Isnin, 25 Januari 2010

Sembah Takziah dan Salam Takziah

Saya wajar mencatatkannya di sini...saya kehilangan Sultan Johor yang amat dikasihi...Sultan Iskandar yang memerintah Johor Darul Takzim dan kawasan jajahannya - negeri di mana tempat saya dilahirkan hampir setengah abad yang lalu....tempat saya mengenai ABC dan saya wajar berasa sedih biarpun telah lama meninggalkan bumi Johor. Sembah Takziah untuk keluarga diraja Johor. Saya tidak sempat untuk melihat liputan langsung di tv kerana berhalangan dengan perkara yang lain. Berita kemangkatan saya terima ketika usai kuliah di UPM pada 22/1/2010 (Jumaat) - meski tidak percaya namun sms daripada Moscow mengejutkan saya dari lena dibuai mimpi - lalu saya membuka TV3 pada malam itu, dan confirm telah ada siaran mengaji tanda berkabung. Semua pembaca beritanya memakai baju hitam dan melalui warta berita lewat malam juga saya mengikuti perkembangan ini untuk kesahihannya.

Apa-apa pun salam takziah jua untuk keluarga Tun Ghazali Shafie - saya sempat menziarahinya ketika di Subang Jaya beberapa tahun yang lalu. Saat itu Tun sudah berkerusi roda dan agak kurang sihat. Kami menemuinya kerana projek buku terbitan di pejabat saya....hingga kini saya tidak tahu apa perkembangan projek tersebut....sayangnya projek tersebut belum siap-siap ketika hayat beliau masih ada. Kini projek itu telah diberikan kepada orang lain dan saya harap orang yang telah dipertanggungjawabkan itu wajar menyiapkan tugasan tersebut. Pada pandangan saya, sudah semestinya orang yang diberikan tugasan itu lebih berwibawa, berbakat dan handal ilmu penerbitannya daripada saya, jadi dengan sebab itu beliau diberikan tugasan itu. Ini harus saya akui.

Hari ini (25/1/2010) saya berada di Masjid Negara, mengaminkan doa talkin yang dibacakan oleh imam untuk orang yang pernah disanjung, dipuja dan dihormati kedudukannya dalam senario politik negara kita...Aruah kini abadi dalam kenangan yang sukar untuk saya lupakan...

Tiada ulasan: