Khamis, 25 September 2008

ALAHAI DUIT RAYA...

Hari ini saya ke bank kerana ingin menukar duit raya kepada duit yang lebih baru. Malangnya duit raya baru yang bernilai RM5 dan RM10 sudah kehabisan. Ketiga-tiga bank di belakang pejabatku ini telah kehabisan wang tersebut. Katanya wang baru sempena dengan hari lebaran dicetak dalam jumlah yang terhad. Yah! Kini, yang ada pun wang RM1. Jadi, terpaksalah tukar juga dengan duit RM1 yang ada. Duit lain semuanya versi lama. Punyalah ramai orang yang beratur untuk mendapatkan duit baru tapi yang ada hanyalah RM1. Mereka pun mesti kecewa seperti saya. 'Anak-anak dan cucu-cucu' janganlah pula terkejut, kalau dalam sampul kelihatan RM1. Wah! Nampaknya 'anak-anak dan cucu-cucu' terpaksa beraya dengan duit RM1 sahaja tahun ini!!! Atuk tak dapat nak nolongnya...

3 ulasan:

Unknown berkata...

dapat seringgit pun jadilah...

Saadah Jaffar berkata...

salle
budak-budak tak seronok dapat seringgit zaman ni. kurang-kurang pun 2 ringgitlah...kalo tak kena kutuk kat belakang tau.

Tanpa Nama berkata...

hahaha.... betul2...