Rabu, 19 Oktober 2011

Catatan untuk Suatu Kematian

Imej By Google

Hari ini sudah genap seminggu pemergian Biduan Dato' Ahmad Jais meninggal dunia....lambaian terakhirnya sewaktu di Konsert D'Llyod di Istana Budaya yang saya tonton benar-benar membuktikan pemergiannya ke alam yang kekal di sana. al-Fatihah.

Dalam minggu yang sama juga pulangnya ke rahmatullah...ibu mertua kepada adikku MAJ ... seorang Mak Datin yang cukup ceria sepanjang yang kukenalinya.... Pada tahun lepas adalah tahun terakhir Mak Datin yang juga besan bondaku bersama-sama berfoto sempena hari raya.... kala itu Mak Datin sudah pun berkerusi roda.

Minggu tersebut juga perginya, (iaitu sehari sebelum pemergian Mak Datin) besan ibuku yang juga mesra ku panggil sebagai Pak Jusoh pergi buat selama-lamanya ke alam abadi... Beliau juga adalah salah seorang responden yang sudi untuk ku temubual sewaktu projek tesis tahun akhirku di FSKK hampir 11 tahun lalu. Beliau tidak lokek untuk menuang ilmu kepadaku...sehingga selesai penulisan tesisku berkenaan dengan perubatan tradisional...

Untuk semua insan yang telah pergi...al-Fatihah buat mereka dan semoga keluarga terdekat yang menyayanginya sabar dan doakan semoga roh mereka tenang jua aman di sana. Amin.

Tiada ulasan: