Jumaat bertemu Jumaat - aku cuba untuk mengkaji semula sepanjang minggu ini apa yang telah aku lakukan - Biasanya pagi-pagi lagi aku telah masak untuk mak tersayang, sama ada mak mahu makan atau tidak aku tak kisah. Yang penting ada makanan di atas meja yang mak aku harus makan. Jika aku balik dan makanan seperti seadanya aku akan marah-marah dengan soalan biasa...mengapa tidak makan....jawapan klise...tunggu aku balik baru nak makan....aduhai...setianya mak aku ni...oleh itu aku harus balik waktu minum pagi...dan kadang kala aku akan singgah di mana-mana kedai untuk membeli lagi makanan seadanya...
Biar lauk telah dimasak seawal pagi, tengah hari mesti ada lauk lain. Aku mesti masak lagi atau beli lagi di restoran yang aku biasa pergi. Aku jarang pergi ke restoran yang aku jarang masuk...lidah aku kurang menerima lauk pauk yang aku tidak biasa...biasanya aku makan secepat mungkin untuk terus tidur dan cepat-cepat pula bangun untuk sembahyang Zohor dan ke pejabat semula...tinggallah mak aku melambai-lambai tangan dan pesanan biasa...balik nanti beli goreng pisang ye...setiap hari sama sahaja rutinnya....seronok juga melayan kerenahnya itu...
Jumaat seperti biasa aku ke pejabat untuk mengedit buku-buku - Wah tahun ini bos perempuan aku tu minta kita siapkan 15 buah buku untuk seorang....apa akan jadi kepada mereka yang malas bekerja atau kerjanya asyik main facebook dan tengok internet...aku bukannya rajin sangat...tercapaikah cita-cita besar tersebut...tersiksakah jiwa dan ragaku...apa-apapun tunggu dan lihat. Siapa yang rajin dan siapa yang malas dan main-main kerjanya....aku mengaku aku bukanlah serajin mana, aku mungkin masuk dalam kategori main-main....minggu ini akan terbit buku Aminuddin Baki bagi cetakan kedua. Insya-Allah. Petangnya seusai orang solat Jumaat aku ke UPM ada kelas statistik...aku terlambat kerana trafik jem. Minggu ni aku mesti keluar awal...bagi mengelakkan daripada kesesakan trafik jem. Jadi bila dah lambat tu tertinggal beberapa latihan...selepas itu ada kelas teori linguistik...dosenku ada beri homework (secara berkumpulan dan persendirian)...
Sabtu...aku mula ke kelas muzik belajar teori dan harmoni dan petangnya belajar ear training...aku terkejut kerana teman-teman sekelas begitu berdisiplin, matang dan seriusnya belajar. Encik Ramlan Imam buat kelakar di kelas pun ada yang gelak ada yang tidak...pendik kata kelasnya amat kelakar, bermotivasi dan telingaku pun dah mula faham apa itu ear training....nasib baik aku ada basic dalam piano...aku fahamlah sikit-sikit pasal ear training....dalam banyak-bayak orang aku pulak kena tanya...nasib baik dia kata betul jawapanku...do re me fa so la ti do....petang Sabtu itu aku ke kelas piano di Yamaha...belajar seperti biasa...aku dah praktis awal-awal di rumah sepanjang minggu jadi tiada masalah di situ, biarpun tidak berapa pandai sangat. Yuranku dinaikkan menjadi RM110.00 sebulan...kata cikguku yang cun tu aku naik gred 2. Pelajaran semakin sukar, teorinya ada yang aku faham dan ada yang tidak....aku tetap mengakui faktor usia menyebabkan aku kurang faham dan tidak ingat...banyak kerja rumah yang diberikan kepadaku untuk dilunaskan.
Ahad...sambung semula kelas muzik. Pada sebelah pagi belajar violin...mula-mula aku masuk grup kedua. Wah ramainya grup kedua ni. Lepas tu aku beralih grup pertama kerana aku sedar aku tidak sepandai mana. Sengaja aku nak pergi kelas basik. Senang belajar dari awal. Seronok juga kerana ada rakan-rakan sekelasku yang ingin mengikut aku masuk ke kelas grup pertama. Belajar memegang bow, mengenal tali dan praktis. Cikgu sibuk tune violin...ada yang baru beli tu...kagum betul aku dengan semangat budak-budak ni...siap bawak kotak violin lagi. Kami habis lewat kerana cikgu lewatkan setengah jam. Petangnya belajar ensemble muzik oleh Cikgu Adzan...Dato' Jo ada hal petang tu... jadi petang itu kami mula mengenai apa dia alat-alat muzik orkestra.
Sepanjang malam aku menghabiskan membuat homework...kadang kala tidur hingga jam 2.30pagi. Statistik adalah pelajaran baru dan susah. Aku mula kenal kalkulator saintifik yang juga aku baru beli di Warta. Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan aku buat latihan dengan tekun dan faham apa yang diajarkan. Sementelahan pula di kelas aku dikehendaki ke hadapan menyelesaikan masalah di papan putih dengan berbekalkan marker dan kalkulator...okey juga pelajaran ni.
Setiap malam aku membuka violin dan diselang seli dengan piano...tak boleh praktis lama kerana aku penat dan kadang kala jemu serta mengantuk....namun aku tetap praktis biarpun sekejap....bising bunyinya. Mak aku bising je, suamiku diam aja. Ada juga sikit-sikit dia bagi komen....biasalah dia kan tau aku memang tak pandai main jadi dia biarkan aja aku praktis walaupun dah malam-malam. Siap dia tanya pada mak aku, ada ke anak-anak atau saudara mara mak yang main muzik macam aku....mak aku pun jawab tak ada...
Malam semalam Jumaat baru aku berkesempatan ke perpustakaan mencari bahan untuk homework teori. Aku kena paksakan diri untuk mencari bahan tersebut biarpun cuaca tidak mengizinkan kerana hujan. Aku sangat kagum dengan semangat budak-budak UKM ni...mereka tekun belajar biarpun sudah malam-malam....aku balik setelah pihak perpustakaan tutup pintu untuk malam itu! Sekian.
2 ulasan:
usaha tangga kejayaan.. jgn busy2 sgt smpai lupa jaga diri.. luv u~
Ok terima kasih...oh ya tu semua saja-saja buat menyibuk....
Catat Ulasan