Aku memang sangat berminat untuk mendalami bidang muzik. Cuma aku tidak ada peluang untuk menerjah ke bidang itu sewaktu zaman kanak-kanak dan remajaku. Oleh sebab faktor usia dan keluarga maka baru sekarang aku berpeluang untuk belajar selok belok tentang dunia muzik. Agak mencabar dan susah. Bertahun-tahun lamanya aku mendalami dunia ini - semenjak aku asyik berulang alik ke Yamaha Music School menghantar anak-anakku belajar muzik dan menduduki peperiksaan muzik di situ. Sehinggalah anak-anakku terpaksa ke sekolah berasrama penuh dan melanjutkan pelajaran ke luar negara -rutin itu aku sambung pula dengan mengabadikan diri sendiri untuk cuba berjinak-jinak dengan dunia baru ini.
Dulu, sesungguhnya aku tidak pernah tahu sama ada anak-anakku benci atau suka dengan tindakanku menghantar mereka ke kelas muzik. Yang penting aku gembira apabila mereka lulus peperiksaan dan boleh bermain piano dengan baik. Aku mengeluarkan modal yang cukup besar. Melaburkan duit yang banyak untuk yuran kursus dan peralatan muzik untuk hobi yang satu ini. Aku tidak tahu mengapa. Namun yang pasti aku gembira mendedahkan mereka dengan dunia muzik yang mencabar ini. Sekarang baru aku tahu bertapa sukarnya untuk memahami nota-nota muzik dan sekali gus menjalani praktikal ke atas alat muzik. Aku respek habis dengan pemuzik-pemuzik yang dalam masa yang sama boleh menyanyikan lagu-lagu beserta dengan persembahan pentas yang menarik pula. Itu sebenarnya bakat semula jadi yang dikurniakan Tuhan kepada insan seni seperti ini. Ya! Aku tabik.
Kini, setelah bertahun-tahun berulang-ulang alik ke kelas piano aku rasakan baru setitis ilmu yang ku peroleh dari sehampar lautan irama yang tak terjangkau oleh tanganku. Biar aku praktis setiap hari, namun agak sukar untuk aku menguasainya. Guru pianoku tidak pernah jemu menurunkan ilmu kepadaku biarpun mereka seusia dengan anak bujangku.
Apakah aku menjadi tamak dengan dunia muzikku sendiri? Aku tidak tahu. Aku mula menerjah ke gerbang yang lebih berani lagi...aku memberanikan diri mendaftar di kelas Sijil Muzik di UKM. Aku diminta untuk bermain violin. Aku memang ada violin -dibelikan oleh anak bujangku. Aku menjalani temu duga dan uji bakat. Tika itu aku bermain piano untuk dua lagu. Aku juga diminta untuk mengenali nota-nota muzik dan menjawab pelbagai soalan mengenai aku dan dunia muzikku. Aku rasakan akulah orang yang paling tua sekali berada di kelas tersebut. Tetapi nampaknya ada juga warga seangkatanku yang mungkin usianya lebih dewasa daripadaku ataupun hampir-hampir seusia. Aku menerima cabaran baru ini dengan mengikuti kelas violin di sini - pengambilan pelajar sulung kursus muzik di UKM. Susah memang susah. Aku kena membahagi-bahagikan masa antara suami (rumah tangga + kaum keluarga), kuliah kedoktoranku, bidang penulisan, pembacaan buku (mengedit buku) dan dunia muzik. Aku harap aku akan dapat menggalas beban ini dengan hati yang terbuka dan indah seindah pelajaran bahasa Melayu dan muzik yang sedang aku renangi. Ya! Allah berikanlah aku kekuatan. Kepada-Mu aku berserah.
5 ulasan:
salam..kagumnya sy baca..sy adibah..umur plak nk msk 23.sy pun minat sgt muzik..terlampau minat..tp ntahla,msk klas piano smpai gred 2,pastu stop sbb msk u.dkt u,msk klas violin..adela dlm setahun.tp kena stop jgk sbb yuran mahal n klas jauh kt bandar..bla fkir2 balik maybe sy yg x kuat semangat n x brsungguh kot..teruskn tulis psl klas muzik ye..smg sy termotivate dgn semangat puan..
Sdri concertato...dalam banyak hal harus kuat semangat. zaman sekarang banyak cabaran dan kita harus terus maju ke jalur hadapan.
assalamualaikum teratai.. boleh saya tahu bagaimana untuk mendaftar sijil muzik di ukm? boleh ke buat secara part time...?
bagus la ..saye suke cara tue...terbaik lah.,....saye nie skarang belajar kt uitm perak,bidang sains komputer tapi minat bende lain,terutamanye muzik..pastu fesyen...aduhai...ape terbaik cara anda tue...belajar muzik....best terbaik....i like your way....
saya ingin bertanya, berapa ye yuran utk klas piano garde1 di yamaha music school?
Catat Ulasan