dengan kedatanganku dan suami ketika itu. Aku mengajak suamiku menonton konsert ini kerana guruku berkata, konsert ini harus ditonton dan akhirnya aku benar-benar berasakan tidak rugi berada di sana menikmati irama warisan kita yang begitu indah sekali.
Sekali lagi...tahniah atas kerja keras Dato' Johari dan semua yang menjayakan konsert tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan