Sudah sampai masanya saya memberi sedikit komen tentang penggunaan bahasa Inggeris di dalam kerjaya sehari-harian saya. Saya berasakan saya perlu untuk menguasainya, tetapi saya tiada masa untuk menekuninya kerana kesibukan yang terlampau. Saya menanam azam suatu hari nanti saya pasti dapat melakukan yang terbaik untuk ke arah itu.
Dulu saya teringin untuk belajar bahasa Belanda...saya berjaya melakukannya biarpun merangkak-rangkak...tetapi hingga kini saya masih boleh ingat lagi beberapa perkataan dan ayat-ayat yang simple dalam bahasa Belanda... Agak lucu bila kita berbicara tentang ilmu bahasa ini. Namun, hakikatnya kalau kita hendak mendapatkan sagunya, kita harus pecahkan ruyungnya...barulah dapat kemanisan yang kita mahukan. Tidak rugi kalau kita mempelajari pelbagai bahasa. Semuanya penting, apa lagi jika kita sering berpergian ke sana sini dan bertemu dengan pelbagai rupa bentuk manusia.
Sehingga kini, saya tidak membataskan diri untuk mempelajari apa juga bentuk pelajaran...tidak kira sama ada ianya dapat memberikan faedah kepada diri saya mahupun tidak. Yang penting saya memang suka.
Insya-Allah.
1 ulasan:
seronok belajar bahasa asing dan kita tak akan rugi mempelajarinya..
Catat Ulasan