Khamis, 30 Oktober 2008

Gulai Umbut Kelapa

Rasanya setua usia saya ini, saya tidak pernah masak gulai umbut. Saya bawa umbut kelapa ke pejabat kerana saya tidak suka makan umbut. Ramai yang suka. Oleh sebab terpengaruh dengan keadaan persekitaran semasa di pejabat, saya telah mencuba memasak gulai lemak cili padi umbut kelapa. Saya letak udang kering, dan perencah-perencah gulai yang lain. Lalu, petangnya saya terus menganyam ketupat dan masak gulai lemak umbut tersebut. Peeerh...memang sedap. Hingga menjilat jari tu... Habis dimakan kesemuanya. Biar orang lain tidak memujinya, tetapi saya sendiri dapat merasakan masakan saya itu sememangnya sedap. Apa lagi, rasanya manis kerana umbut baru dan ada lagi lauk sayur goreng, tempe dan sambal. Tentulah menyelerakan. Hai...tak sia-sia saya mencuba masakan ini.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Bilalah orang lain dapat menjamh gulai umbut itu ye?

Tanpa Nama berkata...

tibe2 lak masak masakan yg luarbiasa.. kalau nadia ada.. tak merasa... asek2 nadia je yg masak.. yg pro ni mmg malas nk turun dapur bila chef kecil ni ada kat umah...